17/11/2016
Sampai petang kat Kolej Keris Mas. Aku ada ketakutan melampau pasal longkang besar, dalam dan luas. Aku takut jauh ke bawah. Fobia sungguh. Nak story juga, time aku sekolah fardu ain selalu tumpang kereta kawan satu taman dengan aku. Malang tak berbau aku jatuh longkang depan masjid kat pekan. Dua kali. Sampai lutut aku berdarah dan ada kesan benjol kat kepala. Nasib baik Chinese girl pegang tangan aku, aku pun sambut tangan dia.
Aku tidur dengan Chinese girl namanya Fang. Lupa nama penuhnya. School Sains Kemasyarakatan tahun 1 asalnya Ipoh, Perak. Dapat bilik tingkat 4 dan menghadap main road. Oh ya laki dan perempuan satu blok dan dipisahkan dengan tingkat. Macam ni lelaki tingkat 1 dan 2 lepas tu selang tingkat perempuan tingkat 4 dan 5.
Merasa juga naik bas UKM. Bawa mak ai. Tak tahu nak describe macam mana. Malam tu ada interaksi dengan kelab ekonomi. Aku dan Sham satu group. Satu group untuk jawab kuiz. Aku tak dapat jawab deh. Lepas tu depa bincang jawapan, aku dan Sham pun berpakat pi ronda satu fakulti ekonomi. Lepas tu makan free lagi. Selepas tu tidur.
No comments:
Post a Comment