Saturday, 10 June 2017

Cara-cara Putihkan Bawah Lengan (Pakai Barang Dapur)

Assalamulaikum and hi guys! Kali ini sis nak share tip Putihkan Ketiak Tanpa Kesan Sampingan. Mesti x selesa kan bila di bawah tu hitam so based on info sis ada sis share kat sini. Tajuk ni agak sensitif dan malu untuk dibicarakan. Antara penyebab berlakunya masalah ketika hitam antara ialah penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol. Apabila terlalu lama menggunakannya maka ketiak akan menjadi hitam. Selain itu mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi kehitaman. Sebenarnya ada cara alami yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketiak hitam. Bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja murah, senang di dapati tetapi yang paling penting tiada kesan sampingan. Cubalah! Entry akan datang rawatan secara moden pula. 

Timun

Potong timun nipis-nipis. Gosokkan di bahagian kulit ketiak. Biarkan hingga kering kemudian bilas bersih. Lakukan sehari sekali setiap hari secara konsisten. Dengan cara ini ia dapat membantu menghilangkan noda yang menghitam di bawah lengan anda.

Kunyit

Gosokkan hirisan kunyit di bahagian bawah lengan secara perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari cara ini untuk memutihkan bahagian bawah ketiak.

Baking Soda

Bancuh baking soda dengan air. Jadikan bancuhan baking soda dan air sebagai masker di bahagian ketiak. Sapukan dengan berus lembut. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gunakan air mawar.

Betik

Gunakan betik yang masih muda. Kupas betik dan potong nipis-nipis. Kisar betik tanpa air sehingga hancur. Jadikan masker dan oleskan di bahagian ketiak. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali atau dua kali seminggu.

Kentang

Kupas kentang dan kisar tanpa air. Oleskan pada bahagian ketiak dan biarkan hingga meresap. Bilas dengan air bersih untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan keinginan anda. Boleh diamalkan dua kali seminggu.

Limau Nipis

Potong limau nipis secara bulat dan nipis-nipis. Gosokkan secara merata pada bahagian ketiak untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dengan mengamalkannya secara rutin ia akan membantu mendapatkan kulit ketiak yang lebih putih dan bersih. Boleh diamalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kapur Sirih & Limau Nipis

Campurkan kapur sirih dengan jus limau nipis yang siap diperah. Sapukan pada bahagian ketiak. Biarkan kering. Setelah itu bolehlah dibilas dengan air suam. Keringkan dengan tuala bersih bahagian ketiak. Amalkan dua hari sekali untuk hasil yang lebih baik.

Tepung Beras & Cuka

Tepung beras juga dapat membantu untuk memutihkan bahagian ketiak yang hitam. Caranya sangat mudah hanya dengan menggunakan tepung beras dan cuka. Bancuh tepung beras bersama cuka. Sapukan pada bahagian bawah ketiak. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

Sengkuang

Dalam dunia kecantikan, peranan sengkuang sebagai pemutih kulit sudah tidak dinafikan lagi. Berbagai produk kecantikan yang dijual di pasaran hampir pasti mengandungi ekstrak sengkuang. Caranya mudah sahaja. Hanya kisar hingga halus sengkung. Sapukan pada bahagian ketika. Biarkan hingga kering kemudian bilas.

Madu & Lemon

Bancuh madu dengan jus lemon. Gaul hingga sebati kemudian sapukan pada bahagian ketiak. Biarkan kering. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Gosok secara perlahan-lahan seperti skrub. Bilas dengan air suam.

Susu Segar dan Kunyit

Gosok bahagian ketiak dengan susu segar lebih kurang setengah gelas. Biarkan selama 10 minit hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Keringkan bahagian ketiak dengan tuala bersih. Amalkan setiap hari untuk kesan yang maksium.

Kulit Lemon & Minyak Zaitun

Kulit lemon jangan dibuang. Ada manfaatnya untuk kecantikan diri anda. Caranya mudah sahaja. Kisar kulit lemon bersama minyak zaitun. Gosokkan pada bahagian ketiak secara merata. Biarkan selama 10 minit hingga 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Boleh diamalkan setiap hari untuk kesan yang lebih efektif.  

Minyak Kelapa

Selain dapat memutihkan ketiak, minyak kelapa juga dapat membantu melembapkan kulit ketiak untuk jangka masa panjang. Namun harus diingat yang digunakan di sini adalah minyak kelapa asli atau biasa disebut VCO.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment