17/11/2016 - 18/11/2016
Rombongan lagi! Rajin betul sis berjalan sana sini. Ini kali sis pergi industrial visit bawah kelab Ekonomi USM. Aku dan Sham je budak ppik yang join yang lain aku seekor pun tak kenal. Pi rombongan dengan dua biji bas dan terpaksa duduk sebelah Sham sebelah kiri. Rombongan pun bertolak pukul 3 pagi pada hari Khamis. Time tu aku pakai baju tidur je.
Sampai kat R n R Tapah macam biasalah mandi, dan solat subuh. Pakai pakaian formal. Nak pi company besar kena la smart. Aku tak Berjanji dengan Sham pun pakai baju colour hitam. Selepastu sampai Great Eastern. Wow! Apa yang aku tahu company ini menaja payung-payung yang digantung kat USM!
Breakfast dulu kat situ. Dah la sedap. Bihun goreng dengan teh o panas. Semeja dengan dia. Lepas tu dengar ceramah mengenai Great Eastern. Full English 100%. Aku pun dengar tak dengar je. Aku bukan budak ekonomi pun. Duduk sebelah sham juga. Lepas tu makan tengah hari kat situ juga. Lagi sakan. Banyak sangat makanan dia tak ingat pula da. Lepas tu singgah kat Putrajaya. Bangunan apa lupa da. So tak dapat la aku nak story.
Keesokan program tu sebelah petang kami pergi Pejabat Nasional Berhad (PNB). Tu company terakhir yang kami pi sebelum kami buat aktiviti bebas kat KLCC. Dekat je. Ni lagi sakan. Makan pun aku bertambah. Macam biasalah dengar ceramah fully English. Aku nyaris-nyaris nak lena.
After that pi KLCC. Time tu hujan kebetulan aku bawa payung USM kaler hijau. Majoriti naik uber. Aku, Sham dan lainlain jalan kaki jauh sikit rupanya. Tak boleh blah tu aku ingat lagi aku terpaksa share payung dengan Sham sebab payung aku ada orang pinjam. Sham penunjuk jalan.
Sampai kat KLCC kami berpecah. Aku dengan Sham pi pusing satu KLCC.
Aku ada satu memori di mana Sham beli kasut sarung untuk aku sempena hari jadi aku pakai kadkredit dia! Cam ni ceritanya, aku dan Sham bejalan sampai ke Bata. Sampai kat kasut perempuan, Sham tanya nak kasut mana? Aku kata aku nak kasut sarung. Kita tak minta k. Sham panggil pelayan untuk cari saiz kasut aku. Aku saiz kasut 7. Memang ngam dan sesuai dengan aku. Kasut sarung jenis macam na kami sama-sama pilih. Aku pun pakai la. Lepas tu makan KFC. Lapar. Lepas tu bergambar kat luar KLCC.
Selepas tu balik. Lalu depan bekas tapak Penjara Pudu. Aku heran roboh penjara (tinggalan sejarah) sematamata nak buat bangunan kat situ (). Dah la seram kat situ (ni pun sebab aku tengok dokumentari pasal Penjara Pudu. Contoh Kupi Kupi Go Seram.) lepas tu balik dalam jammed. Dalam perjalanan balik aku dengan dia sekejap tidur sekejap sembang.
Great Eastern is syarikat insurans yang bertapak kukuh. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1908 di Singapura. Kalau nak tahu lebih lanjut https://www.greateasternlife.com/my/en/about-us.html
KLCC atau Kuala Lumpur City Centre.Boleh juga dipanggil Suria KLCC. Kat sini berlambak-lambak mall antaranya Sephora, Timberland, Bata, Gucci, dan banyak lagi la. Senang cerita banyak pilihan. Ongkos mahal tak sah. Bukan setakat tu terdapat aquarium di situ. Aquarium tu namanya Aquaria KLCC. Kat situ terdapat 150 lebih spesis ikan yang terdapat di Malaysia dan seluruh dunia.
Selain itu, Syarikat gedung serbaneka dari Jepun, ISETAN mempunyai cawangan di Suria KLCC. Isetan merupakan salah satu penghuni utama Suria KLCC, mengambil ruang mengufuk setinggi lima aras setara dengan ketinggian Suria. Gedung ini kerap dikunjungi oleh pelancong dari Jepun, Korea dan Singapura serta pembeli tempatan yang mengejar pelbagai jenis barang dan jenama. Jenama barangan mewah dan pakaian rekaan khas seperti Dior, Celine, DKNY, Calvin Klein dan Polo Ralph Lauren mendirikan kedai kecil di dalam Isetan. Terdapat kedai buku Kinokuniya. 100% in english. So yg jenis ulat buku sila la pi situ.
Great Eastern, KL (Gambar)
Selfie sebelum makan |
Kelab ekonomi dengan pegawai2 Great Eastern |
Part 2. |
Logo Great Eastern |
KLCC
Kedai buku Kinokuniya terletak di tingkat 2 |
Dekat pintu masuk KLCC |
Petrosains KLCC. |
KLCC bila senja |
Dalam KLCC |
No comments:
Post a Comment