Assalamulaikum dan hi!
Topik kali ini pasal cantik ala wanita Cina. Memang aku sendiri tak dapat menafikan hal ini. Wanita Cina sememangnya kulit putih, mata sepet (bukan semua) dan rupa mereka sangat comel. Ok aku nak shared sikit rahsia depa cantik. Pasti ramai yang tertanya-tanya rahsia kecantikan wanita Cina. Kebanyakan mereka masih mengamalkan perawatan tradisional yang bebas dari bahan kimia.
1. Masker Kacang Hijau
- Wanita China membuat sendiri masker kacang hijau untuk mengurangkan bengkak wajah dan merawat jerawat.
2. Air Beras Sebagai Toner Kulit
- Air beras sangat bagus untuk kulit. Wanita Cina masih mengamalkannya sehingga kini. Air beras mampu menutup pori-pori terbuka pada kulit anda, membuatkan lebih cerah.
* Air beras juga mampu melembutkan kulit.
3. Tidak mencampurkan produk tradisional dengan produk moden
Wanita China tidaklah terlalu kuno sehingga tidak menggunakan produk moden. Bezanya mereka tidak mencampur adukkan produk kerana bimbang ianya akan merosakkan kulit.
4. Urutan Batu Jade
- Pelik tapi benar! Urutan ini dilakukan dengan menggosok lembut pada kulit wajah. Ia mampu menanggalkan menghilangkan sel-sel mati, meningkatkan sirkulasi darah, mengurangkan garisan halus dan merawat cela wajah.
5. Teh Hijau Untuk Awet Muda
Minuman teh sudah sinonim dengan masyarakat Cina. Menariknya amalan ini membantu mereka untuk tampil awet muda. Teh hijau dipercayai mengandungi anti-oksidan tinggi dan meningkatkan daya metabolism badan.
6. Kulit Cerah denagn Daun Pudina
Inginkan kulit cerah, hanya lumatkan daun pudina dan tepek pada kulit wajah anda. Cara semulajadi ini sangat bagus dalam merawat cela dan juga memberi kecerahan pada kulit. Memang sangat berkesan. Tanpa bahan kimia dan dijamin selamat.
No comments:
Post a Comment