Assalamulaikum dan hi!
Ingat badan je ke ada berat, blog pun ada. o kalau dah berat sangat buang la widget2 yang tak diperlukan. Kalau Load time itu lama so lembab la blog anda..
Timbang berat blog seperti satu keperluan yang kita perlu jaga. Ini disebabkan beberapa perubahan atau penambahan yang kita buat pada blog terkadang akan menambahkan lagi berat blog kita. Seeloknya sekali dalam sebulan kita haruslah semak blog kita ini. Pastikan jangan sampai melebihi 150KB (setahu Mia untuk pengguna platform blogspot). Kalau dah terlebih, perlu buang mana sahaja widget atau coding luar yang tidak berkenaan.
Pentingnya blog yang ringan dan cepat loading, supaya memudahkan pengunjung yang mempunyai capaian internet yang lambat, masih boleh buka blog kita lagi. Kalau berat dan lambat loading, sudah tentu pengunjung tidak selesa dan mungkin malas menunggu semasa blog kita loading. Sayangnya..
Jadikan rutin menimbang blog ini ibarat kita menimbang berat badan. Kalau dah terlebih, tentu sibuk nak kuruskan bukan? Hah... macam itulah ceritanya.
No comments:
Post a Comment