Assalamulaikum dan hi!
Entry
kali ni pasal cara kurangkan rabun dan silau pada mata. Tahukah anda yang mata
kita memiliki 107 juta sel yang sangat sensitif dengan cahaya.
Dan
untuk penglihatan normal dan sihat, memerlukan pemeriksaan yang dilakukan oleh
doktor mata iaitu membaca carta di dalam jarak 20 kaki. Jika keputusan 20/20,
memang mata anda adalah normal
Kebanyakan orang fikir jika mata mula rabun ataupun silau, ia akan
membawa hingga ke tua. Pendek kata kalau sudah mula pakai cermin mata makanya
hingga ke tua la kan. Salah tanggapan itu.Sebenarnya boleh diperbaiki mata kita
dengan melakukan senaman khas untuk mata disamping corak makanan juga membantu.
SSebelum tu kita klasifikasikan jenis rabun
1. Miopia (Rabun Jauh)
Miopia atau pun Rabun Jauh terjadi jika mata hanya dapat melihat jelas benda-benda yang dekat. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di hadapan retina kerana bebola mata panjang.
Oleh itu objek jauh kelihatan kabur sedangkan objek dekat kelihatan jelas.
Dengan itu, untuk melihat objek yang jauh si penderita perlu lensa negetif yang akan membuat bayangan benda yang terdapat di tempat yang jauh tak terhingga ke titik jauh penderita.
Tanda-tanda Rabun Jauh :
a) Kabur bila melihat jauh. Contohnya: memandang papan hitam
b) Mengecilkan mata bila lihat jauh
c) Sakit kepala
2. Hiperopia (Rabun Dekat)
Hiperopia (Hipermetropi) atau pun Rabun Dekat hanya dapat melihat jelas objek yang jauh. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di belakang retina kerana bebola mata yang pendek.
Oleh itu objek dekat kelihatan kabur sedangkan objek jauh kelihatan jelas.
Dengan itu, untuk melihat objek yang dekat si penderita perlu lensa positif yang akan membuat bayangan benda yang dilihat berada pada titik dekat mata penderita.
Tanda-tanda Rabun Dekat:
a) Kabur bila membaca
b) Sakit kepala atau sakit mata
c) Mengecilkan mata semasa membaca
d) Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.
3. Astigmatism
Keadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali.
Keadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu objek akan kelihatan kabur dan herot- benyot oleh si penderita .
Tanda-tanda :-
Kabur penglihatan dan objek akan kelihatan herot-benyot, Silau, Sakit kepala
4. Presbiopia (rabun tua)
Keadaan di mana kanta mata kurang berupaya untuk memfokus objek dekat disebabkan oleh proses penuaan.
Lazimnya bermula ketika umur menjangkau 40 tahun.
Tanda-tanda :-
Kabur bila membaca atau menjalankan kerja dekat
PETUA UNTUK KURANGKAN RABUN
1. SENAMAN MATA
Mata juga perlukan senaman yang konsisten untuk membantu menganjalkan kembali otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata.
Senaman 1
Senaman 2
2. Sunning dan Palming
Sunning ataupun berjemur membantu mengaktifkan semula flex dan juga otot mata kita.
Berjemur mata dengan membiarkan mata terbuka dan mengadap matahari. Seolah mata akan menyerap ‘tenaga’ yang dipancarkan oleh matahari dengan nafas dalam-dalam. Lakukan dalam beberapa minit setiap hari.
Lebih baik lakukan di waktu pagi kerana cahaya matahari lebih sihat.
Palming iaitu dengan menggosokkan kedua-dua belah tangan hingga terasa haba panas. Kemudian tekup di mata tanpa sebarang tekanan. Lakukan dalam keadaan santai.
Pastikan mata ditutup rapat hingga tiada cahaya masuk.
3. Makanan Tinggi Vitamin A dan Beta Karotena
Biasanya sayuran yang berwarna selain hijau mengandungi beta karotena yang tinggi. Saya detailkan disini antara makanan harian kita yang membantu untuk mata.
i) Karot mengandungi tinggi Vitamin A untuk bantu kekalkan kesihatan kornea mata dan bantu melindungi sel mata dan keseluruhan sel.
ii) Bayam sangat bagus jika dijadikan jus dan minum setiap pagi semasa perut kosong. Jangan fikir jadi macam dalam cerita Popeye kan. Hehehe.
Bayam mengandungi vitamin A, lutein and zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat.
iii) Minyak ikan sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan. Kandungan asid lemak Omega membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata.
Antara sumber utama minyak ikan adalah daripada ikan Salmon.
iv) Tomato antara yang bagus untuk sumber Lutein untuk mengelakkan terjadinya katarak mata.
Katarak sejenis selaput yang di mata yang menganggu penglihatan mata.
Untuk kesan yang lebih baik, memang kena amalkan ambil sayuran dan minyak ikan secara konsisten. Untuk anak-anak lebih bagus diamalkan sejak dari kecil.
No comments:
Post a Comment