PENDAHULUAN
Zaman Heisei merupakan zaman yang berlaku pada kini. Heisei dicipta
daripada dua karakter Cina (kanji) yang membawa maksud "keamanan" dan "menjadi".
Pada awal zaman Heisei, keadaan ialah lebih tenang untuk masyarakat Jepun
berbanding beberapa dekad terakhir zaman Showa (1926-1989), yang merupakan
pemulihan dan pertumbuhan dramatik Jepun selepas dikalahkan dengan teruk dalam
perang Dunia II (1939-1945). Zaman ini wujud selepas tamatnya zaman Showa.
Zaman ini bermula pada 8 Januari 1989 sehari selepas kematian Maharaja
Hirohito. Kemudiannya, Akihito iaitu anak kepada Maharaja Hirohito menjadi
pengganti maharaja Hirohito. Kewujudan zaman Heisei telah memperlihatkan bahawa
zaman ini mengalami jatuh bangun negara Jepun dari semua aspek sama ada
peringkat domestik mahupun antarabangsa. Contohnya, maharaja dijadikan simbol
penyatuan rakyat Jepun. Sekiranya maharaja mereka mangkat, rakyat sudah pasti
akan berkabung. Ianya juga sudah pastilah mendapat liputan media secara meluas.
Namun begitu, ada segelintir media mengeksploitasikan berita demi mengaut
keuntungan mengenai penyakit maharaja, keadaan maharaja sehinggalah saat
terakhir maharaja.[1] Hal ini telah menyebabkan berlakunya krisis
dalam sesebuah masyarakat Jepun.
Selain itu, krisis identiti ini juga telah memberi impak kepada
negara Jepun dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Dalam esei ini akan
membincangkan mengenai bagaimana krisis identiti boleh berlaku dalam sebuah
negara maju seperti Jepun. Di sebalik krisis itu apakah kesan kepada masyarakat
Jepun.
KEMATIAN MAHARAJA HORIHITO
Maharaja Hirohito telah memerintah Jepun dari tahun 1926 sehingga
tahun 1989. Sewaktu pemerintahan Maharaja Hirohito iaitu pada zaman Showa
(1926–1989). Zaman ini dapat memperlihatkan mengenai pelbagai peristiwa seperti
kebangitan rejim fasis, Perang Dunia Kedua dan pemulihan ekonomi selepas perang
selepas pada tahun 1945. Tidak dilupakan juga, usaha-usaha Maharaja Hirohito
untuk membangukan negara Jepun.[2] Pada 7 Januari 1989, zaman Showa telah
berakhir apabila Maharaja Hirohito mangkat. Hal ini sekaligusnya munculnya
zaman baru iaitu zaman Heisei. Zaman Heisei ini diperintah oleh anak Maharaja
Hirohito iaitu Maharaja Akihito 7 January 1989. Maharaja Akihito menjadi
Maharaja Jepun yang ke-125.[3]
Sewaktu kemangkatan
Maharaja Hirohito, golongan politik dan golongan swasta berlumba-lumba untuk
menunjukkan rasa simpati mereka. Hal ini merupakan permulaan kuasa baru yang
memerintah Jepun. Bagi golongan ini, ianya sesuatu yang penting kerana mereka
mahu menjaga kepentingan dan kedudukan mereka.
Disebabkan hal itu, jelaslah memperlihatkan bahawa maharaja sebagai
simbol keamanan perang. Hal ini dibuktikan dengan ketidaklibatan Jepun dalam
mana-mana perang yang berlaku.[4]
Fungsi sebenar maharaja di Jepun turut menjadi perbincangan
pendapat dan perdebatan pendapat. Hal ini dapat dilihat melalui seorang ahli
fahsafah dan pengkritik iaitu Takeda Seiji telah memberi pendapat mengenai hal
ini. Beliau mengatakan bahawa sistem pemerintahan Jepun tidak sama dengan
Perdana Menteri yang terdapat di Barat. Disebabkan hal itu, maharaja Jepun
perlu merangkumi dari pelbagai aspek seperti hubungan individu dengan keluarga,
saudara-mara, sahabat, masyarakat dan negara. Selain itu, maharaja perlu
menjadi agen penyatuan kepada masyarakat yang menghadapi masalah kebimbangan.[5] Maka, hal ini dapat disimpulkan bahawa
maharaja perlu berfungsi dalam semua perkara dan bukan sekadar hanya simbol.
Takeda Seiji ada menyatakan bahawa unsur luar seperti Barat merupakan masalah
utama bagi maharaja untuk menjalankan tanggungjawabnya.[6]
Selain itu, Takeda Seji juga berpendapat bahawa intelektual sedang
menghadapi cabaran permodenan yang semestinya diimport dari luar, perlu menari
kaedah seperti mencari sebab dan akibat di sebalik kebimbangan atau memahami
perubahan yang sedang berlaku dengan cara yang rasional. Sekiranya, cara ini
diaplikasikan, ianya dapat mengekalkan kuasa maharaja dalam masyarakat. Unsur
luar yang diadaptasi mengikut kesesuaian di Jepun tidak akan menimbulkan
masalah kepada sistem maharaja di Jepun serta krisis identiti di Jepun.[7]
Krisis identiti berlaku disebabkan pengaruh luar terutamanya
pengaruh barat dan arus permodenan di Jepun. Hal ini telah mengakibatkan
masyarakat Jepun berubah sehingga wujudnya perkara yang negatif iaitu krisis
identiti dalam kalangan remaja, orang dewasa dan wanita di Jepun.
EKONOMI
Semasa zaman Heisei, telah berlakunya krisis ekonomi yang dikenali
sebagai ekonomi gelembung atau “bubble economy”. Ekonomi gelembung
terjadi pada tahun 1986 sehingga tahun 1991. Hal ini disebabkan faktor seperti
kenaikan secara mendadak harga saham dan harta tanah di Jepun. Pada 1980-an,
Jepun di antara negara eksport automotif dan barangan elektronik. Mereka
mengeksport ke pasaran luar seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Namun begitu,
keadaan ini telah memberikan kesan iaitu terjadinya lebihan imbangan terhadap
perdagangan sehingga berlakunya konflik perdagangan.[8]
Kejatuhan ekonomi pada tahun 1990-an disebabkan pelbagai faktor
dalaman dan luaran. Menurut Robert Brenner, bubble economy yang dihadapi oleh
Jepun berkait rapat dengan kesan daripada Plaza Accord. Perjanjian ini memberi
satu penilaian baru yang radikal terhadap kadar tukaran nilai mata Yen
berbanding Dollar. Pada tahun 1985 hingga 1988, nilai Yen meningkat berbanding
dollar menyebabkan permintaan terhadap barangan Jepun menurun. Cara Jepun
mengatasi masalah ini ialah penggunaan domestic ditingkatkan. Hal ini bertujuan
menanggung kerugian ekoran kejatuhan nilai eksport, spekulasi dan inlasi
hartanah terutamanya di Tokyo. Kerajaan Jepun menggalakan pelaburan semula
dalam sector perkilangan, penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan
pengeluaran Jepun dapat bersaing setanding di peringkat antarabangsa. Selain
itu, kerajaan Jepun memperolehi keuntungan daripada cukai dan tenaga buruh yang
murah dari Timur dan Selatan Asia.[9]
Kemelesetan ekonomi ini juga disebabkan faktor kegagalan pemerintah
iaitu ahli politik dan birokrat yang tidak mampu mengubah Jepun menjadi
penggerak ekonomi global. Contohnya, kegagalan penguasaan
bahasa Inggeris menyebabkan Singapura mengambil alih sebagai pusat komersial
menggantikan Jepun. Bank-banj Jepun dikuasai dan dimanipulasi oleh kerajaan dan
polisi sektor swasta yang mendiskrimasikan para pelabur dengan mengabaikan
kehendak pelabur. Keputusan seringkali dibuat oleh ahli korporat kapitalis
Jepun.[10]
Pada penghujung
tahun 1980-an, ekonomi gelembung telah berakhir. Jepun telah mengalami
kejatuhan lebih daripada 50 peratus terhadap nilai saham, pasaran harta
benda menjadi lumpuh,dan sistem perbankan kekal dalam keadaan tidak mampu bayar
pada waktu tersebut. Jepun pada ketika itu masih belum lagi dapat menyamakan
kemahirannya dalam bidang perbankan dan kewangan serta kekuatan pentadbiran
dalam perindustrian yang diterapkan pada asalnya oleh Kementerian Perdagangan
dan Industri Antarabangsa. Ianya menjadi lemah apabila Kementerian Kewangan
mengambil alih bahagian urusan kewangan.[11]
Selain itu, Bank
Jepun dan kementerian sengaja mendeflasikan pasaran saham Jepun
dan memecahkan gelembung harta benda pada tahun 1989. Hal ini
memperlihatkan bahawa Bank Jepun dan Kementian Kewangan menaikkan kadar faedah
yang mengakibatkan kejatuhan pasaran saham daripada nilai 8000 Indeks Nikkei
menjadi lebih separuh daripada nilai tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya pinjaman tidak berbayar sebanyak AS$1 trillion. Kebanyakan bank
besar di Jepun menghadapi masalah walaupun kadar faedah telah
turun sehingga ke tahap yang paling rendah.[12]
GEMPA BUMI
Jepun mengalami bencana alam iaitu gempa bumi iaitu di Kobe pada 17
Januari 1995. Gempa bumi telah menghancurkan Kobe iaitu berskala 6.8 pada
kiraan USGS. Gempa bumi tidak dijangka kerana bandar Kobe merupakan kawasan
bebas bencana gempa bumi.[13] Bencana
ini telah menyebabkan seramai 6,434 orang meninggal di tempat kejadian.
Kira-kira 20,000 buah bangunan dan satu kilometer Lebuhraya Hanshin telah
runtuh. Selain itu, gempa bumi ini telah menghancurkan 120 jeti dari 150 di
pelabuhan Kobe. Penduduk hidup dalam ketakutan. Gempa bumi pada tahun 1995
merupakan gempa bumi yang teruk di abad ke-20. Peristiwa ini telah menjadi
pengaruh terhadap terjadinya krisis identiti di Jepun pada zaman Heisei.[14]
Selain itu, pulau buatan Port dan Rokko yang baru sahaja dibangun turut musnah.
Hal ini telah menjadi trauma kepada rakyat Jepun memandangkan kawasan itu
merupakan mercu tanda kegemilangan kerajaan Jepun.[15]
Gempa bumi Kobe
telah menyebabkan kerosakkan dari segi bangunan, dan infrastruktur dikenali
sebagai “lifeline” seperti jalan, jalur kereta api, air, elektrik, gas
dan telekomunikasi menjadi lumpuh. Sudah pasti ianya memerlukan kos untuk
membaik pulih infrastruktur.[16] Kerajaan Jepun membuat pinjaman
untuk membaik pulih infrastruktur. Kesannya, rakyat Jepun terbeban kerana
rakyat dikenakan cukai dan akan memberi keuntungan kepada
industri pembinaan. Kerajaan lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah
bencana gempa bumi sehinggakan telah menyebabkan munculnya golongan
sukarelawan. Golongan sukarelawan terdiri daripada orang awam dan kumpulan
penjenayah iaitu “yakuza” memberi bantuan menyebabkan masyarakat Jepun hilang
kepercayaan terhadap Jepun yang hanya mementingkan kawalan terhadap manusia
berbanding menyelamatkan nyawa manusia.[17]
Bencana dikenali
sebagai The Great Hansin Earthquake. Peristiwa ini diingati oleh rakyat
Jepun sehinggakan setiap tahun disambut dengan upaara lampu warna warni.[18]
HUBUNGAN LUAR JEPUN
Hubungan luar Jepun mengalami pasang surut. Pada tahun 1990-an,
orang Jepun membenci Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana mereka
beranggapan Jepun dibayangi atau terpengaruh dengan barat sehingga terhakis
nilai tempatan. Sejak zaman Meiji lagi sudah ada budaya pengajian dan cara
Barat.[19]
Masyarakat Jepun sentiasa ghairah terhadap Amerika Syarikat. Hal
ini dapat dilihat melalui pendapat seorang pengkaji Australia yang bertugas di
Jepun menyatakan bahawa masyarakat Jepun ghairah dengan Amerika Syarikat kerana
kedudukannya sebagai kuasa terunggul dunia.[20]
Namun begitu, pengaruh barat di Jepun telah menyebabkan nilai tradisional Jepun
semakin terhakis dan dilihat sebagai tidak penting. Selepas Perang Dunia Kedua,
Jepun terikat dengan Perlembagaan 45 artikel 9. Jepun dilarang melibatkan diri
dalam sebarang peperangan. Amerika Syarikat bertindak mendesak Jepun untuk
memberi bantuan kewangan kepada Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana Jepun
tidak boleh digunakan untuk bantuan ketenteraan seperti yang terkandung dalam
Perlembagaan 45.
Intelektual Jepun berdebat mengenai kedudukan Jepun dan hubungan
Jepun di peringkat antarabangsa.[21]
Seterusnya, mereka berubah sikap kepada anti Barat dan cuba untuk mengembalikan
semula maruah identiti Jepun daripada pengaruh Barat. Pada tahun1990-an, seruan
ke arah “identiti Jepun” mendapat banyak sokongan dalam wacana intelek dan
menjadi popular di Jepun.[22]
KESAN KRISIS IDENTITI TERHADAP MASYARAKAT JEPUN
PENGARUH MEDIA MASSA
Selain itu, media massa di Jepun seperti komik merupakan media
massa yang berpengaruh di Jepun. Media massa berbentuk komik di Jepun memaparkan
moral yang rendah seperti pornografi. Hal ini mendapat sokongan msyarakat
Jepun. Masyarakat Jepun berpendapatkan komik merupakan kebebasan untuk bekarya.
Seiring dengan perkembangan komik, wujudnya perniagaan berbentuk hiburan iaitu
animasi dan game yang semakin berkembang. Perniagaan ini mendapat tempat
di hati golongan muda. [23]
Selain itu, komik juga mendapat
perhatian masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun menganggap komik sebagai medium
kebebasan mengeskpresiasikan seni.[24] Keadaan
ini menunjukkan berlakunya krisis identiti di Jepun melalui media massa yang
mampu melunturkan budaya dan moral masyarakat Jepun.
PENGARUH AUM SHINRIKYO
Rakyat Jepun dikejutkan dengan berita kempen pembunuhan
beramai-ramai pada bulan Mac di stesen kereta api bawah tanah di Tokyo
menggunakan gas sarin. Pembunuhan beramai-ramai dianjurkan oleh kultus agama Aum Shinrikyo yang mengakibatkan lebih 5000 orang cedera.[25] Kempen ini disebut sebagai Armageddon
dengan tujuan menyucikan roh-roh spiritual yang hilang arah dan merasmikan era
baru di bawah pemerintahan kader yang dikurniakan keistimewaan sebagai manusia.[26]
Aum Shinrikyo merupakan adunan antara agama Buddhisme, Hinduisme dan Kristian.
Agama ini menawarkan ketenteramaan jiwa kepada penganut agamanya. Pada
peringkat awal pembentukannya, agama Aum Shinrinkyo hanyalah menjalankan
pemujaan terhadap Tuhan yang hampir sama seperti agama-agama lain yang terdapat
di Jepun.[27]
Pada tahun 1990-an, agama Aum Shinrikyo menjadi sebuah agama yang
memiliki pengikut yang ramai dan ianya semakin berkembang. Penganutnya terdiri
daripada pelajar universiti dan golongan muda dalam lingkungan umur antara 20
hingga 30 tahun. Tarikan agama ini ialah pemikiran nihilism iaitu dunia ini dan
keberadaan manusia di dunia tidak mempunyai tujuan. Disebabkan pemikiran ini,
agama ini menjadi semakin tular dalam masyarakat Jepun.[28]
Aum Shinrikyo mengekspoitasikan sepenuhnya simbol-simbol popular
dalam masyarakat Jepun dengan tujuan menarik sokongan. Contohnya, penggunaan
imej, symbol dan naratif daripada agama popular, animasi dan permainan tv yang
akhirnya digabungkan menjadi satu siri inspirasi yang berjaya menarik minat
golongan dewasa dan pelajar.[29]
IMEJ DAN GAYA GOLONGAN REMAJA
Masyarakat terutamanya remaja pada zaman ini telah menampilkan imej
dan gaya tersendiri seperti kogal, lolita dan cosplay. Imej-imej
tersebut berdasarkan kepada barat dan kemudiannya diubahsuai dengan keadaan
masyarakat Jepun. Kogal ialah subbudaya bagi gadis dan wanita di Jepun
dengan merujuk kepada pelajar wanita sekolah menengah tinggi yang mempunyai
imej mereka yang tersendiri. Mereka mengenakan skirt mini dan kasut but yang
tinggi serta solekan yang agak tebal, berambut perang dan memakai banyak
aksesori.[30]
Mereka sering menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan membeli belah yang
ternama di kawasan bandar agar tidak ketinggalan fesyen. Bagi memenuhi kehendak
mereka, mereka akan meminta duit dari ibu bapa.
Terdapat juga yang melibatkan diri dalam pelacuran hanya kerana
semata-mata memenuhi kehendak mereka untuk membeli barangan mahal. Kesannya,
wujudnya budaya materialisme dalam golongan remaja wanita ini. Budaya ini
dianggap sebagai simbol kekosongan jiwa masyarakat Jepun dalam dunia serba
moden.[31]
KELUARGA
Ekonomi gelembung atau bubble economy pada tahun 1980-an
telah mewujudkan golongan dikenali sebagai parasite singles. Golongan
parasite singles merupakan individu yang berusia
antara 20 tahun hingga 34 tahun yang masih bujang dan
bergantung hidup terhadap ibu bapa dari segi tempat tinggal, pakaian dan makan.
Gelaran ini dicipta oleh Masahiro Yamada dalam bukunya bertajuk Parasaito
Shinguru non Jidai yang diterbitkan pada tahun 1999.[32]
Menurut beliau, golongan ini merujuk kepada golongan lelaki dan wanita yang
berterusan tinggal bersama-sama ibu bapa walaupun sudah meningkat usia.
Golongan ini berpendapat mereka dapat berjimat kos dari segi sewa rumah,
utiliti, dan
tidak perlu menyimpan wang unuk masa hadapan. Golongan
ini juga cenderung untuk berbelanja melebihi keperluan seperti membeli barangan
berjenama mahal. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa berlakunya kehancuran
sosial dan maruah masyarakat Jepun yang boleh digelar sebagai krisis identiti
kerana wujudnya masyarakat bersikap materialistik sehingga menyusahkan pihak
lain.[33]
Selain itu, majoriti masyarakat Jepun pada zaman awal Heisei tinggal
dalam bentuk keluarga nuklear, iaitu terdiri daripada ayah, ibu serta seorang
atau dua orang anak. Malah terdapat juga yang tinggal bersama-sama datuk
dan nenek, suami isteri sahaja, ayah dan anak atau ibu dan anak. Namun begitu, masih terdapat juga keluarga yang tinggal dalam
keluarga tradisi tetapi hanya segelintir sahaja, terutamanya keluarga yang
tinggal di kawasan luar bandar dan mempunyai harta seperti tanah perlu diwarisi
iaitu anak-anak diminta supaya terus tinggal bersama-sama ibu bapa bagi
menguruskan harta tersebut.[34]
Kemunculan keluarga nuklear di Jepun menjadikan institusi ie mula berpecah.
Peningkatan ini telah memberi jurang antara generasi, masalah hormat kepada
orang tua, perkahwinan dan penceraian. Perubahan ini disebabkan pengenalan
kepada pelbagai peralatan moden, perkembangan pesat industri makanan segera dan
sejuk beku.[35]
Keadaan ini menunjukkan bahawa di Jepun sejak zaman awal Heisei telah
mengalami krisis identiti iaitu organisasi keluarga tradisional iaitu ie sudah
tidak menjadi begitu penting dan wujudnya keluarga yang lebih moden akibat
daripada pengaruh peredaran zaman yang
semakin moden.[36]
KEDUDUKAN WANITA
Peluang pekerjaan kepada wanita disediakan seperti suri rumah,
pekerja kilang, pekerja pejabat, pekerja dalam sector perkhidmatan dan
profesional. Pada tahun 1986, kerajaan Jepun telah mengeluarkan
Undang-Undang Peluang Sama. Undang-undang ini mewajibkan majikan memberikan
layanan yang sama rata dari segi pengambilan, pemberian tugas dan kenaikan pangkat.[37]
Selain itu, hanya 30% wanita bekerja yang telah berkahwin dan mempunyai anak
kembali bekerja. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menyeimbangkan
antara pekerjaan dan keluarga. Kerajaan Jepun khuatir kerana ianya menjejaskan
produktiviti pekerja. Kerajaan Jepun terdesak membuat dua pilihan iaitu
memperjuangkan hak wanita atau mengetepikan hak wanita. Wanita di Jepun pada
ketika itu perlu memilih sama ada kerjaya atau keluarga ataupun kedua-duanya.
Keadaan ini telah menimbulkan krisis identiti terhadap wanita Jepun
membuat pemilihan sama ada pekerjaan ataupun keluarga.[38]
Selain itu, wanita juga dianggap sebagai simbol seksual dan sering
kali dijadikan bahan pornografi yang boleh dikomersialkan. Ini dapat dibuktikan
dengan komik manga sering memaparkan wanita sebagai simbol seks. Namun begitu,
komik seperti ini mendapat permintaan masyarakat Jepun. Hal ini demikian kerana
mereka beranggapan ianya sebuah kebebasan dalam berkarya.[39]
RUMUSAN
Zaman awal Heisei merupakan zaman yang
mengalami krisis identiti sehinggakan masyarakat Jepun tercari-cari identiti
mereka. Masalah krisis identiti yang
terjadi ini telah menyebabkan budaya tradisional Jepun menjadi tidak begitu
penting iaitu yang boleh dilihat dari segi kekeluargaan, pekerjaan, kedudukan,
pakaian dan sebagainya. Keadaan ini dilihat telah meberi kesan dan pengaruh
yang negatif kepada golongan muda atau remaja di Jepun dari segi moral,
pakaian, kehidupan mereka, iaitu menjadi lebih bebas dan tidak sopan. Hal ini
kerana, Jepun merupakan sebuah negara yang memilki tradisi yang tinggi dengan
kesopan santunan dan beradab.
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,2005.
Beasley, W. G. The Rise
Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850. New
York: ST. Martin’s Press,1995.
D. Grey, Jerry. Trust No One: Jangan Percaya Sesiapa
dan Persoal Segalanya. Selangor: PTS Berhad, 2015.
Gordon Andrew. A Modern History of Japan: from Tokugawa Times to
the Present. New York: Oxford
University Press, 2003.
Jansen, Marius B. The Making of Modern Japan. London: The
Belknap Press of Havard University Press, 2000
Lida, Yumiko. Rethinking Identity In Modern Japan: Nationalism
as Aesthetics. London: Routledge, 2002.
Md Nasrudin Md Akhir et al., Organisasi dan Institusi Jepun.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2008.
Nishimura, Junko. Motherhood and Work in
Comtemporary Japan. Routledge: NewYork, 2016.
Rosecrance, Richard. Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa
Pada Abad Mendatang, trans. Idayu Johari. Kuala Lumpur: Institut
Penterjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007.
[1] Marius B.
Jansen, The Making of Modern Japan, (London: The Belknap Press of Havard University
Press, 2000),762
[2] Ibid,
760
[3] Ibid
[4] Yumiko
Lida, Rethinking Identity In Modern Japan: Nationalism as Aesthetics,
(London: Routledge, 2002), 211
[5] Ibid,
210
[6] Ibid
[7] Ibid
[8] Richard Rosecrance, Kebangkitan Negara Maya:
Kekayaan dan Kuasa Pada Abad Mendatang, trans. Idayu Johari, (Kuala
Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007), 130
[9] Abu Talib Ahmad,
Tamadun Jepun, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 214
[10] Richard Rosecrance,
Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa Pada Abad Mendatang, trans.
Idayu Johari, 130
[12] Ibid, 131
[13]W. G. Beasley, The Rise Of Modern Japan: Political,
Economic And Social Change Since 1850, (New York: ST.Martin’s Press,
1995), 291
[14] Jerry D. Grey,
Trust No One: Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya, (Selangor:
PTS Berhad, 2015), 78
[15] W. G. Beasley,
The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And Social Change Since 1850,
291
[18] Ibid, 404
[19]
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, 332
[22]
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, 335
[23]
W. G. Beasley, The Rise Of Modern Japan: Political, Economic And
Social Change Since 1850, 228
[24] Ibid, 228
[26] Ibid,
239
[27]
Ibid, 317
[28]
Ibid
[29] Ibid,
239
[30] Md
Nasrudin Md Akhir et al., Organisasi dan Institusi Jepun, (Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, 2008, 48
[31]
Ibid, 49
[32] Ibid,
47
[33]
Ibid
[34] Abu Talib Ahmad,
Tamadun Jepun, 318
[35] Ibid,
319
[36] Ibid
[37]
Junko Nishimura, Motherhood and Work in Comtemporary Japan,
(Routledge: New York, 2016) ,27
[38] Ibid, 61
No comments:
Post a Comment