Saturday, 22 July 2017

Tidur Tengah Hari

"Mengantuknya bila tengah hari ni?"

"Ala nak tido sekejap je. Kejutkan aku tau"

Situasi ni selalu dialami. Kenapa kita mudah mengantuk  pada tengah hari? Nah aku hendak shared info ni.


Hasil carian imej untuk tidur tengah hari



Hasil carian imej untuk tidur tengah hari

Tidur tengah hari atau dalam istilah bahasa Arab dipanggil Qailullah. Ini bukan melambangkan kemalasan. Islam menganggap ianya kelebihan sekiranya kita tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.
.
Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada ‘Qailullah’ tersebut.

Surah Ar-Rum ayat 23 (30:23)


وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”

Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”

Kebaikan Qailullah dari sudut sains

Kajian terhadap kesan tidur kepada negara-2 industri dan pasca-industri mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan utk tidur tengah hari mempunyai daya kreativiti yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak tidur tengah hari. Daya kemampuan utk menyelesaikan masalah pun meningkat. 

Waktu tengah hari sesuai utk tidur. Hal ini demikian kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa yang dikenali sebagai a midafternoon quiescent phase atau secondary sleep gate. Kajian yang dibuat antaranya Dr William A Anthony dan Camille W Anthony pengarang buku The Art of Napping at Work mengatakan bahawa tidur tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Means, tidur dalam 30 minit mereka dapat mengurangkan penyakit jantung 30% lebih rendah daripada mereka tidak mengamalkan ia. 

Tidur tengah hari dapat juga memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan seseorang. Hal ini disebabkan tenaga bateri manusia pada tengah hari akan menurun sama seperti malam. Maka jalan penyelesaiannya tidur tengah hari. 

Selain itu pakar-pakar sains mendapati bahawa kita tidur dalam keadaan berbaring (ikut sunnah Nabi) boleh memberi kesan terhadap kesihatan seseorang. Sebab baring juga dapat merehatkan badan serta menjaga kesihatan tulang leher atau cervical spine. Pakar-pakar menyarankan kita kedudukan tidur. Pertama mengiring ke lambung dengan meluruskan tulang belakang. Kedua, melentang dengan muka dan badan dihadapkan ke atas tanpa membengokkan tulang leher. 


Kesimpulannya jom amalkan tidur tengah hari walaupun sekadar tidur ayam dan sebentar. 

Rujukan

1. Danial Zainal Abidin,  Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015
























Sunday, 9 July 2017

Bloglist

Assalamulaikum dan hi!

1. Sign in blog cam biasa la

2. Pergi je kat Design > Page Element > Add Gadget 





3. Pilih bloglist seperti gambar 






4. Lepas itu dia akan keluar seperti di atas.. Apa yang korang kena buat lepas ni ye??

5. Masukkan link-link yang korang nak bloglistkan.. ada kat bawah kalau scrol lagi

6. SAVE n SETTLE da masalah.

Cara-Cara Memadam Blog

Assalamulaikum dan hi!

Bosan dengan blog? Nak delete blog but tak tahu cara? Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Meh kali ini aku ajar cara delete blog. Sebenarnya ni blog aku baru yang lama tu aku delete sebab tak menarik lagi. Aku start buat blog pada tahun 2009.  Kira dekat 8 tahun.Time tu tidak ada idea nak karang. Aku start karang blog pada tahun 2010 itu pun story pertama aku tulis pasal aku. Tu je la sejarah aku terlibat dengan blog ni.

Cara delete blog

1. Login Ke Akaun Blogger Anda

2. Dari dashboard anda klik Setting pada blog yang anda mahu delete sekiranya anda memiliki lebih dari satu blog.

3. Klik Setting >> Other >> Delete Blog






4. Klik Delete This Blog






Nota Kaki: Setelah anda delete blog anda, anda masih lagi boleh restore blog yang dah delete. Pihak google memerlukan 90 hari masa bekerja untuk menghapus blog anda sepenuhnya. Jadi anda perlu tunggu 90 hari barulah blog itu tidak wujud di dashboard anda lagi.