Assalamulaikum dan hi!
Sebenarnya mandi bungan ni banyak dilakukan oleh penganut agama Hindu di mana campuran bunga-bungaan dan mandi di sungai. Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Cer kita tengok spa ala Bali, mesti ada ditawarkan mandi bunga.
menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga
matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”
BUNGA YANG DIGUNAKAN DALAM MANDI BUNGA DAN KHASIAT
1. Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
2. Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
3. Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
4. Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
5. Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
6. Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
Bahan yang diperlukan
- Sembilan atau tujuh jenis bunga yang tidak berduri
- Kalau boleh tambahkan bunga cempaka dan bunga “Jasmine”.
- Pastikan warna bunga itu bukan hitam.
- Kalau boleh cari bunga dalam pelbagai warna.
- Pastikan bunga tersebut segar dan baru, kalau boleh cari bunga yang menghasilkan bau wangi.
- Sebotol air mawar (Ros water).
- Dua biji limau purut (sepasang), Jantan 1 , Betina 1
Kaedah Persediaan
- Pastikan jumlah jenis bunga yang anda campur dalam angka ganjil, 7 atau 9.
- Buangkan daun dan dahan dari bunga-bunga tadi.
- Rendamkan bunga-bunga tersebut dengan air di dalam sebuah baldi.
- Di campur dengan air mawar.
- Belah limau purut tersebut dan rendam sekali.
- Biarkan bahan-bahan tersebut rendam semalaman.
Sebelum mandi bunga
- Perahkan limau yang direndam semalam ke dalam air.
- Campurkan air yang secukupnya untuk mandi bunga.
- Sebaik-baiknya anda mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Supaya anda tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
- Pastikan anda ingat niat dan sebab anda mandi bunga.
- Bagi orang Islam baca doa atau ayat suci Al-Quran sebelum mula.
Cara mandi
- Kalau boleh mandi bunga pada waktu pagi, semasa bumi masih sejuk lagi.
- Semasa mula mandi ingat tujuan anda dan berdoa terlebih dahulu.
- Minta bantuan Tuhan, untuk selesaikan masalah anda.
- Semasa mula mandi bunga siram air di sebelah kiri badan dahulu sebanyak 3 kali.
- Di ikuti bahagian kanan 3 kali
- Dan seterusnya siram di kepala 3 kali dan di seluruh badan sehingga semua air itu habis.
- Bagi orang Islam, Baca selawat di atas Nabi Muhammad SAW, Sehingga selesai mandi.
- Selepas selesai mandi biarkan seketika, supaya hasil tadi dapat diserap ke dalam badan kita.
Nota penting
- Sebaik-baiknya mandi bunga pada malam Jumaat atau malam Khamis; ataupun pada awal pagi, hari Jumaat atau Khamis.
- Garam bukit boleh digunakan jika perlu.
- Minyak wangi “Attar” boleh di campur sekali jika ada.
- Boleh rendamkan ayat suci Al-Quran yang ditulis dengan tangan dan keluarkannya sebelum mandi.
- Jangan gunakan bunga kertas, bunga yang beracun dan bunga yang biasa tumbuh di tanah kubur.
- Bunga tidak perlu digunakan dengan jumlah yang banyak.
assalammualaikum boleh tanya tak...mula sblah kiri ke kanan dulu...ada belah kanan dulu
ReplyDeleteKata mlm khamis atau mlm Jumaat MACAM MANA lagi pulak kata pagi mandi bagus bumi pagi hari saya binggung macam mana?
Delete