Saturday, 10 June 2017

Kuala Terengganu

Assalamulaikum dan hi!
Kali ini ikut rombongan Sektariat Rakan Muda USM atau SRMUSM. Asalnya aku tak boleh pergi sebab dah penuh. Lastly kawan ku, Mel undur diri sebab dia nak aku teman kawan dia bernama Jane. Ok aku faham. Bertolak malam dari Penang lalu kena highway Kulim sampai di Baling thensampai Lebuh raya Timur Barat. Normally orang akan lalu kat Pekan Gerik. Kami tak lalu situ. Macam besalah jalan bengkang bengkok. Pening kepala aku. Aku duduk sebelah kanan Jane di bahagian belah kiri. Aku suka duduk tepi tingkap.

Sampai pun dah pukul 6 lebih, maka solat kat surau tak ingat nama. Bukan Kuala Terengganu. Kami masih di daerah Setiu. Selepas tu bergerak sampai Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA. Kami bersiap kat situ sebab kami ada program kat situ. Breakfast dulu kat situ. Selepas tu baru event kat situ. Aku lupa la event apa kat situ but more to talk. Apa yang aku ingat aku tidur sebentar atau qailullah di surau asrama UniSZA. Mengantuk. After that, diorang solat Jumaat kami main game sikit. Selepas settle da tu, kami pergi ke Seberang Takir. Nak tahu kami buat apa kat situ? Nama pun baktisiswa so kena la buat gaya baktisiswa. Kami bergabung dengan UniSZA. Untuk bergotong royong di tiga kawasan. Kawasan surau, kawasan kubur sebelah surau dan kubur hadap Laut China Selatan. Aku, Jane, dan Sabrina di kawasan kubur hadap Laut China Selatan. Sham pula di kawasan kubur sebelah surau. Cabaran membersihkan kubur di situ ialah angin bertiup sampai tudung nak melayang dan pasir mahu masuk ke dalam mata. Bunyi ombak yang kuat memecahkan kesunyian. Tak banyak pun kubur di situ. Masa nak buang sampah dalam plastik hitam untuk dibakar tiba-tiba plastik hitam pun dibakar dek angin. Ada sorang pak cik Misteri Nusantara dalam lingkungan 70-an cam tu mai tegur aku. Aku pun sembang cam biasa walaupun aku tak faham sepatah apa pun. Pak cik tu tak pakai kasut. After that, pak cik berlalu pergi. Ada seorang mak cik kerja kat warung berdekatan bagi kami ketupat, lemang dan lupa dah cicah dengan kuah. Sedat ni. Makan tepi pantai bestnya. Selepas tu tanya mengenai pak cik tu, pak cik tu tak kahwin lagi dan memang cam tu. Pak cik tu seumur tak pernah pakai kasut! Ni first time aku dengar. Macam-macam la aku sembang dengan mak cik tu.

Malam pun menjelma, depa nak makan Pantai Pasir Buruk. Ramai gak tak turun sebab perut penuh dek makan bertambah-tambah kat tepi kubur dan pantai. Min la buka cerita fasal pak cik tu. Pak cik tu ada tegur da dan Min pun melarikan diri. Diorang gelak kuat kat aku sebab dia kata aku boleh sembang dengan pak cik tu dengan selamba. Selepas tu balik ke penginapan di Kompleks Rakan Muda Kuala Terengganu. Sewa berapa tak ingat. Tidur..

Hari Kedua, aku bangun cam biasa. Bersiap nak pergi banyak tempat. Tak sabarnya aku.  Before that, breakfast di Pantai Pasir Buruk. Pekena Nasi Dagang bersama ikan. Sedat oo. Destinasi pertama, kami pergi Taman Tamadun Islam di Pulau Man. Excited aku. Nak masuk mesti beli tiketkan. Tiket. Dia bagi juga pasport mini untuk bagitau informasi mengenai replika-replika terdapat di situ. Di sini juga menawarkan basikal, kereta api mini dan bot untuk pusing satu taman ini. Aku, Jane dan Sham memilih jalan kaki. Boleh tangkap gambar dan bebas meneroka tanpa ada sekatan. Masuk dalam replika Masjid Negara dan Taj Mahal belah dalamnya ada informasi. Replika-replika lain hanya sebuah replika dan tak de pintu masuk untuk pengunjung. Means tengok dari luar. Aku bagi tip, sekiranya anda ingin merasai pergi ke masjid serata dunia yang ada di taman ini aku syorkan korang jalan kaki. Sebab bagi aku, korang akan merasai aura berada di negara-negara tersebut walaupun hanya berkunjung di Taman Tamadun Islam. 

Selepas tu keluar lalu dalam souvenir. Beli aiskrim je sebab tekak nak makan aiskrim hehehe. After that, jalan kaki sikit dari taman tu anda akan menjumpai Masjid Kristal. Sejarah. Cantik lagi kalau waktu malam. Makan tengah hari di sekitar luar masjid. Kalau di dalam masjid mahu kena halau. Kalau non muslim atau sesiapa tak pakai tudung kena pakai selendang atau pakai jubah yang besar.

Selepas destinasi kedua iaitu Pasar Payang Kuala Terengganu. Bagi anda yang pergi ke KT ni tak sah kalau anda tak singgah di situ. Anda boleh tawar menawar nak harga murah. Series banyak pilihan makanan, pakaian, dan cendaramata. Sebelum sampai di situ kitaorang berjalan kaki secara berjemaah di Jalan.Sejarah. Sejarah Pasar Payang. Kebetulan aku ditemani oleh Jane dan Sham yang sememangnya shopalic, pandai tawar menawar harga dan sangat teliti. Ni pun tunggu diotang berjam-jam. Aku beli baju kelawar tu pun tanya Jane ok tak. Harga asalnya RM 15 selepas Jane minta diskaun dapat RM 10. Diorang lagi banyak shopping dari aku. Nak save bajet pi beli keropok lekor kat Losong hehehe.

Selepas tu rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Ketapang. Kami makan situ sebelum lepaking tepi pantai. Lepaking tepi pantai bersama-sama Jane dan Sham. Sembang blabla.
Selepas tu cari masjid solat mahgrib. Lepas tu pergi ke Kontena. Tempat ni baru dibuat. Aku bajet tarak so aku pun lepaking tepi pantai. Sembang blabla dengan Jane. Lepas tu balik dan tidur.

Hari terakhir destinasi pertama dituju ialah Kampung Losong. Why Kampung Losong? Sebenarnya sepanjang jalan kampung ni  terdapat gerai-gerai buka untuk menjual keropok sama ada goreng atau rebus. Aku beli dua jenis sebab nak rasa. For me, goreng lagi sedap than rebus. Resepinya ialah hanya 100% ikan.

Then bertolak balik. Sampai di Besut aku buat perangai degil tak mahu turun makan. Sampai kat Lebuh raya tu aku muntah dan bertambah teruk sebaik tiba di R n R Lebuh raya tu tak silap aku lagi 7 km ke Bandar Gerik. Aku lagi terharu, Sham bagi aku RM10 untuk beli something untuk hilang pening kepala aku. Aku tak minta ok. Moral of the story, jangan degil macam saya. Then balik USM. Kalau ada rezeki nak pergi lagi la. Bajet aku pergi RM 70.

SEJARAH TAMAN TAMADUN ISLAM

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal

Replika
Negara
Masjid Abu Nasr Parsa
Afghanistan
Masjid an-Nabawi
Arab Saudi
Masjidil Haram
Arab Saudi
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin
Brunei
Masjid Xian
China
Taj Mahal
India
Masjid Kudus Al-Minar
Indonesia
Masjid Sheikh Lutfallah
Iran
Masjid Besar Samarra
Iraq
Masjid Negara
Malaysia
Masjid Mohammad Ali
Mesir
Masjid Besar Agadez
Nigeria
Masjid Badshahi
Pakistan
Kubah As Sakhrah
Palestin
Masjid Kul Shariff
Rusia
Masjid Al-Hambra
Sepanyol
Masjid Aleppo Citadel
Syria
Masjid Pattani
Thailand
Masjid Qairawan
Tunisia
Masjid Suleyman
Turki
Menara Kalyan
Uzbekistan
Masjid Sultan
Singapore

Tambahan
1)Pembinaan Kincir Air dimana inovasi Islam pada zaman dahulu yang ingin diketengahkan semula. Pembinaan kincir air ini banyak merujuk kepada Kincir Air Umat Islam lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Kincir air ini juga digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI.

2)Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.

Working Hour

TTI Management Sdn Bhd Office:
8.30am - 4.30pm on everyday except on Friday.
Management office closed on Friday.

Monument Park:

9.00am - 7.00pm on weekends (Friday, Saturday, Sunday).
10.00am - 7.00pm on weekdays (Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday)
Last ticket sales and admission is at 6.15pm.

TTI River Cruise :

9.00am - 7.00pm on weekends (Friday, Saturday, Sunday).
10.00am - 7.00pm on weekdays (Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday)
Last ticket sales and admission is at 5.45pm.

Restaurant B’Beteng :

10.00am - 11.45pm Daily

TTI Public Park:

7.00am - 12.00pm on everyday(Except on special occasions).
NOTE: Operating hours may vary according to special occasions.

 FRIDAY daily operation break for Friday Prayer (11.30am -2.30pm)
Operation for Monument Park , TTI River Cruise and B’Beteng Restaurant is closed every TUESDAY except during
Malaysia School & Selected Public Holidays.




Berhadapan dengan Replika Masjid Sultan

Berhadapan dengan Taj Mahal. Aku, Jane dan Sham

Replika Masjid Mohamad Ali, Mesir





































Belakang kami Masjid Kristal













Hasil carian imej untuk masjid kristal waktu malam
View pada waktu malam. Cantik bukan!

Pantai Batu Burok
Pantai Batu Burok merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu, ini kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana bukan sahaja dapat bersantai di kawasan pantai. Nama je macam tu tapi series pantai dia cantik.

Batu Burok mula mendapat nama semenjak tahun 1940-an lagi, yang mana ketika itu terdapat sekumpulan pekerja buruh(tukang rumah) yang berasal dari luar negeri Terengganu datang mengembara dan singgah berehat di kawasan pantai di mana terletaknya segerompolan batu yang timbul di dalam laut bertentangan dengan tempat mereka berehat, dengan keadaan batu tersebut seperti pulau yang kecil dan amat buruk. Oleh kerana kawasan tersebut dirasakan selamat, mereka mengambil keputusan menetap di situ buat sementara dan mendirikan beberapa pondok untuk dijadikan teduhan tetapi memandangkan tempat tersebut mempunyai keistimewaan bukan sahaja terdapat banyak ikan tetapi mudah pula menangkapnya maka mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di situ dan sepakat menamakan kawasan tersebut sebagai Kampung Batu Burok sempena batu yang dilihat mereka.

Jadi dah tahu kan macam mana tempat ni mendapat nama yang unik tu. Batu memang ada la sikit yang timbul tengah laut tu tapi kecil je tu pun di kawasan perkampungan bukan di kawasan utama peranginan ini. Nama pantai ni sempena namanya yang terletak di Kampung Batu Burok bukan kawasan pantai yang mempunyai Batu Burok...

Hasil carian imej untuk pantai batu buruk

Pasar Payang Terengganu
Lokasi ini memang wajib bagi sesiapa datang ke pasar ini. Bagi penggemar shopping anda boleh menggunakan skill anda untuk tawar menawar nak dapat harga murah. Sis tak pandai bab ni hehehe... 

Pasaran Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Kuala Terengganu. Terletak di dalam sebuah bangunan moden, ia menawarkan pengunjung pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta produk segar. Pelawat yang datang ke pasaran ini akan mempunyai pengalaman yang seronok membeli barangan tempatan pada harga yang berpatutan. Ia juga merupakan tempat yang baik untuk pengalaman budaya sebagai penduduk tempatan membeli-belah setiap hari di sana juga

Hasil carian imej untuk pasar payang terengganu


Hasil carian imej untuk pasar payang terengganu

Pantai Ketapang
Pantai Teluk Ketapang merupakan destinasi popular untuk ICT (Ikan Celup Tepung) atau ikan goreng dalam tepung. ICT dijadikan sebagai snek ikan dimakan dengan sos cili pada waktu petang dan orang berduyun-duyun di sini untuk juga menikmati pemandangan indah di tepi pantai Selain daripada ikan, makanan ringan makanan laut yang lain goreng dalam adunan dan ruji Terengganu, keropok lekor dan keropok keping yang dijual pada rentetan warung-warung yang menjadikan pantai ini destinasi percutian untuk makanan. 

Kampung Teluk Ketapang cuma terletak 0.5 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang merupakan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Juga terdapat berhampiran kampung ini ialah sebuah stadium kebanggaan rakyat negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan, stadium tertutup dan beberapa gelanggang sukan terbuka. Di sini juga terletak sebuah kem tentera dan Institut Pengajian Tinggi(IPT).

Hasil carian imej untuk pantai ketapang terengganu


View pantai












No comments:

Post a Comment