Februari 2014
Pulau Lagenda atau dikenali sebagai Pulau Langkawi. Kitaorang naik
jeti Kuala Perlis. Sebenarnya kitaorang bergerak Khamis pukul 3.30 pagi dan berhenti
solat di Masjid Seberang Jaya. Sesudah tu meneruskan perjalanan sampai kat SMK
Sheikh Ahmad (masuk USM pun ada antaranya Farah Eliani, Asiah, Shahirah Nasir)
dan UiTM Arau. Aku lupa da story sebaliknya apa.
Mengambil masa kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Perlis ke Pulau
Langkawi. Sampai pun dah maghrib, kami sewa di motel. Aku, Aziana, Along dan
Izzati Jamaluddin kongsi satu bilik. Lupa nak cerita aku AJK Fotografi
sepanjang perjalanan kitaorang kat Pulau Langkawi. Satu hari tu rehat dan makan
malam. Letih dan tidur awal.
Hari Jumaat, kitaorang breakfast berjemaah di depan televisyen di
bilik aku yang hujung sekali. Sedatnya.Turun dan tunggu la pemandu pelancong
kitaorang namanya lupa da. But this story I’m used name Aunty. Aunty ni orang
Langkawi so dia akan rekemen tempat-tempat best kat situ.
First kitaorang pergi Kilim Geoforest. Aku
ingat lagi aku naik bot dalam 9 orang iaitu Jannah, Tini, Linda, Tikah, Aziana,
Izzati Jamaluddin, Along, Rodiah dan aku berserta cikgu Eza dan Cikgu Azlina.
Tak ingatla pula da story. In the end sampai kat sempadan Pulau Andaman, aku
macam biasalah mabuk laut. Mual.
Kami pi satu pantai terletak di utara Langkawi. Pantai ni tak
famous namanya Pantai Pasir Hitam. Menurut Aunty bercerita tak tahu betul ke
tak. Wallahuallam. Menurut story katanya ada nelayan miskin dan hidupnya kais
hidup makan pagi kais hidup makan petang. One day dia merenung nasib kat tepi
pantai tu dan jumpa seoang gadis jelita. Gadis jelita tu bagi kekayaan dengan
syarat jangan lupa diri. Nelayan tu kaya raya but dia langgar syarat tu. Bila
dia langgar syarat dia disumpah menjadi pasir hitam. Aunty ini kata sesiapa
pijak pasir hitam kat pantai tu dia akan berkunjung ke Langkawi lagi. Bagi aku
yang tu lagi karut.
Selepas tu kitaorang pergi satu tempat wajib dikunjungi iaitu
Langkawi Cable Car. Mak aii aku ni dah la gayat boleh ke aku tahan.
Aku naik juga sampai kat atas tiba-tiba kepala aku pening. Pada masa yang sama,
ada dua orang Mat salleh nak bergambar dengan kitaorang. Ok maka sesi
bergambar. Seterusnya turun ke bawah, aku mual.
Solat dan makan. Menurut Aunty, lelaki bujang yang pergi tasik Dayang
Bunting pada waktu malam akan jumpa wanita cantik. Wallahuallam.
Seterusnya pergi ke kilang Gamat. Berlambak-lambak kilang gamat. So
pilihla yang mana satu. Aku tengok dema kacau gamat. Menurut pengacau gamat ni
kata kena masak gamat dalam seminggu sahaja. Kebetulan kami pi hari kedua gamat
itu dimasak. Memang panaih litlit sampai berpeluh-peluh badan aku. Kebetulan
dema duk offer produk-prdouk so aku pun pi beli la.
Perjalanan diteruskan lagi ke Makam Mahsuri.Menurut aunty
tu kata sesiapa minum air dari telaga Mahsuri akan bermimpikan Mahsuri. Kubur
Mahsuri di Kompleks itu bukan kubur asal dia. Yang tu wallahuallam. Don’t ask
me what and why happen?
Selepas tu shopping. Aku beli coklat daim dua paket besar. Nak bawa
balik untuk family je. Time tu offer beli 1 percuma 1. Aku apa lagi merembat
tanpa fikir apa da. Selepas tu pergi ke Dataran Lang. Dekat je dengan jeti
Pulau Langkawi. Sesi perkongsian pengalaman dan menjawab kuiz. Aku di antara
jawab kuiz. Aku ingat lagi soalan yang dikemukakan kepada aku ialah apakah nama
penuh Mahsuri? Aku katalah Mahsuri Pandak Maya. Depa cam tahu-tahu je aku akan
jawab soalan tu so depa pun tak mahu angkat tangan hahahaha. Gurau je. Lupa nak
cerita aunty tu pun ada mention ada satu hotel satu malam dekat beribu ringit
(x silap aku kalau salah tolong betul ye) namanya Hotel Four Season. Kebanyakan
pelancong luar negara duk bermalam di situ.
Selepas tu makan malam di Tok Senit Resort. Sakannya kami!
Rupa-rupanya makan malam kami ditaja oleh Menteri Besar Kedah ketika itu, Datuk
Mukhriz Tun Mahathir. Tak ingat pula apa yang kami makan. Best dan menyamankan
sebab betul betul suasana atas bukit tu. Selepas tu balik dan tidur letih.
Hari terakhir iaitu Sabtu, kami berkemas dan nak balik ke seberang.
Before that kitaorang singgah kat Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Shopping
sakan na! Aku beli kain batik warna ungu dan putih. Cikgu-cikgu beli pinggang
mangkuk yang murah kat Idaman Suri. Macam-macam jenama ada. Pulau Langkawi kan
pulau bebas cukai. After that naik bot dan macam biasalah membuta je.
Sampai kat Kuala Perlis kami singgah Masjid Terapung dan solat.
Selesai semua tu kami balik SMK Dato Kamaruddin.
Kilim Geoforest
Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, yang juga dikenali sebagai
Taman Semula Jadi Kilim atau Kilim Langkawi, ditemui di hujung timur laut pulau
itu. Anda akan mendapat penyebaran ini seluruh 100sq. Km daripada kawasan itu,
yang mempunyai tebing sungai hingga muara sungai. Taman ini terdiri daripada
lagun biru yang indah, hutan bakau dan pantai Langkawi putih.
Perkara yang terbaik yang dapat mengagumi dalam hidup anda adalah
keindahan Sungai Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, yang seperti anugerah
Allah kepada sifat. The Bogak Tree, Iguana, Macaques and Tree Ketam menambah
nilai kepada keindahannya. Anda hendaklah menikmati ada pelbagai pemandangan
yang menakjubkan formasi batu kapur batu yang keluar dari tanah dan kawasan
paya bakau dan laut. Ini pemandangan indah telah dianggap sebagai Bait Borobodur,
Batu Gajah dan Taman gantung.
Gua terkenal Legends iaitu Gua Cerita dan Bat iaitu Gua Kelawar
boleh dicapai dengan mudah melalui taman ini. Jika anda suka burung maka anda
boleh menikmati menonton mereka di sini di musim migrasi. Mereka datang ke
Sungai Kilim pada bulan September dan Mac.
Mengambil lawatan lengkap Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, jika
anda mahu untuk meneroka setiap dan segala-galanya di sini. Dapatkan ke rizab
bakau dari sana anda boleh menaiki bot. Bakau di sini berperanan sebagai
langkah untuk garis pantai daripada hakisan dan untuk membolehkan tapak semaian
yang betul untuk kehidupan marin dalam muara Kilim
Anda boleh mengetahui dengan lebih dekat pada akar spesies bakau
iaitu Rhizophora sp dan Soneratia sp. Juga, kamu melihat larva ikan dan udang
masuk dan keluar dari labirin akar bakau. Mereka berbuat demikian untuk mencari
makanan untuk diri mereka sendiri dan juga untuk memastikan mereka selamat dari
pemangsa.
terdapat jurang yang sempit dalam laut, yang telah mewujudkan satu
kawasan yang ideal berasingan untuk ternakan ikan dan kapal layar. Anda boleh
mempunyai pandangan yang mendalam hidupan laut yang besar di Langkawi melalui
ladang ikan. Anda rapat boleh melihat Moray belut, Ketam Kasut Kuda, Mantis
Udang, Sting Rays, Trevallys, siakap dan ikan hiasan. Terdapat sebuah ladang
ternakan ikan juga, di mana anda boleh memberi makan ikan, pakar-pakar akan
mengajar anda bagaimana untuk memberi makan kepada ray sengat dengan tangan
anda.
Di Kilim Langkawi, anda boleh memilih untuk makan tengah hari atau
makan malam dari 50 sangkar ganjil dan mendapatkannya dimasak seperti yang anda
mahu di restoran terapung di sana. Walau bagaimanapun, menu restoran memegang
pelbagai hidangan dan masakan, untuk memenuhi keinginan dan kelaparan
pelanggan. Chef di luar sana adalah pakar dalam makanan laut memasak,
menggunakan pelbagai resipi.
Jika anda telah melawat Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, sila
berasa bebas untuk menambah pandangan anda dengan menambah komen di bawah. Anda
juga boleh belajar tentang perkara yang boleh dilakukan di Langkawi untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di
Langkawi.
Pantai Pasir Hitam
# sesiapa yang pijak pasir hitam dia akan pergi ke Langkawi lagi. Tak tahu sahih ke tak wallahualam.
Cable Car Langkawi
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut
pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada
27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang
tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta
tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia,
mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh
Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama
Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana
Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001
hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah
mencipta rekod Malaysian Book of Records.
Dari Jeti Kuah, pengunjung boleh menyewa kereta (RM100 untuk Proton
Saga) terus pergi ke Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang. Jauhnya 30
minit dari pekan Kuah. Dari jauh lagi pengunjung berpeluang dapat melihat
kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Tiket dijual pada harga
RM30.00 seorang untuk dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia
dengan MyKad biasanya akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi
biasanya diantar pukul 9.30 am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta
kabel disediakan pada waktu malam. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa
naik ke atas kerana akan mencemarkan alam sekitar terutama jika dibuang dari
kereta kabel.
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6
tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera
menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan
tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di
menara pemindahan.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan
tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak
bagaikan dari dalam sangkar burung garuda. Kemudian sambung perjalanan lagi 450
meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat
Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis
hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian. Di tengah-tengah
perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun
kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan
Switzerland. Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan
pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di
selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini. Pengunjung juga dapat
menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter
yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan
ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari
terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah
berbanding suhu biasa.
Titian gantung bengkok kereta kabel Langkawi atau Langkawi
SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel
Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini
dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak,
titian ini tergantung setinggi 82m dari tiang tunggal dan jarak dari tanah
puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia
hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan.
selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan
tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya juga merupakan tarikan senibina cerdik
(intelligent architecture) yang mengagumkan.
Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia
diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.Kaedah
pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa
elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambatan panjang yang
melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli
yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat
yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan
tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak
gunung hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan
utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya.
Makam Mahsuri
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana
Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak
sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim
Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia
melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam
Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional
dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu,
dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar
perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pasangan yang berpindah dari
Phuket ibunda mereka ke Pulau Langkawi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Dia adalah yang paling cantik dalam semua Langkawi dan berkahwin pahlawan Wan
Darus (atau Wan Derus). Namun begitu, suaminya terpaksa berperang dengan Siam
menyerang, meninggalkan Mahsuri ketinggalan untuk menjaga dirinya sendiri. Ia
adalah pada masa ini bahawa Mahsuri berkawan dengan seorang pengembara muda
yang bernama Deraman. isteri ketua kampung Wan Mahura cemburu dengan kecantikan
Mahsuri. Dia menyebarkan khabar angin bahawa Mahsuri tidak setia dan mempunyai
hubungan sulit dengan Deraman dalam ketiadaan Wan Darus. Akhirnya, khabar angin
berkembang cukup kuat bahawa penduduk kampung secara terbuka menuduh beliau
berzina. Mahsuri mengaku dia tidak bersalah, tetapi tiada siapa yang percaya
dia.Mahsuri adalah diikat dengan pokok (atau tiang) dan ditikam sampai mati
tetapi ia tidak berjaya. Selepas setiap percubaan pelaksanaan gagal, Mahsuri
memberitahu mereka untuk membunuh beliau dengan 'keris' keluarganya. Apabila
dia ditikam, darah putih mengalir dari luka, menandakan dia tidak bersalah.
Beberapa burung terbang di atas dia untuk menutup tubuhnya. Nafas mati ,
Mahsuri mengutuk Langkawi mempunyai tujuh generasi nasib malang. Kerajaan ini
kemudian diambil alih oleh Siam. Penduduk kampung di Padang Mat Sirat dibakar
sawah padi mereka sendiri dan untuk tidak membiarkan membiarkan mereka jatuh ke
tangan Siam.
Dataran Lang
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan
juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi,
Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan
helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang
gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap
berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang
mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama
langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala
“kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut,
panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya
lampu daripada kapal yang berlabuh.
No comments:
Post a Comment