Tuesday, 10 January 2017

Petua Bibir Merah Semula Jadi

Semua wanita mempunyai impian untuk memiliki bibir merah bagaikan delima. Bagi mereka satu simbol keyakinan diri jika dibandingkan mereka mempunyai bibir hitam. Ye tak! That why wanita begitu menggilai lipstick merah kerana boleh cover bibir hitam or Nampak menyerlah. Di sini ada cara-cara memiliki bibir merah tanpa perlu memakai lipstick.

1.    Menggosok bibir dengan madu dan gula
Madu sebagai ejen terbaik dalam memerahkan bibir. Madu juga dapat membuang sel kulit mati yang ada di permukaan bibir.  Epidermis akan lebih terangsang dalam membentuk kolagen baru dengan tidak adanya sel kulit mati. Kolagen berfungsi melambatkan proses penuaan. Bukan setakat wajah kita sahaja malah di bibir mempunyai proses penuaan.
Cara memerahkan bibir dengan madu dan gula:
•      Campurkan gula pasir dan madu secukupnya saja
•      Setelah selesai mandi gosokan secara perlahan ke bagian permukaan bibir
•      Lakukan penggosokan selama kurang lebih 10-15 minit
•      Setelah selesai menggosok biarkan sampai kering
•      Gunakan lip balm pada bibir agar hasilnya semakin optimal. Lip balm ini optional.

Hasil carian imej untuk madu


Hasil carian imej untuk gula


2.    Mentega
Bukan setakat digunakan dalam masakan malah boleh digunakan untuk memerahkan bibir. Mentega diperkayakan dengan kandungan minyak yang berfungsi melembapkan bibir. Ini kajian telah dibuat mengaktakan bahawa mentega membantu memerahkan bibir 70 % lebih cepat sekiranya kita menyapu di bibir sebelum tidur!

Make sure bibir dalam keadaan bersih. Kalau ada sisa lipstick sila basuh dulu ya. Lepaskan oleskan mentega secara merata. Biarkan selama 15 minit atau semalaman. Lakukan secara konsisten selama sebulan dan lihat hasilnya.


Hasil carian imej untuk mentega


3.    Kunyit dan madu

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa digunakan dalam masakan. Kunyit juga boleh digunakan dalam mencerahkan wajah dan merahkan bibir! Ini first time aku tahu. Hal ini demikian kerana Kandungan curcuminoid-nya yang tinggi dipercayai mampu meningkatkan jumlah kolagen di permukaan bibir. Nak hasil lagi cantic disarankan korang campur dengan madu.

Cara memerahkan bibir dengan kunyit dan madu:

•      Campur kunyit dengan madu hingga membentuk adunan sama cam pasta
•      Oleskan adunan tadi ke bibir
Boleh diamalkan sebelum tidur atau setelah mandi.

Hasil carian imej untuk kunyit

4.    Minyak zaitun
Minyak zaitun ini digunakan untuk masakan dan kecantikan. Jangan tak tahu minyak ini juga untuk memerahkan bibir. Hal ini demikian kerana minyak ini mengandungi kandungan nutrisi yang cukup lengkap antioksidan, mineral dan Vitamin E yang sudah semestinya bagus untuk kulit.
Cara memerahkan bibir dengan minyak zaitun:
•      Sediakan 2-3 sudu minyak zaitun.
•      Oleskan secara merata di bibir. Sapu dengan lembut.
•      Biarkan selama 15-20 minit sehingga minyak itu meresap dalam bibir
•      Jika sudah meresap dalam bibir, bilaslah dengan menggunakan air suam sampai bersih.

Hasil carian imej untuk minyak zaitun


5.    Minum banyak air putih.
Tubuh kita mengandungi lebih 70% cairan agar metabolisme dalam badan dapat berjalan lancar. Maka air putih sangat penting. Saya amalkan cara ini untuk memiliki badan yang cantik. Sama juga untuk memiliki bibir merah iaitu minum 2.5 liter sampai 3 liter.


Hasil carian imej untuk air putih



6.    Paling penting kurangkan minum berkafein dan alkohol.
Sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan sekiranya kita minum minuman berkafein dan alcohol dengan kerap. Bibir akan menjadi hitam. Nak juga bibir merah, kurangkanlah.  Sebagai ganti, korang boleh minum jus segar daripada buah strawberi atau delima.

Hasil carian imej untuk say no alcohol

Hasil carian imej untuk jus strawberry
Jus Strawberi

Hasil carian imej untuk jus delima asli
Jus Delima

7.    Elakkan merokok.
Merokok bukan sahaja tak bagus untuk kesihatan malah menyebabkan bibir kita gelap. Nikotin dalam rokok tu menyebabkan bibir gelap.

Hasil carian imej untuk say no smoking

8.    Elakkan jilat bibir
Ada yang menjadi suka jilat bibir dengan air liur dengan bibir supaya nampak lembap dan merah. Sebenarnya, habit menjilat bibir telah menyebabkan setelah beberapa minit kemudian biasanya bibir menjadi kering dan terlihat kusam. Bila kusam sikit jilat lagi la. Sekiranya berterusan telah menyebabkan bibir menghitam.

Hasil carian imej untuk jilat bibir


9.    Elakkan mengelupas Bibir
Jika bibir kita kering kalau boleh elak daripada mengelupas bibir. Sekiranya kita mengelupas bibir maka luka akan terbentuk di bibir. Luka tu pula ambil masa untuk pulih sedia kala.

Hasil carian imej untuk bibir mengelupas


10.  Pakai lip balm
Bibir berubah warna sebab terlalu sering terkena sinaran matahari. So nak elakkan, gunakan lip balm yang berfungsi sebagai pelindung UV dengan kandungan SPF 15.

Hasil carian imej untuk lip balm spf 15


11.  Gunakan Limau Nipis
Limau nipis dapat mengurangkan bibir hitam kerana mengandungi vitamin C.

•      Perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil dan bancuhkan dengan air suam
•      Sapukan kat bibir dan biarkan 10-15 minit
•      Bilas dengan air suam
•      Amalkan 1-3 kali sehari

Hasil carian imej untuk limau nipis



12.  Air Mawar
•      Letakkan kelompok air mawar ke dalam air.
•      Sapukan air mawar ke seluruh bibir
•      Lakukan sebelum tidur dan jadikan ini amalan rutin. Amalan ini sesuai di waktu malam bukan tengah hari sayang oi. 



Hasil carian imej untuk air mawar untuk bibir



No comments:

Post a Comment