Monday, 21 May 2018

Contoh Laporan UAW304


BAB 1: KAJIAN ARKEOLOGI DI KOMPLEKS SUNGAI BATU
1.0       PENGENALAN
Perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah kajian awal di Lembah Bujang, isu dan masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan kajian, tujuan kajian, metod kajian dan lokasi kajian. Perbincangan dalam bab ini lebih kepada pengenalan kepada Lembah Bujang terutamanya Kompleks Sungai Batu. Lokasi ini merupakan sebuah tapak arkeologi. Tapak SB2ZV’17 iaitu kawasan kajian yang ingin dikaji.
1.1       KAJIAN AWAL LEMBAH BUJANG
Penyelidikan arkeologi telah dijalankan pada tahun 1800-an. Bidang arkeologi mula dipelopori oleh penjajah barat iaitu British yang telah menakluki Tanah Melayu. Antara penjajah yang terawal dalam bidang ini ialah Kolonel James Low. Bagaimanapun, pengkaji pada era kolonial tidak dapat dianggap sebagai data yang lengkap. Hal ini demikian kerana pengkaji melakukan proses yang tidak sistematik. Bagi bidang sejarah, ianya telah membuka satu lembaran baru dalam perkembangan sejarawan untuk mengkaji mengenai asal usul sejarah Tanah Melayu terutama sekali sejarah Lembah Bujang.
`           Menurut Allen (1997) mengatakan bahawa kerajaan ialah unit autonomi politik yang merangkumi banyak komuniti. Tugasnya ialah mengumpul cukai, melaksanakan badan perundangan, merangka jawatankuasa komuniti untuk bekerja. Pada abad ke-3 hingga abad ke-13, pusat kerajaan Kedah Tua berfungsi sebagai pelabuhan penting dan entreport utama bagi rangkaian Asia Tenggara, India dan China, Timur Tengah. Buktinya, banyak pecahan seramik Cina ditemui di Pengkalan Lembah Bujang, manik dari pelbagai sumber, dan pelbagai seramik dan kaca yang dibawa dari Timur Tengah. Berdasarkan penyelidikan dan ekskavasi yang dilakukan oleh Lamb (1982) dan Leong (1990) mendapati bahawa daerah Pengkalan Bujangpernah menjadi kawasan entreport. Hal ini berdasarkan bukti serpihan seramik dari China. Kedua-duanya bersetuju bahawa perdagangan di Pengkalan Bujang berakhir pada abad ke-14 (Nik Hassan Shuhaimi,2008).
Menurut Allen (1997) lagi, kebanyakan barang tempatan dikumpulkan di kawasan pedalaman. Barang ini dibawa masuk melalui sungai ke pelabuhan utama di kawasan pelabuhan pesisiran pantai. Barangan tersebut mungkin dikumpul di kawasan anak-anak sungai yang kecil sebelum dibawa ke pelabuhan untuk diperdagangkan. Taburan tapak-tapak di luar pesisiran pantai dikatakan mengikut konsep reranting. Hal ini merujuk kepada keperluan untuk pertukaran barangan bergantung kepada sungai yang dijadikan sebagai nadi utama untuk menjalankan aktiviti perdagangan, mengumpul dan mengangkat barangan hutan ke kawasan pantai. Kemudian, barangan hutan diambil oleh peniaga seterusnya mengumpul barangan tersebut di kawasan pantai. Sungai dijadikan pusat utama untuk mengagihkan semula kepada penduduk tempatan dan dieskport ke luar (Allen,1997).
Menurut Lamb (1992) mengatakan bahawa mengenal pasti kewujudan perdagangan luar Kedah berdasarkan timbunan tembikar dagangan. Dua kawasan perdagangan utama terletak di Pengkalan Bujang, beberapa kilometre di hulu Sungai Merbok, Kampung Sireh di Sungai Muda. Lembah Bujang atau Kedah Tua merupakan kawasan perdagangan yang didatangi oleh pedagang India, Cina dan Arab. Pedagang-pedagang ini membekalkan makanan dan barang dagangan seperti manik dan seramik dengan tujuan pertukaran. Hal ini membuktikan bahawa tapak-tapak di Kedah berfungsi sebagai satu sistem budaya yang berasaskan aktiviti pertukaran barangan di dalam dan luar Kedah.
Dunn (1975) juga mengaktakan bahawa Kedah kaya dengan sumber bijih timah dan beberapa sumebr mentah yang lain. Catatan dari Arab dan Tamil ‘Pattinappalai’ mengaktakan bahawa Kedah Tua merupakan pengeluar besi yang terbaik selain dari Yemen dan Hindi (Hoyland dan Gilmour, 2006; Thani Nagayam,1963).
Pada tahun 2009, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan ekskavasi di tapak arkeologi Sungai Batu. Hasilnya, pengkaji telah menemui pelbagai penemuan ketamadunan rantau ini. Antaranya tempat ritual,dan peleburan besi. USM dengan bantuan Jabatan Warisan Negara (JWN) berjaya menemui sebanyak 97 buah tapak di Sungai Batu. Kompleks ini adalah kunci kepada wujudnya tamadun awal negara. Kajian saintifik ke atas 50 buah tapak telah menyebabkan Sungai Batu merupakan tamadun terawal di Asia Tenggara. PPAG telah Berjaya memetalkan 97 buah tapak dalam keluasan sekitar 4 km persegi. Penemuan di Sungai Batu telah mengubah sejarah tamadun serantau. Monumen ritual merupakan penemuan ikonik di Sungai Batu. Monumen ini telah pun disahkan secara saintifik berusia kira-kira 2,000 tahun (https://arkeologi.usm.my).
Aktiviti melebur besi di Sungai Batu iaitu di tapak SB2H telah membuktikan bahawa kegiatan ekonomi sudah berada di situ. Hal ini demikian kerana kawasan Lembah Bujang atau Gunung Jerai dipercayai mempunyai jeti. Jeti berfungsi sebagai tempat pendaratan perahu besar dan kapal. Kawasan peleburan besi dan bengkel bata dikenali sebagai Taman Warisan Sejarah Negara. Penemuan Sungai Batu telah membuktikan bahawa terdapat tamadun yang lebih awal daripada Angkor Wat di Kemboja, Borobodur Indonesia atau kawasan bersejarah lain di Thailand atau Vietnam.
Kepentingan kompleks ini dibuktikan setelah dijalankan semasa ekskavasi. Analisi saintifik terhadap 50 buah tapak daripada 97 buah tapak yang belum dikaji. Kajian masih dijalankan sehingga kini.

1.2       ISU DAN MASALAH KAJIAN
Sepanjang menjalankan kajian di tapak SB2ZV petak J10 terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan proses ekskavasi.
1.2.1    Keadaan Cuaca yang tidak Menentu
Cuaca yang tidak menentu iaitu sekejap hujan sekejap panas telah menyukarkan dan melambatkan proses ekskavasi. Hal ini telah menyebabkan masa terbuang. Apabila hujan lebat maka petak menjadi basah kerana air memasuki petak. Sisa arang yang terkena air tidak boleh digunakan kerana komposisi kimianya telah             terganggu. Bukan setakat itu sahaja, tanah menjadi lembap selepas hujan berhenti. Hal ini agak menyukarkan lagi proses ini dijalankan. Petak J10 terkesan kerana lokasi yang mudah kena tempias air hujan.
1.2.2    Kekangan Masa Semasa Menjalankan Ekskavasi
Para pelajar hanya diberikan masa dalam lapan hari untuk menjalankan proses ekskavasi di petak masing-masing. Kekangan ini telah menyebabkan pelajar sukar untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Selain itu, para pelajar terpaksa menggunakan bantuan daripada pekerja tempatan dan tutor mengikut kumpulan untuk menyiapkan tugasan penggalian. Para pelajar juga kurang berpengalaman dalam mengendalikan petak. dalam masa yang singkat. Hal ini telah menyebabkan pelajar tidak berpengalaman menguruskan petak secara keseluruhannya.
1.2.3    Masalah Struktur Muka Bumi dan Tekstur Tanah
Struktur muka bumi dan tekstur tanah sedikit keras agak sukar untuk menjalankan proses ekskavasi. Di petak J10, setiap spit menjumpai banyak akar kelapa sawit. Hal ini telah mengganggu proses ekskavasi. Ini kerana pengkaji terpaksa menggunakan cutter untuk memotong akar yang berselerakan di setiap spit sehingga spit ke 6. Apabila pelajar mengeluarkan akar tersebut telah menyebabkan artifak-artifak di spit akan terganggu dan kedudukannya tidak lagi in situ. Hal ini telah menyebabkan masalah kepada pelajar untuk merekod dan             memproses jumpaan yang ditemui. Data yang diperolehi mungkin sedikit terjejas disebabkan masalah tersebut.
            Bukan itu sahaja, struktur petak J10 mempunyai sedikit mound. Struktur ini agak sukar untuk menjalankan proses ekskavasi pada asalnya. Ini telah menyebabkan Quadrant 1 dan 2 sahaja dibuka untuk spit 1. Manakala Quadrant 3 dan Qudrant 4 dibuka pada spit 2 kerana mempunyai spit yang rendah.
1.2.4    Gangguan Serangga di Petak
Terdapat serangga perosak yang menyukarkan lagi proses penggalian. Di petak J10, terdapat serangga seperti anai-anai, dan semut. Anai-anai juga buat sarang bersaiz sederhana di petak J10. Hal ini telah menyebabkan tanah itu berlubang-lubang. Hal ini menyukarkan lagi untuk menjalankan proses eskavasi disebabkan setiap spit sehingga spit 5 ada sahaja gangguan serangga. Walaupun selesai proses ekskavasi, sarang anai-anai tetap kelihatan di tepi dinding petak terutamanya di belah utara.
1.2.5    Tidak Menjumpai Sebarang Artifak Selain Sisa Arang di Spit Satu Sehingga Spit Lima
Petak J10 tidak menjumpai sebarang artifak seperti tuyere, laterit, sisa besi, dan besi pada spit satu sehingga lima. Spit 2,3 dan 5 hanya menjumpai serpihan arang. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit dan bersaiz sederhana. Petak di sebelah pengkaji telah menjumpai artifak di spit lima dan tidak perlu membuka spit baharu. Hal ini telah menimbulkan persoalan kepada pengkaji adakah ianya petak ini berpotensi menjadi tempat peleburan besi? Apakah fungsi petak ini sebenarnya? Apabila dibuka spit kedalam iaitu barulah menjumpai artifak itu pun berada pada spit ke enam sehingga spit lapan.

1.3       TUJUAN KAJIAN
Terdapat beberapa tujuan kajian yang telah digariskan dalam aktiviti ekskavasi kali ini bagi memberi pendidikan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai dunia sebenar arkeologi. Antara tujuan kajian ialah: -
1.3.1    Memenuhi keperluan kursus UAW 304 (Ekskavasi Arkeolgi)
1.3.2    Memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari teknik-teknik ekskavasi dan analisis artifak yang ditemui supaya pelajar dapat memahami setiap proses yang dilakukan dengan lebih baik.
1.3.3    Mendedahkan kepada para pelajar mengenai perkara-perkara asas   yang dijalankan semasa proses-proses arkeologi.
1.4       METOD KAJIAN
1.4.1    KERJA LAPANGAN
Aktiviti terancang untuk mencari bukti, mengumpul data tapak, artifak dan fitur melalui pendekatan sistematik. Survei yang dijalankan ialah survey lapangan dengan menggunakan survey permukaan. Survei ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tapak yang berpotensi untuk diekskavasi. Sepanjang aktiviti ini dijalankan pengkaji dikehendaki mencari artifak pada permukaan tanah atau mencari bentuk muka bumi yang membentuk mound. 
1.4.2    EKSKAVASI
Cara asas arkeologi untuk mendapatkan data dan bukti. Proses ini memerlukan perancangan, perekodan dan pemerhatian yang tepat dan teliti. Ekskavasi di petak mengikut lapisan atau spit. Aktiviti yang dijalankan ialah stratigrafi, ayakan dan memplot artifak. Sebanyak petak telah diekskavasi daripada petak berukuran 1 x 1 meter persegi setiap satunya. Artifak yang dijumpai kemudiannya diasing dan dilabelkan mengikut kedudukan ukuran 3 dimensi kedudukan artifak tersebut.
1.4.3    KAJIAN MAKMAL
Spektroskopi: Pektrometer Pendaflour Sinar-X (XRF). Teknik ini digunakan bagi menentukan komposisi mineral pada pecahan tuyure, bata, sisa besi dan laterit. Sampel tanah yang diambil mengikut lapisan tanah diuji nilai PH tanah dengan mengunakan kertas PH. Petografi juga digunakan untuk pecahan tuyure dan bata.
1.4.4    INTERPRETASI
Kawasan Kompleks Lembah Bujang berfungsi sebagai tempat ritual, peleburan besi, pelabuhan dan bandar syahbandar. Di kawasan SB2ZV merupakan kawasan peleburan besi. Adakah kawasan ini benar-benar tempat peleburan besi? Apakah bukti menunjukkan bahawa kawasan ini tapak peleburan besi?  
1.5       LOKASI KAJIAN
Kedah Tua dikatakan wujud sejak kurun ke-3 SM hingga kurun ke-13 M. Kedah Tua atau dikenali dengan nama Kadaram, Kataha, Sai, Kalah Bar dan Kalagram dikatakan merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara. Rekod China iaitu catatan I-Tsing mengatakan bahawa Kedah Tua dipanggil sebagai Cheh-Cha. Keluasan Kedah Tua iaitu 144 batu persegi merangkumi daerah Seberang Perai Utara, Kuala Muda, Yan, dan Kota Setar. Kedah Tua juga merupakan kota pelabuhan yang terletak di Lembah Bujang, Kawasan ini dihubungkan melalui dua sungai iaitu Sungai Muda di selatan dan Sungai Sala di utara.  Kedudukan yang strategik inilah menyebabkan kawasan ini muncul sebagai kota pelabuhan terpenting sebelum kemunculan kerajaan lain seperti Melaka.
1.6       KESIMPULAN       
Kesimpulannya, penyelidikan yang dilakukan perlu sistematik agar keputusan yang diperolehi adalah sahih. Oleh itu, metod kajian perlu dirancang agar mencapai objektif kajian yang dijalankan. Penyelidik juga pelu mengkaji latar belakang kajian yang ingin dikaji supaya penyelidik mendapat gambaran awal berkenaan kajian.

BAB 2: ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG DAN ARKEOLOGI KOMPLEKS SUNGAI BATU
2.0 PENGENALAN
Dalam bab ini, perkara yang dibincangkan ialah berkenaan Arkeologi Lembah Bujang dan Kompleks Sungai Batu. Selain itu, diselitkan juga mengenai Kedah Tua dalam sejarah Asia Tenggara. Perbincangan lebih tertumpu kepada sejarah Kedah Tua dalam catatan-catatan Melayu, Arab, China dan India. Hal ini membolehkan penyelidik mengetahui sejarah kawasan yang hendak dikaji.           
2.1 ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
            Keluasan kawasan Lembah Bujang ialah 400 km menghubungkan Bukit Choras di bahagian utara, Sungai Muda di Selat Melaka di bahagian timur dan lebuh raya utara-selatan di bahagian barat (Adi,1998). Kawasan ini merupakan sebuah kota pelabuhan di Lembah Bujang, Kedah dikenali sebagai kerajaan Kedah Tua. Kota ini wujud sekitar abad kedua hingga lewat abad ke-14 Masihi (Mokhtar et al., 2011). Dikatakan juga bahawa kota ini turut dipengaruhi dengan budaya masyarakat dari kerajaan Funan (Andaya, 2011; Coedes, 1968). Pada sekitar abad ketujuh hingga ke-11 Masihi, Raja Chola dari kerajaan Srivijaya telah menyerang kota ini (Coedes, 1968).  Hal ini telah memberikan kesan terhadap kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua telah muncul sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal dan kaya dengan pelbagai pengaruh budaya.
            Pada tahun 1840-an, pegawai kerajaan kolonial iaitu Kolonel James Low telah membuka tapak arkeologi Lembah Bujang. Hal ini demikian kerana beliau telah menemui runtuhan struktur berfungsi sebagai sebuah candi. Selain itu, beliau juga menjumpai inskripsi batu bersurat Buddhagupta di Cherok Tokun, Seberang Perai. Inskripsi ini dipahat pada permukaan sebuah bongkah batu dan terukir sebuah stupa bertiraikan tujuh payung. Seni tulisan menunjukkan ianya ditulis pada abad kelima masihi berdasarkan pentarikhan relative dibuat (Evans, 1930, 1926, 1922). Seterusnya, banyak pengkaji dari tahun 1840-an sehingga kini masih mengkaji mengenai Lembah Bujang. Kebanyakan ianya dijumpai dalam bentuk monumen-monumen yang dikaitkan dengan kewujudan kerajaan kedah Tua pada suatu ketika dahulu.
Jadual 2.1: Senarai pengkaji di tapak Lembah Bujang (Mokhtar et. al, 2011;18).
Pengkaji
Tahun Kajian
James Low (1848, 1849)
1840-an
F W Irby (1905)
1894
I.H.N. Evans (1926)
1920-an
H.G. Quaritch- Wales (1940)
1930-an – 1940-an
K.G. Tregonning (1959)
1950-an – 1960-an
M. Sullivan (1958)
1950-an – 1960-an
Alastair Lamb (1960)
1950-an – 1960-an
Peacock (1980)
1960-an
Al-Rashid (Adi 1998)
1970-an
Leong Sau Heng (1973)
1970-an
Adi Taha (1998)
Sejak 1970-an
Nik Hassan Suhaimi Abdul Rahman (2008, 1984)
Sejak 1970-an
Jane Allen (1988)
1980-an
Kamarudin Zakaria (Adi 1998)
1990-an
Supian Sabtu (1998, 2002)
1990-an
           
Selain itu, H. G. Quaritch- Wales merupakan pengkaji di tapak Lembah Bujang telah memperkenalkan teori Kolonialisasi dan konsep India Raya (The Greater India). Konsep The Greater India menekankan faktor indianisasi sebagai satu elemen utama dalam proses pembentukan indentiti kebudayaan tamadun Asia Tenggara. Menurut beliau, Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera telah ditakluk oleh kuasa-kuasa dari India. Kajiannya lebih banyak tertumpu aspek perkembangan kebudayaan Kedah Tua (Nasha, 2011).
            Pada tahun 1950-an, Alastair Lamb telah mengkaji senibina candi Hindu Buddha di Lembah Bujang. Beliau juga menjalankan kajian terhadap penemuan seramik di Kampung Sireh dan Pengkalan Bujang. Kajian beliau banyak memberi impak kepada pengetahuan tentang sejarah Kedah Tua (Nasha, 2011).
            Jane S. Allen memberikan pandangan yang berbeza mengenai Kedah Tua. Beliau telah mengemukakan teori mengenai periodasi kedah Tua dan keadaan keadaan sosioekonomi masyarakat awal Kedah Tua dengan meneliti isu mengenai wujudnya industry pertanian di kawasan pedalaman Lembah Bujang. Belaiu mentafsir bahawa Kedah Tua mengalami perubahan budaya dan persekitaran fizikal lembah Bujang. Beliau telah membuat tafsiran dengan menggunapakai data geomorfologi dan geoarkeologi (Nasha, 2011).
            Seterusnya, pada tahun 1980-an, Nik Hassan Shuhaimi melakukan kajian terhadap Lembah Bujang. Hasilnya, beliau telah memberikan satu intepretasi baru mengenai pandangan tentang periodasi perkembangan kebudayaan Kedah Tua, dan evolusi penempatannya. Teori beliau masih digunapakai sehingga hari ini iaitu perkembangan sosiobudaya Lembah Bujang.  
            Pengkaji yang di atas telah menjalankan proses eskavasi di Lembah Bujang untuk mengenal pasti sejarah Lembah Bujang sebagai kawasan entrepot. Melalui kajian mereka juga, ianya telah memberikan satu gambaran baru bahawa kawasan ini wujudnya sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Segala hipotesis yang telah dibuat oleh para pengkaji mengenai Lembah Bujang berdasarkan kajian saintifik terhadap penemuan monumen dan artifak.
2.2 ARKEOLOGI KOMPLEKS SUNGAI BATU
            Keluasan Kompleks Sungai Batu sekitar empat kilometer persegi. Terdapat 97 buah tapak pada tahun 2007 (Mokhtar et.al, 2011). Pada tahun 1921 telah bermulanya penyelidikan di Sungai Batu apabila Evans (1926) yang melaporkan penemuan arca Durga Mahisasuramardhini dan arca Ganesha. Penemuan tersebut dijumpai terletak kira-kira tiga kilometer ke utara tapak Kompleks Sungai Batu. Pada tahun 1988, Allen telah menjalankan survei di kawasan Sungai Batu yang kemudiannya dikenali dengan nama tapak 71, 72, dan 73. Kebanyakan artifak yang dijumpai oleh Allen (1988) sewaktu membuat survey di tapak-tapak ini ialah bata dan laterit. Pentarikhan mutlak Komplek Sungai Batu menunjukkan kawasan ini telah digunakan sejak kurun ke-5 sebelum Masihi hingga kurun ke 17 Masihi.
            Aktiviti penyelidikan arkeologi di Sungai Batu pada tahun 2009 sehingga 2017 (Jadual). Kawasan kajian dilabelkan sebagai SB1 dan SB2 terletak di sebelah utara selatan jalan Merbok-Semeling. Huruf ‘A’ dan ‘B’ dan seterusnya mewakili tapak yang diekskavasi. Kompleks Sungai Batu telah mendedahkan penemuan bukti monumen ritual (SB1B) dan monumen sokongan (SB1C-SB1F), monumen jeti (SB1A, SB1H-SB1L, SB1Y, SB2B, SB2D, SB2E, SB2J), monumen sokongan jeti (SB1M-SB1N) dan tapak peleburan besi (SB1G, SB1ZY, SB2A, SB2C, SB2F, SB2H, SB2K, SB2M-SB2R, SB2T, SB2W-SB2Z, SB2ZV). Jadual di bawah menunjukkan kronologi Penyelidikan Arkeologi di Kompleks Sungai Batu dan fungsi tapak di Kompleks Sungai Batu.
Jadual 2.2.1: Kronologi Penyelidikan Arkeologi di Kompleks Sungai Batu
Tahun
Tapak
Jumlah
2009/2010
SB1A, SB1B, SB1C, SB1D, SB1E, SB1F, SB2A, SB2B, SB2C, SB2D
10
2010/2011
SB1H, SB1J, SB1K, SB1L, SB1M, SB1G, SB2E, SB2G
8
2011/2012
SB1N, SB1P, SB1Q, SB1R, SB1S, SB1T, SB1U, SB1V, SB1W, SB1X, SB2F
11
2012/2013
SB1Y, SB1Z, SB1ZZ, SB1ZY, SB2H
5
2013/2014
SB2K, SB2M, SB2N, SB2P, SB2Q, SB2R, SB2T, SB2W, SB2Z, SB2X, SB2Y
11
2014/2015
SB2J, SB2ZZ
2
2015
SB2ZX, SB2ZY
2
2017/2018
SB2ZV
1
JUMLAH TAPAK
50

Jadual 2.2.2: Fungsi Tapak
Fungsi
Tapak
Ritual
SB2B
Jeti
SB1A, SB1H, SB1J, SB1K, SB1L, SB1Y, SB2D, SB2E, SB2J
Penyokong Jeti
SB1B, SB1C, SB1D, SB1E, SB1F, SB1M, SB1N,
Peleburan Besi
SB1G, SB1ZY, SB2A, SB2C, SB2F, SB2H, SB2K, SB2M, SB2N, SB2P, SB2Q, SB2R, SB2T, SB2W, SB2X, SB2Y, SB2Z, SB2ZV

            Petarikhan kronometrik yang digunakan dalam kajian ini telah melengkapkan untuk kronologi tamadun Lembah Bujang yang sebelum ini lebih kepada pentarikhan relatif. Pentarikhan mutlak Kompleks Sungai Batu menunjukkan kawasan ini berusia sejak kurun ke-5 sebelum Masihi hingga kurun ke 17 Masihi.
BAB 3: KERJA LAPANGAN DI SB2ZV
3.0 PENGENALAN
Perbincangan dalam bab ini adalah berkaitan pengenalan kepada tapak dan petak yang dikaji serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian. Metod yang digunakan dalam menjalankan kajian serta data-data yang diperolehi juga akan dibincangkan. Contoh metod yang digunakan ialah survei, ekskavasi, dan stratigrafi tanah dan sampel tanah. Data-data yang diperolehi semasa kajian dijalankan akan dianalisis dan dinyatakan juga dalam bab ini.


3.1 PENGENALAN KEPADA TAPAK SB2ZV
            Pada 14 Ogos hingga 30 Ogos 2017, tapak SB2ZV mula diekskavasi oleh pelajar mengambil kursus UAW304 Universiti Sains Malaysia. Tapak ini merupakan salah satu tapak di Kompleks Sungai Batu. Tapak ini terletak pada arah. Jumpaan paling dominan ialah sisa besi. Aktiviti ekskavasi belum siap sepenuhnya sewaktu proses pengutipan data dijalankan.
3.2 METOD KAJIAN DI TAPAK SB2ZV
3.2.1 SURVEI
Survei tapak merupakan perkara utama yang perlu dibuat sebelum seseorang pengkaji melakukan proses ekskavasi. Survei tapak ialah proses dimana pengkaji menggunakan peralatan yang sesuai untuk mencari tapak-tapak yang berpotensi mempunyai bahan arkeologi. Survei merupakan aktiviti terancang untuk mencari bukti atau mengumpul data, tapak artifak, dan fitur arkeologi melalui pendekatan yang sistematik. Hal ini dapat memastikan interpretasi yang dilakukan adalah tepat bagi tujuan kajian lanjutan. Survei ini melibatkan pemerhatian terhadap jumpaan permukaan, bentuk geomorfologi dan geologi kawasan survei. Kawasan yang berpotensi akan direkodkan.
3.2.2 EKSKAVASI
Ekskavasi petak merupakan salah satu metod dalam pengkajian arkeologi. Setelah pengkaji menjalankan aktiviti survey, maka pengkaji menjalankan aktiviti ekskavasi untuk mendapat jawapan sama ada kawasan tersebut mempunyai artifak atau monumen berdasarkan maklumat dan kajian terhadap survei. Ekskavasi akan menjadi suatu proses menghancurkan atau memusnahkan suatu artifak. Oleh yang demikian, proses eskavasi mestilah dilakukan dengan teratur, cermat dan sistematik
3.2.2.1 ALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA EKSKAVASI
Pengkaji seharusnya mengetahui peralatan yang sesuai untuk menjalankan proses ini serta kegunaan alatan tersebut. Antara peralatan yang akan digunakan adalah seperti berikut:
Peralatan
Kegunaan
Gambar
Pengikis (Scrapper)
Untuk meratakan dinding petak, mengikis tanah yang berada dicelah-celah tapak dan meratakan tanah di petak.
Tukul (Mallet)
Untuk mengetuk pengikis dan memecahkan tanah yang keras supaya dapat meratakan petak dan manyamakan dinding
Berus Cat
Untuk membersihkan petak dan artifak yang ditemui
Penyodok Tanah
Untuk menyodok tanah didalam petak
Penyodok
Untuk menyodok tanah dan meratakan petak
Pita Pengukur
Untuk mengukur saiz petak, keluasan tapak, dan menentukan kedudukan tapak
Sarung tangan (glove)
Untuk menjaga atau melindungi tangan daripada benda-benda tajam di tapak
Pemotong (Cutter)
Untuk memotong akar-akar kecil dan sederhana di dalam petak
Pembalut Aluminium     (Aluminium foil)
Untuk membungkus sisa arang yang terdapat di dalam petak
Pengepit
Untuk mengambil sampel sisa arang di dalam petak
Set Geometri
Untuk menentukan sudut darjah semasa pemetaan tapak.



Water level
Digunakan bersama-sama dengan pita pengukur. Digunakan pada setiap spit untuk mengukur kedalaman spit.



Jadual 3.2.1.1: Alatan yang digunakan semasa proses ekskavasi.
3.2.1.2 PROSES EKSKAVASI
Seterusnya, pengkaji memulakan penggalian mereka. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pengkaji semasa penggalian dijalankan. Pertama, pengkaji seharusnya merekodkan data yang mereka dapati di tapak. Merekod data sebagai bukti kepada segala hal yang berlaku di tapak. Setiap pengkaji akan membawa satu buku nota atau dikenali sebagai buku log. Buku ini akan dibawa ke tapak sepanjang masa terutamanya semasa ekskavasi. Segala butiran dan data yang diperolehi akan direkodkan dalam buku tersebut. Rajah di bawah menunjukkan susun atur rekod ekskavasi.

Tarikh              :
Tapak              :
Petak               :
Spit                  :
Kuadran          :
Penerangan      :
Lakaran           :
 








Rajah 3.2.1.2: Maklumat yang perlu dilengkapkan semasa proses ekskavasi dijalankan
            Sebelum melakukan sebarang proses penggalian ekskavasi, pengkaji mestilah membersihkan dahulu tapak dan kawasan sekitarnya terlebih dahulu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti terdapat peralatan tajam dan serpihan yang berbahaya. Selain itu, ianya juga mengelakkan kekeliruan terhadap jumpaan yang dijumpai semasa proses eskavasi berlangsung. Semasa proses ini juga, pengkaji dilarang sama sekali memakai kasut. Hal ini demikian kerana mengelakkan diri kita daripada membawa apa-apa objek lain ke dalam petak.

Plet 3.1: Keadaan petak J10 telah dibersihkan
Seterusnya, proses ini menggunakan kaedah spit. Spit adalah cara dimana pengkaji akan menggali petak yang diberi dengan menggunakan kedalaman yang seragam iaitu 10 cm. Penggalian petak adalah berdasarkan kepada arah utara grid. Kaedah ini digunakan adalah memudahkan para pengkaji untuk menganalisis artifak dan maklumat yang diperolehi dengan cara yang lebih bersistematik berdasarkan maklumat yang ada. Permulaan pengiran spit adalah dimulai dengan 0 cm dan seterusnya. Petak yang diberikan pula dibahagikan kepada empat kuadran.  Proses eskvasi akan dimulakan daripada salah satu kuandran yang ditetapkan. Proses eskavasi haruslah dilakukan secara sistematik dengan mengikut kuadran dan spit. Rajah di bawah menunjukkan pembahagian kuadrant di petak.
Q4
Q1
Q3
Q2

Rajah 3.2.2.3: Pembahagian kuadran pada petak
Plet 3.1.1: Spit 1 di Kuadran 1 dibuka terlebih dahulu untuk menyamakan spit petak. Spit 1 tidak dibuka pada Kuadran 2 dan Kuadran 3 kerana mempunyai spit yang rendah.
Proses seterusnya dilakukan berulang-ulang kali sehingga pengkaji menggunakan lapisan budaya. Lapisan budaya ialah lapisan yang mempunyai artifak-artifak banyak ditemui. Setiap satu spit yang diekskavasi, pengkaji merekodkan satu spit mewakili 10 cm kedalaman. Aftifak-artifak yang dijumpai perlu dilabelkan bagi memudahkan proses merekod.
Plet 3.1.2: Lapisan Kebudayaan J10
 3.2.2.3 AYAKAN
            Seterusnya adalah kaedah ayakan. Setelah tanah dikeluarkan daripada petak ia perlu diayak. Ayakan adalah kaedah dimana tanah yang diekskavasi akan ditapis dengan menggunakan penapis dengan tujuan memerangkap ketulan-ketulan artifak yang kecil sekiranya pengkaji terlepas daripada pandangan semasa proses eskavasi dijalankan. Proses ini penting kerana memastikan tiada artifak yang tidak terlepas pandang. Artifak ini dijadikan sebagai bukti kepada interpretasi tapak tersebut. Seterusnya, ayakan akan diasingkan mengikut kepada spit masing-masing. Hal ini bertujuan setiap ayakan dapat diinterpretasikan dengan baik.

3.2.2.4 APUNGAN
            Kaedah ini merupakan kaedah di mana sisa daripada proses ayakan akan diendapkan dengan menggunakan air bagi memendapkan semua tanah dan pasir yang ada. Apungan dalam proses ini dan dikeringkan bagi tujuan pembelajaran. Proses ini diulang sebanyak tiga kali. Plet menunjukkan proses apungan.

Plet 3.2: Melarutkan kedalam air dengan mengacau tanah dan air tersebut (Proses pertama)Plet 3.3: Proses seterusnya menapis hampas yang terdapat dalam larutan.
Plet 3.4: Proses seterusnya iaitu mengeringkan hampas yang diperolehi.
3.3 PENEMUAN ARTIFAK
            Artifak di tapak SB2ZV yang dijumpai ialah sisa besi, laterit, tuyure, relau bersaiz kecil, hametite, pecahan tembikar, serpihan arang dan batu quartza. Dalam petak J10, pengkaji telah menjumpai tuyure, pecahan tuyure, sisa besi bersaiz kecil, sisa besi bersaiz besar, laterit, dan batu. Artifak seperti pecahan tuyure, sisa besi, dan laterit yang dijumpai direkodkan dan disimpan untuk membuat kajian. Kebanyakan artifak dijumpai pada spit 6 hingga spit 8.
3.4 HASIL SURVEI PEMETAAN GEOFIZIK
            Kebanyakan tapak-tapak arkeologi boleh ditemui sama ada tidak sengaja ata melalui survey. Penemuan secara tidak sengaja tidak melibatkan aktiviti arkeologi. Contohnya, adalah penemuan Ötzi, The Iceman, rangka manusia zaman logam pada tahun 1991oleh pemain ski di pergunungan Alps, Itali. Survei pula merupakan aktiviti terancang dalam arkeologi. Hal ini bertujuan untuk mencari tapak arkeologi dengan pendekatan saintifik. Survei juga digunakan untuk menentukan tapak yang berpotensi dan in-situ untuk diekskavasi bagi mendapatkan data. Bidang lain juga menggunapakaikan kaedah survei sebagai lungkah persediaan awal sebelum melakukan kajian. Contoh, survei geologi.  Pengkaji akan menemukan banyak tapak baru, jumpaan permukaan dan artifak melalui survei. Potensi tapak kemudiaanya didokong dengan aktiviti penggerudian dan penggerimidan, pemetaan geofizik dan ekskavasi cubaan.
            Seterusnya, pemetaan geofizik yang digunakan dalam proses ekskavasi. Hal ini penting kerana memudahkan pengkaji untuk mengetahui data sub pemukaan, perlapisan tanah dan mengesan batuan dasar. Terdapat beberapa kaedah geofizik iaitu menggunakan survei keberintangan elektrik, seismik pembiasan, GPR, magnet dan graviti. Juga penting dalam pentafsiran kuno.
Plet 3.5: Alatan yang digunakan semasa menjalankan kaedah megnetometer
Plet 3.6:  Gambar rajah menujukkan pemetaan geofizik

3.5 PENGERUDIAN
Penggunaan peralatan penggerudian tanah untuk mengesan jenis tanah dan artifak atau ekofak dalam tanah. Dua kaedah yang digunakan adalah auger (penggerudian cetek) dan core drilling (pengerudian dalam). Setiap kumpulan diberi peluang untuk mencuba cara menggerudi cetek. Berikut adalah keputusan penggerudian setiap kumpulan.
KUMPULAN 1
Bearing            : 271º NW                   Jarak    : 21 m

0 cm

9 cm
Lapisan 1 (10YR 3/3 Dark Yellowish Brown)
-      Akar Halus        
-      Arang         
-      Humus
-      Kuarza               
-      Peroi
9 cm

16 cm
Lapisan 2 (10YR 3/3 Dark Brown)
-      Akar Halus        
-       Kurang Kuarza
-      Kurang peroi     
-      Kurang Pasir
16 cm

29 cm
Lapisan 3 (7.5YR 2.5/2 Very Dark Brown)
-      Padat   - Akar Halus 
-      Arang (Penghujung Lapisan)
29 cm
33 cm
Lapisan 4 (7.5YR 5/6 Strong Brown)
-      Tanah Padat             - Akar Bersih


KUMPULAN  2
Bearing            : 269º NW                   Jarak    : 44 m
0 cm
3 cm
Lapisan 1 (10YR 4/6 Dark Yellowish Brown)
-      Tanah Peroi      -Berpasir Kasar dan Kering
3 cm

11 cm
Lapisan 2 (7.5YR ¾ Dark Brown)
-      Tanah Peroi Berpasir    
-      Agak Kasar
-      Lembut      
-       Separa lembab
11 cm

18 cm
Lapisan 3 (10YR ¾ Dark Yellowish Brown)
-      Tanah lembab         - Akar Halus
-      Berbatu quartza
18 cm
23 cm
Lapisan 4 (10YR 3/3 Dark Brown)
-      Tanah Keras    - Akar Besar   - Lembab
23 cm
27 cm
Lapisan 5 (5YR 4/6 Yellowish Red)
-      Batu laterit


















KUMPULAN 3
Bearing            : 271º NW                   Jarak    : 51 m
0 cm

6 cm
Lapisan 1 (7.5YR 4/3 Brown)
-       Kandungan Sampel : Akar kecil, humus
-      Tekstur : Lembab dan peroi
6 cm

16 cm
Lapisan 2 (7.5YR ¾ Dark Brown)
-      Kandungan Sampel : Akar Kecil
-      Tekstur : Lembab dan Kurang Peroi
16 cm

22 cm
Lapisan 3 (7.5YR ¾ Dark Brown)
-      Kandungan Sampel : Pasir, Arang, Laterit, Akar Kecil
-      Tekstur : Kering tetapi lembab, kurang peroi
22 cm
30 cm
Lapisan 4  (10YR ¾ Dark Yellowish Brown)
-      Kandungan Sampel : Arang, Pasir, Tanah Liat
-      Tekstur : Kering tetapi lembab, Kurang Peroi
 30 cm
39 cm
Lapisan 5 (2.5YR Dark Olive Brown 5/3)
-      Kandungan Sampel : Arang, Laterite
-      Tekstur : Separa Lembab
39 cm
41 cm
Lapisan 6 (2.5YR 4/3 Olive Brown)
-      Kandungan Sampel : Sedikit Pasir
-      Tekstur : Liat























KUMPULAN 4
Bearing            : 271 º NW                  Jarak    : 55 m
0 cm
10 cm
Lapisan 1 (7.5YR 2.5/2 Very Dark Brown)
-       Loosely Packed      - Moist    - Roots and grass
10 cm
17 cm
Lapisan 2 (7.5YR 2.3/3 Very Dark Brown)
-      Partially Moist, little roots, partially packed
17 cm
30 cm
Lapisan 3 (10YR ¾ Dark Yellowish Brown)
-      Very packed, hard, sticky
-      Have laterite
30 cm
36.5 cm
Lapisan 4 (10YR 5/4 Yellowish Brown)
-      Clay, Sticky, Hard, Very Packed, Conpressed


Plet 3.7: Selepas penggerudian dilakukan oleh Kumpulan 3
3.6 STRATIGRAFI TANAH DAN SAMPEL TANAH
            Selepas proses ekskavasi petak dijalankan sehingga pengkaji menjumpai lapisan budaya. Proses seterusnya ialah stratigrafi. Stratigrafi ialah kajian tentang komposisi dan usia relative lapisan tanah dan interpretasi terhadap lapisan batuan untuk menjelaskan budaya. Proses ini melibatkan pengasingan jenis lapisan tanah yang terdapat di petak yang digali. Perbezaan tanah ini dilakukan dengan menggunakan paku dan tali. Tujuannya ialah mengetahui keadaan kawasan terdahulu dan mengenal pasti lapisan budaya yang berlangsung. Proses stratigrafi dilakukan adalah untuk mengetahui sama ada tapak itu masih ‘in-situ’ atau sudah diganggu. Tiga faktor yang diambilkira dalam menjalankan proses ini. Pertama, melihat perbezaan lapisan berdasarkan warna tanah. Kedua, melihat kepada struktur tanah tersebut sama ada peroi, humus dan lembut. Ketiga, melihat kepada kandungan tanah tersebut.
Proses stratigrafi melibatkan pengambilan sampel tanah pada setiap lapisan. Data yang diprolehi akan dicatatkan di dalam borang rekod survei seperti pada rajah dibawah.


BORANG REKOD STRATIGRAFI 
Tarikh: 1/7/2015
Tapak: SB2ZV
Perekod: Amira Nur Najihah Binti Othman
Petak: J10


Lapisan
Litologi tanah
(Teksture &Kandungan)
Jenis Tanah
Warna Tanah (Munsell Chart)
Catatan
LAPISAN 1
(HUMUS)
-      Humus
-      Tiada Akar
-      Pasir lembut
-      Halus
-      Berpasir Cerah
Peroi
10YR 5/6 Yellowish Brown

LAPISAN 2
-      Pasir Kasar Sikit
-      Sedikit gelap
-      Sedikit berketul
Peroi
10YR 4/6 Dark Yellowish Brown
-      Gangguan Akar Pokok
-      Gangguan Serangga
LAPISAN 3
-      Pasir Kurang Padat
-      Kasar
-      Gelap Sikit
-      Berketul-ketul
Peroi
10YR 4/6 Dark Yellowish Brown
- Gangguan Akar Pokok
- Gangguan Serangga
LAPISAN 4
-      Pasir lembap
-      Berketul-ketul
Peroi
10YR ¾ Dark Yellowish Brown

LAPISAN 5
-      Tanah berwarna hitam kerana terdapat kesan terbakar
-      Tanah Kasar
-      Berketul-ketul

10YR 3/3 Dark Brown
-      Gangguan akar pokok
Jadual 3.5.1: Borang Rekod Stratigrafi
Gambar (Plet 3.8, 3.9. 3.10 dan 3.11) dibawah menunjukkan stratigrafi petak J10 yang diambil pada dinding utara, selatan, timur dan barat.
Setelah gambar diambil stratigrafi tanah akan dilukis pada kertas graf. Lukisan stratigrafi tanah yang diambil bagi petak J10 adalah seperti berikut (Plet).
Plet 3.8: Stratigrafi tanah pada dinding utara barat.
Plet 3.9: Stratigrafi tanah pada dinding timur bara
Plet 3.10: 
Plet  : Stratigrafi tanah pada dinding selatan barat.

Plet 3.11: Stratigrafi tanah pada dinding barat barat.
3.6.1  ILUSTRASI DAN FOTOGRAFI
Proses seterusnya ialah ilustrasi dan fotografi. Ilustrasi merupakan proses yang memerlukan pengkaji melakarkan asosiasi artifak yang telah didedahkan. Kaedah yang digunakan ialah grid koordinat untuk memastikan kedudukan artifak yang tepat dalam satu petak (Heather&Smith,2004). Lakaran ilustrasi ini akan dipetakan dalam kertas graf yang lengkap berserta label nama tapak, nama petak, bilangan spit, petunjuk lakaran dan arah utara. Lakaran di muka surat sebelah.
3.6.2 PENGAMBILAN SAMPEL
Langkah terakhir ialah pengambilan sampel bagi tujuan analisis. Sampel yang diperlukan untuk analisis kimia. Sampel diambil dengan menggunakan'twizzer', 'trowel' dan penyodok ataupun alatan ekskavasi yang bersesuian. Sampel ini akan diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik berlabel nama tapak, nama petak, bilangan spit, dan jenis sampel. Pengkaji perlu memastikan jumlah yang diambil mencukupi untuk menjalankan analisis. Pengkaji dinasihatkan untuk mengambil lebih dari satu sampel pada lapisan atau spit yang sama untuk mengelakkan ketidakseimbangan data berlaku (Miller & Louise, 2007).



Plet 




3.7 KESIMPULAN
            Proses ekskavasi merupakan proses yang rumit. Pengkaji seharusnya mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan supaya setiap jumpaan dapat dijaga dan direkodkan untuk interpretasi kepada tapak tersebut. Proses ini merupakan proses memusnahkan tapak dengan tujuan ekskavasi. Oleh sebab itu, ianya perlu dilakukan secara terancang dan sistematik bagi mengekalkan artifak yang ada untuk direkodkan. Setiap jumpaan penting untuk memastikan data yang diperolehi mempunyai unsur valid.

BAB 4: ANALISIS ARTIFAK SB2ZV J10
4.0 PENGENALAN
Bab 3 akan membincangkan analisis-analisis yang lebih saintifik iaitu analisis petrografi dan analisis XRF. Analisis saintifik dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti komposisi mineral yang terdapat pada pecahan tuyure, bata, sisa besi dan laterit.
4.1 METOD ANALISIS
4.1.1 ANALISIS PETOGRAFI
            Proses petrografi merupakan satu proses yang digunakan bagi menentukan kandungan mineral yang terdapat dalam batuan. Petrografi merupakan salah satu cabang bidang ilmu geologi yang mengkaji tentang ciri batuan mengenalpasti jenis batuan dan keadaan batuan tersebut. Dalam konteks arkeologi pula, analisis petrografi dijalankan untuk melihat komposisi mineral yang terdapat dalam bata, pecahan tuyure, pecahan dinding relau dan batuan sedimen secara keratan nipis sampel. Analisis yang digunakan bagi menyokong data analisis XRF dan XRD yang dijalankan pada sampel yang sama. Analisis petrografi terhadap pecahan tuyure dan bata dijalankan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (Naizatul Akma, 2012).
4.1.1.1 KAEDAH PETOGRAFI
Kaedah petografi bagi sampel bata dan pecahan tuyure yang dijalankan mengunakan teknik keratan nipis secara imregnasi. Langkah penyediaan adalah seperti berikut:-
  1. Sampel iaitu bata dan pecahan tuyure yang digunakan dipotong nipis mengunakan mesin pemotong batu             dan seterusnya dikeringkan.
  2. Kemudiannya, kedua-dua sampel itu direndam dalam larutan impregnasi yang terdiri daripada 20 ml larutan pengeras, 40 ml larutan resin dan 20 ml larutan acid aseton pada suhu 150 darjah celcius sehingga sampel menjadi kering.
  3. Kemudiannya, kedua-dua sampel dibiarkan sejuk. Kemudiannya, keuda-dua sampel itu digilap dengan menggunakan cast grinder diamond dan cast grinder iron bagi mendapat permukaan sampel yang rata dan licin Serbuk karborendum 180 dan 600 digunakan semasa mengilap mengunakan cast grinder iron. Penggunaan serbuk karborendum digunakan apabila permukaan sampel telah rata dan licin.
  4. Kemudiannya, permukaan yang telah rata ini dilekatkan pada permukaan slaid mengunakan canada blassam cement.
  5. Setelah cantuman kering, sampel pada slaid diasah sehingga menjadi 0.3 mm tebal. Seterusnya, sampel dilekatkan dengan penutup slaid dan analisis dibawah mikroskop dijalankan (Plet 3.13) . (Naizatul Akma, 2012)

Plet 3.13: Mikroskop yang digunakan dalam proses petografi.


PECAHAN TUYURE
                      
Plet 3.14: Keratan nipis: Pecahan Tuyure (n1)
Plet 3.15:  Keratan nipis: Pecahan Tuyure (n2)
Plet 3.16: Keratan nipis: Pecahan Tuyure (n3)
BAT
Plet 3.17: Keratan nipis: bata (n1)
Plet 3.18: Keratan nipis: bata (n2)
Plet 3.19 : Keratan nipis: bata (n3)
4.1.1.3 KERATAN NIPIS YANG DIANALISIS MENGGUNAKAN MIKROSKOP POLARISASI TANPA NIKOSILANG
PECAHAN TUYURE
Plet 3.20: Keratan Nipis Tanpa Nikosilang: Pecahan Tuyure (xns1)
Plet 3.21: Keratan Nipis Tanpa Nikosilang: Pecahan Tuyure (xns2)
Plet 3.22: Keratan Nipis Tanpa Nikosilang: Pecahan Tuyure (xns3)
BATA
Plet 3.23: Keratan Nipis Tanpa Nikosilang: Bata (xns1)
Plet 3.24: Keratan Nipis Tanpa Nikosilang: Bata (xns2)
Plet 3.25: Keratan Nipis Tanpa Nikosilang: Bata (xns3)
Keterangan:
A:        Mineral kuartza pecah
B:        Mineral kuartza
            Struktur bata yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa terdapat mineral kuartza berdasarkan keratan nipis di atas. Menurut hasil analisis XRF terhadap bata dan pecahan tuyure menunjukkan perbezaan dari segi komposisi kimianya. Misalnya, XRF terhadap bata yang menunjukkan kehadiran elemen  yang tinggi manakala XRF terhadap pecahan tuyure adalah Fe2O3 (t). Mineral kuartza merupakan mineral yang sesuai digunakan untuk membuat struktur binaan seperti dinding dan sebagainya. Kebanyakan mineral kuarza yang terdapat didalam keratan nipis merupakan mineral kuarza yang sudah pecah. Interpretasi terhadap keadaan ini adalah kaedah pembuatan bata digunakan adalah disebabkan oleh tekanan yang kuat semasa proses pembakaran berlangsung.
4.1.2 ANALISIS XRF
Analisis XRF merupakan salah satu jenis analisis kimia yang menggunakan radiasi sinaran X. Komposisi dan unsur kimia bahan utama yang dianalisis. Sinar X Pendaflour merupakan sebuah proses yang menggunakan mekanisma pancaran sekunder oleh sinar X. Sesebuah sample akan dikenakan dengan pelanggaran sinaran X yang bertenaga tinggi ataupun sinaran gamma bagi menentukan unsur kimia bahan yang dikaji.
Sebelum sampel dianalisa dengan menggunakan XRF, sample yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu dijadikan bentuk palet. Antara alat-alat yang diperlukan ialah oven, penimbang, mortar dan pastel, spatula, piring kecil, piring petri, ‘die’ set, dan asid borik. Langkah penyediaan adalah seperti berikut:-
  1. Sampel akan diletakkan dalam piring petri dan dikeringkan di dalam oven dengan suhu 100˚C selama 10 minit. Kemudian dibiarkan sejuk. Apabila ianya sejuk, barulah ditumbuk dengan menggunakan mortar dan pastel sehingga hancur.
  2. Kemudiannya, sample seperti bata, pecahan tuyure, sisa besi dan laterit akan ditimbang dengan menggunakan penimbang elektronik sebanyak dua gram. Manakala asid borik pula ditimbang sebanyak enam gram secara berasingan. Pastikan setiap sample yang ditimbang menggunakan spatula yang berbeza bagi mengelakkan sample daripada tercemar.
  3. Kemudiannya, pasangkan ‘die’ set. Masukkan ‘anvil’. Kemudian masukkan gelang ‘stainless steel’. Dengan menggunakan spatula, masukkan sample dengan berhati-hati ke dalam gelang ‘stainless steel.
  4. Kemudiannya, tekan sample dengan rod plastik dengan berhati-hati agar sample menjadi padat.
  5. Kemudiannya, keluarkan rod pastik secara perlahan-lahan. Masukkan asid borik kedalam ‘die’ set dan tekan dengan ‘plunger’. Longgarkan tombol injap ‘hydraulic press’ untuk memastikan tiada tekanan yang terhasil.
  6. Kemudian, ketatkan semula tombol injap. Letak ‘die’ set diatas pelantar ‘hydraulic press’ dan pam dengan menggunakan tuas pemampat sehingga tekanan mencapai 5 tan. Biarkan selama 5 minit.
  7. Kemudiannya, longgarkan semula tombol injap untuk menghilangkan tekanan dan ketatkan semula. Pam semula sehingga mencapai tahap tekanan 15 tan dan biarkan selama 10 minit. Untuk mengeluarkan ‘die’set, longgarkan semula tombol injap. Keluarkan ‘die’set dan tanggalkan bahagian bawahnya.
  8. Kemudiannya, masukkan semula ‘die’ set ke dalam ‘hydraulic press’ dalam keadaaan posisi terbalik dan ketatkan dengan menggunkan pelaras ‘hydraulic press’ sehingga palet terkeluar.
  9. Akhir sekali, label palet untuk tujuan analisa.
Contoh alat yang digunakan dalam proses XRF
Rajah 2: Mesin Penimbang Elektronik
Rajah 3: Pemampat hidrolik
Rujuk pada muka surat sebelah ialah keputusan XRF terhadap sampel yang digunakan dengan menggunakan keeping kaca terlakur dan unsur surih.
            Berdasarkan kepada keputusan XRF jelaslah menunjukkan Ferum (III) Oksida atau disebut sebagai Iron III Oxide atau Fe2O3 (t) mencatatkan bacaan paling tinggi. Bacaan pada tuyure ialah 48.05%, sisa besi ialah 72.47% dan laterit ialah 72.22%. Manakala bagi bata, bacaan paling tinggi ialah silikon oksida atau silika (SiO2) iaitu 80.38%.
            Silika sering dijumpai dalam bahan-bahan semula jadi seperti kuartza. Kuartza merupakan konstituen utama dalam pasir. (http://tuttle.merc.iastate.edu/ee432/topics/oxidation/silicon_dioxide.pdf). Manakala Ferum (III) Oksida seringkali dipanggil karat. Ianya sering digunakan dalam industry besi contoh penghasilan besi, keluli dan aloi yang banyak (https://en.wikipedia.org/wiki/Iron(III)_oxide).
4.2 KLASIFIKASI ARTIFAK
4.2.1 PECAHAN TUYURE
Tuyure merupakan corong laluan udara yang menghubungkan relau dengan pam angin. Tuyure yang ditemui dalam keadaan pecahan. Oleh yang demikian kerana klasifikasi tuyure lebih menumpukan kepada klasifikasi pecahan tuyure. Pecahan tuyure dibahagikan kepada dua iaitu pecahan tuyure mempunyai bentuk dan pecahan tuyure tidak mempunyai bentuk.  Pecahan tuyure mempunyai bentuk diklasifikasikan sebagai tuyure yang masih mempunyai bentuk silinder dan saluran angin di tengahnya. Manakala pecahan tuyure tidak mempunyai bentuk diklasifikasikan sebagai tuyure yang tidak mempunyai bentuk silinder. Pecahan ini diasingkan berdasarkan kehadiran kesan varifikasi pada salah satu hujungnya. Kesan varifikasi boleh dikenalpasti berdasarkan kepada permukaan berwarna hitam, berkilat, dan seolah-olah menjadi kaca. Ianya disebabkan oleh pendedahan elemen kuarza dalam tuyure secara langsung pada suhu permanasan yang tinggi (Suchitta, 1983).
            Maklumat ketebalan tuyure penting untuk mengetahui ketahanan tuyure terhadap suhu yang tinggi. Pengukuran tebal diambil berdasarkan ketebalan dinding silinder iaitu jarak di antara silinder luar dan salur angin. Saluran angin yang sempit menunjukkan penggunaan pam angin (bellow), sementara saluran angin yang besar menunjukkan penggunaan angin semula jadi (natural draught) (Veldhuijzen, 2005).

Plet 3.26 : Tuyure tidak mempunyai bentuk
4.3.2 SISA BESI
            Sisa besi dikeluarkan daripada tapak SB2ZV petak J10 direkod dan dibasuh serta dikeringkan sebelum dianalisis secara makro. Sisa besi diasingkan berdasarkan kepada saiz dan morfologi. Terdapat tiga saiz sisa besi yang dikenalpasti iaitu bersaiz besar (large), sederhana (medium) dan kecil (small) mempunyai. Morfologi pula berdasarkan bentuk sisa besi, kedudukan dalam relau serta resiu yang terlekat pada sisa besi tersebut seperti tanah, arang, dan tuyure (Harisson dan O’Connor 1969). Setiap artifak besi yang dikeluarkan diambil berat dan bilangan mengikut saiz.
Plet 3.27: Salah satu sisa besi bersaiz medium.
4.3.3 LATERIT
            Laterite ialah sejenis tanah dan batu yang terbentuk di kawasan tropika yang panas dan panas. Hampir semua laterit terdiri daripada warna merah kerana terdapat kandungan tinggi ferum oksida (Fe2O3). Sifatnya yang boleh menjadi lembut dan mudah pecah kepada serpihan kecil dan kukuh. Laterit juga tahan dari segi fizikal. Batu-batu di bawah tanah tanah yang tertambus jarang didedahkan dan lapisan yang tebal. (https://en.wikipedia.org/wiki/Laterite
Plet 3.28: Laterit yang diambil daripada petak J10.
BAB 5: ANALISIS SAINTIFIK ARTIFAK
5.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan mengenai analisis taburan menegak artifak dan analisis taburan mendatar artifak.
5.1 ANALISIS TABURAN MENEGAK ARTIFAK
Bil
Artifak / Ekofak/
Mineral
Jumlah
Ruang Kerja
A
Ruang Kerja
B
Ruang Kerja
 C
Ruang Kerja
D
Bil.
(n)
Berat
(g)
Bil.
(n)
Berat
(g)
Bil
(n)
Berat
(g)
Bil.
(n)
Berat
(g)
1.
Sisa besi
535
3559.45
763
2545.02
395
2815.90
963
6374.02
2.
Bijih besi
8
27.20
0
0
6
10.10
95
600.78
3.
Pecahan tuyure
27
120.80
95
745.97
26
114.30
83
383.00
4.
Tuyure
2
3.10
0
0
0
0
7
467.80
5.
Laterit
1235
2691.10
380
1746.95
149
380.90
63
467.80
6.
Bata
1
7.0
0
0
0
0
10
16.9
7.
Pecahan bata
0
0
0
0
1
2.0
0
0
8.
Alat batu
0
0
0
0
1
156
0
0
9.
Pecahan tuyure + sisa besi
2
3.10
2
13.80
0
0
5
17.60
10.
Hematite
4
1.70
0
0
3
8.10
3
28.90
11.
Kuarza
2
25.0
0
0
0
0
1
3.2
12.
Granipe
0
0
0
0
0
0
2
31.10
13.
Pecahan tembikar
5
33.50
0
0
0
0
0
0
14.
Tanah liat terbakar
0
0
1
6.30
0
0
0
0

Jumlah
1821
6471.95
1241
5058.04
581
3487.30
1232
7540.30

%
37.35
28.69
25.46
22.42
11.92
15.45
25.27
33.44
*% : peratus; g : gram ***Ruang kerja mewakili setiap kumpulan**
Rajah   5.2: jadual ini menunjukkan jumlah keseluruhan artifak/ekofak/mineral yang dijumpai.

            Berdasarkan kepada jadual di atas menunjukkan setiap ruang kerja mempunyai artifak dominan yang berbeza. Ruang kerja A menunjukkan laterit merupakan artifak yang paling banyak dijumpai iaitu sebanyak 1235 biji. Hal ini berkemungkinan kawasan ruang kerja A merupakan tapak penyediaan bahan untuk melebur besi. Ruang kerja B menunjukkan sisa besi paling banyak dijumpai iaitu 763 biji. Ruang kerja C menunjukkan sisa besi juga paling banyak dijumpai iaitu 395 biji. Ruang kerja D menunjukkan sisa besi paling banyak dijumpai iaitu 963 biji. Berdasarkan jadual ini, ini menunjukkan sisa besi paling dominan. Hal ini demikian kerana kawasan SB2ZV merupakan kawasan peleburan besi.  Hal ini turut disokong dengan penemuan tuyure yang berfungsi sebagai keluar masuk angin.
            Ruang kerja A menunjukkan paling banyak artifak dijumpai iaitu sebanyak 1821 biji (37.35%) manakala paling sedikit ialah ruang kerja C menunjukkan paling sedikit dijumpai iaitu 581 biji (11.92%). Hal ini menunjukkan aktiviti peleburan besi paling banyak berlaku di kawasan ruang kerja A berbanding di ruang kerja C. Berdasarkan rajah di bawah menunjukkan ruang kerja A, B, C dan D.

N
M
L
K
J
H
G
F
E
D
C
B
A
1













2













3













4













5












6












7













8













9













10













11













12













Petunjuk
            Ruang kerja A                  ruang kerja b                 ruang kerja c               ruang kerja d
            Tapak percubaan                     pokok
Rajah 5.3 : Pelan kawasan ruang kerja A, B, C dan D di tapak SB2ZV.
5.3 ANALISIS TABURAN MENDATAR ARTIFAK
Taburan mendatar mengikut pengelasan artifak dijalankan untuk melihat perubahan kebudayaan material masyarakat awal di Sungai Batu mengikut masa. Penemuan artifak yang berfungsi sebagai peralatan atau alatan tertentu boleh ditemui dari spit 2 dan spit 7. Bilangan arifak dengan merujuk kepada jadual merupakan artifak yang dikeluarkan dari tapak SB2ZV J10. Kebanyakan petrak diekskavasi sehingga kedalaman 10 cm hingga 80 cm.
Artifak
Bilangan (n)
Berat (g)
Peratusan
Laterit
2
12
8
Sisa Besi
19
332
76
Pecahan Tuyure
4
62
16
JUMLAH
25
406
100

Rajah: Jadual ini menunjukkan artifak di petak J10 yang direkod untuk tujuan analisis taburan mendatar.
            Berdasarkan kepada jadual ini jelaslah menunjukkan artifak sisa besi iaitu sebanyak 76% yang dominan yang terdapat di petak J10. Sementara pecahan tuyure iaitu sebanyak 76% dan laterit sebanyak 8%. Hal ini menunjukan ruang ini digunakan untuk tempat pembuangan sisa besi dan tempat keluar masuk angin akibat dipam.




BAB 6: KEBUDAYAAN TAPAK SB2ZV
6.0 PENGENALAN
Perbincangan dalam bab ini adaah berkaitan fungsi bagi setiap tapak di Sungai Batu, hubungan konteks Sungai Batu dengantapak lain di Lembah Bujang, dan Signifikan tapak Kompleks Sungai Batu dalam Sejarah Kedah Tua.
6.1 FUNGSI  TAPAK
            Kedah Tua merupakan sebuah kota pelabuhan yang terletak di Lembah Bujang. Kawasan Lembah Bujang merangkumi Lembah Sungai Muda di Selatan hingga ke Sungai Sala di Utara iaitu kira-kira lebih kurang 369 kilometer persegi. Terdapat penemuan arkeologi di Lembah Bujang terdiri daripada runtuhan candi, Hindu-Buddha, seramik, manik, serpihan arca Hindu-Buddha dan prasasti ringkas. Sumber bertulis iaitu catatan pengembara dari China, India dan Timur Tenggah mengatakan bahawa Kedah Tua merupakan pelabuhan enterport (Nasha, 2011).
            Berdasarkan kepada ekskavasi yang dijalankan di tapak SB2ZV, tapak ini berfungsi sebagai salah satu tempat peleburan besi di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang. Hal ini demimkian kerana terdapat jumpaan sisa besi, tuyure, sisa arang, sisa relau dan bijih besi telah membuktikan bahawa tapak ini merupakan tapak peleburan besi. McDonnell (1995) mengatakan bahawa jumpaan artifak tersebut merupakan salah satu petunjuk awal ianya merupakan tapak peleburan besi.
            Analisis makmal yang dijalankan menunjukkan bahawa proses peleburan yang berlaku kepada sisa besi dan tuyure. Perubahan komposisi kimia pada mineral seperti ferum dan silika menunjukkan ada aktiviti yang dilakukan di tapak SB2ZV. Perubahan mineral tersebut adalah disebabkan oleh proses peleburan besi yang berlaku.
            Sebagai tapak peleburan besi, tapak SB2ZV memberikan sumbangan terbaru terhadap kajian arkeologi di Lembah Bujang iaitu mengenai fungsi kawasan Lembah Bujang itu sendiri. Namun, kajian di SB2ZV telah menunjukkan bahawa adanya industry peleburan besi. Selain ianya terkenal dengan penemuan candi Hindu dan Buddha terutamanya di Pengkalan Buddha.
            Besi yang berkualiti telah menjadi tarikan kepada orang luar untuk masuk ke kawasan Lembah Bujang seperti Abu Dulaf Misa’I (Tibbets, 1979), al-Kindi dan al-Biruni (Hoyland dan Gilmour, 2006) menjelaskan dalam rekod mereka. Perkataan Kadaram atau Kidaram membawa maksud ‘besi’ (Thani Nayagam, 1968). Kedatangan para pedagang asing di Lembah Bujang untuk berlindung semasa pertukaran angin Monsun dan mendapatkan hasil keluaran Lembah Bujang. Produk akhir besi tidak dijumpai di tapak kajian. Hal ini berkemungkinan besi telah dieksport keluar seperti yang dicatatkan oleh al-Biruni dan al-Kindi yang mengaktakan bahawa besi Qala’ merupakan besi yang terbaik selain besi Hindi dan Yemen.
            Pada abad ke-8 hingga 10 Masihi peleburan besi berlangsung berkemnungkinan besar hamper sama dengan proses peleburan besi pada abad ke 11 Masihi. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Tylecote (1992) sebelum pada abad ke 19, suhu peleburan besi adalah lebih kurang daripada 1,540ºC. Suhu yang dapat dihasilkan adalah sekitar 1,200ºC yang mampu menghasilkan bloom. Bloom tersebut dibentuk menjadi besi tempa (wrought iron) sebelum dibentuk sebagai alat dan objek besi. Perkembangan teknologi pada abad ke-8 dan abad ke-11 tidak mempunyai perbezaan ketara. Hal ini demikian kerana kedua-dua kawasan ini mempunyai bukti yang sama dan hamper serupa. Namun demikian, pada abad ke 8, proses kerja untuk peleburan besi masih belum ditemui. Ada kemungkinan ianya belum didedahkan lagi.  Teknologi yang ditemui pada abad ke-11 hampir lengkap kerana tinggalan relau peleburan berjaya didedahkan bebrbanding dengan relau abad ke-8 yang mungkin masih tertimbus.
            Tapak SB2ZV memberikan maklumat terbaru mengenai tekonologi peleburan besi berdasarkan keputusan analisis makmal XRF. Masyarakat pada zaman itu masih belum berupaya untuk menghasilkan besi tulen 100% kerana penggunaan fluks yang terlalu sedikit sewaktu peleburan (Turner, 1909).
            Masyarakat yang terlibat juga dijangka mempunyai sistem tersendiri berdasarkan kepada penggunaan ruang kawasan di tapak peleburan besi. Masyarakat juga menyediakan material peleburan seperti melombong bijih, mengumpul kayu dan membina relau. Berdasarkan asosiasi artifak dan ekofak, dianggarkan lebih kurang 15 hingga 30 orang dewasa yang terlibat dalam aktiviti selepas peleburan.
6.3 KESIMPULAN
            Interpretasi dapat dilakukan berdasarkan kepada artifak yang ditemui pada petak J10 dan sekitarnya. Setiap pelajar diberi petak masing-masing untuk melakukan interpretasi tapak terhadap SB2ZV.
            Petak J10 diekskavasi sedalam 80 cm. Interpretasi ini boleh dilakukan berkemungkinan petak ini merupakan tempat memprosesan melebur besi. Buktinya, tanah lapisan ke-5 terdapat kesan warna hitam di petak J10 arah utara. Jelaslah menunjukkan berkemungkinan pemprosesan peleburan besi berlaku. Hal ini dapat dibuktikan dengan perjumpaan tuyure di tepi dinding arah utara petak.





BIBLIOGRAFI
Alastair Lamb et.al. (1980) The Bujang Valley, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.
Hoyland, R.G. dan Gilmour, B. (2006) Medieval Islamic Swords and Swordmaking. Gibb Memorial Trust
McDonnel, G (1995) Iron Working Processes. The Historical Metallurgy Sociey: Archaeology Datasheet No 3. Web: hist-met.org
Mohd Supian Sabtu (2002) Tamadun Awal Lembah Bujang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Naizatul Akma Mohd Mokhtar (2012), Ekskavasi Tapak Peleburan Besi SB2A Sungai Batu, Lembah Bujang.
Nasha bin Rodziadi Khaw (2011), Pensejarahan Kedah Tua: Satu Analisis Sosioekonomi
Suchitta, P. (1983) The History and Development of Iron Smelting Technology in Thailand. Tesis Kedoktoran, Brown Universiti. Universiti Microfilms International
Thani Nagayam, X.S. (1968) The Identification of Kataram. Proceedings of the First International Conferences-Seminar of Tamil Studies. Kuala Lumpur.
Tylecote, R.F (1992) A History of Metallurgy, 2nd edition. The Institute of Materials. Vermont, USA.
Veldhuijzen, H.A. (2005) Technical Ceramic in Early Iron Smelting: The Role of Ceramivs in the Early First Millennium BC Iron Production at Tell Hammeh (Az-Zarqa), Jordan. Dalam Prudencio, I., Dias, I. dan Waerenborgh, J.C (eds). Understanding People Through Their Pottery; Proceedings of the 7th European Meeting on Ancient Ceramics (EMAC’03). Lisbon: Instituto Portugues de Arqueologia (IPA), 295-302
Tarmiji Masron dan Mokhtar Saidin (2015) Teknologi Maklumat Ruangan Dalam Arkeologi. Universiti Sains Malaysia : Penerbitan Universiti Sains Malaysia
LAMPIRAN
Petak
Artifak
Spit
Berat (g)
Bil. (n)
Panjang (mm)
Lebar (mm)
Tebal min (mm)
Tebal max (mm)
Saiz
J10
Laterit
7
12
2




S

Batu        
7
8
1




S

Sisa Besi
2
2
1




S

Sisa Besi
7
103
8




M

Sisa Besi
7
148
1
66
42
22
41
L

Sisa Besi
7
79
9




S

Pecahan Tuyure
7
62
4




M
E12
Bata
6
763
1
115
77
59
61
L

JUMLAH

1178
27






Rajah   : Hasil laporan merekod artifak di petak J10

No comments:

Post a Comment