Kuala Lumpur Part 1
24/3/2016
Aku mengikuti rombongan bawah Seketariat Rukun Negara USM atau singkatannya SRNUSM. Dalam rombongan ini aku ingat lagi kami dikehendaki membayar RM20. Pada masa yang sama aku kiranya skip dari membuat persiapan untuk penari Malam Citra Bayu (nasib bukan aku jadi penari). Bertolak da la malam hari Khamis jam 12 tengah malam. Ye la nak kena sampai awal pagi. Tak ramai pun tak silap aku tak sampai 30 orang. Budak PPIK termasuk aku baru 9 orang.
Macam biasalah tidur dalam bas. Aku ni jenis susah nak lena kalau lena pun sekejap je. Aku dapat sebelah kiri dan duduk sorang sebelah aku tak ingat sapa dia. Sesampai kat R&R Sungai Buloh aku pun mandi, solat subuh dan breakfeast. Aku, Syahida, Fatimah dan Mastura Peni breakfast di KFC atas jejantas yang boleh nampak highway tu. Sesudah tu teruskan perjalanan lagi sampai ke KL. Da la pagi-pagi jalan jammed.
Sampai di Istana Negara (Muzium Diraja) di Jalan Istana.Okay kita cerita sikit sejarahnya. Istana Negara di Jalan Istana pada asalnya tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sebelum ditukarkan ke Jalan Duta. Istana ni terletak bertentangan dengan Jalan Syed Putra, iaitu meliputi seluas 25 ekar atau 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang. Tu baru al Mukadimahnya. Semasa penjajahan British, jutawan dari Chna iaitu Chan Wing membina sebuah banglo dengan harga yang tertinggi pada ketika itu iaitu RM150,000 pada tahun 1928. Banglo ini mendapat sentuhan daripada kepakaran firma seni bina terkenal, Swan &McLaren. Pada Perang Dunia Kedua (1938-1945), menurut majalah Tell, keluarga jutawan itu melarikan diri . So bangunan ini digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama 3 tahun 1/2 (1942-1945). Selepas pengunduran Jepun, keluarga jutawan itu kembali pada tahun 1946. Walaupun begitu, mereka tidak menduduki banglo sebab British Malayan Administration (BMA) menggunakan banglo tu sebagai mes pegawai kanan mereka. Selepas itu, Sultan Selangor iaitu Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah membeli banglo itu dan mengubahsuai untuk dijadikan tempat bersemayam baginda. Sekali lagi bertukar milik apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM 1.4 juta pada tahun 1957. Banglo itu menjadi tempat bersemayam Yang DiPertuan Agong yang Pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Bagi mengangkat martabat bangunan itu sebagai sebuah kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM328,000 untuk menjadikannya istana yang sesuai sebagai tempat bersemayam raja bagi sebuah negara merdeka yang baru. Dengan menggunakan kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale dari sudut rekaan, sementara pengubahsuaian pula dilakukan oleh kontraktor tempatan, proses kerja-kerja menaiktaraf itu tidak mempengaruhi struktur utama bangunan itu.
Pengubahsuaian yang hanya mengambil masa selama empat bulan sahaja menyaksikan jumlah penambahan bilik yang sebelum ini 13 kepada 20 bilik, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan. Sebaik menjelang tahun 1980-an, Istana Negara telah mengalami pengubahsuaian besar-besaran dengan penambahan Balairong Seri Utama yang menempatkan singgahsana. Ini adalah kali pertama singgahsana diletakkan di Istana Negara dimana sebelum ini pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman terletak di Jalan Ampang. Proses penambahan singgahsana baru ini yang bertujuan mengangkat martabat Istana Negara telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya, Kapt David Wee dengan berasaskan kepada alat kebesaran diraja. Dibina tujuh tingkat dan bertiang tujuh, ia melambangkan alam semesta yang mempunyai tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi dan diperbuat daripada kayu cengal yang diukir indah dan halus. Sebaik sahaja Balairong Seri Utama ini siap, pertabalan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-tujuh telah diadakan di sini pada 1980.
Kitaorang kena buka kasut. Sebelum tu aku, Aida, Aiza, Syahida, Fatimah, Mastura Peni, Afkar, Aizat dan Sham bergambar di hadapan Istana Negara. Aku lupa sapa tah post kat dalam whatsap group Sastera IK. Aku pun post dlam wechat juga gambar tu. Aku lupa nak cerita aku akan post dalam wechat sebab wechat lagi private dan sikit ja yg tahu aku tulis status. Aku banyak berjiwang dalam tu selain twitter. Masuk pun diiringi dengan pekerja yang baju melayu dan bersamping hitam. Dia explain lagi dalam tu ada apa? Lupa nak cerita juga ada certain dilarang ambik gambar. Sotak de la gambar untuk bangunan mula-mula pergi ini. Pi bangunan sebelah boleh mensnap gambar. Kat situ ruangan untuk. Selepas tu bertolak pi bangunan Parlimen. Before that, semua peserta rombongan siap siaga memakai
pakaian formal.
Istana Negara, bukanlah sekadar tempat bersemayam pemerintah tertinggi negara.Malah, ia juga memainan peranan penting sebagai sebuah bangunan yang melambangkan kedaulatan negara.Untuk tujuan itu, Istana Negara diperuntukkan beberapa bilik penting khusus bagi upacara tertentu merangkumi bilik Singgahsana Kecil, Dewan Mengadap, Bilik Duta, Bilik Permaisuri dan Balairong Seri.Bagi bilik Singgahsana Kecil, ia digunakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri, Istiadat Mengadap dan Menerima Watikah Perlantikan TYT Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Luar Negara.Selain itu, ia digunakan semasa Istiadat Menerima Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia oleh Ketua Hakim Negara serta Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh menteri dan timbalan menteri.Untuk bilik yang telah dikhususkan sebagai 'Dewan Mengadap', ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu kehormat seperti ketua-ketua negara dan lain-lain tetamu kenamaan. Merupakan dewan yang kedua di tingkat bawah, Dewan Mengadap juga digunakan sebagai ruang rehat oleh Sultan-sultan, Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-yang di-Pertua Negeri semasa persidangan Majlis Raja-raja diadakan di Istana Negara. Istana Negara juga turut mempunyai Bilik Duta di mana ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Perdana Menteri negara serta Pesuruhjaya Tinggi dan duta dari negara asing yang ditauliahkan ke Malaysia. Sementara itu, Bilik Permaisuri merupakan tempat di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu-tetamu kehormat.Bagi bilik yang menempatkan Balairong Seri pula, ia digunakan bagi menjalankan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan, Hari Keputeraan dan acara berkaitan dengannya.Selain itu, ia juga digunakan sebagai Dewan Santapan semasa Majlis Santapan Negara meraikan Ketua Asing yang membuat lawatan negara, Majlis Santapan Memuliakan Mesyuarat Raja-Raja dan sebagainya. Sekaranya namanya Muzium Diraja.
Pintu gebang Muzium Diraja |
Luar kawasan Muzium Diraja |
Luar kawasan juga |
Bahagian pameran bangunan yang boleh snap gambar. |
Singgahsana Raja-Raja |
Luar kawasan Istana Negara |
Tak silap aku ini adalah tempat bermesyuarat raja-raja |
Parlimen.Kami tak boleh snap gambar ketika persidangan berlangsung dan kena dengar 30 minit sahaja. Lepas tu dibawa pusing satu parlimen yang tu boleh la snap gambar. Apa yang aku tahu bila ADUN menanyakan kepada seorang menteri mengenai isu yang dibangkitkan diorang (menteri) kena jawab. Kalau menteri tak boleh jawab aku tak ingat apa nak gelaran orang yang duduk tepi parlimen pakai uniform tu kena prepare jawapan. Alasannya tak semua ADUN belajar tinggi.
Cerita sikit pasal parlimen
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran). Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing. Ada 3 komponen iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara dan SBP Yang di-Pertuan Agong. Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 Ahli bagi Dewan Negara dan 222 Ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.
Simbolik kepada parti mana yang menduduki 2/3 kerusi parlimen. Apa nama dia erk? |
Luar kawasan Parlimen |
Galeri Parlimen Malaysia dibuka kepada pengunjung yag datang ke Parlimen. Bergambar dengan SRNUSM |
Ini adalah tugu Tunku Abdul Rahman |
Selepas tu pergi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berehat.
Rujukan
1. http://web10.bernama.com/daulattuanku/rencana.php?id=629104 (Istana Negara History)
2. http://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?view=236&uweb=p& (Sejarah Parlimen)
1. http://web10.bernama.com/daulattuanku/rencana.php?id=629104 (Istana Negara History)
2. http://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?view=236&uweb=p& (Sejarah Parlimen)
No comments:
Post a Comment