Assalamulaikum dan hi!
Korang mesti nak tahu kan apa rahsia mereka kelihatan cantik. Sekarang ni kan demam Korea so ada yang sanggup nak cantik seperti artis korea seperti Song Hye Kyo, Song Ji Hyo, Yoona, Taeyon dan tak larat aku nak senarai. Tak guna aku cerita panjang. Ok jom kita check list apa rahsia mereka cantik.
1. Penjagaan kulit yg wajib ada
– pencuci muka
– toner
– moisturizer
Ketiga-2 benda ini mesti ada bagi wanita Korea. Selain 3 benda ni diorang juga pakai seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.
Moisturizer |
2. Peeling Gel
Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, at least 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin.
Aqua Peeling gel |
3. Sunblock
- Khas untuk melindungi kulit kita dari terkena sinaran UV. Orang Korea pakai sublock hari-hari even diorang tak pakai mekap! Terkejut aku. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
4. Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.
![]() |
Contoh hidangan makanan Korea |
5. Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis.
6. Banyakkan bersukan
Perasan tak kebanyakan diorang mempunyai badan sado dan cantik. Diorang ni rajin betul bersenam. Tak caya tengok drama Korea tak sah kalau tak ada adegan bersenam atau pergi gim. Menurut sumber boleh aku percayai kata setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+.
7. Pakai Face Mask 2kali seminggu
Siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Diorang paka hati 2 menyebabkan kulit mereka glowing. Kalau tak mampu boleh je boleh face mask pakai telur.
8. Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorang.
![]() |
Seaweed |
9. Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Perasan tak bila tengok rancangan masakan Korea diorang mesti tak tinggal tauhu.
![]() |
Sundubu Jjigae (Sup Tahu Pedas) |
10. Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Banyak artis Korea buat surgery. Tak caya sudah! Tapi surgery ni diorang buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu.
Sebelum dan selepas pembedahan kosmetik di Korea |
FAKTA
Kebanyakan negara maju seperti Korea, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat negara diorang sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital..
No comments:
Post a Comment