Tuesday, 27 June 2023

AMIRA NAJIHAH BERUBAT DENGAN...?

 

Assalamulaikum dan hi!

Kali ini aku rasa nak bercerita. Kisah yang memang terjadi dekat aku. Bulan 8 tahun ni genap la setahun cerita yang aku simpan. Motif aku cerita tunggu di akhir cerita. Nak kata ada kaitan dengan kisah yang aku pernah dengan tajuk ini bukan cerita tipu tu terpulang la. Aku tak tahu nak kata macam na.

So starting with bismillah.

Pada hari Rabu sama ada 17/8 atau 24/8. Kenapa aku kata antara dua tarikh tu yang mana aku tak ingat mana satu tarikh itu. Selepas kejadian itu aku ada cerita dekat seorang pekerja baru masuk bulan 8. So aku berani jamin kata bulan 8.

Cerita dia bermula pada hari Rabu time tu aku kerja syif pagi. Partner aku nama Amir (status dia duda anak tiga dan jobless) kerja syif petang. Time tu ada trainee dekat Shell. Mereka ni bakal bekerja dekat Shell Sepakat aka Shell sebelah balai bomba Kamunting yang tak lama lagi nak buka. So depa kerja diajar cara kerja dekat Shell. Time ni aku tak diserap di cashier. Aku kerja di forecourt. Kena tahan panas tu semestinya dan berjalan. Sakit kaki tu perkara normal ye. Dahlah aku sorang ja perempuan disitu asalnya. Anak-anak buah aku yang trainee itu namanya Khairi, Shaiful dan Daniel.

Selepas balik kerja aku rehat sebentar sebab penat. Tiba-tiba mama aku suruh aku bersiap selepas Maghrib. Aku Tanya nak pi mana. Mama aku kata nak pergi ke rumah Mak Cik Rafidah. Mak Cik Rafidah tu sepupu mama belah opah. Nak faham macam nilah. Mak kepada mak cik rafidah tu mak saudara kepada mama aku. Time tu aku tak tahu apa urusan nak pergi ke rumah beliau. Sungguh.

Lepas maghrib, bersiap la pakai simple. Sebab pergi rumah dia ja. Aku dalam kepala apa lah agaknya kena pergi rumah mak cik Rafidah selepas maghrib. Kena takzirah seperti biasa ke. Setiap kali pergi rumah dia kena get ready la telinga untuk dengar takzirah pasal agama yang mana lagi mendalam rasanya. Aku tak tahu betul ke takzirah tu.

Sesampai dekat rumah mak cik Rafidah, hanya ada mak cik Rafidah je dekat rumah. Pak Cik Zahari dan Aiman (nama suami dan anak lelaki dia) tak de kat rumah. Diorang pi rumah mak mertua Mak Cik Rafidah yang terletak tak jauh pun dari rumah Mak cik Rafidah dalam 5 minit sampai.

Lepas tu mak cik Rafidah suruh kami ni bawa dia ke rumah Mak mertua dia tu. Aku ingat lupa rumah mak mertua Mak Cik Rafidah. Sebaik sahaja sampai tau apa jadi. Apasal ramai orang dekat rumah Mak mertua mak cik Rafidah. Nak kata kenduri arwah tak juga. Tak de rupa kenduri. Aku, mak su dan mama masuk dalam rumah. Time tu tak tahu lagi kenapa.

Mak mertua Mak Cik Rafidah ni duduk dekat katil dkat ruang tamu. Ramai orang pula aku bertanya siapa mereka tu. Mak cik Rafidah tu sedara mara Pak cik Zahari yang duk sekitar Taiping. Ada dalam 10 orang macam tu.

Then mai la ustaz. Time tu aku tertanya-tanya ustaz ini apa kaitan dengan keluarga pak cik Zahari ni. Siapa dia ni. Tiba-tiba dia duk bersila dan baca doa. Lepas tu mak cik Rafidah bagitau dia ni berubat orang. Oh I see. Tapi kenapa aku kena ada sekali.

Mula-mula berubat Mak mertua Mak Cik Rafidah. Cara berubat sentuh kepala dan baca doa lepas baca tu ambik botol bubuh sesuatu yang jujur aku tak Nampak. So, faham sendiri la apa dia. Lepas turn 10 saudara mara pak cik Zahari. Depa ni sekejap je sebab jangan Tanya na kenapa.

Lepas tu turn mak su aku. Ustaz kata mak su ada terambil barang. Barang tu sebenarnya arwah Mak Cik Rodiah bagi kat mak su. Tak tahu kenapa dikatanya ada terambil barang walhal tuan empunya yang bagi.

Mama aku tiba-tiba request kat aku ubati aku. Sebab aku sering gelak time maghrib la,dan panas baran. Sampai turn aku, ustaz tu mengucap panjang. Aku tak faham lagi time tu. Aku lunjur kaki hadap kiblat. Yang aku lama sikit. Selepas aku berubat ustaz kata Alhamdulillah. Lepas tu turn mama dan Aiman.

Lepas habis berubat dan baca doa, ustaz kata dia rasa aneh tau sebelum tu. Ustaz kata ada angin yang kuat dan sejuk menerpa ke muka dia. Angin tu hanya ustaz tu rasa. Orang lain tak rasa apa. Dan angin tu berhenti sebaik sahaja orang tu datang ke rumah Mak mertua Mak cik Rafidah tu. ia dapat alamat dia kena mengubat orang yang ada hijab terbuka. Agaknya siapa tu. Pada asalnya aku tak tahu siapa yang dimaksudkan tu. Lepas tu ustaz bagitau siapa orang tu.

Orang yang dihijab terbuka ialah AKU. HANYA AKU! Orang lain berubat normal je tak de yang seteruk aku. Ustaz tu kata hijab aku terbuka dekat PENDENGARAN. HIJAB AKU TERBUKA SIKIT DEKAT TELINGA. MUJUR TAK TERBUKA DENGAN SELUAS-LUASNYA. KALAU TAK MAMPUS AKU HARI-HARI KENA DENGAR BENDA TAK SEPATUTNYA.

Patut la masa aku study dekat USM aku ada hari mendengar seperti guli dekat tingkat atas, orang Tarik kerusi time orang tengah cuti, orang slowkan telefon sedangkan aku letak dalam laci dan biar terbuka dengan nada yang biasa, orang panggil dekat lokasi macam bilik kuliah malam. Time orang tak de time tu lah dikacau dengan bunyi tu. Sampai satu tahap aku tido buka tingkap mujur ada lampu jalan. Duk rasa seram sejuk tu perkara biasa je. Kat rumah pun sama selalu dengar bunyi. Last-last ustaz pagar rumah. Sekarang tak de bunyi dekat rumah.

Lepas habis berubat, aku, mama dan mak su menghantar balik mak cik Rafidah ke rumah dia. Ok kat sini buka cerita yang tak diceritakan. Aku baru tahu.

1.       Angin menerpa kat ustaz. (ada aku cerita awal-awal tu)

2.       Time aku berumur 4 ke 5 tahun aku macam berbual dengan seseorang. Time ni aku tak boleh bercakap. Mama tengok pelik. Tanya aku aku berbual dengan siapa. Aku tunjuk dekat arah tu.

3.       Bila mama aku pegang aku time berubat tu mama aku ditolak oleh sesuatu. Aku tak sedar ye time tu.

Aku terkejut. Patut la roommate aku kata aku gelak macam tak betul walhal aku tak gelak. Depa macam takut dengan aku depa kata aku menakutkan.

Lepas diceritakan itu kami decide balik rumah sebab aku dan mama bekerja pagi.

Lupa nak selit, air mineral tu ustaz baca ayat kursi dan bacaan yang lain. Ustaz berpesan dekat aku sentiasa istighfar dan baca ayat pelindung diri macam ayat kursi dan baca ayat 285 dan 286 surah Al Baqarah.

Keesokan paginya, dapat gambar benda tu tak tahu la kenapa aku pergi buang gambar tu. Gambar tu jin nenek tua yang menempel dengan aku selama ni. Aku tak dapat jawapan kenapa nenek tua.

Motif aku bercerita ni ialah kalau ada Nampak member korang ke seiapa yang terdekat yang perangai pelik sila la bawa jumpa perawat Islam jangan cari yang bukan ahli dia. Diorang boleh scan dan ubat secara Islam. Bawa la air mineral yang bukan air masak tau.

Sila baca ayat Kursi, ayat 285 sampai 286 surah Al Baqarah dan ayat pelindung diri yang lain. Istighfar jangan lupa amalkan.


TAMBAHAN

Semasa aku di Tingkatan 3, telinga aku pernah berdesing dengan ayat ada budak baru masuk Time tu hari pertama persekolahan dalam bulan Januari. Dan memang sungguh ada budak baru masuk padra hari kedua. Aku masih tak dapat jawapan kenapa ia terjadi.


Ada lagi kisah. Baru lagi dalam bulan Julai 2023 pada hari Sabtu 1/7/2023. Aku bekerja seperti biasa di Shell. Tak lama kemudian, aku hendak menambah stok rokok Dunhill Klasik ke LD biru antara dua tu aku terdengar bisikan bos panggil. Memang suara bos. Betul. Dan aku kata sekejap. Selepas selesai kerja tambah rokok. Aku tahu tanya bos ada panggil ke. Bos kata tak de. Ya ampun dia jadi balik ke. 

Dah lah masa duduk di forecourt tu ada masa akan dengar orang menyeru. Adoiii!!! Hanya aku sorang ja dengar.