Tuesday, 3 August 2021

Ini bukan cerita tipu!!

  

Assalamulaikum dan hi semua,

 

Hari ni sis nak share satu story berkaitan dengan diri sendiri. Cerita ini bukan rekaan. Ini cerita benar yg aku sendiri baru tahu dan sedar. Korang tertanya-tanya ‘benda itu’ bila dia menumpang dan macam mana dia menumpang. Jujur sis kata sis tak tahu bila ‘dia’ ada dan bagaimana ‘dia’ masuk dalam badan sis. So izinkan sis bercerita. Harap dijadikan pedoman dan iktibar.

 

Pada Jumaat (30/7/21) jam 5 petang sis, mama sis dan kawan dia yang dikenali sebagai Mak Lang pergi ke rumah ustaz. Mesti ada tertanya-tanya macam mana kereta boleh naik 3 orang. Sebelum nak cerita lebih biar sis cerita sikit siapa dia Mak Lang tu.

 

Sebelum kejadian, sis ikut mama sis pi tempat kerja sekolah. Ironinya, sis sangat meminati bidang perguruan atau apply kerja dekat sekolah tapi tak dapat. Sambung cerita. Mama sis kerja seperti biasa. Kebetulan, cleaner yang kami panggil Mak Lang pun ada di sekolah. Mak Lang atau nama sebenarnya Ramlah ni umur dia tua berapa tahun dengan mama sis pun tak ingat.

 

 Lepas habis kerja dalam pukul 3 petang lepas solat, mak lang dan mama berpakat pergi ke rumah ustaz itu. Sis bawa kereta tu pi rumah ustaz di Jemerang Star. Kat kampong tiada roadblock polis so tak hairanlah kat kampong berlambaklambak tak pakai mask dan tak ikut SOP sangat. Tak jauh lah dari tempat kerja mama sis. Tapi ustaz tak ada kat rumah so kami call ustaz dan Alhamdulillah ustaz tu kata dia on the way nak balik rumah dan dijangka sampai dalam pukul 4 petang.


Sementara tunggu ustaz kami pun meronda sampai Pantai Besar then patah balik. Singgah sana sini so sampai pukul 5 petang kami patah balik ke rumah ustaz tu. Sis baru tahu nama ustaz tu Ustaz Rosdi aka Ustaz Di. Masuk ke dalam rumah dia, mak lang buat rawatan.

 

Kata Mak Lang dia asal je nak solat kentut la, nak muntah dan banyak lagi masalah dia cerita. Sementara tunggu dia habis rawatan, Akmar (ak panggil dia Mek Kemar aka adik aku) telefon. Dia call sekejap je then lepas tu mak lang dah habis rawatan dia. Dia ada masalah saka keturunan. Tak tahu dari siapa Dari mak dia ke tok dia ke wallahualam. Sis tak tahu sebab sis tak ambil pusing sangat apa orang tua-tua cakap.

 

Tiba-tiba mama sis minta ustaz Di ubatkan aku. Sebabnya aku ada hari gelak benda tak lawak lagi-lagi time maghrib, asyik nak marah dan emosi aku berubah. Turn aku berubat. Kaki aku melunjur dan ustaz baca Ayat Kursi dan 3 Qul serta baca apa aku tak pasti. Dekat setengah jam selepas itu aku dah selesai.

 

Hasilnya, mendapati bahawa ada ‘benda tu’ duduk menumpang dalam saraf darah aku sekian lama! Aku yang “Ha, betul kah?!” Jujur dulu aku mana nak kisah pasal ‘benda itu’ menumpang dalam badan. Aku syak datangnya dari USM or zaman form6. Zaman aku form 1-5 mana ada aku gelak sakan benda tak lawak aku gelak. Patutlah si Syahida pernah cakap kat aku suruh aku diam time memalam masa First Year in USM. "Benda itu" duduk dalam saraf darah aku dan menyebabkan wayar otak aku putus. Ini bukan tipub atau cubaan tau. Ustaz sendiri cakap.  Patut lah juga aku punya pelajaran makin merosot, blur blur dan tak faham langsung apa yg orang cuba sampaikan. Bila difikirkan memang make sense, sebab aku suka bersendirian di kawasan USM lagi-lagi pi muzium di siang hari ke atau dari mana aku dapat wallahualam. Ini bukan salah aku.

 

Aku di bagi dua pilihan sama nak kawan dgn "benda itu" or lepaskan "benda itu". Kaalu nak lepaskan "benda itu" aku kena lepaskan baju aku yg ada kesan aku dan korbankan seekor kambing. Seekor kambing anggaran dlm rm800. Mak ai mahal giler kan. Kalau aku tak lepaskan atau Bahasa mudahnya ‘berkawan dengan dia’. Kesannya aku lambat sembuh dan apa-apa pun payah lekat dekat aku. Contoh pekerjaan, customer yg nak grab dengan aku dan apa-apa benda yang baik. Dan lagi mengejutkan kalua aku lambat berubat aku boleh disahkan sebagai MENTAL. Aku ingatkan aku buat-buat je tau rupanya memang lama. Sebelum tu, aku berubat dekat Darul Syifa dan dia kata ada benda juga tapi depa kata tak seteruk dan tak minta apa-apa pun.

 

Aku tak seteruk akmar (adik aku). Kes dia sama macam aku yang bezanya tak gelak sakan macam aku dan bemosi tak stabil. ‘Benda tu’ sampai suka kt dia dan nak kawan dengan Akmar. Jangan tak tahu ‘benda tu’ akan suka pada orang yang baik-baik dan nak jadikan kawan. Disebabkan Akmar pi berubat dengan Ustaz tu dia Kena buat nazar if nak lepaskan secara total ‘benda tu.’ Dia pun kena lepaskan pakaian yang ada kesan dia seperti aku dan korbankan kambing. Dan mama kata lepas itu dia baru faham kenapa sis asyik marah-marah dan gelak-gelak.

 

Ustaz Di berubat dengan cara pakai sarung tangan dan tekapkan tapak tangan dia ke belakang badan bahagian atas je dan baca apa yang patut dan di sisi dia ada air mineral biasa yang kita beli 1 botol RM 1 tu. Air itu dipanggil air jampi selepas habis rawatan itu. Air itu kena minum setengah then topup dengan air biasa bukan air masak yang kita masak pakai heater tau. Minum setiap hari.

 

Then kami pun habis berubat hantar mak lang balik ke rumah mak dia di kampong relang. Dan kami pun balik macam biasa. Dan sis pesan pada mama sis. Jangan beritahu mak su sis. Ada sebab sis tak nak langsng bagita kat dia. Salah satu sebab dia, dia mulut jahat. Kalau cerita lebih-lebih nanti apa kata orang. Oh ye yang tahu pasal ni sis, mama sis, mak lang dan akmar.

 

Kesimpulannya, kalau ada benda yang menumpang dalam badan lagi-lagi saraf kau kena buang dan jangan kau merana kerananya. Org nampak je kami ni sihat walhal benda tu makan dalam. ‘Benda itu’ jin yang tugasnya halang kau dari buat baik dan sentiasa menyesatkan manusia. Aku nak explain lebih-lebih tu bukan bidang aku. Bidang aku sejarah, arkeologi, sastera. Hanya ahli bidang tu saja tahu. Status aku sekarang masih berubat dan tak sihat sepenuhnya.


Tambahan. Kalau ada sesiapa kata ada berapa ekor dalam badan tu itu semua tipu. Sebab kita ni sendiri tak tahu berapa benda tu dan hanya Allah sahaja yg mengetahui. Kalau ada rasa tak sedap tu bawa berubat dengan orang sepatutnya dengan secepat dan berdekatan dengan tempat tinggal. 





No comments:

Post a Comment