Sunday, 20 May 2018

Di samping peranan dan fungsi tradisional, sama ada arkib atau muzium, cadangkan tiga fungsi baru lagi kreatif disertakan justifikasi bagi fungsi baru tersebut


1.0  PENDAHULUAN
Arkib merujuk kepada bahan sumber primer seperti manuskrip, filem, dan dokumen kerajaan yang disimpan untuk kegunaan awam.[1] Kebanyakan rekod yang disimpan di arkib dijaga untuk kegunaan jangka masa yang panjang. Hal ini demikian kerana rekod yang disimpan merupakan bukti sejarah yang telah berlaku. Kebiasaanya rekod ini bersifat asli dan belum ditafsirkan. Arkib tidak sama seperti perpustakaan. Hal ini demikian kerana fungsi perpustakaan ialah gudang menghimpunkan pelbagai sumber berbentuk bercetak, bukan cetakan dan elektronik. Ini bermakna bahawa arkib agak berbeza daripada perpustakaan, walaupun koleksi arkib sering dijumpai di dalam bangunan perpustakaan.[2]
            Sejarah penubuhan arkib di Malaysia bermula pada 1 Disember 1957. Pada asalnya ianya dikenali sebagai Pejabat Rekod Awam. Pada tahun 1963 namanya bertukar kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia. Pada 31 Ogos 1966 satu akta telah diperkenalkan iaitu Akta Arkib Negara No. 44.[3] Undang-undang ini telah menjelaskan bahawa semua agensi kerajaan perlulah memindahkan rekod-rekod kerajaan yang berusia lebih 20 tahun ke Arkib Negara untuk dipelihara dan dijadikan bukti kerajaan. Rekod-rekod kerajaan menurut akta tersebut ialah
"Rekod awam" bermaksud kertas kerja. dokumen, rekod, daftar, bahan bercetak, buku, peta, rancangan, lukisan, gambar, mikrofilem, filem sinematografi dan rakaman bunyi apa-apa jenis. Walau bagaimanapun, secara rasmi diterima atau dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam untuk penjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana pegawai atau pekerja orang awam jabatan dalam menjalankan tugas resminya.[4]

Visi Arkib Negara Malaysia ialah peneraju transormasi pengurusan rekod dan pentadbiran arkib sebagai pusat penyelidikan negara yang cemerlang menjelang 2020. Misinya pula ialah memperkasakan pengurusan rekod dalam sektor awam dan pentadbiran arkib melalui perkongsian pintar dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara efisien demi kepentingan masyarakat dan negara.[5]
Berdasarkan soalan dibagi iaitu di samping peranan dan fungsi tradisional, sama ada arkib atau muzium, cadangkan tiga fungsi baru lagi kreatif disertakan justifikasi bagi fungsi baru tersebut. Pengkaji memilih arkib untuk menjawab soalan ini.

2.0  PERANAN DAN FUNGSI TRADISIONAL ARKIB
Arkib Negara Malaysia bertanggungjawab dalam memelihara rekod-rekod negara. Selain itu, badan ini menyediakan kemudahan yang lengkap bagi membolehkan penyelidik menjalankan penyelidikan terhadap rekod-rekod tersebut. Menurut undang-undang menerangkan tujuan asas Arkib Negara ditubuhkan. Tujuannya ialah menyediakan maklumat kepada negara dan membantu kerajaan dalam usahanya bagi mencapai kecekapan dan kelicinan dalam mengerakkan jentera pentadbiran kerajaan melalui operasi pengurusan rekod yang sistematik dan menambahkan ilmu pengetahuan dengan moden di agensi-agensi kerajaan. Arkib juga bertanggungjawab memusnahkan mana-mana rekod yang tidak berguna.[6]
Selain itu, arkib memulihara seara tradisional, pengenyahan asid, pembaikan salut mati dan pembaikan pengkapsulan. Bahan-bahan yang dibawa ke arkib perlu didaftarkan di Seksyen Perolehan, kemudian dihantar ke Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi untuk dibaikpulih. Semasa bahan dibawa ke seksyen ini, bahan ini diuji dengan menggunakan air suling dan blotting paper. Tujuannya menguji kelunturan dakwat pada bahan tersebut. Kemudian, dokumen tersebut diuji dengan kertas litmus. Ini bertujuan menguji pH dokumen tersebut. Selepas itu, pegawai terlibat akan menentukan cara pembaikan dokumen sama ada secara tradisional, pengenyahan asid, pembaikan salut mati dan pembaikan pengkapsulan. Setelah selesai, dokumen tersebut akan dijilidkan dan dipamer kepada umum. Penyelidik juga melihat dokumen itu melalui Computerised Archival System atau Compass.[7]

3.0  3 FUNGSI BARU ARKIB
3.1 PENGIMBASAN UNTUK PENYELIDIK
Penyelidik perlulah mempunyai rekod untuk diimbas yang disediakan di arkib. Caranya, pengkaji perlulah menghubungi kakitangan arkib untuk menempah bahan arkib. Apabila bahan arkib sudah ditempah, pengkaji boleh mengimbas dengan menggunapakai mesin fotostat yang direka khas untuk mencetak sumber primer. Selain itu, pengkaji juga boleh mempunyai rekod yang dibawa terus dari arkib untuk mengimbas.[8] Berbeza di Malaysia, sumber primer dicetak oleh kakitangan arkib kadangkala mengambil masa. Dengan kaedah ini, pengkaji dapat mencetak bahan dengan cepat tanpa ada sekatan.
            Pengkaji juga dibenarkan untuk membawa pulang salinan digital imbasan secara percuma. Hal ini telah memudahkan pengkaji untuk meneliti semula salinan tersebut sebelum diimbas. Selain itu, arkib perlulah mempunyai “Kotak Bulanan” yang disediakan pada setiap bulan. Hal ini dapat menjimatkan masa pengkaji untuk menari rekod seterusnya dapat diimbas.[9]
            Pengimbasan adalah penting. Hal ini demikian kerana pengkaji dapat mempelajari kemampuan rekod lama tanpa mengendalikan rekod tersebut secara fizikal. Sekiranya berterusan mengendalikan rekod secara fizikal telah menyebabkan risiko kerosakan rekod berlaku. Pengkaji mudah melihat transcribe, abstrak, dan surat-surat perjanjian dengan hanya perlu zoom pada skrin komputer.[10]
            Kelas pengimbasan rekod perlu dilakukan kepada pengkaji yang melakukan penyelidikan buat kali pertama.[11] Hal ini penting kerana pengkaji dapat mengetahui cara-cara penggunaan mesin pengimbasan. Selain itu, ianya dapat menambah keseronokan dalam melakukan penyelidikan.     
Gambar 1: Pengkaji menggunakan kaedah pengimbasan di Arkib Negara Amerika Syarikat.

3.2 ARKIB REKOD ELEKTRONIK (E-ARKIB)
Di Malaysia, aplikasi Online Finding Aid atau OFA sering digunakan oleh pengkaji. Penggunaan ini mudah sebab pengkaji perlu menari dengan menggunakan kata kunci. OFA membolehkan bahan arkib diakses tanpa had bilangan penyelidik pada masa yang sama.[12] Namun begitu, ada sesetengah rekod tidak mempunyai paparan untuk diprebiu. Hal ini telah menyukarkan pengkaji untuk mengakses rekod tersebut. Hal ini telah mengakibatkan pengkaji perlu ke arkib hanya semata-mata meminjam rekod yang hendak digunakan. Tambahan pula, tempahan rekod perlu dilakukan tiga hari sebelum datang melakukan penyelidikan.[13] Aplikasi lain seperti COMPASS. Negara. Fungsi COMPASS sama seperi OA. Beanya OMPASS boleh diakses di arkib sahaja. Hal ini telah menyebabkan pengkaji tidak mempunyai masa yang ukup melihat rekod seperti tulisan tangan dan gambar yang tidak terdapat dalam OA.
Jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat. Contohnya, rekod-rekod kerajaan Amerika Syarikat disimpan rekod dalam bentuk elektronik. Rekod-rekod seperti dokumen rasmi kerajaan diperolehi daripada White House dan badan kerajaan Persekutuan Amerika. Hal ini disebabkan Arkib Nasional mengkehendaki agensi Persekutuan menggunapakai satu system diberi nama Rekod Arkib Elektronik (ERA). Sistem ini menguruskan pemindahan semua rekod ke arkib. Pemindahan ini melalui Pindah Tahunan atau melalui tawaran langsung. Buktinya, pada tahun 2016, ERA telah memproses 12,000 Permintaan Perpindahan untuk rekod melalui Pemindahan Tahunan.[14]
Selain itu, pengkaji boleh menghubungi kakitangan bahagian Rekod Arkib Elektronik. Sebelum pesanan dilakukan, pengkaji seharusnya mengetahui spesifikasi teknikal fail yang bakal dipinjam.[15] Hal ini memudahkan kerja pencarian dokumen dilakukan sekaligus menjimatkan masa dan wang pengkaji.
 Pengkatlogkan perlu dilakukan di atas talian. Bahagian Rekod Elektronik perlu membuat fail dan dokumentasi elektronik yang terpilih melalui Katalog Arkib Negara. Bahagian ini juga perlu menyatakan sejumlah fail data yang boleh dicari. Adanya sistem seperti ini memudahkan pengguna boleh memuat turun pilihan rekod.[16] Sekaligus dapat menjimatkan wang pengkaji.
            Arkib juga perlu memperkenalkan rekod yang disimpan dalam bentuk cakera padat, kaset dan pita rakaman. Caranya ialah pengkaji menempah akera padat yang mengandungi rekod yang diperlukan oleh pengkaji. Seterusnya pihak arkib menghantar akera padat melalui pos atau "e-delivery." Sistem "e-delivery" merupakan fail rekod yang berkaitan dihantar secara elektronik melalui pautan selamat. Di Amerika Syarikat telah menggunapakaikan kaedah ini.[17] Kesannya, tiada keraguan terhadap rekod yang ditempah dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.
Gambar 2: Antara contoh rekod berbentuk elektronik seperti kaset dan CD

3.3 PENUBUHAN ARKIB UNIVERSITI
Arkib Universiti merupakan tempat untuk memelihara bahan yang berkaitan. Tempat ini mengandungi bahagian yang dipanggil sebagai “koleksi istimewa”. Koleksi istimewa ialah institusi yang mengandungi rekod sama ada individu, keluarga dan organisasi yang dianggap mempunyai signifikan sejarah. Arkib universiti berkhidmat kepada orang ramai. Bahan-bahan yang diperolehi diletakkan dalam koleksi-koleksi istimewa yang berbeza-beza. Ontohnya, topik berkaitan perubatan, undang-undang, sastera, seni dan teknologi. Apabila bahan-bahan ini dikumpulkan repositori koleksi khas akan menjadi satu jabatan. Jabatan ini bertanggungjawab memegang manuskrip asli, buku, dan koleksi sejarah tempatan yang jarang dan paling berharga. Seterusnya dijadikan perpustakaan untuk kegunaan awam. Contoh tempat yang melaksanakan ini iaitu Pusat Penyelidikan Koleksi Khas di Universiti Chicago, Perpustakaan Masyarakat Amerika Philosophical dan Arkib Universiti Stanford, Arkib Kolej Mount Holyoke, Amerika Syarikat.[18]
Kebanyakan rekod yang dihantar ke Arkib Universiti perlu diselenggara dengan baik. Pengurusan arkib yang menyimpan dan pelupusan rekod perlu mempunyai siri rekod. Siri rekod ialah kupulan rekod yang boleh difailkan dan diselenggara bersama sebagai unit sepanjang kitaran hayat. Ianya juga perlu mempunyai perkaitan. Masalah lain seperti kecelaruan sekiranya rekod yang diletakkan dalam fail adalah berbeza. Hal ini disebabkan rekod mempunyai kitaran hayat Rekod kebanyakan dalam bentuk borang, kertas, fotografi dan elektronik. Maka dengan itu, kandungan maklumat ditubuhkan.[19]
Kemudiannya, rekod digunakan dan dikekalkan. Rekod digunakan untuk dijadikan rujukan. Ada rekod dilupuskan dengan menggunakan beberapa kaedah antaranya dimusnahkan, di format semula, dipindahkan ke rekod tidak aktif atau dipindahkan ke Arkib Universiti.[20]
Apabila rekod dipindahkan ke Arkib Universiti, mereka akan menyimpan rekod tersebut. Arkib Universiti merupakan pemegang salinan rekod dan mempunyai kuasa untuk mengekalkan rekod mengikut Jadual Penyimpanan Rekod Umum. Contohnya, rekod biografi, rekod penyelidikan projek geran (laporan penyelidikan akhir), gambar-gambar dan rekod-rekod dasar dan prosedur.[21]
Selain itu, arkib universiti menyediakan perkhidmatan rujukan dan akses kepada rekod yang dicari. Perkhidmatan ini perlulah di kawasan yang selamat supaya ianya tidak hilang atau rosak. Pemantauan rujukan juga perlu dilakukan supaya ianya boleh dipelihara untuk digunakan oleh generasi akan datang.[22]
Di samping itu, arkib universiti juga mewujudkan satu kelas Arkib dan Koleksi Khas. Hal ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar cara mengendalikan rekod yang terdapat di arkib. Selain itu, adanya kelas ini dapat melahirkan pelajar mampu menganalisis, mentasir dan menggunakan sumber. Pelajar juga mampu berfikir secara kritikal dan retorik serta mempunyai rasa betapa pentingnya menjaga sumber yang bersifat fizikal. Selepas mereka menamatkan pengajian di kelas tersebut pelajar ditawarkan bekerja di arkib.[23] Hal ini demikian kerana mereka mempunyai asas dalam penjagaan rekod arkib.

4.0  RUMUSAN
Sumber primer seperti dokumen, dan manuskrip merupakan perkara utama yang kita gunakan dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan. Di samping itu, adanya bukti ini kita dapat mengetahui sejarah asal usul kita serta mempelajari ilmu baru yang belum kita terokai. Namun begitu, abaran arkib pada hari ini ialah kerajaan kekurangan bajet untuk membeli dokumen-dokumen yang berskala besar. Maka dengan itu, arkib mengambil inisiatif iaitu membuat pembelian setiap tahun di bawah perbelanjaan pengurus. Cara ini memakan masa yang agak lama untuk memperolehnya. Bahan-bahan yang dibeli berisiko untuk hilang dan rosak akibat bencana alam dan penjagaan yang tidak rapi. Sepatutnya pihak kerajaan menyediakan modal untuk menambahbaik arkib negara supaya penyelidik dapat menjalankan kajian untuk tatapan generasi akan datang.

BIBLIOGRAFI
What are Archives? Cultural and Theoretical Perspectives: A Reader, edited by Louise Craven.England: Ashgate Publishing Limited, 2008.
Galbraith,Vivian Hunter.Studies in the Public Records.England: Oxford University Press, 1948.
Arkib Negara Malaysia, “Sejarah Arkib Negara Malaysia,”Arkib Negara Malaysia, diakses pada 14 April 2018, http://www.arkib.gov.my/web/guest/sejarah
Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1997, Peraturan Pemeliharaan Rekod-rekod Kerajaan
Arkib Negara Malaysia, “Visi,Misi dan Objektif,” Arkib Negara Malaysia, diakses pada 14 April 2018, http://www.arkib.gov.my/web/guest/visi-misi-dan-objektif
National Archives,”Citizen Scanning”,National Archives ,Diakses pada 14 April 2018, https://www.archives.gov/innovation-hub/scanning.html
US National Archives ““BEWARE: It’s Addicting!” Citizen Scanning in the Innovation Hub,”US National Archives, diakses pada 14 April 2018, https://narations.blogs.archives.gov/2016/06/08/beware-its-addicting-citizen-scanning-in-the-innovation-hub/
Arkib Negara Malaysia,”Online Finding Aid : Bukti ANM Memacu Ke Hadapan”,Arkib Negara Malaysia, diakses pada 14 April 2018, http://ofa.arkib.gov.my/portal/index.php/id/panduan/ofa
National Archives,“About ERA”,National Archives ,diakses pada 14 April 2018, https://www.archives.gov/era/about
National Archives,”Electronic Records”, National Archives,diakses pada 14 April 2018 https://www.archives.gov/research/order/electronic-records.html
Society of American Archivists ,“Types of Archives”, Society of American Archivists,diakses pada 15 April 2018, https://www2.archivists.org/usingarchives/typesofarchives
Mount Holyoke,” Instruction and Classes,” Mount Holyoke,diakses pada 15 April 2018, https://www.mtholyoke.edu/archives/instruction-and-classes


[1] What are Archives? Cultural and Theoretical Perspectives: A Reader, ed. Louise Craven, (England: Ashgate Publishing Limited, 2008), 7
[2]  Vivian Hunter Galbraith, Studies in the Public Records,(England:Oxford University Press, 1948),3
[4] Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1997, Peraturan Pemeliharaan Rekod-rekod Kerajaan
[5] Arkib Negara Malaysia, “Visi,Misi dan Objektif,” Arkib Negara Malaysia, diakses pada 14 April 2018, http://www.arkib.gov.my/web/guest/visi-misi-dan-objektif
[6] Noorzahidah Mohd Zain, Tatiana A. Denisova, Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, “Arkib Negara Malaysia (ANM): Sejarah Penubuhan dan Cabaran Masa Kini,” Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 54
[7] Ibid,56
[8] National Archives,”Citizen Scanning”,National Archives ,Diakses pada 14 April 2018, https://www.archives.gov/innovation-hub/scanning.html
[9] Ibid
[11] Ibid.
[13] Ibid
[14] National Archives ,“About ERA”,National Archives ,diakses pada 14 April 2018, https://www.archives.gov/era/about
[16] Ibid.
[17] ibid
[19] Oliver W. Holmes
[23] Mount Holyoke,” Instruction and Classes,” Mount Holyoke,diakses pada 15 April 2018, https://www.mtholyoke.edu/archives/instruction-and-classes

No comments:

Post a Comment