PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei menjadikan titik penting dalam sejarah Malaysia. Peristiwa itu mengejutkan ramai orang
terutamanya kalangan pemimpin Parti Perikatan yang sering memperkatakan bahawa
mereka bertolak ansur antara kaum dan menyelesaikan melalui rundingan supaya
negara mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Peristiwa berdarah itu
telah mengorbankan ramai orang dan mengakibatkan kerugian harta benda.
Peristiwa ini berlaku bukanlah disebabkan prilihanraya 10 Mei 1969 tetapi ia masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi
dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi.[1]
Peristiwa ini
berlaku apabila kumpulan DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan GERAKAN mengadakan
satu perarakan besar-besaran dengan tujuan menghebahkan perihal kemenangan
besar yang dimiliki. Selain itu, parti ini ingin memberitahu kepada orang
Melayu bahawa mereka berjaya memiliki Tanah Melayu dengan memperolehi majoriti
besar dalam pilihanraya 1969. Namun, bagi orang Melayu, perarakan ini telah mencabar
kewibawaan mereka sebagai ‘tuan’ di bumi Malaysia. Perarakan ini diadakan pada
13 Mei bagi meraikan kemenangan PERIKATAN di rumah Dato’ Harun yang juga
Menteri Besar Selangor. Sewaktu perarakan tersebut, orang Melayu mendapat
berita bahawa orang Cina menyerang orang Melayu di Setapak. Maka kumpulan
perhimpunan tersebut telah berarak dari jalan Raja Muda ke lokasi tersebut,
sewaktu dalam perarakan tersebut mereka telah berjumpa dengan dua orang Cina
yang sedang menaiki motosikal, pemuda tersebut telah dibunuh. Maka inilah yang
mula mencetuskan rusuhan yang hebat dalam sejarah Malaysia. Orang Cina pula
telah menahan bas bagi mencari orang Melayu dan melaungkan ‘darah bayar darah’
yang merupakan slogan yang sama digunakan sewaktu perakaran mayat.[2]
Skop perbincangan esei ini akan berkisarkan
kepada hujah-hujah bahawa peristiwa 13
Mei bukanlah berpunca daripada keputusan pilihanraya 10 Mei 1969. Bibit-bibit
yang mendorong ke arahnya telah tersemai sejak 1940-an lagi iaitu semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Esei ini menggunapakaikan tiga buah buku sebagai
rujukan yang utama iaitu 13 Mei Sebelum dan Selepas yang ditulis oleh Tunku
Abdul Rahman, May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
yang ditulis oleh Dr Kua Kia Soong dan Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan
Melayu-Cina yang ditulis oleh Leon Comber.
13 MEI SEBELUM DAN SELEPAS (TUNKU ABDUL
RAHMAN)
Buku
ini ditulis sendiri oleh Tunku Abdul Rahman dalam tempoh beliau menjalani
rawatan mata di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Buku ini ditulis berdasarkan
sudut pandangan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu. Beliau menyangkal
bahawa peristiwa ini terjadi disebabkan kapitalis Melayu tetapi sebaliknya
dalangnya ialah orang Cina.[3]
Menurut
beliau lagi, peristiwa ini mempunyai kaitan dengan pilihanraya pada 10 Mei 1969
yang dipengaruhi oleh fahaman komunis. Contohnya, pihak komunis cuba untuk
mengacau-bilaukan suasana pilihan raya semasa kempen pilihan raya. Pihak
komunis dan pihak pembangkang dalam politik telah didakwa memainkan sentimen
perkauman terhadap kedua-dua kaum iaitu Melayu dan Cina. Parti yang didakwa
memainkan isu sensitif ialah Parti Islam Sa-Tanah Melayu (PAS), Parti Tindakan
Demokrat (DAP), Parti Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP). Parti Komunis
Malaya (PKM) bergerak aktif di bawah tanah telah mengambil kesempatan untuk
melahirkan suasana tegang bermula dari perarakan-perarakan pada 11 dan 12 Mei
1969 yang membawa kepada peristiwa 13 Mei.[4]
Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969,
beberapa keadaan telah timbul bermula dari bulan April 1969. Keadaan paling
teruk ialah Lim Soon Seng pada ketika itu berumur 24 tahun. Beliau merupakan
ahli biasa Parti Buruh yang meninggal dunia akibat bertempur dengan pihak
polis. Pihak komunis mengambil kesempatan dengan hal itu lalu mengangkat beliau
sebagai ‘pahlawan’ yang menjadi pahlawan perjuangan. Pihak komunis memohon
kepada pihak polis untuk mengadakan perarakan mayat pada hari mengundi iaitu 9
Mei 1969 iaitu sehari seblum pilihanraya di Kuala Lumpur.[5]
Sebenarnya perarakan ini merupakan tradisi biasa bagi orang Cina pada masa itu
tetapi ianya telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis. Pada hari perarakan
tersebut disertai oleh puluhan ribu orang Cina. Mereka memperlekehkan orang
Melayu dengan mengatakan bahawa “Engkaulah Melayu bodoh” dan “tidak berkuasa”.
Hal ini telah menimbulkan kemarahan orang Melayu.[6]
Pada
12 Mei 1969, Parti Gerakan dan Parti DAP yang diketuai oleh Dr. Tan Chee Khoon
telah mengadakan perarakan sebagai tanda kemenangan beliau di kawasan batu,
Selangor.[7]
Tetapi perarakan itu bertukar menjadi ganas. Mereka yang menyertai perarakan
hilang kawalan dalam meraikan kemenangan parti mereka. Bukti mereka mengejek
orang Melayu,
“…seorang darinya telah melaungkan perkataan
“Melayu Mati” di hadapan rumah kediaman anggota-anggota polis di balai itu,
juga menunjukkan kemaluannya kepada polis…salah satu daripadanya telah pergi ke
Jalan Mountbatten menahan kereta-kereta orang Melayu dengan memaki hamun…”.[8]
Hal ini menunjukkan bahawa peserta perarakan
pada masa itu hilang kawalan sehinggakan mencetuskan kemarahan orang Melayu.
Namun selepas itu, Dr Tan memohon maaf secara terbuka di akhbar atas kelakuan
penyokongnya yang menyusahkan orang ramai. Tetapi ianya terlambat.[9]
Hal ini demikian kerana orang Melayu masih sakit hati dengan peristiwa itu.
Selain itu, setelah perarakan yang berlesen
itu tamat, ianya diteruskan lagi dengan perarakan haram. Penganjur perarakan
ini telah melanggar arahan polis iaitu mereka melalui jalan yang tidak
diberikan kebenaran untuk mengadakan perarakan.
“Saya telah beri perintah supaya kedua-dua perarakan dihentikan
kerana tidak ada kebenaran polis. Kumpulan simpanan persekutuan (FRU) telah
dihantar untuk menyuraikan”.- Encik Abu Bakar Abdul Aziz, Pegawai Penjaga
Daerah Polis Kuala Lumpur[10]
Kemudiannya, beliau menghubungi V.David, ahli
parlimen yang mengetuai perarakan untuk menghentikannya dengan segera.
“Dia tanya saya samada saya kenal siapa dia?
Saya jawab kenal dia sebagai Enik David dan dia berkata dialah ahli parlimen
baru dipilih dan itu tidak menjadi soal dan dia mesti memberitahu kepada
penyokong-penyokongnya supaya bersurai jika tidak anggota FRU akan
menyuraikannya. Dia langsung berkata ‘pergi berambus FRU , kamu anak haram !’
dan terus menghentakkan telefon”.[11]
Pernyataan ini jelaslah menunjukkan penghinaan
ahli parlimen terhadap anggota polis terutamanya pasukan FRU.
Pada
pandangan saya, apa yang saya dapat rumuskan bahawa Tunku Abdul Rahman
menyalahkan semua pihak di atas kejadian 13 Mei 1969. Beliau tidak mengakui
bahawa beliau sendiri gagal dalam menyelesaikan masalah negara. Malah sibuk
mengenai pilihanraya tahun 1969. Mengapa pilihanraya dijadikan modal kepada isu
terjadinya 13 Mei ini? Kenapa kerajaan di bawah Tunku sendiri gagal
menyelesaikan masalah ini? Adakah ianya semata-mata tidak mahu kehilangan
pengaruhnya atau terlalu menjaga hati kaum bukan Melayu dan Melayu?
MAY 13: DECLASSIFIED DOCUMENTS ON THE
MALAYSIAN RIOT OF 1969 (DR KUA KIA SOONG)
Buku ini
ditulis oleh Dr Kua Kia
Soong yang merupakan seorang pengarah SUARAM, badan NGO menyuarakan pendapat
rakyat Malaysia. Hasil penulisannya berbeza dengan versi-versi yang sering kita
dengari. Hal ini demikian kerana beliau menegaskan bahawa rampasan kuasa yang
berlaku oleh elit Melayu iaitu Tun Abdul Razak terhadap Tunku Abdul Rahman. Ia
dibuktikan dengan penulisan seorang wartawan iaitu Subky Latiff (1977) iaitu,
“The May 13 Incident did not occur
spontaneously. It was planned quickly and purposely. The identity of the the
planners of the incident cannot be stated with accuracy. But whatever it was
that happened, the May 13 Incident was a form of coup d’etat directed against
Tunku Abdul Rahman. The Tunku’s power in fact ended from then onwards.”[12]
Ia diakui oleh Tunku Abdul Rahman yang
mengatakan bahawa, “You know Harun, Mahathir, Ghazali Shafie - who were all
working with Razak to oust me, to take over my place...”.[13]
Tunku sendiri mengakui terdapat pihak yang ingin menjatuhkan kuasanya sebagai
Perdana Menteri. Pada pendapat saya, pihak tertentu ingin menjatuhkan Tunku
Abdul Rahman atas kegagalan beliau dalam menyelesaikan masalah negara. Selain itu, beliau (Dr Kua) menafikan orang
Cina yang mencetuskan peristiwa berdarah ini.
“Late on Tuesday afternoon (May 13), young
Malays from the whole of Selangor began to assemble outside the residence of
the Selangor Mentri Besar, Dato Harun. A retalitory march had been planned by
the UMNO youth to end in a rally at Suleiman Court near Batu Road, but police
permission was withheld.”[14]
Berdasarkan pernyataan beliau di atas membawa
maksud rusuhan ini adalah perbuatan ‘samseng Melayu’ yang disokong oleh
ahli-ahli politik yang merancang merampas kuasa Tunku Abdul Rahman. Buktinya,
pada 13 Mei, sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru untuk
berkumpul di kediaman Datuk Harun. Tindak tanduk polis dan tentera dipersoalkan
kerana hanya berdiri dan memerhatikan apa yang sedang berlaku.[15]
Selain itu, penulis buku ini juga mengatakan
bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu ‘coup d’etat’ atau rampasan kuasa
Tunku Abdul Rahman oleh golongan kapitalis Melayu turut mendapat sokongan
daripada polis dan tentera untuk merampas kuasa.
“Less than a week after the riots, the reins
of power had effectively passed to Razak, the then deputy prime minister,
indicating that there had been a plot to bring about the coup d'etat”[16]
Pernyataan di atas membawa maksud kurang
daripada seminggu rusuhan itu, Tun Abdul Razak mempengerusikan majlis operasi negara.
Pada 19 Mei, Tun Abdul Razak diberi kuasa penuh untuk mentadbir negara. Bagi Dr
Kua, wujudnya komplot menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.[17] Agensi perisikan pusat juga mengesan perkara
yang dirancang oleh Tun Razak telah meminggirkan orang Cina dan mengetepikan
Tunku. Hal ini berdasarkan pernyataan di bawah,
“The exact
relationship between Tun Razak and the Tunku is not clear. In public tun razak
says he is directly responsible to the tunku but he has made it clear privately
that he is completely in charge of the
country. This couls mean the beginning of A process of withdrawal by the tunku
as a effective PM.”[18]
Jika kita meneliti penggunaan sumber yang digunakan dalam penghasilan buku
ini terdapat unsur bias atau tidak objektif. Hal ini demikian kerana beliau
menggunakan sumber daripada Public Records Office At London. Sumber itu sudah
pastilah datangnya daripada sumber British semata-mata. Hal ini terdapat unsur
memburukkan pemimpin Melayu sekiranya kita menilai dari sudut kaca mata
penjajah. Terdapat unsur rasis terhadap sesuatu kaum. Pelik juga saya kenapa
buku ini tidak diharamkan? Kenapa penulis buku memandang satu pihak saja yang
menjadi punca terjadinya peristiwa ini? Buku ini tidak menyentuh bibit-bibit ke
arahnya bermula dari zaman Jepun lagi.
LEON COMBER: PERISTIWA 13 MEI SEJARAH
PERHUBUNGAN MELAYU-CINA
Buku ini ditulis oleh Leon Comber yang
merupakan pegawai tentera dan polis British. Penulisan beliau berbeza dengan
dua penulisan yang disentuh dalam esei ini. Beliau mengatakan bahawa bibit ke
arah peristiwa itu berlaku sejak zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu pada
tahun 1940-an. Buku ini juga menyentuh mengenai sikap mengkritik dan memandang
rendah antara kedua-dua kaum iaitu Melayu dan Cina. Contohnya, orang Cina
memandang rendah terhadap orang Melayu dan mengkritik orang Melayu sebagai pemalas, mundur dan suka berhibur manakala orang Melayu tidak dapat
menerima corak kehidupan orang Cina yang bertentangan dengan ajaran Islam
sehinggakan konflik perkauman mulai muncul.[19]
ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN
Semasa penjajahan Jepun selama tiga tahun
setengah di Tanah Melayu, ketegangan hubungan antara tiga kaum iaitu Melayu,
Cina dan India mulai tercetus. Hal ini demikian kerana sikap pentadbir Jepun
yang membeza-bezakan dari segi layanan antara orang Melayu dengan orang bukan
Melayu. Misalnya, orang Cina dilayan buruk disebabkan sejarah lampau iaitu
Jepun pernah berperang dengan China 1937 manakala Jepun melayan orang Melayu
dan orang India dengan baik supaya Jepun memperolehi sokongan daripada mereka.[20]
Disebabkan hal ini telah menimbulkan perselisihan faham antara orang Melayu dan
orang Cina. Walhal pada hakikatnya, Jepun memperkuatkan perasaan perkauman
dalam kalangan Tanah Melayu.
Orang
Cina berdendam dengan orang Melayu sebaik sahaja Jepun menarik diri daripada
penjajahan di Tanah Melayu. Orang Cina kebanyakan menyertai Malayan People’s
Anti-Japanese Army atau MPAJA telah bertindak dengan sesuka hati mereka
untuk memburu pensubahat Melayu yang bekerjasama dengan Jepun.[21]
Buktinya, sekitar bulan Ogos sehingga November 1945 telah berlaku pembunuhan
yang mengakibatkan kematian lebih 600 orang di Johor, Negeri Sembilan dan
Perak.[22]
Menurut
laporan Majlis Keselamatan Negara (1969);
“During the brief period of MPAJA ascendancy the torture and killing
of large numbers of innocent Malays became an episode that indelibly imprinted
in Malay minds the dangers of Chinese ascendary”.[23]
Berdasarkan laporan di atas menunjukkan orang
Cina telah bersikap kejam terhadap orang Melayu sehingga membibit rasa benci
orang Melayu terhadap orang Cina. Jelaslah perasaan dendam yang amat mendalam
orang Melayu dan orang Cina selepas pengunduran Jepun di Tanah Melayu.
ISU KERAKYATAN DALAM MALAYAN UNION DAN PERLEMBAGAAN
Sekembalinya British ke Tanah Melayu, British
telah memperkenalkan satu pelembagaan yang diberi nama Malayan Union. Tujuannya
ialah menyelaraskan dan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu. Pada masa yang
sama, British berhasrat memperkenalkan kerakyatan yang sama dengan tujuan
memenuhi tuntuan orang bukan Melayu untuk memikul tanggungjawab terhadap negara
dan mendapat kerakyatan.[24]
Namun
begitu, pelaksanaan cita-cita British iaitu persamaan hak rakyat di Tanah
Melayu ditentang oleh orang Melayu. Disebabkan penentangan itu, British
memperkenalkan Perlembagaan Tanah Melayu 1948.
“The Malays “used to be poor man in a poor country, and now they
were poor men in a rich country,” and felt their very existence jeopardised by
this treat to their political survival”.[25]
Sebenarnya
pengenalan kepada Perlembagaan Tanah Melayu 1948 tidak banyak beza dengan
Malayan Union 1946. Hanyalah hak istimewa orang Melayu yang diperjuangkan dalam
Persekutuan Tanah Melayu 1948 sehinggakan pertikaian orang Melayu dan orang
bukan Melayu dalam soal kewarganegaraan berterusan.
Cadangan-cadangan kerakyatan Malayan Union iaitu orang bukan Melayu layak
memperoleh kewarganegaraan sekiranya mereka lahir di Tanah Melayu atau telah
tinggal selama 10 hingga 15 tahun dari tarikh sebelum sebelum pelaksanaan
Malayan Union. Hal ini disebabkan tujuan British membuka pekhidmatan awam di
negeri Melayu kepada orang bukan Melayu.[26] Pada
pendapat saya, orang Melayu menentang kerana British cuba menghapuskan
‘keistimewaan orang Melayu’ secara perlahan-lahan. Disebabkan hal penentangan
itu, British memperkenalkan Perlembagaan Tanah Melayu. Syarat kerakyatan
diperketatkan lagi. Salah satu syaratnya ialah mereka (pemohon yang dari negeri
luar) perlu tinggal di Tanah Melayu selama 15 hingga 25 tahun dan perlu
mempunyai pengetahuan secukupnya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Rakyat raja-raja Melayu automatik menjadi rakyat Persekutuan. Disebabkan
syaratnya itu telah menyekat orang bukan Melayu terutamanya orang Cina menjadi
warganegara di negeri ini. Hal ini disebabkan bukan semua orang bukan Melayu
mempunyai pengetahuan mengenai bahasa Melayu. Mereka mengugut keluar daripada
majlis. Hal ini disokong oleh beberapa parti politik dan mewujudkan Majlis Tindakan
Bersama Seluruh Malaya. Hal ini merupakan penentangan orang bukan Melayu
terhadap orang Melayu.[27]
PENGUATKUASAAN AKTA 152
“Dasar pelajaran kebangsaan adalah untuk
mewujudkan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh semua rakyat.
Ini akan memenuhi keperluan mereka dan dapat pula menyambungkan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politik mereka sebagai suatu bangsa dengan tujuan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Dalam pada itu, akan
dipelihara dan dipupuk pertumbuhan bahasa dan kebudayaan rakyat selain daripada
orang-orang Melayu yang tinggal di negara ini.”[28]
Berdasarkan
dasar di atas jelaslah menunjukkan bahawa Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
negara. Bahasa ini digunakan di sekolah dengan tujuan mengajar. Selain itu,
Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi tetapi pada tahun 1967 ianya dijadikan
bahasa rasmi sampingan. Hal ini bermakna bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
yang tunggal dan digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Namun begitu,
orang Cina membantah dengan dasar tersebut. Mereka menuntut bahasa ibunda
mereka iaitu bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi di sekolah. Alasan mereka ianya
akan ‘membunuh’ anak orang Cina dari segi kebudayaan dan hak mereka.[29]
Jika
diteliti bahawa bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa rasmi kerana orang Melayu
merupakan kaum majoriti di Malaysia. Orang Melayu kebanyakan menutur bahasa
Melayu maka tidak salah ianya diangkat sebagai bahasa rasmi. Orang bukan Melayu
hanya pendatang seharusnya menerima dengan hati yang terbuka. Orang bukan
Melayu boleh sahaja menggunakan bahasa ibunda masing-masing di mana-mana tempat
tanpa ada sekatan pun.
SIKAP LEE KUAN YEW
Lee Kuan Yew telah mengeluarkan kenyataan
bahawa “orang Melayu merupakan bangsa yang datang ke Malaysia dalam bilangan
kecil dalam kira-kira 700 tahun dahulu. Daripada 39% orang Melayu di Malaysia
hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang
baru seperti Setiausaha Agung UMNO, Dato Syed Ja’afar Albar, yang telah datang
dari Tanah Melayu ke Indonesia sebelum perang, ketika berusia 30 tahun. Dari
itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu
memikirkan bahawa mereka lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain
menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka.”[30]
Berdasarkan
kenyataan di atas telah menunjukkan terdapat unsur provokasi kaum sengaja
diwujudkan oleh Lee Kuan Yew. Kenyataannya itu telah menyinggung perasaan orang
Melayu dan raja-raja Melayu. Datuk Abdul Razak menegur Lee Kuan Yew sekiranya
“terjadinya rusuhan sudah pasti la Lee Kuan Yew menderita”.Disebabkan hal itu
Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada
Malaysia pada 9 Ogos 1965 demi mengelakkan pertumpuhan darah.[31]
Jika diteliti Lee Kuan Yew tersangatlah licik sengaja menimbulkan isu provokasi
yang menyebabkan kemarahan orang Melayu.
RUMUSAN
Berdasarkan tiga buah buku yang memerihalkan
peristiwa 13 Mei 1969 mempunyai pandangan tersendiri. Contohnya, Tunku Abdul
Rahman mengatakan bahawa peristiwa ini terjadinya disebabkan komunis. Hal ini
berbeza dengan penulisan Leon Comber yang bersifat neutral dengan tidak memihak
mana-mana pihak dan mengatakn ianya sudah ada sejak zaman Jepun lagi. Sememangnya
peristiwa ini adalah berpunca daripada konflik perkauman yang berlanjutan sejak
zaman kolonial British yang mengamalkan pecah dan perintah perintah yang cuba
mengasingkan pertempatan mengikut kaum. Perasaan perkauman yang tersemai ini
semakin mendalam dengan adanya rentetan peristiwa-peristiwa selepas zaman
kolonial seperti kedatangan Jepun, pemerintahan Bintang Tiga dan
peristiwa-peristiwa yang lain sehinggalah tercetusnya tragedi berdarah ini.
BIBLIOGRAFI
Comber, Leon. Peristiwa 13 Mei: Sejrah
Perhubungan Melayu-Cina, (Terj. Omar Din Haji Ashaari). Petaling Jaya: International Book Service.
1985.
Kua Kia Soong. May 13: Declassified
Documents On The Malaysian Riots Of 1969. Kuala Lumpur: Polar Vista Sdn.
Bhd. 2007.
Khoo Kay Kim dan Jazamuddin Baharuddin. Malaysia:
Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,
1979.
National Operations Council. The May 13
Tragedy A Report. Kuala Lumpur: National Operations Council, 1969.
Tunku Abdul Rahman. 13 Mei: Sebelum Dan
Selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. 2007.
[2] Tunku
Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Kuala Lumpur, Utusan
Publication And Distributors Sdn. Bhd, 2007, Hlm. 65
[3] Ibid
[4]
Ibid, hlm. 21
[5] Ibid, hlm. 56.
[6] Ibid, hlm. 68.
[7] Ibid, hlm. 88.
[8] Ibid, hlm. 91.
[9] Ibid, hlm. 69.
[10] Ibid, hlm. 70.
[12] Kua Kia Song. May
13 Declassified Documents On The Malaysian Riots Of 1969. Petaling Jaya,
Suaram Komunikasi, 2007, hlm. 3.
[13] Ibid, hlm. 3.
[15] Ibid, hlm. 43.
[16] Ibid, hlm. 60.
[17] Ibid
[19]Omardin Haji
Ashaari (terj). Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina.
Petaling Jaya, International Book Service, 1985, hlm. 51.
[21] Ibid
[22] Ibid
[23] National
Operations Council, The May 13 Tragedy A Report. Kuala Lumpur, National Operations
Council, 1969, hlm. 8.
[25] National
Operations Council, The May 13..., hlm. 5.
[27] Ibid, hlm. 44.
[28] Ibid, hlm. 54.
[30] Ibid, hlm. 75.
No comments:
Post a Comment