Assalamulaikum dan hi!
Bersua kita kembali setelah sekian lama aku tidak mengemaskinikan cerita. Maklumlah diri ini sibuk dengan pelajar. Ok tidak mengapa la, page #KakiJalan kita kali ke Pulau Pinang a.k.a Penang Pulau Mutiara.Uish kalau cerita bab penang memang tak pernah habis.
Sejarah Pulau Pinang
Pada asalnya Pulau Pinang merupakan milik Sultan Kedah. Pada tahun Kedah diserang oleh Siam kerana kegagalan Kedah menghantar bunga emas kepada Siam. Bunga emas perlu dihantar kepada Siam sebagai tanda persahabatannya. Bunga ini perlu dihantar pada setiap tahun. pada abad ke-18 juga tercetusnya peperangan antara Kerajaan Siam dan Burma. Selepas peperangan itu berlaku Kerajaan Siam dilihat semakin lemah dan keadaan ini menyebabkan Kerajaan Kedah sudah tidak menghantar lagi Bunga Emas kepada Siam. Disebabkan hal itu, Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sekiranya EIC (East India Company) membantu dalam menghadapi Siam. Francis Light menandakan perjanjian itu dengan Sultan Abdullah. Maka terjadilah pada 11 Ogos 1876 penyerahan Pulau Pinang kepada EIC. Ibu negeri Pulau Pinang ialah Prince of Wales Island atau Georgetown ambil sempena nama King George III. Setelah berita ini sampai kepada kerajaan Siam, Siam menjadi marah kerana Sultan Kedah memberikan Pulau Pinang kepada British tanpa kebenaran daripada pihak Siam. Hal ini kerana Pulau Pinang merupakan salah satu kawasan di bawah takluknya. Namun, Sultan kedah meneruskan juga niatnya itu kerana khuatir akan nasib kerajaan Kedah akan menjadi seperti Pattani yang telah dihapuskan oleh Siam.
Francis Light mungkir janji. Beliau tidak menghantar tentera untuk membantu Kedah dalam menghadapi Siam. Sebenarnya bukan Francis Light membuka Penang sebaliknya sudah ada penempatan orang Melayu di Batu Uban. Buktinya, Datok Jenaton ini merupakan pembesar dari Pagar Ruyong bersama-sama 180 orang pengikut ke Pulau Pinang. Sultan Kedah menganugerahkan tanah seluas 100 ekar tanah kerana membantu menentang Siam. Selain itu, Nahkoda Intan orang yang bertanggungjawab membuka Batu Uban dengan keizinan Sultan Kedah. Petempatan kecil ini berkembang sehingga menarik minat EIC. Kawasan USM ada satu tempat namanya Anjung Jannatun (sekarang rumah Naib Canselor USM) merupakan simbolik kepada penempatan orang Melayu ke Batu Uban.
Nak tahu lebih lanjut beli buku USM SEJARAH AWAL PULAU PINANG.
ahad 31/10/2017
Bermulanya sebaik sahaja aku turun dari bas rapid di Jeti. Aku teruskan berjalan ke Lebuh Pantai atau Beach Street. Selalunya ada bulan tertentu dan hari minggu ada event contoh Penang International Food. Jalan ini merupakan satu jalan yang tertua di George Town, Penang. Jalan ini dibina pada 1786 atau 1787. Jalan ini selepas Light Street menjadi main road di George Town yang baru ditubuhkan. Beach Street ini dibina mengikut lengkung di pantai yang ketika itu betul-betul bersebelahan.
Aku tak ingat ada festival yang berlaku. Sebab masa aku sampai da ditutup jam menunjukkan pukul 12 lebih. Aku jalan lagi lalu depan Balai Polis Lebuh Pantai. Kat sini terdapat banyak bangunan kolonial Inggeris di sini.
Antaranya:
Bermulanya sebaik sahaja aku turun dari bas rapid di Jeti. Aku teruskan berjalan ke Lebuh Pantai atau Beach Street. Selalunya ada bulan tertentu dan hari minggu ada event contoh Penang International Food. Jalan ini merupakan satu jalan yang tertua di George Town, Penang. Jalan ini dibina pada 1786 atau 1787. Jalan ini selepas Light Street menjadi main road di George Town yang baru ditubuhkan. Beach Street ini dibina mengikut lengkung di pantai yang ketika itu betul-betul bersebelahan.
Aku tak ingat ada festival yang berlaku. Sebab masa aku sampai da ditutup jam menunjukkan pukul 12 lebih. Aku jalan lagi lalu depan Balai Polis Lebuh Pantai. Kat sini terdapat banyak bangunan kolonial Inggeris di sini.
Antaranya:
1. Standard Chartered bina, hibrid dari Palladian dan gaya Art Deco pada tahun 1930
2. Bangunan Bank HSBC, dibina semula dalam gaya Art Deco pada tahun 1948 setelah bangunan asal telah musnah semasa Perang Dunia II
3. Bangunan Majlis Islam NegeriPulau Pinang, dahulu sebahagian daripada pejabat kerajaan yang dibina di Negeri-Negeri Selat
4. Bank of China bangunan, yang dahulunya menempatkan Royal Bank of Scotland, telah siap dibina dalam gaya neoklasik pada tahun 1905
5. Bangunan OCBC, dibina mengikut gaya Art Deco pada tahun 1938
6. Bangunan 1886, dibina mengikut gaya zaman Victoria
7. Bangunan Logan, kini arked membeli-belah dan makanan, telah siap dibina dalam gaya zaman Victoria pada tahun 1883
8. Rumah India
9. Dispensari George Town
Bank Standard Charetered di Lebuh Pantai |
Penang International food festivaL |
Peta Lebuh Pantai |
Menara jam ini dibina oleh seorang jutawan Cina iatu Cheah Chen Eok dan mula dibina sekitar tahun 1897.Namun Ratu Victoria tidak sempat melihat menara ini siap kerana apabila menara ini siap sepenuhnya pada tahun 1902,sang ratu telah lama meninggal dunia. Jika kita pernah melawat Georgetown dan melihat sendiri menara ini,pasti kita hairan mengapa menara ini agak condong sedikit.Ini adalah kerana pada masa meletusnya Perang Dunia kedua di rantau Asia Pasifik,menara ini menjadi mangsa pengeboman yang dilakukan oleh tentera Jepun ketika kemaraanya ke Pulau Pinang pada tahun 1941.Menara itu selamat namun disebabkan momentum letupan itu,menara itu condong sedikit sehingga ke hari ini.
Menara Jam Peringatan Victoria |
Seterusnya aku berjalan kaki ke Lebuh Light. Lebuh Light adalah jalanraya yang pertama dibina apabila George Town dibuka. Pengasas George Town, Kapten Francis Light dikatakan telah menembak meriam berisi duit syiling perak ke dalam hutan belantara. Bahagian pulau yang dipilihnya adalah kawasan yang tidak berpenghuni. Pada ketika itu, sudah terdapat penempatan kecil di beberapa tempat di Pulau Pinang seperti di tebing Sungai Pinang, di Batu Uban, dan di Tanjong Tokong. Di sini juga terdapat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sebelum Pulau Pinang dinaiktaraf ke status Presidency pada tahun 1805, tiada belanjawan yang mencukupi untuk kerja-kerja awam. Hanya setelah Penang mendapat status itu, barulah bangunan-banguan yang lebih mewah dibina, antaranya Bangunan Mahkamah Perakam (Recorder's Court), yang hari ini kita kenali sebagai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Pada masa itu, ia adalah sebahagian daripada kompleks Balai Polis Sentral, sebelum balai polis itu berpindah ke Pesara Claimant, meninggalkan tempatnya untuk Balai Polis Lebuh Pantai. Oleh sebab terdapatnya balai polis di sini sejak awal-awal lagi, Lebuh Light dikenali dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang sebagai yang bermaksud "jalan polis".
Dari separuh kedua abad ke-19, Orang Eropah mula berpindah keluar dari Lebuh Light untuk menduduki tanah baru dibuka pada bahagian barat George Town, di tempat-tempat seperti Jalan Utama (yang digelar Western Road pada masa itu). Hartanah sepanjang Lebuh Light telah dibeli oleh jutawan tempatan berbangsa Cina. Antara saudagar Cina yang telah menjadi amat kaya di Pulau Pinang termasuk Foo Tye Sin, Koh Seang Tat dan Goh Ban Bee masing-masing memiliki harta di sepanjang Lebuh Light. Sesiapa yang mampu milik alamat di Lebuh Light dikatakan "sudah tiba". Secara sedikit demi sedikit, Lebuh Light terus berubah dari abad ke-20 ke abad ke-21. Pada hari ini, terdapat sebuah bulatan di penemuan Lebuh Light dengan Lebuh Pantai, Pesara King Edward and Jalan Syed Sheh Barakbah. Bulatan Lebuh Light hanya dibina selepas Perang Dunia Kedua.
Terdapat tempat yang menjadi tumpuan di Lebuh Light.
- Banglo Foo Tye Sin Mansion
- Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang
- Kubu Cornwallis
- Padang Kota Lama
- Perigi Francis Light
- Rumah Kerajaan
- Rumah Yeap Chor Ee
- Tugu Peringatan Logan
Aku berjalan kaki sehingga aku menghampiri bangunan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang. Terdapat lain aku listkan tu hanya sekadar lalu tetapi tidak singgah. Fasa pertama Dewan Perniagaan China dari Penang Street hingga Light Street dengan jalan lima kaki di luar. Ia direka oleh seorang arkitek tempatan, Chew Eng Eam pada tahun 1926. Di atas bumbung adalah beranda terbuka dengan pemandangan indah Esplanade atau Padang Kota. Bangunan ini membawa hiasan dalam bentuk guci, corbels, balustrades teras dan Tudor gable.
Penang Chinese Chamber of Commerce Building |
Seterusnya aku berjalan ke Lebuh Penang. Penang Street, atau Lebuh Penang, adalah salah satu jalan tertua di George Town. Ia terletak dalam zon teras Tapak Warisan Dunia George Town Unesco. Jalan Pulau Pinang berada dalam grid asli yang diletakkan oleh Francis Light untuk penempatan awalnya di George Town pada akhir abad ke-18. Dokumentasi Pulau Pinang yang paling awal diketahui dalam peta 1798 di Popham. Pada peta itu, Penang Street dikenali sebagai China Street. Walau bagaimanapun, nama Jalan Penang telah digunakan sejak tahun 1803 dalam peta George Town ditarik di bawah pentadbiran George Leith sebagai Leftenan Gabenor. Hari ini bahagian Penang Street di selatan Lebuh Gereja berada dalam Little India. Anda dapat melihat perubahan karakter di jalan, terutamanya di antara Lebuh Gereja dan China Street.
Tempat bersejarah di Lebuh Penang
- Chinese Chamber of Commerce
- Foo Tye Sin Mansion
- House of Yeap Chor Ee
- Kwangtung & Tengchow Association
Tidak dirancang pun aku masuk Penang 3D Trick Art Museum. Tiket masuk hanya RM15. Muzium ini adalah muzium interaktif di Lebuh King di George Town, Pulau Pinang. Ia dibuka pada 25 Oktober, 2014. Muzium itu menduduki dua tingkat sebuah kedai runcit yang panjang dari Lebuh King ke Lebuh Penang. Pengunjung membuat perjalanan melalui lantai dasar dan kemudian meneruskan tangga ke tingkat pertama. Perjalanan membawa mereka melalui pemandangan di Pulau Pinang, dan kemudian meneruskan ke kawasan yang lebih hebat dan luar biasa. Apa yang menjadikan Muzium ini "menonjol", secara harfiah, adalah menggunakan kedua-dua mural perspektif dan angka-angka kehidupan yang menonjol dari dinding. Oleh itu ia menawarkan pengalaman yang berbeza dan baru.
Memang best. Dapat merasai duduk atas pokok kelapa, beca, sampan, tikar terbang dan ketuk orang. Ini hanya replika sahaja. Setelah puas meronda aku pergi berjalan kaki ke Lebuh Bishop. Lebuh Bishop, adalah sebuah jalan di bandar dalaman George Town dan dalam zon teras Tapak Warisan Dunia Unesco. Ia berasal dari nama presbyter uskup Katolik yang terletak di sana. Uskup Garnault telah tiba di Pulau Pinang atas undangan Kapten Francis Light, yang menghantar sebuah kapal, Speedwell untuk menjemputnya dan sekumpulan orang Eurasia. Katolik telah menetap di Kuala Kedah selepas melarikan diri penganiayaan agama Siam di Ligor dan Phuket.
Deretan kedai Little India |
Papan tanda Little India |
Seterusnya berjalan menuju ke Masjid Kapitan Keling. Masjid ini merupakan masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid Kapitan Keling ini merupakan masjid yang tertua di Pulau Pinang yang siap dibina pada tahun 1801 lagi. Oleh kerana pada masa itu Pulau Pinang merupakan salah satu pusat perdagangan terkenal di Selat Melaka, maka banyak orang luar yang datang ke Penang untuk berdagang dan salah satunya ialah masyarakat Chulia dari selatan India yang juga merupakan Tamil Islam. Masyrakat Chulia adalah antara penduduk yang kian bertambah di Penang untuk aktiviti perdagangan rempah ratus & kain pelikat. Lantaran pada suku abad 18 Syarikat Hindia Timur telah membina masjid ini bagi memenuhi keperluan ibadat masyarakat India Muslim di sini. Sebelahnya ialah nasi kandar Beratur. Buka pukul 10 malam.
Sebelum pembinaan Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Kapitan Keling digunakan sebagai masjid negeri Pulau Pinang, memandangkan ia adalah masjid bersejarah yang terbesar di George Town. Masjid Kapitan Keling diberi nama sempena Caudeer Mohuddeen, pemimpin komunity India Muslim yang telah membinanya lebih kurang dalam tahun 1800. Nama "kapitan keling" digunakan untuk pemimpin atau penghulu komunity Orang India Muslim. Istilah "keling" berasal dari sebuah kerajaan Hindu kuno di Pantai Koromandel di bahagian selatan India. Orang Hokkien tempatan menggunakan sebutan "keling-na" sebagai panggilan Orang India secara am, terutamanya Orang India dari bahagian selatan India. (Orang India dari utara dihimpun dengan istilah "banggali", walaupun ia tidak semestinya merujuk kepada mereka yang berasal dari Bengal). Gelaran "Kapitan" kemungkinan datangnya dari perkataan Inggeris "Captain", dan digunakan untuk ketua sesuatu komuniti. Pada hal yang sama, ketua komuniti Cina turut digelar Kapitan.
Kapitan Keling Caudeer Mohuddeen adalah penguasa masjid ini yang pertama. Dialah yang telah membawa jurubina termasuk bahan-bahan binaan dari India untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, Masjid Kapitan Keling merupakan sebuah bangunan satu tingkat pada pelan empat segi tepat dengan bumbung condong pada setiap penjuru. Bangunan masjid dikelilingi rumah kedai kepunyaan masjid, dengan suatu lorong sempit sebagai pintu masuk. Tanah 18 ekar kepunyaan Masjid Kapitan Keling telah diberikan kepada masyarakat India Muslim oleh Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith, pada bulan November, 1801, untuk kegunaan sebagai "masjid buat selamanya". Akan tetapi, dalam tahun-tahun kemudian, apabila George Town semakin sesak, kerajaan terpaksa membeli kembali sebahagian tanah masjid untuk kemudahan bandar. Antaranya tanah yang sekarang berdirinya Balai Polis Sentral dan Pasar Lebuh Campbell, yang pada suatu ketika dahulu merupakan tempat perkuburan Islam.
Kapitan Keling Caudeer Mohuddeen meninggal dunia pada tahun 1834. Beliau tidak berpeluang melihat masjid yang didirikannya terus berkembang hingga ke hari ini.Makam kapitan berada di Kampung Kolam. Apabila saya mula menulis petikan ini, makam itu dalam keadaan usang (Februari 2005). Sejak masa itu, makamnya sudah diperbaiki dan dipulih semula. Tanah masjid semakin mengecut saiznya atas pelbagai sebab termasuk masalah setinggan dan pengurusan yang kurang cekap. Rumah persendirian didirikan semakin hampir kepada masjid sehinggalah pada tahun 1903, saiz tanah masjid yang pada asalnya 18 ekar tinggal hanya 8 ekar. Pada tahun 1905, kerajaan telah menubuhkan Badan Wakaf Mohammedan dan Hindu untuk menyelia pentadbiran tanah wakaf. Suatu program pembaharuan bandar yang meluas dilaksanakan. Pad tahun 1910-an, Masjid Kapitan Keling diberi wajah baharu dalam gaya British Mughal Revival, dengan penambahan kubah yang bergaya Mughal, menara dan sebuah madrasah. Pembaharuan ini siap pada tahun 1916. Masjid ini mematuhi Kiblat yang memutuskan bahawa ia mesti menghadap ke arah Kaabah.
Satu lagi pengubahsuaian ke atas masjid Kapitan Keling dibuat pada tahun 1930 selepas reka bentuk yang lepas didapati tidak praktikal. Sesuai dengan tradisi, masjid tidak dibina semula tetapi hanya diperbesarkan. Dewan solat dipertinggikan dua kali ganda agar sistem pengudaraan ditingkatkan dan lebih sinaran cahaya boleh masuk. Bahagian luar masjid dicat warna kuning ochre manakala bahagian dalamnya dihias dengan marmar putih dengan siling yang tinggi. Lorong dalaman masjid berbentuk gerbang ladam dan dinobatkan dengan plak Raja Edward. Permukaan bangunan dihiasi dengan corak geometri, memandangkan bentuk manusia dan haiwan haram dalam Islam. Masjid Kapitan Keling selagi lagi diubahsuai pada tahun 2003 menerusi geran RM5 juta, untuk membaiki masalah resapan air dan saliran yang kurang memuaskan. Atas sebab itu, masjid terpaksa ditutup untuk satu tahun. Beberapa tambahan yang tidak membinasakan kecantikan masjid dibuat, antaranya laluan pejalan kaki berbumbung dipanjangkan dan tempat wuduk wanita dibina. Corak kaligrafi ditambahkan kepada bahagian dalam kubah dan dinding menggantikan motif bunga. Sebuah pusat maklumat Islam juga didirikan di tingkat bawah menara masjid.
Masjid Kapitan Keling |
Nasi Kandar Beratur |
Lebuh Cannon merupakan jalan yang pendek di Enclave Heritage of George Town. Ia menghubungkan Jalan Armenia ke Acheen Street.
Banyak rumah di sebelah kiri jalan, sebagai salah satu pendekatan dari Pitt Street, tergolong dalam Leong San Tong Khoo Kongsi. Persatuan Pelancong Pelancong Pulau Pinang mempunyai pejabat di sini, bersama-sama dengan Seni-Ed, sebuah organisasi yang memulakan program pendidikan seni untuk golongan muda, terutama yang tinggal di Inner City. Pembukaan di kedai runcit membawa kepada halaman terbuka yang dipanggil Cannon Square. Di sinilah Leong San Tong mempunyai kuil klan yang sangat mewah. Pendekatan ke kuil klan adalah melalui koridor yang sempit, untuk menghalang unsur-unsur bermusuhan daripada menyerang masyarakat klan - satu keperluan dalam abad ke-19 yang tidak menentu.Di sebelah kanan Cannon Street adalah rumah bandar kediaman yang dibina pada awal abad ke-20. Ramai yang selesai di plaster Shanghai. Di sebelah kanan persimpangan Jalan Armenia dan Cannon Street adalah Kuil Choo Chay Keong, lebih dikenali sebagai Kuil Yap.
Seterusnya berjalan kaki ke Lebuh Armenian. Tujuannya melawat Sun Yat Sen Museum. Tiketnya hanya RM5. Bekas tempat Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang revolusi bagi menjatuhkan Dinasti Qing.Dianggap sebagai Bapa China Moden, Sun Yat Sen hidup dalam buruan. Beliau lari dari China ke Jepun, Eropah dan Amerika selepas gagal menjatuhkan dinasti beraja.Apabila beliau mendapati adanya sokongan kuat kaum Cina di Malaya, beliau turun ke Penang pada 1910 untuk menyediakan tapak revolusi baru dan mengaut sokongan bangsa Cina seluruh dunia.Untuk mengabur pihak berkuasa, beliau membuat kelab membaca disini. Tapi disebalik itu, rumah ini menjadi tempat beliau dan penyokong berkumpul bagi menyebarkan doktrin-doktrin baru, dan membincangkan cara menjatuhkan raja China dan membina negara republik Asia yang pertama.
Selepas itu jalan kaki ke Lebuh Chulia untuk menunggu bas balik ke USM. Lebuh Chulia adalah salah satu jalan utama di George Town, Pulau Pinang. Oleh kerana panjangnya, sebahagiannya berada dalam zon inti Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, sehingga persimpangan Carnavon Street dan Love Lane, manakala yang lain berada dalam zon penampan
INFO
HARGA TIKET
MUZIUM 3D Penang
Sila bawa MyKad & MyKid masing-masing ketika membeli tiket untuk dapatkan harga promosi MyKad/MyKid. Berikut merupakan bayaran harga tiket masuk ke Penang 3D Trick Art Museum yang boleh anda beli di kaunter tiket di bahagian pintu masuk.
- Dewasa ( 13 tahun & keatas)
- Ada MyKad: RM 15/pax
- Tiada MyKad: RM 25/pax
- Kanak-kanak ( 3 tahun – 12 tahun)
- Ada MyKid: RM 10/pax
- Tiada MyKid: RM 15/pax
- Pelajar & Warga Emas (60 tahun & keatas)
- Ada MyKad: RM 10/pax
- Tiada MyKad: RM 15/pax
- Harga tiket untuk kanak-kanak bawah ketinggian 100 cm PERCUMA.
Waktu operasi Muzium 3D Penang:
- Isnin-Jumaat: 9.00 am – 6.00 pm
- Sabtu/Ahad: 9.00 am – 10.00 pm
KHOO KONGSI
RM 10.
RM1 (jika tunjuk student card). Aku dapat harga ini
SUN YAT SEN
RM5
Bye!
No comments:
Post a Comment