Wednesday, 30 May 2018

bagaimana krisis identiti boleh berlaku dalam sebuah negara maju seperti Jepun. Di sebalik krisis itu apakah kesan kepada masyarakat Jepun.


PENDAHULUAN
Zaman Heisei merupakan zaman yang berlaku pada kini. Heisei dicipta daripada dua karakter Cina (kanji) yang membawa maksud  "keamanan" dan "menjadi". Pada awal zaman Heisei, keadaan ialah lebih tenang untuk masyarakat Jepun berbanding beberapa dekad terakhir zaman Showa (1926-1989), yang merupakan pemulihan dan pertumbuhan dramatik Jepun selepas dikalahkan dengan teruk dalam perang Dunia II (1939-1945). Zaman ini wujud selepas tamatnya zaman Showa. Zaman ini bermula pada 8 Januari 1989 sehari selepas kematian Maharaja Hirohito. Kemudiannya, Akihito iaitu anak kepada Maharaja Hirohito menjadi pengganti maharaja Hirohito. Kewujudan zaman Heisei telah memperlihatkan bahawa zaman ini mengalami jatuh bangun negara Jepun dari semua aspek sama ada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Contohnya, maharaja dijadikan simbol penyatuan rakyat Jepun. Sekiranya maharaja mereka mangkat, rakyat sudah pasti akan berkabung. Ianya juga sudah pastilah mendapat liputan media secara meluas. Namun begitu, ada segelintir media mengeksploitasikan berita demi mengaut keuntungan mengenai penyakit maharaja, keadaan maharaja sehinggalah saat terakhir maharaja.[1]  Hal ini telah menyebabkan berlakunya krisis dalam sesebuah masyarakat Jepun.
Selain itu, krisis identiti ini juga telah memberi impak kepada negara Jepun dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Dalam esei ini akan membincangkan mengenai bagaimana krisis identiti boleh berlaku dalam sebuah negara maju seperti Jepun. Di sebalik krisis itu apakah kesan kepada masyarakat Jepun.


KEMATIAN MAHARAJA HORIHITO
Maharaja Hirohito telah memerintah Jepun dari tahun 1926 sehingga tahun 1989. Sewaktu pemerintahan Maharaja Hirohito iaitu pada zaman Showa (1926–1989). Zaman ini dapat memperlihatkan mengenai pelbagai peristiwa seperti kebangitan rejim fasis, Perang Dunia Kedua dan pemulihan ekonomi selepas perang selepas pada tahun 1945. Tidak dilupakan juga, usaha-usaha Maharaja Hirohito untuk membangukan negara Jepun.[2]  Pada 7 Januari 1989, zaman Showa telah berakhir apabila Maharaja Hirohito mangkat. Hal ini sekaligusnya munculnya zaman baru iaitu zaman Heisei. Zaman Heisei ini diperintah oleh anak Maharaja Hirohito iaitu Maharaja Akihito 7 January 1989. Maharaja Akihito menjadi Maharaja Jepun yang ke-125.[3] 
            Sewaktu kemangkatan Maharaja Hirohito, golongan politik dan golongan swasta berlumba-lumba untuk menunjukkan rasa simpati mereka. Hal ini merupakan permulaan kuasa baru yang memerintah Jepun. Bagi golongan ini, ianya sesuatu yang penting kerana mereka mahu menjaga kepentingan dan kedudukan mereka.  Disebabkan hal itu, jelaslah memperlihatkan bahawa maharaja sebagai simbol keamanan perang. Hal ini dibuktikan dengan ketidaklibatan Jepun dalam mana-mana perang yang berlaku.[4]
Fungsi sebenar maharaja di Jepun turut menjadi perbincangan pendapat dan perdebatan pendapat. Hal ini dapat dilihat melalui seorang ahli fahsafah dan pengkritik iaitu Takeda Seiji telah memberi pendapat mengenai hal ini. Beliau mengatakan bahawa sistem pemerintahan Jepun tidak sama dengan Perdana Menteri yang terdapat di Barat. Disebabkan hal itu, maharaja Jepun perlu merangkumi dari pelbagai aspek seperti hubungan individu dengan keluarga, saudara-mara, sahabat, masyarakat dan negara. Selain itu, maharaja perlu menjadi agen penyatuan kepada masyarakat yang menghadapi masalah kebimbangan.[5]  Maka, hal ini dapat disimpulkan bahawa maharaja perlu berfungsi dalam semua perkara dan bukan sekadar hanya simbol. Takeda Seiji ada menyatakan bahawa unsur luar seperti Barat merupakan masalah utama bagi maharaja untuk menjalankan tanggungjawabnya.[6] 
Selain itu, Takeda Seji juga berpendapat bahawa intelektual sedang menghadapi cabaran permodenan yang semestinya diimport dari luar, perlu menari kaedah seperti mencari sebab dan akibat di sebalik kebimbangan atau memahami perubahan yang sedang berlaku dengan cara yang rasional. Sekiranya, cara ini diaplikasikan, ianya dapat mengekalkan kuasa maharaja dalam masyarakat. Unsur luar yang diadaptasi mengikut kesesuaian di Jepun tidak akan menimbulkan masalah kepada sistem maharaja di Jepun serta krisis identiti di Jepun.[7] 

 KRISIS IDENTITI DI JEPUN PADA AWAL ZAMAN HEISEI
Krisis identiti berlaku disebabkan pengaruh luar terutamanya pengaruh barat dan arus permodenan di Jepun. Hal ini telah mengakibatkan masyarakat Jepun berubah sehingga wujudnya perkara yang negatif iaitu krisis identiti dalam kalangan remaja, orang dewasa dan wanita di Jepun.
EKONOMI
Semasa zaman Heisei, telah berlakunya krisis ekonomi yang dikenali sebagai ekonomi gelembung atau “bubble economy”. Ekonomi gelembung terjadi pada tahun 1986 sehingga tahun 1991. Hal ini disebabkan faktor seperti kenaikan secara mendadak harga saham dan harta tanah di Jepun. Pada 1980-an, Jepun di antara negara eksport automotif dan barangan elektronik. Mereka mengeksport ke pasaran luar seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Namun begitu, keadaan ini telah memberikan kesan iaitu terjadinya lebihan imbangan terhadap perdagangan sehingga berlakunya konflik perdagangan.[8]
Kejatuhan ekonomi pada tahun 1990-an disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Menurut Robert Brenner, bubble economy yang dihadapi oleh Jepun berkait rapat dengan kesan daripada Plaza Accord. Perjanjian ini memberi satu penilaian baru yang radikal terhadap kadar tukaran nilai mata Yen berbanding Dollar. Pada tahun 1985 hingga 1988, nilai Yen meningkat berbanding dollar menyebabkan permintaan terhadap barangan Jepun menurun. Cara Jepun mengatasi masalah ini ialah penggunaan domestic ditingkatkan. Hal ini bertujuan menanggung kerugian ekoran kejatuhan nilai eksport, spekulasi dan inlasi hartanah terutamanya di Tokyo. Kerajaan Jepun menggalakan pelaburan semula dalam sector perkilangan, penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan pengeluaran Jepun dapat bersaing setanding di peringkat antarabangsa. Selain itu, kerajaan Jepun memperolehi keuntungan daripada cukai dan tenaga buruh yang murah dari Timur dan Selatan Asia.[9]   
Kemelesetan ekonomi ini juga disebabkan faktor kegagalan pemerintah iaitu ahli politik dan birokrat yang tidak mampu mengubah Jepun menjadi penggerak ekonomi global. Contohnya, kegagalan penguasaan bahasa Inggeris menyebabkan Singapura mengambil alih sebagai pusat komersial menggantikan Jepun. Bank-banj Jepun dikuasai dan dimanipulasi oleh kerajaan dan polisi sektor swasta yang mendiskrimasikan para pelabur dengan mengabaikan kehendak pelabur. Keputusan seringkali dibuat oleh ahli korporat kapitalis Jepun.[10]  
            Pada penghujung tahun 1980-an, ekonomi gelembung telah berakhir. Jepun telah mengalami kejatuhan lebih daripada 50 peratus terhadap nilai saham, pasaran harta benda menjadi lumpuh,dan sistem perbankan kekal dalam keadaan tidak mampu bayar pada waktu tersebut. Jepun pada ketika itu masih belum lagi dapat menyamakan kemahirannya dalam bidang perbankan dan kewangan serta kekuatan pentadbiran dalam perindustrian yang diterapkan pada asalnya oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa. Ianya menjadi lemah apabila Kementerian Kewangan mengambil alih bahagian urusan kewangan.[11]
            Selain itu, Bank Jepun dan kementerian sengaja mendeflasikan pasaran saham Jepun dan memecahkan gelembung harta benda pada tahun 1989. Hal ini memperlihatkan bahawa Bank Jepun dan Kementian Kewangan menaikkan kadar faedah yang mengakibatkan kejatuhan pasaran saham daripada nilai 8000 Indeks Nikkei menjadi lebih separuh daripada nilai tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pinjaman tidak berbayar sebanyak AS$1 trillion. Kebanyakan bank besar di Jepun menghadapi masalah walaupun kadar faedah telah turun sehingga ke tahap yang paling rendah.[12]
GEMPA BUMI
Jepun mengalami bencana alam iaitu gempa bumi iaitu di Kobe pada 17 Januari 1995. Gempa bumi telah menghancurkan Kobe iaitu berskala 6.8 pada kiraan USGS. Gempa bumi tidak dijangka kerana bandar Kobe merupakan kawasan bebas bencana gempa bumi.[13] Bencana ini telah menyebabkan seramai 6,434 orang meninggal di tempat kejadian. Kira-kira 20,000 buah bangunan dan satu kilometer Lebuhraya Hanshin telah runtuh. Selain itu, gempa bumi ini telah menghancurkan 120 jeti dari 150 di pelabuhan Kobe. Penduduk hidup dalam ketakutan. Gempa bumi pada tahun 1995 merupakan gempa bumi yang teruk di abad ke-20. Peristiwa ini telah menjadi pengaruh terhadap terjadinya krisis identiti di Jepun pada zaman Heisei.[14] Selain itu, pulau buatan Port dan Rokko yang baru sahaja dibangun turut musnah. Hal ini telah menjadi trauma kepada rakyat Jepun memandangkan kawasan itu merupakan mercu tanda kegemilangan kerajaan Jepun.[15] 
            Gempa bumi Kobe telah menyebabkan kerosakkan dari segi bangunan, dan infrastruktur dikenali sebagai “lifeline” seperti jalan, jalur kereta api, air, elektrik, gas dan telekomunikasi menjadi lumpuh. Sudah pasti ianya memerlukan kos untuk membaik pulih infrastruktur.[16] Kerajaan Jepun membuat pinjaman untuk membaik pulih infrastruktur. Kesannya, rakyat Jepun terbeban kerana rakyat dikenakan cukai dan akan memberi keuntungan kepada industri pembinaan. Kerajaan lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah bencana gempa bumi sehinggakan telah menyebabkan munculnya golongan sukarelawan. Golongan sukarelawan terdiri daripada orang awam dan kumpulan penjenayah iaitu “yakuza” memberi bantuan menyebabkan masyarakat Jepun hilang kepercayaan terhadap Jepun yang hanya mementingkan kawalan terhadap manusia berbanding menyelamatkan nyawa manusia.[17]
            Bencana dikenali sebagai The Great Hansin Earthquake. Peristiwa ini diingati oleh rakyat Jepun sehinggakan setiap tahun disambut dengan upaara lampu warna warni.[18]
HUBUNGAN LUAR JEPUN
Hubungan luar Jepun mengalami pasang surut. Pada tahun 1990-an, orang Jepun membenci Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan Jepun dibayangi atau terpengaruh dengan barat sehingga terhakis nilai tempatan. Sejak zaman Meiji lagi sudah ada budaya pengajian dan cara Barat.[19]
Masyarakat Jepun sentiasa ghairah terhadap Amerika Syarikat. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat seorang pengkaji Australia yang bertugas di Jepun menyatakan bahawa masyarakat Jepun ghairah dengan Amerika Syarikat kerana kedudukannya sebagai kuasa terunggul dunia.[20] Namun begitu, pengaruh barat di Jepun telah menyebabkan nilai tradisional Jepun semakin terhakis dan dilihat sebagai tidak penting. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun terikat dengan Perlembagaan 45 artikel 9. Jepun dilarang melibatkan diri dalam sebarang peperangan. Amerika Syarikat bertindak mendesak Jepun untuk memberi bantuan kewangan kepada Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana Jepun tidak boleh digunakan untuk bantuan ketenteraan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan 45.
Intelektual Jepun berdebat mengenai kedudukan Jepun dan hubungan Jepun di peringkat antarabangsa.[21] Seterusnya, mereka berubah sikap kepada anti Barat dan cuba untuk mengembalikan semula maruah identiti Jepun daripada pengaruh Barat. Pada tahun1990-an, seruan ke arah “identiti Jepun” mendapat banyak sokongan dalam wacana intelek dan menjadi popular di Jepun.[22]
KESAN KRISIS IDENTITI TERHADAP MASYARAKAT JEPUN
PENGARUH MEDIA MASSA
Selain itu, media massa di Jepun seperti komik merupakan media massa yang berpengaruh di Jepun. Media massa berbentuk komik di Jepun memaparkan moral yang rendah seperti pornografi. Hal ini mendapat sokongan msyarakat Jepun. Masyarakat Jepun berpendapatkan komik merupakan kebebasan untuk bekarya. Seiring dengan perkembangan komik, wujudnya perniagaan berbentuk hiburan iaitu animasi dan game yang semakin berkembang. Perniagaan ini mendapat tempat di hati golongan muda. [23]  Selain itu, komik juga mendapat perhatian masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun menganggap komik sebagai medium kebebasan mengeskpresiasikan seni.[24] Keadaan ini menunjukkan berlakunya krisis identiti di Jepun melalui media massa yang mampu melunturkan budaya dan moral masyarakat Jepun.
PENGARUH AUM SHINRIKYO
Rakyat Jepun dikejutkan dengan berita kempen pembunuhan beramai-ramai pada bulan Mac di stesen kereta api bawah tanah di Tokyo menggunakan gas sarin. Pembunuhan beramai-ramai dianjurkan oleh kultus agama Aum Shinrikyo yang mengakibatkan lebih 5000 orang cedera.[25] Kempen ini disebut sebagai Armageddon dengan tujuan menyucikan roh-roh spiritual yang hilang arah dan merasmikan era baru di bawah pemerintahan kader yang dikurniakan keistimewaan sebagai manusia.[26]
Aum Shinrikyo merupakan adunan antara agama Buddhisme, Hinduisme dan Kristian. Agama ini menawarkan ketenteramaan jiwa kepada penganut agamanya. Pada peringkat awal pembentukannya, agama Aum Shinrinkyo hanyalah menjalankan pemujaan terhadap Tuhan yang hampir sama seperti agama-agama lain yang terdapat di Jepun.[27] 
Pada tahun 1990-an, agama Aum Shinrikyo menjadi sebuah agama yang memiliki pengikut yang ramai dan ianya semakin berkembang. Penganutnya terdiri daripada pelajar universiti dan golongan muda dalam lingkungan umur antara 20 hingga 30 tahun. Tarikan agama ini ialah pemikiran nihilism iaitu dunia ini dan keberadaan manusia di dunia tidak mempunyai tujuan. Disebabkan pemikiran ini, agama ini menjadi semakin tular dalam masyarakat Jepun.[28]
Aum Shinrikyo mengekspoitasikan sepenuhnya simbol-simbol popular dalam masyarakat Jepun dengan tujuan menarik sokongan. Contohnya, penggunaan imej, symbol dan naratif daripada agama popular, animasi dan permainan tv yang akhirnya digabungkan menjadi satu siri inspirasi yang berjaya menarik minat golongan dewasa dan pelajar.[29]
IMEJ DAN GAYA GOLONGAN REMAJA
Masyarakat terutamanya remaja pada zaman ini telah menampilkan imej dan gaya tersendiri seperti kogal, lolita dan cosplay. Imej-imej tersebut berdasarkan kepada barat dan kemudiannya diubahsuai dengan keadaan masyarakat Jepun. Kogal ialah subbudaya bagi gadis dan wanita di Jepun dengan merujuk kepada pelajar wanita sekolah menengah tinggi yang mempunyai imej mereka yang tersendiri. Mereka mengenakan skirt mini dan kasut but yang tinggi serta solekan yang agak tebal, berambut perang dan memakai banyak aksesori.[30] Mereka sering menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan membeli belah yang ternama di kawasan bandar agar tidak ketinggalan fesyen. Bagi memenuhi kehendak mereka, mereka akan meminta duit dari ibu bapa.
Terdapat juga yang melibatkan diri dalam pelacuran hanya kerana semata-mata memenuhi kehendak mereka untuk membeli barangan mahal. Kesannya, wujudnya budaya materialisme dalam golongan remaja wanita ini. Budaya ini dianggap sebagai simbol kekosongan jiwa masyarakat Jepun dalam dunia serba moden.[31]
KELUARGA
Ekonomi gelembung atau bubble economy pada tahun 1980-an telah mewujudkan golongan dikenali sebagai parasite singles. Golongan parasite singles merupakan individu yang berusia antara 20 tahun hingga 34 tahun yang masih bujang dan bergantung hidup terhadap ibu bapa dari segi tempat tinggal, pakaian dan makan. Gelaran ini dicipta oleh Masahiro Yamada dalam bukunya bertajuk Parasaito Shinguru non Jidai yang diterbitkan pada tahun 1999.[32] Menurut beliau, golongan ini merujuk kepada golongan lelaki dan wanita yang berterusan tinggal bersama-sama ibu bapa walaupun sudah meningkat usia. Golongan ini berpendapat mereka dapat berjimat kos dari segi sewa rumah, utiliti, dan tidak perlu menyimpan wang unuk masa hadapan. Golongan ini juga cenderung untuk berbelanja melebihi keperluan seperti membeli barangan berjenama mahal. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa berlakunya kehancuran sosial dan maruah masyarakat Jepun yang boleh digelar sebagai krisis identiti kerana wujudnya masyarakat bersikap materialistik sehingga menyusahkan pihak lain.[33]
Selain itu, majoriti masyarakat Jepun pada zaman awal Heisei tinggal dalam bentuk keluarga nuklear, iaitu terdiri daripada ayah, ibu serta seorang atau dua orang anak. Malah terdapat juga yang tinggal bersama-sama datuk dan nenek, suami isteri sahaja, ayah dan anak atau ibu dan anak. Namun begitu, masih terdapat juga keluarga yang tinggal dalam keluarga tradisi tetapi hanya segelintir sahaja, terutamanya keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar dan mempunyai harta seperti tanah perlu diwarisi iaitu anak-anak diminta supaya terus tinggal bersama-sama ibu bapa bagi menguruskan harta tersebut.[34] Kemunculan keluarga nuklear di Jepun menjadikan institusi ie mula berpecah. Peningkatan ini telah memberi jurang antara generasi, masalah hormat kepada orang tua, perkahwinan dan penceraian. Perubahan ini disebabkan pengenalan kepada pelbagai peralatan moden, perkembangan pesat industri makanan segera dan sejuk beku.[35] Keadaan ini menunjukkan bahawa di Jepun sejak zaman awal Heisei telah mengalami krisis identiti iaitu organisasi keluarga tradisional iaitu ie sudah tidak menjadi begitu penting dan wujudnya keluarga yang lebih moden akibat daripada  pengaruh peredaran zaman yang semakin moden.[36]
KEDUDUKAN WANITA
Peluang pekerjaan kepada wanita disediakan seperti suri rumah, pekerja kilang, pekerja pejabat, pekerja dalam sector perkhidmatan dan profesional. Pada tahun 1986, kerajaan Jepun telah mengeluarkan Undang-Undang Peluang Sama. Undang-undang ini mewajibkan majikan memberikan layanan yang sama rata dari segi pengambilan, pemberian tugas dan kenaikan pangkat.[37] Selain itu, hanya 30% wanita bekerja yang telah berkahwin dan mempunyai anak kembali bekerja. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menyeimbangkan antara pekerjaan dan keluarga. Kerajaan Jepun khuatir kerana ianya menjejaskan produktiviti pekerja. Kerajaan Jepun terdesak membuat dua pilihan iaitu memperjuangkan hak wanita atau mengetepikan hak wanita. Wanita di Jepun pada ketika itu perlu memilih sama ada kerjaya atau keluarga ataupun kedua-duanya. Keadaan ini telah menimbulkan krisis identiti terhadap wanita Jepun membuat pemilihan sama ada pekerjaan ataupun keluarga.[38]
Selain itu, wanita juga dianggap sebagai simbol seksual dan sering kali dijadikan bahan pornografi yang boleh dikomersialkan. Ini dapat dibuktikan dengan komik manga sering memaparkan wanita sebagai simbol seks. Namun begitu, komik seperti ini mendapat permintaan masyarakat Jepun. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan ianya sebuah kebebasan dalam berkarya.[39]
RUMUSAN
Zaman awal Heisei merupakan zaman yang mengalami krisis identiti sehinggakan masyarakat Jepun tercari-cari identiti mereka.  Masalah krisis identiti yang terjadi ini telah menyebabkan budaya tradisional Jepun menjadi tidak begitu penting iaitu yang boleh dilihat dari segi kekeluargaan, pekerjaan, kedudukan, pakaian dan sebagainya. Keadaan ini dilihat telah meberi kesan dan pengaruh yang negatif kepada golongan muda atau remaja di Jepun dari segi moral, pakaian, kehidupan mereka, iaitu menjadi lebih bebas dan tidak sopan. Hal ini kerana, Jepun merupakan sebuah negara yang memilki tradisi yang tinggi dengan kesopan santunan dan beradab.

BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2005.
Beasley, W. G.  The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850. New York: ST. Martin’s Press,1995.
D. Grey, Jerry. Trust No One: Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya. Selangor: PTS Berhad, 2015.
Gordon Andrew. A Modern History of Japan: from Tokugawa Times to the Present.  New York: Oxford University Press, 2003.
Jansen, Marius B. The Making of Modern Japan. London: The Belknap Press of Havard University Press, 2000
Lida, Yumiko. Rethinking Identity In Modern Japan: Nationalism as Aesthetics. London: Routledge, 2002.
Md Nasrudin Md Akhir et al., Organisasi dan Institusi Jepun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2008. 
Nishimura, Junko. Motherhood and Work in Comtemporary Japan. Routledge: NewYork, 2016.
Rosecrance, Richard. Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa Pada Abad Mendatang, trans. Idayu Johari. Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007.



[1] Marius B. Jansen, The Making of Modern Japan, (London: The Belknap Press of Havard University Press, 2000),762

[2] Ibid, 760
[3] Ibid
[4] Yumiko Lida, Rethinking Identity In Modern Japan: Nationalism as Aesthetics, (London: Routledge, 2002), 211
[5] Ibid, 210
[6] Ibid
[7] Ibid
[8] Richard Rosecrance, Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa Pada Abad Mendatang, trans. Idayu Johari, (Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007), 130
[9] Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 214
[10] Richard Rosecrance, Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa Pada Abad Mendatang, trans. Idayu Johari, 130
[11] Ibid
[12] Ibid, 131
[14] Jerry D. Grey, Trust No One: Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya, (Selangor: PTS Berhad, 2015), 78
[15] W. G. Beasley, The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850, 291
[16] Ibid
[17] W. G. Beasley, The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850, 291
[18] Ibid, 404
[19] Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, 332
[20] Ibid, 335
[22] Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, 335
[23] W. G. Beasley, The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850, 228
[24] Ibid, 228
[25] Ibid, 238
[26] Ibid, 239
[27] Ibid, 317
[28] Ibid
[29] Ibid, 239
[30] Md Nasrudin Md Akhir et al., Organisasi dan Institusi Jepun, (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2008, 48
[31] Ibid, 49
[32] Ibid, 47
[33] Ibid
[34] Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, 318
[35] Ibid, 319
[36] Ibid
[37] Junko Nishimura, Motherhood and Work in Comtemporary Japan, (Routledge: New York, 2016) ,27
[38] Ibid, 61
[39] W. G. Beasley, The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850, 228