Assalamulaikum dan hi.
Sis nak share pasal artikel yang sis menang baru-baru ini. So sis nak share di sini. Artikel ini ORIGINAL tau. Sis dapat ilham bila sis baca berita tentang kematian dua artis kpop yg mati bunuh diri disebabkan dipression. Yang mana salah satu sebab dia ialah perangai knetz yg puaka niyang rapik tu. Sis selit sikit pengalaman sis di buli semasa sekolah. yg tu next posting tunggu.
TEMA: BULI SIBER
TAJUK: BULI SIBER SEMAKIN MENJADI-JADI DALAM KALANGAN NETIZEN
MALAYSIA. SEJAUH MANAKAH BUDAYA INI TELAH MENYEBABKAN MANGSA BULI MENGALAMI
MASALAH MENTAL.
Teknologi pada hari ini seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook
menjadi medium komunikasi dua hala. Namun ianya disalahgunakan oleh sesetengah
netizen Malaysia untuk mengecam, mengganggu, memalukan atau mengugut mangsa
melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian
gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej si mangsa. Disebabkan perbuatan
ini Malaysia terletak di tangga kelima dunia dalam kategori buli siber sekali
gus yang pertama di Asia sebagai 'kaki buli' di alam maya. Ini dibuktikan
baru-baru ini Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong telah
dilabelkan oleh netizen Malaysia sebagai model bogel (nude model).
Menurut Francisca meluahkan rasa kecewa kerana dilabel sebegitu oleh netizen
Malaysia. Sebenarnya banyak lagi contoh kes buli siber yang berlaku di
Malaysia. Budaya buli siber telah memberi kesan yang negatif kepada mangsa
amnya seperti mental dan lain-lain kesan kerana mangsa diserang selama 24 jam
per tujuh hari.
Mangsa yang dibuli
dalam siber telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental. Misalnya mangsa
membaca komen negatif di media sosial mengenai dirinya pada mulanya mangsa
tidak kisah. Cuba bayangkan kalau mangsa menerima komen hampir setiap hari apa
perasaan mangsa yang membaca. Mangsa akan hidup seperti dia berasa tiada
harapan dan tidak bermakna. Silap haribulan mangsa mengalami kemurungan berpanjangan
dan ada yang mengambil keputusan mengakhiri nyawa sendiri. Bukan setakat itu
sahaja, mangsa mengalami ketidakyakinan terhadap diri sendiri atau insecure.
Contohnya, mangsa teringin melakukan perkara yang disukainya seperti mengambil
gambar tetapi mangsa takut tindakannya dikritik dengan teruk oleh netizen
walaupun mungkin gambar itu hanyalah pemandangan sahaja. Menurut kajian yang
dilakukan mendapati bahawa 93% mangsa buli siber mengalami depresi. Jika ia
tidak dirawat mangsa mungkin akan melakukan tindakan yang berbahaya.
Selain itu, mangsa
buli siber juga mengalami masalah kesukaran tidur. Hal ini demikian kerana
mangsa mengalami kemurungan akan sukar untuk tidur. Tidur merupakan proses
istirahat bagi semua kehidupan di dunia ini selepas melakukan pelbagai kerja di
siang hari. Setiap manusia memerlukan jam tidur yang berbeza. Misalnya, orang
dewasa memerlukan tidur selama lapan jam sehari. Pentingnya tidur yang cukup
kerana tidur dapat mengembalikan stamina dan fungsi tubuh. Namun bagi mangsa
buli siber, mereka sukar tidur kerana memikirkan kenapa mereka kena buli siber
yang mana akhirnya menyebabkan kemurungan. Menurut kajian yang dibuat oleh
penyelidik U.S Office of Adolescent Health mendapati bahawa satu pertiga
mangsa buli siber mengalami symptom kemurungan yang merupakan tambahan kepada
perubahan pola tidur termasuk kerengsaan yang berterusan, kemarahan dan
pengeluaran daripada lingkungan sosial. Disebabkan hal ini mengakibatkan
gangguan rutin harian dan mendorong untuk membunuh diri.
Selain daripada
mangsa buli siber mengalami mental, mangsa juga akan mengalami tekanan perasaan
seperti memendam perasaan, takut atas keselamatan diri dan sentiasa menyalahkan
diri sendiri atas apa yang terjadi. Pembuli siber sentiasa mencari jalan untuk
menakut-nakutkan mangsa dan akhirnya mangsa berubah karakter mungkin asalanya
ceria dan akhirnya menjadi pendiam atau introvert yang melampau. Lagi memburukkan
keadaan pembuli siber itu telah dikongsi atau diketahui oleh orang lain yang
mungkin menjadi pembuli seterusnya. Bagi mangsa buli siber ini bukan satu
pengalaman yang menyeronokkan atau patut dilupakan terus lagi-lagi kanak-kanak
yang mengalaminya.
Kebiasaan kanak-kanak jarang
menceritakan kepada ibu bapa mereka perihal mereka dibuli di siber. Hal ini
mereka beranggapan ibu bapa mereka akan tidak membenarkan mereka menggunakan
gajet. Kebiasaannya juga mangsa buli siber ini terdiri daripada pelajar yang
pintar dan skema tetapi bersendirian. Mereka acap kali dijadikan sasaran
pembuli siber. Hal ini mungkin faktor cemburu pembuli terhadap mangsa yang
bijak dan pintar daripada pembuli sendiri. Namun untuk masa sekarang tidak
berapa sesuai untuk tutup terus gajet. Hal ini demikian kerana mungkin cikgu di
sekolah menghantar informasi perihal kerja sekolah dan lain-lain berkaitan
dengan pelajaran di Whatsapp yang mana ibu bapa perlu tahu. Namun begitu,
kanak-kanak ini masih menjadikan media sosial untuk mereka berinteraksi bersama
rakan-rakan mereka meskipun mendatangkan banyak mudarat kepada mereka. Sebaiknya
ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak.
Selain itu, mangsa
buli siber juga sentiasa marah-marah dan menyalahkan mereka sendiri. Kajian
menunjukkan bahawa kemarahan mangsa buli siber adalah tindak balas yang paling
biasa dan diikuti dengan rasa kecewa, bimbang, dan takut. Sekiranya tidak
dicegah mangsa buli siber mungkin bertindak di luar jangka iaitu membalas dendam
kepada pembuli. Mangsa buli siber beranggapan buat baik di balas baik buat
jahat di balas jahat. Sebenarnya tindakan membalas dendam ini sangat berbahaya
kepada mangsa dan pembuli yang mana akhirnya berlaku jenayah. Lebih baik
memaafkan pembuli walaupun mangsa sangat perit dan tidak akan pernah lupa akan
kejahatan pembuli lakukan terhadap dirinya. Sekiranya mangsa hendak marah
sekalipun, ianya perlu disalur kepada saluran yang betul seperti berjumpa
dengan kaunselor untuk mendengar masalah mereka. Insyaallah perasaan dendam
terhadap pembuli tidak ada dalam diri mangsa.
Selain itu, mangsa yang
selalu bertindak di luar jangka seperti terlibat dengan penyalahgunaan dadah
dan alkohol. Kajian mendapati bahawa
mangsa buli siber 2.5 kali lebih berkemungkinan menggunakan ganja atau terlibat
dalam pesta minuman keras berbanding rakan sebaya mereka yang tidak dibuli.
Walaupun hanya segelintir sahaja namun ianya tetap menjejaskan produktiviti
mangsa. Selain itu, mangsa buli yang bertindak ponteng kerja atau sekolah.
Mereka beranggapan jika mereka ponteng mereka tidak akan tersakiti
Akibat mangsa dibuli di alam maya, kerjaya mangsa turut
terjejas iaitu hilang punca pendapatan
dan karier mereka hancur. Katakanlah pembuli siber ini sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan mangsa dengan cara
menyebarkan fitnah atau aib mangsa di media sosial dan lagi haru majikan mempercayainya tanpa soal siasat demi menjaga
nama baik tempat
kerja. Kalau majikan
mempercayai mangsa, mangsa terus bekerja
seperti biasa lama-kelamaan mangsa tidak tahan untuk mendengar akhirnya mangsa berhenti
kerja. Lagi memburukkan keadaan
tempat kerja lain yang mungkin tahu sejarah mangsa dibuli tidak akan mengambil mangsa bekerja kerana tidak ingin imej
tempat kerja tercalar. Oleh itu, kariernya akan jatuh disebabkan oleh
perbuatan buli siber yang tidak
bertanggungjawab ini.
Kesimpulannya, perbuatan buli siber ini telah memberi kesan negatif kepada mangsa terutamanya mental mangsa. Maka tidak hairanlah kebanyakkan pesakit mental merupakan mangsa dibuli siber. Oleh itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlulah sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang melibatkan buli siber di media sosial supaya buli siber ini dapat ditangani. Selain itu, ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan pembulian siber. Anak-anak perlu menggunakan gajet untuk pendidikan seperti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR). Semoga rakyat Malaysia menjauhi kegiatan buli siber ini kerana ia boleh membawa mudarat kepada mangsa buli siber.