Wednesday, 11 August 2021

MEMORI SIS DI USM

 

Assalamulaikum dan hi semua!

Hari ini sis tiba-tiba nak cerita pasal perkara-perkara yang sis rindui semasa di universiti. Sesiapa yang pernah menjejak kaki di university tak kisah university mana-mana sekali pun korang mesti ada moment yang tak boleh lupa or pahit or whatever janji nama kenangan.

Sis ni ambik degree sastera bermajorkan Sejarah berminorkan arkeologi. Jujur sis kata masa sis apply USM dulu dengan no pin yang berharga RM40. No pin itu dibeli di BSN sahaja. Masa ini sis tak tahu kenapa kena beli asing. No pin UPU bank yang sama dan harga pun berbeza iaitu RM15. Sis ingat lagi sis beli asing dua-dua pin satu untuk UPU satu lagi untuk USM. Pada masa yang sama UM aka Universiti Malaya pun apply asing tapi yang ini tiada pembelian no pin. Sekarang ini tahu dah sebab dia. USM dan UM urus sendiri pengambilan pelajar dan UPU sendiri tak campur tangan pengambilan pelajar untuk kedua-dua universiti itu.

Sis ingat lagi masa apply UPU dan USM sis letak KOS PENDIDIKAN di no 1. Diulangi PENDIDIKAN. Tapi rezeki sis pada PENDIDIKAN tak dapat. Pernah ambik test MEDSI dekat UPSI pun tak Berjaya.

UPU

Pilihan 1-4: Pendidikan dari Universiti yang berbeza (antaranya Sejarah, Pengajian Bahasa Melayu)

USM

Pilihan 1: Sastera dengan Pendidikan

Pilihan 2: Sastera

Pada hari ini genap 6 tahun keputusan UPU dan USM keluar. Sis ingat sis dapat dua tawarn iaitu UMS dan USM. UMS iaitu Sejarah bukan pendidikan USM iaitu Sastera bukan pendidikan. Aku pilih USM sebab aku beristikharah dan mendapat mimpi 3 hari berturut-turut dengan aku berada di bangunan betul-betul tepi pantai.

Pada 31/8/2015 hari pertama pendaftaran aku di USM dan malam tu aku tak boleh nak tidur sebab malam tu ada orientasi pelajar. Selepas habis orientasi jam pukul 11 malam selepas itu berkumpul dekat foyer desa tekun. Foyer ni terletak di depan pejabat Desasiswa Tekun. Practise cheers sampai jam 3-4 pagi hangpa rasa! Tekak sakit giler. Disebabkan tu sis tidur ayam. Sampai habis orientasi. Nasib baik desa kami juara cheers. Then sis pun qada tidur.

 

Ok ni baru introduction. Belum lagi nak ke go through story. Jom kita ke memori sis or majoriti pelajar USM tak boleh lupa semasa di USM.

1.    1.   MYSCD

Alumni USM ni pasti tahu MYSCD a.k.a point untuk kekal desa. Macam sis dari tahun satu sampai tahun akhir di USM sis kekal desa Tekun. Cuma no bilik dan roommate je bertukar. Asalnya di bagi tingkat 7-8 yang mana ada sejarah yang misteri yang aku tak tahu nak habaq cam na. Sebab apa sis kata macam tu.  Tunggu nanti point seterusnya cerita.

Back to the point, pada zaman sis belajar banyak kali dengar ura-ura MYSCD banyak pun bukan jaminan dapat desa. Entahlah nak percaya or tak. Dari zaman first year sampai tahun 3 je sis kumpul MYSCD sampai 200 lebih point. Naik final year join program yang kami rasa nak pi je. Means tak ligan macam awal-awal tahun.

Pernah jadi pengarah projek, timbalan pengarah projek, naib yang dipertiua dan pembantu exco untuk kelab sejarah, kelab arkeologi dan kampus sejahtera. Kami join pun sebab nak tambah keyakinan kami dan ada juga just have fun. Sis paling suka pi program kesenian dan kebudayaan yang mana sis tak pernah tahu or Nampak budaya orang lain. Dan tambah networking. Dulu sebelum masuk universiti aku mana ada kawan yang berlainan bangsa dan agama. Banyak kawan melayu (bukan semua yang suka berpuak-puak dan bina geng). Selepas masuk USM, sis ada member from Medan, Indonesia (sis Ellys- sekarang ni smabung PhD Kaunseling), kawan Morocco sis lupa nama dan maca-macam lagi la. Kawan Melayu masih ada.

Adakala, kami buat aktiviti luar dari USM pun dapat MYSCD. Memorable tak boleh, sis dapat MYSCD bila sis jadi Pembantu Exco Protokol Majlis Santapan Diraja Sultan Perak anjuran KUSISDARI (Persatuan Anak Perak) lebih kurang gitu la. Ni memang real sultan perak dengan permasuri dia tau yang bersantap dengan kami. Kami dibagi meja khas untuk pembantu exco. Tak boleh lupa lagi tu kami pi istana pun dieksot oleh polis. Rasa macam VVIP pula. Bas dalam 6 buah bas disusun ikut abjad. Balik dari istana tak dieksot rasanya. 

Kalau dalam program persatuan kan sis selalu dapat exco protocol dan makanan. Hangpa nampak sis ni rupa makanan ke sampai setiap kali je program sis la adjust dekat makanan. Kampus Sejahtera je bagi sis peluang sis Jadi Pengarah Projek la Timbalan Pengarah la exco TDF la hadiahla.

Lupa nak habaq, ada golongan tertentu tanpa MYSCD dapat desa. Iaitu PALAPES, SUKSIS dan JPAM. Sis tak masuk mana-mana badan beruniform sebab kita tak minat. Sis tak minat nak join walaupun depa kata sis sesuai la join. Sis suka buat perkara yang sis suka buat.



Semasa majlis santapan diraja. Lokasi : Istana Iskandariah di Kuala Kangsar


Ini contoh program yang ada MYSCD.


program di ukm




 2.    PENGANGKUTAN BAS

Baru-baru ni USM viral video berebut bas dekat jejambat yang menghubungkan desa RST dengan kawasan kampus. Oh ye sis dapat desa luar kampus. So kena lah naik jejambat yang menyakitkan kaki kadang-kadang tu. Boleh kurangkan berat badan kalau selalu naik.

Pelajar ramai berkerumun untuk naik bas pada waktu pukul 7.30 sampai 9 pagi then bersambung jam 2 petang-5 petang then bersambung jam 8 malam. Sebab apa? Itu lah waktu hot pelajar pergi ke kelas. Macam sis dari tahun satu sampai final year kelas jam 8/9 pagi dan 8 malam. Kalau time tu sis sure sangat korang tak sempat nak makan korang akan bersiap cepat kecuali korang naik motor sendiri. Macam sis takut naik motor so sis pun naik bas dari first year sampai final year. So sis nampak macam-macam jenis orang naik bas.

Ada satu tahun rasanya final year ada kontroversi yang mana budak first year tak nak naik bas sebab kena gesel dengan lelaki. Pada masa yang sama budak first year create isu chop tempat duduk bagi kawan dia duduk. Aku tepuk dahi. Berdasarkan pengalaman sis selalu guna dan naik bas USM ni budak first year tu sengaja create isu yang panas dan setakat ni aku jumpa mat afrika ke laki apa-apa bangsa depa lagi nak jauh dari perempuan. Duduk disebelah perempuan pun terpaksa sebab tak de tempat. Pasal isu cop tempat duduk pula sis ada pengalaman mana sis dapat dulu tempat duduk yang mana budak first year macam marah kat sis sebab sis duduk tempat kawan dia maybe masih terkial-kial nak masuk or masih diluar. Macam mana sis tahu tu first year, biasanya budak first year gantung kad metric dekat leher.

Pada awal-awal sis pernah salah naik bas pergi kelas. Antaranya kenangan tak boleh lupa sis dan Syahida bekas roommate sis pernah salah naik bas pi Sollat (Pusat Bahasa) dan mana akhirnya tak pi kelas. Disebabkan peristiwa itu sis berkenalan dengan orang yang kini my bestfriend. Nama dia Hisham. Tu semua mengarut bila ada yg kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi best friend. Kalau throwback balik ni dia akan gelak or lupa peristiwa itu.

            Lupa nak tambah pengangkutan popular juga dekat USM iaitu ECOVAN. ECO VAN ni sebijik macam kereta golf Get ready la dengan tudung serabai dan rasa fresh air dan mula-mula naik tu pening lalat lama-lama it’s okay la. Sis selalu dapat naik. Tahun 2017 tak ada perkhidmatan ecovan. Sebabnya, habis kontrak ecovan. Maka tak hairan orang bawa ecovan tu bawa bas USM yang colour biru tu. Sis ingat dan cam muka depa pak cik-pak cik bas. Ada pak cik yang garang, ada yang suka pasang lagu klasik, ada yang muda lagi, ada yang jiwa kpop tau.

Dan tidak dilupakan juga bas rapid Penang masuk dalam kawasan Padang Kawad. Itu ada time final year sis. Naik bas tu boleh sampai Sungai Dua, Bukit Jambul, Queensbay, Tesco dan masuk balik USM. Sekarang ni perkhidmatan bas rapid USM tu dihentikan sebab covid katanya. Yang tu hari-hari ada. Yang ni macam-macam feel dapat di lihat bila naik bas rapid.

  


Ecovan yang menjadi kerinduan 

bas rapid penang free. Dari Padang Kawad pi ke BJ ke QB ke Tesco masuk Padang Kawad

bas usm. semua jenis bas usm sis pernah naik. 


port favourite sis bila naik bas dalam usm






ni lah jejantas yang menyakitkan kaki kadang-kadang tu. 


3. E-LEARNING USM

Hahaha. Harap je ada elearning usm tapi lecturer tak pernah hantar sebarang notis dekat situ. Lecturer aka lekat notis di pintu bilik mereka je. Sis selalu jumpa notis di pintu bilik mereka. E-Learning kami guna time first year sem 1 dan untuk subjek yang ada kod Bahasa Inggeris itupun bukan semua subjek. Contoh sis jumpa kembali e learning bila sis ambik subjek Asas-Asas Dasar Awam (SPU208E). So berabuk tau e learning sis. School lain tak pasti diorang selalu guna tak. 


1.      4. MAKAN YANG SEDAP DAN KENA DENGAN HARGA

Pada zaman sis belajar dekat USM, USM ni syurga makanan dengan harga bajet. Antara kedai menjadi favourite sis. Lain orang lain citarasa. Tak pasti ada lagi tak kedai ni.

1.      Pecal Restu. Ini pun menjadi kegilaan majoriti pelajar USM. Sis tak berapa nak makan pedas pun suka dengan pecal restu. Selalu sis order pecal lele aka ikan keli.

2.      Aunty Fajar. Satu-satunya indian yang berniaga. Jangan risau tukang masak dia melayu. Favourite sis sayur masak sup dekat ikan serta kentang. Dan harganya pun murah.

3.      Kedai Mami Desa Aman. Yang ni pun sedap giler lagi-lagi kari dia. Fuh sedap. Bila Nampak mamu jaga kaunter siap sedia dengan duit spare sebab mamu suka caj mahal berbanding dengan mami.

4.      Pak Cik JazaRia. Asalnya laki bini ni buka kedai di Desa Tekun. Ini pun sedap masakan dia macam masakan mak opah kita di kampong. Paling favourite nasi kerabu, moi sup dan nasi tomato. Sekarang ni pak cik mak cik ni buat food truck dekat depan desa tekun sebaris dengan ayam gunting.

5.      Roti canai mak cik desa bakti sebelah dengan kedai buah. Memang sedap giler. Tak pasti dia ada lagi tak. Kedai dia belakang sekali dekat dengan tangga nak ke pekabat pengurusan desa.

6.      Kedai koey teow sup dekat sebelah kedai roti canai mak cik tadi tu. Memang padu kau la koey teow sup.

7.      ABC dekat bakti. Yang ni memang sedap lagi-lagi time panas litlit.

8.      Mak Cik Kuih Fajar dan Dekat dengan Library. Memang sedap. Sekarang ni mak cik tu buka kedai dekat belakang kafe hipster. Dulu kafe hapster milik Raja Ilya lepas dia berhijrah ke Australia tukar nama jadi apa tah aku tak pasti. Hat Fajar pula, banyak pilihan kuih dan sedap serta murah giler. Aku selalu beli kuih yang ada inti kelapa manis.

9.      Subaidah. Ni memang favourite majoriti pelajar USM. Macam sis suka order meegie goring, roti canai, roti cheese dan roti tisu berserta tosai.

Kafe hipster sedap seiring dengan harga dia. Sekali sekala je singgah. Antaranya Kapits.


Subaidah jadi kegilaan majoriti pelajar



The Kapits


only restu tau. Ni nama dia Pecal Lele 

Selain ituni memang tempat favourite majoriti pelajar USM untuk cari makan lagi-lagi makan malam. Berlambak-lambak pilihan so cari yang sesuai dengan tekak. Majoritinya kedai masakan panas a.k.a masakan Thai. Kedai mamak ada namanya Khalel dan buka 24 jam. So tak susah nak cari makan.

Sungai Dua pun macam tu. Lagi bestnya tu dekat dengan KFC, Kopitiam, Mc Donalds, Baskin Robbin, Khaleel dan Pizza Hut. Kalau malas sangat masuk dalam TESCO dan makan kat food court. Oh ye, setiap hari Sabtu ada pasar malam dan semestinya banyak juga pilihan makanan. Bukan setakat itu je, favourite sis is coconut shake belakang kfc sungai dua dan sebelah dengan kedai kasut sungai dua. Sis tak pernah try lagi teh ais naina yang famous.

            Tu tak termasuk lagi dekat Queensbay (Seoul Garden dan Boat Noodle) dan Bukit Jambul (lupa nama kedai kedai ala-ala Seoul Garden dan kedai nasi longkang).


queensbay mall



plaza ivory aka port makan bebudak usm


Pasar Malam Sungai Dua


Makan bersama kawan-kawan sis di ivory


berbuka puasa dengan coursemate



Nasi Lemak Udang di Kedai Longkang. Sambal dia pedas berapi kau. Aku ni dah lah tak berapa nak makan pedas

1. 6.  BILIK-BILIK YANG PERNAH DIHUNI

Sis pernah dapat roommate yang berasal dari Terengganu, Penang, Selangor, Johor, Perak, dan Pahang. Ada satu siding duduk 3 orang dalam bilik ada yang dua. Ada yang berlainan tahun dan school. Ada yang ngam ada yang tak okay sampai tak bercakap dengan dia la. Awal-awal tahun pelajar 1-3 sem 1 tu dapat school ik. Naik tahun 3 sem 2 sampai habis belajar dapat school lain. Yang final year tu roommate asal memang school sekali dengan aku tapi disebabkan TAK BOLEH BERPISAH LANGSUNG DENGAN ROMMATE ASAL DIA (Aku rasa dia pun banyak kali buat kerja tukar senyap-senyap). Desa Tekun dia susun roommate ikut school tahun boleh beza ikut abjad. So disebabkan nama aku start huruf A agak susah nak dapat roommate sama tahun dengan aku. Sebab tu jugalah AKU LENGIT SANGAT DENGAN FESYEN ORANG TAK RETI PISAH LANGSUNG DENGAN GANG DIA DAN CREATE GANG.

Sis pun ada story yang mana agak misteri sampai sekarang yang tu. Ceritanya bermula apabila sis tahun 1 sem 1. Pada masa itu sis demam satu malam je sis demam dan pening esok helok. Pada malam tu seperti biasa sis pasang ayat kursi buka volume slow je. Kami tidur seperti biasa.

Esok paginya, dialog nya lebih kurang begini. Ayat tak ingat jalan cerita sis ingat.

Syahida           : Mira, hang ada jaga tak semalam.

Sis                   : Tak jaga (dalam keadaan separuh sedar)

Syahida dan sis time ni dia cek phone dia. Aku pelik macam mana volume ayat kursi aku boleh jadi slow lagi walhal aku letak handphone dalam katil yang ada laci tu.

Syahida           : Hang tahu tak semalam aku ada mimpi (mimpi apa maaf sis lupa). Tunang dia (sekarang jadi tok laki dia) telefon aku tak dengar. Volume phone aku ada orang bagi slow sampai out.

Sis dalam keadaan bingung. Apa semua ini kan. Series sis tak tahu. Nak kata Fatimah bilik sebelah datang tak juga sebab kami kunci pintu.

Bukan setakat tu je, sis pernah dengar orang Tarik kerusi kat atas dan tutup pintu dengan kuat. Walhal time tu orang balik cuti midsem dan bilik tu tak de orang. Sis balik lambat selalunya. Majoriti pelajar USM gemar balik awal time midsem. Time ni sis duduk sorang-sorang dalam bilik.

Ada lagi kawan sis (satu major dengan sis) dengan roommate dia (classmate sis juga) kata depa pernah buka pintu bilik desa yang sama dengan sis tiba-tiba tak semena-mena tak ada angin dan tak ada rebut pintu itu ditutup dengan kuat. Walhal mereka berdua tu dalam bilik dan tak pergi langsung ke pintu. Time ini berlaku di tingkat 7.Sis selalu rasa lain macam bila sis berada di tingkat 7 lagi-lagi di bahagian ampaian.

Okay habis cerita misteri itu, sis nak cerita Desasiswa Tekun, Restu dan Saujana berada di luar kampus. So nak ke dewan kuliah kena berjalan ke jejambat then tunggu bas di situ. Mula-mula tu ya ampun penat lama-lama tu biasa dah. Dalam bilik desa RST ni dibagi dua katil bujang dengan label A dan B. Macam sis selalu dapat label A. Selalu dapat bilik tepi sekali. Bilik tepi ni luas berbanding dengan bilim tengah. Bilik tengah panas jika nak compare dengan bilik tepi.

Awal tahun sis dapat bilik menghadap asrama lelaki. Bila hadap asrama lelaki ni kena tutup langsir sentiasa. Tu menyebabkan bilik sentiasa panas. Naik tahun 3 sampai final hadap jalan raya yang bising dengan bas, kereta dan motor. Paling bestnya tu bila bulan puasa ada bazar depan kawasan RST dan awal-awal lagi kami ni bau masakan antaranya nasi ayam, ayam masak merah cucuk dengan lidi (apa ke nama lupa dah). Yang bestnya lagi dapat berbuka puasa beramai-ramai dekat bilik kawan kita dan kedai sebelah.



ini salah satu katil yang pernah sis duduk

ni asrama sis duduk sepanjang 3 tahun setengah


  7. REBUT WAKTU TUTORIAL DAN KELAS BAHASA

Ini bikin sis naik angin. Dengan capaian internet slow sis selalu missing daftar kelas Bahasa yang mana akhirnya sis kena buat rayuan di Pusat Bahasa. Bila dah jadi macam tu sis minta tolong kawan sis daftar subjek Bahasa dekat Campus Online. Campus Online ni tempat update segala maklumat pasal diri, daftar subjek serta kok, cek result exam dan myscd.

            Kos Bahasa di Pusat Bahasa selalu limited 25 orang pelajar dalam satu kumpulan dan ada beberapa kumpulan ikut school. Macam Bahasa Melayu senang sikit sebab sekali je ambik iaitu LKM400. Kalau Bahasa inggeris dan Bahasa asing cukup susah Sebabnya kena berebut. Kelas Bahasa inggeris ada 3 peringkat iaitu LMT100, LSP300 dan LSP401. Sis pernah repeat LSP401 tau. Finally I got B- in LSP401. I never got A or B in English. Now I still learn English from Sis Mellissa and Sis Daphne (my friends in USM).

Sis teringin nak belajar Bahasa Asing. Problem dia ialah jadual terclash dengan waktu kuliah dan tutorial. Sempat lah juga sis ambik satu je Bahasa asing iaitu BahasA Cina level 100. Nak repeat balik asyik terclash saja jadual. Sis pernah belajar Bahasa Cina daripada Persatuan Tinghuoa di USM. Depa buka kelas Bahasa Cina. Dari situ sis tahu lagu-lagu Cina yang mana kebanyakkan lagu dia berakhir dengan kekecewaan. First lagu Cina aku pernah nyanyi Ni Bu Zhi Dao De Shi (sebutan dia Ni Pu Ze Tau Te Sher) nyanyian Wang Leehom. Lepas tu Xiang Ni De Ye dan macam-macam lagi la. Sis prefer rujuk lirik yang ada tulisan pinyin dan hanzi. Dan kawan sis nama dia Xue Ling pun buka kelas Bahasa Mandarin untuk aku. Dia kata lagi sebutan Bahasa cina aku ni bagus tak macam budak melayu yang lain. Aku pun hahaha saja la. Bahasa Mandarin atau Cina ini ada 4 nada iaitu mendatar, menaik, menurun menaik dan menurun. Even word sama eja in Bahasa bila diletak nada 1-4 maksud dia berbeza. Kalau salah tulis hanzi even sikit dia bawa maksud lain.

Cth:

Inggeris           : What is your name?

Mandarin         : Ni jiao shenme mingzi? Ni: awak jiao: pangil shenme: apa mingzi: nama

Inggeris           : My name is Amira Najihah

Mandarin         : Wo jiao Amira Najihah. Wo tu saya

Kat USM bukan setakat ada Bahasa Cina je. Bahasa Korea, Jepun, Sepanyol, Tamil, Thai, Jerman, Arab dan Perancis pun ada. Tak semua Bahasa yang ditawarkan itu ada minor Bahasa. Sis pernah belajar sikit Bahasa Jepun sewaktu kelas Coffee Hours jam 5-6 petang waktu hari kuliah. Yang mengajar ni student dari negara sana. Itu bestnya USM ni. International student pun ada tau dan lagi syok tau culture depa. Bahasa Morocco sis pun ingat lupa sebab dia ada campuran sikit Bahasa sepanyol dan perancis serta Arab. Contohnya smitti.

Selain itu, perebutan waktu tutorial tu perkara biasa sampai berapa kali dah tu adjust jadual terpaksa drop mana yang berkenaan. Berebut tak de penjarakan social. Berkumpul di depan pintu bilik lecturer. Kadang-kadang tu minta member tolong tulis nama kita di situ. Berpakat dengan kawan nak waktu tutorial sama. Habis peluh dan bau badan masing-masing bila berebut tutorial. Ada yang bertuah waktu tutorial sudah dipilih siap-siap tinggal nak daftar subjek minor je. Ini selalu terjadi pada pelajar yang bermajor tak ramai student. Zaman sis tak ramai orang major sastera dan Bahasa inggeris. Bila waktu tutorial selalu dapat soalan no 1, 6 dan akhir. 



 Perebutan kelas bahasa sampai kena adjust banyak kali jadual





daftar kursus


Lupa nak habaq atau beritahu, story ni akan ada sambungannya di next post. So tunggu! 





No comments:

Post a Comment