Kami bersiap memakai baju formal berwarna pink. Tak janji dengan dia pun pakai baju kaler hampir sama. Selepas check out dri UKM tu kitaorang pergi Perbendaharaan. Sejarah. Dengar la ceramah dia. Tak ingat la ceramah dia tu.
After that, solat Jamak dan qasar kat Masjid Putera. Perempuan solat di tingkat atas ada lif gitu. Lelaki solat Jumaat kat bawah. Singgah sebentar di library Masjid Putera. Saja mengisi masa lapang. Sebelum tu bergambar sakan la aku. Sejarah Masjid Putera. Selepas tu bertolak ke Kuala Lumpur
Masjid Putera
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.
Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.
Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.
perkarangan luar masjid. Berhadapan dengan Perdana Putra |
Luar masjid putera |
No comments:
Post a Comment