Thursday, 19 August 2021

Ini bukan cerita tipu part 2

 Assalamulaikum dan hi!


Ingat tak lagi cerita sis kena berubat?


Sis nak sambung story pasal ni. So stay tune.


19/8/21 jam 3.45 ptg


Sis pergi lagi rawatan putus ubat dekat rumah Ustaz Di. Putus ubat ni maksudnya tak kan lagi mengamalkan apa-apa yg di suruh. Tu menurut kefahaman sis la.


Oh ye, lupa nak habaq. Sis lepas dgn baju kelawar sis colour merah. Baju tu ada kesan koyak maklumlah baju lama.


Sampai kat rumah ustaz itu, bagi salam dan terus rawatan aku dekat setengah jam. Mau kebas kaki aku hehe. Sebab badan aku tak fleksibel.


Selepas habis rawatan (bacaan dia sama macam sebelum ni) ustaz tu kata aku bebas dari benda itu. Maksud dia di sini serpihan benda itu berjaya dibuang dan dipindahkan ke baju kelawar aku tu.


Aku serahkan kepada ustaz di untuk uruskan sebab aku tak rela nak buang baju kat sungai.


Perasan tak kalau nak buang sesuatu yg mistik atau berkaitan dengan rawatan kita kena buang tempat yg mengalir seperti sungai. Sis lupa nak tanya tu nanti sis google kenapa.


Apa yg pasti sis nak pesan kalau jumpa sesuatu yg dihanyutkan jangan sesekali ambil even duit syiling kapak sekalipun. Sebab bila diambil orang orang tu akan terima sama seperti orang peegi berubat itu kena.


Nak lagi faham contoh. Ini contoh tau. Aku ada benda tu duduk dalam saraf. Then aku lepas kat sungai. Satu hari org ambik baju aku dekat sungai. Orang tu pakai tak lama selepas itu orang tu kena benda itu. In case dia pi berubat sekali dgn sis kena.


Faham tak maksud di atas itu.


Alhamdulillah aku sihat dan bebas daripada benda itu sekian lama. Harap aku tak 'mereng' selepas ini. Aku harap sangat mak su pula pi berubat sebabnya dia kan mulut jahat dan ada negative vibes dekat orang. Orang luar je tak tahu.


Kalau di saat akhir masa selepas berubat nak putus ubat kata nak benda itu balik. Ambik apa-apa yg dilepaskan daripada ustaz yg berubat kita. Ini akan menyebabkan lambat nak sembuh dan susah nak beribadah.


Aku share di sini bukan nak menakut-nakutkan. Aku share ni utk korang yang ada masalah saka,berdamping dengan benda itu atau apa -apa masalah berkaitan dgn benda itu aku nasihatkan Kena selidik dulu dengan perawatan islam sebelum kita pi berubat. Kalau doktor kata tak sakit or tak de masalah sedangkan kamu sakit tak tahu nak describe pun better kamu try rawatan islam or darus syifa.


Macam na blh jadi serpihan itu aku hari-hari selepas solat subuh minum air jampi. Ini air jampi Al Quran tau. Bukan sebarangan. Tak boleh dilangkah dan tak boleh dicampur dgn air telah di masak.


1 comment:

  1. Casino Roll.com™ Blog - Casino Roll.com
    Our Casino Roll.com 유로 스타 도메인 blog offers daily casino articles covering all your favourite online 바카라양방 casinos, 강원랜드 쪽박걸 poker 벳 365 한글 tournaments and more! 온라인포커 Our members receive monthly updates about

    ReplyDelete