Sunday, 18 June 2017

melaka part 3

4/5/2016 – 15/5/2016
 Assalamulaikum dan hi! Kali ni kita ke Melaka Bandar raya Bersejarah. Kenapa namanya Bandar raya Bersejarah? Cari sikit. Macam biasalah ikut rombongan. Kali ini Perkumpulan Anak Anak Melaka (PURNAMA) buat event baktisiswa dan round satu Melaka. Macam biasalah juga la aku kenal Sham sorang ja. Balik-balik nama dia juga. Sham pun kaki jalan cam aku juga. Kami bertolak pukul 12 tengah malam di Padang Kawad USM. Sampai di RnR Ayer Keroh jam 6 lebih. Kami tak lalu highway Jalan Duta. Aku nyaris-nyaris mahu muntah. Tak tahu kenapa. Sebut je fasal ni nanti aku post story Terengganu.


Sampai di Tol Ayer Keroh, Melaka. Kami menuju ke Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim kat. Apa yang aku ingat sebelum nak sampai ke situ kena lalu Sekolah Henry Gurney (sekolah khas untuk juvana yang disabitkan dengan kes-kes berat). Sampai je kat situ kami pun join game diorang. Aku join sekerat je selebihnya depa la yang handle. Sham tak join pun. Ada gotong-royong sikit kami dua orang bukan nak ponteng tapi kami nak round satu bangunan hehehe. Jangan marah ye sham! Selepas tu makan tengah hari dan solat. Lepas tu pergi ke Bandar raya Hilir Melaka. Kami bermalam di sekolah Tinggi . Dekat sangat dengan bandar raya hilir. Rehat dulu.


Selepas asar kami pergi Pantai Klebang a.k.a Pantai 1 Malaysia. Sejarah. Bila mai sini mesti tak sah kalau tak pekena coconut shake. Coconut shake resepi. Time tu panaih litlit lagi la hurm!! Pantai Klebang penuh dengan bustel. Apa dia bustel? Bus yang tak guna diorang kitar semula untuk jadikan sebuah hotel dalam bas. Bukan tu je tandas dan kedai makan pun dalam bas. Nak panggil apa pun aku tak tahu la. Bagi aku orang yang buat bustel ni kreatif dan lain dari yang lain.


Masa nak pergi ke bas aku la orang paling last masuk sebab aku nak langkah longkang besar, dalam dan luas punya takut. Kan aku pernah cakap aku tersangat la fobia. Last 2 aku lalu jalan jauh dan sampai ke bas. Aku nak menangis tahu tak bila mai fobia ni. Lepas tu makan malam di tepi pantai Bidara. Depan masjid. Best juga. Tak bestnya bila lauk aku ada orang kebas. Tak boleh blah dia cakap dia suh aku puasa. Mujur aku ada karipap lagi. Lepas tu solat dan bersiap.


Sebelum pergi ke Dataran Pahlawan. Kitaorang naik Malacca River Cruise. Sejarah. Best. Ni kali kedua aku naik bot. Nak view cantik tengok waktu malam. Waktu siang biasa je. So better pergi beramai-ramai dapat diskaun hehehe. Selepas tu pi Dataran Pahlawan.


Asalnya nak pi Jonker Walk. Disebabkan banyak sangat cabang dia kami pun tak jadi la nak pi situ. Bimbang keselamatan kitaorang. Sebagai ganti kami pi pasar malam kat Dataran Pahlawan. Aku dan Sham berpecah dengan depa. Banyak beca dihiasi dengan lampu. Cantik. Bagi aku yang paling cute bila beca dihiasi dengan Doraemon. Aku dan Doraemon tak dapat dipisahkan. Ini tak bermakna aku suka kaler biru. Aku tersangat la tak suka warna biru.


Aku beli 2 helai baju saiz L warna hitam dan hijau palapes. Sham pula teliti betul-betul fasal baju. Dia beli gak baju hitam lengan kelabu cap Melaka. Then selepas tu nak cari ATM kat shopping Mall tutup dan nak tak nak terpaksa kitaorang jalan kat situ. Lepas tu diminta berkumpul dengan Mc Donalds. Selepas tu balik dan tidur. Lupa cerita tempat penginapan kitaorang tak de suis so betul bergantung harap kepada power bank. Nasib nasib. Menyesal bawa plug lebih.


Hari  terakhir di Bandar raya Melaka. Kami berkemas siap da dan paling penting breakfast dulu. After that kitaorang pusing satu bandar raya. Bermula Bangunan Merah, Kota Stadhuys. Sejarah.
Naik tangga dari bangunan belakang tu terus nampak St Xavier. Sejarah. View dari atas sangat cantik kalau waktu malam memang daebak. Sebab boleh nampak Selat tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka. Memang letih oo. Turun memang akan lalui Kota A Famosa. 

Ok selepas tu pi Istana Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah. Aku dan Sham jalan-jalan kat luar dulu. Depa masuk dalam awal-awal. Malas nak join sekaki. Selepas tu baru kami masuk dalam. Biasalah nak masuk mana-mana tempat mesti ada sesi fotografi. Cerita blah dalam.


Selepas tu aku dan Sham minta izin kat pengarah projek untuk jalan kat mall. Asalnya tak bagi. Selepas tu kami sama-sama pujuk la in the end, pengarah projek bagi. Kami pun mula ekspedisi round tiga bangunan mall yang duduk sebelah. Nama. Sampai kat Branded Outlet ke Reject Shop, aku tunggu Sham dekat berjam-jam semata-mata pilih baju. Baju untuk ayah dia dan dia. Aku tak beli pun kat situ sebab sebelum tu aku dah beli seluar slack hitam. Fesyen aku pi mana-mana selesa dengan seluar kaler hitam sebab boleh cover yg mana patut. Aku tahu la aku bukan jenis cam dia. Aku nampak sorang dua budak yang join rombongan sekali kitaorang ada kat kedai tu. Diorang kata depa semua pakat mai situ.


After that, Sham nak beli capa kat ibu dia. Saiz kaki ibu dia sama dengan aku. Test capa pakai kaki aku. Selepas beli capa dengan harga RM 45 (paling murah selepas minta diskaun). Kami pun beli dodol perisa durian, pandan, dan asli. Aku tersuka tanpa sengaja dodol. Selepas tu beli kuih tradisi orang Melaka apa da lupa. Sebenarnya kami shopping kat tingkat paling bawah di satu kedai di Mall. Aku tahu ni pun dari Sham la. Dia kata dia pernah pi situ so dia penunjuk arah kat aku. Jalan keluar dia betul-betul menghadap A Famosa. Rehat sat dengan beli makan kat Mc Donalds. Aku seperti biasa oder air without ais. Aku pi KFC, MC Donalds ke makanan segera make sure aku order air without ais. Sebab air kat situ sedia sejuk kalau tambah lagi ais lagi double sejuk menyebabkan aku lambat habis air. 


Selepas tu jong pi semayang kat Masjid Selat. Sejarah. After that, makan asam pedas ikan apa tah dan nasi. Sedatnya walaupun aku tak tahan makan pedas. Aku cuba makan pedas tapi in end normally aku akan sakit perut. Selepas tu bertolak balik ke USM.


2. Sejarah Istana Kesultanan Melayu Melaka

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina Istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Atas kesedaran untuk memelihara kesan-kesan sejarah, sebuah replica Istana Kesultanan Melaka telah didirikan dengan tujuan untuk membangun semangat dan kegemilangan zaman kegemilangan Empayar Melaka.

Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini mengenengahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bungaan dan tumbuhan tempatan seperti yang terlihat pada ukiran dinding dan tiang istana. Selain sebagai replica istana, bangunan ini juga berfungsi sebagai muzium budaya yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurut Sejarah Melayu, istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang dan setiap satunya berukuran 87.5 meter serta mempunyai 40 pintu. Namun begitu replica istana ini dikecilkan saiznya menjadi 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

Ruang-ruang pameran termasuk balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melaka seperti istiadat menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana di tempatkan di tingkat satu. Di tingkat dua pula terletaknya pameran tempat peraduan raja dan bilik-biliknya manakala du tingkat tiga menempatkan simpanan segala khazah.

Objektif pembinaan Replika Istana Kesultanan Melaka.
Untuk mempamerkan kepada umum suasana di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan ruang-ruang tertentu seperti Balairong Seri, Balai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu disamping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dan pengajaran dari peristiwa tersebut.


Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. *Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.


Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.


Pembinaan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini telah menambahkan lagi binaan sejarah tanahair serta memperlihatkan kepada masyarakat umumsebuah Pusat Empayar yang terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-15 pernah muncul di Melaka.

Harga Tiket

Kanak-kanak (bawah 7 tahun)                    : PERCUMA
Kanak-kanak (7-12 tahun)                           : RM 2.00 / Seorang
Dewasa                                                        : RM 3.00/ Seorang
OKU                                                            : PERCUMA
Warganegara Asing                                     : RM5.00


Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota,
75000 Melaka.
Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
admin@perzim.gov.my



 buka setiap hari mulai 9.00 pagi - 5.30 ptg.




Hasil carian imej untuk istana kesultanan melaka
Kedudukan dalam sistem pemerintahan beraja

Hasil carian imej untuk istana kesultanan melaka
Bilik beradu



3. Pantai Klebang


Tips Pengunjung

1. Tempat ini dekat dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), muzium kapal selam dan Klebang Coconut Shake yang terkenal sehingga ke Singapura.

2. Jika jalan di sini sesak teruk, ada kemungkinan ianya kerana pelanggan yang mahu menuju ke Klebang Coconut Shake.

3. Cuaca di sini sangat panas. Datang pada waktu petang ke atas. Dan tak perlu bersolek tebal. Takut cair nanti.


Pantai Klebang, Melaka terletak 22 kilometer daripada Tol Ayer keroh (Lebuhraya Utara-Selatan). Kalau tak sesak boleh sampai dalam 30 minit saja dari tol tu. Selalu kalau ke Melaka, ramai yang ke Bandar Hilir.
Best ke?

1. Bustel

Tempat ni memang dah terkenal sebenarnya. Pernah dapat liputan daripada pelbagai media dan beberapa artikel pun ada sebut pasal Bustel ni.
Ia adalah penginapan bajet berkonsepkan bas-bas lama di Melaka. Tapi janganlah expect macam hotel lima bintang. Ini memang hotel bajet yang selesa yang ruangnya muat-muat katil queen dan sebuah meja solek. Ada bilik mandi dan toilet yang selesa tapi tak ada hot shower. Jadi kalau ada sesapa jenis yang tak tahan air sejuk tu, harap maklum. Tak ada cerek air atau mini fridge macam hotel. Diingatkan Bustel adalah hotel bajet berkonsepkan bas “tingtong”.
Kadar untuk hari biasa adalah RM90 semalam manakala di hari minggu dan cuti umum adalah RM130 semalam.
Tempat ni strategik. Berada di Dataran 1Malaysia, di tepi Pantai Klebang dan terdapat banyak gerai makan di situ. Tak payah sibuk keluar cari makan jauh-jauh. Makanannya bertaraf “boleh la…”.


2. Menunggang Kuda
Kalau kita lepak petang-petang di Pantai Klebang, ada beberapa ekor kuda padi yang parkir “cun-cun” di persisiran pantai. Bolehlah kalau nak merasa tunggang kuda. Walaupun kuda padi ni rendah, tak macam kuda biasa tu, oklah tu sebab kalau terjatuh pun taklah tinggi sangat jatuhnya. Hehehe.
Kadar yang dikenakan dalam RM10 & RM15 sekali naik, ikut jarak jauhnya.
Kami sempat tanya, apa nama kuda-kuda yang comel tu? Namanya Santi dan Puteri. Bulunya cantik dan bersih, kata tuannya kuda-kuda ni selalu kena shampoo. Jadi kalau ada yang tak suka bershampoo, malu sikit la dengan Santi dan Puteri ya…



Ada kereta kuda tau di Pantai Klebang. Kereta kuda tu dihias dengan lampu yang berwarna-warni, meriah!
Kereta kuda menggunakan kuda padi juga. Melihatkan saiz kuda yang agak kecil dan comel, rasa kesian juga nak naik kereta kuda tu. Macam biasa kami sibuk tanya nama kuda comel tu, nama kuda tu Manja. Ha, bukan main nama kuda dah macam panggilan seorang isteri gitu…
Kadar yang dikenakan adalah RM5 & RM10 seorang, ikut jarak jauhnya. Kami terjebak naik kereta kuda ni sebab kami dah banyak tanya sangat dengan tuan kereta kuda sampai rasa bersalah pula kalau tak naik. Harap Manja ok…


Teringat Krabi kalau tengok ATV ni. Rupanya di Pantai Klebang pun ada. ATV ni memang terletak di pesisir pantai. Dibuka hari-hari kecuali kalau mereka nak servis motor-motor beroda empat tu.
Kadarnya adalah RM25 untuk tujuh pusingan. Bawalah lambat-lambat kalau nak puas naik, hehehehe.

5. Cafe Bustel

Yang ni memang unik sebab selain penginapan bajet dalam bas yang diubahsuai jadi bilik hotel, cafe-cafe yang terletak sepanjang tepi jalan di Pantai Klebang pun berkonsepkan bas “tingtong”.
Ada banyak cafe Bustel yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan dan western food. Ada coconut shake yang dah jadi macam signature desert di Melaka. Oklah, nak kata sedap sangat tu, entahlah sebab kami hanya cuba otak-otak dan coconut shake with ice cream.

6. Tapak Pesta Klebang 2015 (28 Ogos – 27 Sept 2015)

Sekarang sedang berlangsung pesta di Pantai Klebang seperti tarikh yang tercatat di atas. Jadi, bolehlah anda habiskan duit di sini kalau ke Pantai Klebang. Seperti yang saya cakap, kami tak berapa nak ada duit masuk ke tempat-tempat berbayar macam ni.
Tapak pesta dikendalikan Asia Fun Park. Ada Top Gun, Flying Carpet dan benda-benda yang boleh menggegar adrenalin anda. Silalah ya.


7. Asam Pedas Jalan Tun Fatimah

Yang ni bukan di Pantai Klebang tapi saya masukkan juga dalam artikel ni sebab kedudukan kedai yang hanya 6-7 kilometer dari Pantai Klebang dan yang penting SEDAP!!!
Kami datang sarapan ke sini dan tak expect apa-apapun. Saya memang suka kedai yang nampak ‘sangat tempatan’ macam kedai-kedai kampung gitu.
Satu yang saya perasan di Melaka, mereka letak kangkung goreng dalam nasi lemak. Rupanya sedap juga makan nasi lemak bersayurkan kangkung. Kangkung bukan sekadar untuk dibawa lenggang sana sini saja rupanya!
Selain nasi lemak bersayur kangkung, ayam gorengnya memang sedap. Ada juga hidangan seperti lontong basah yang nampak sedap. Mee goreng disediakan secara masak on the spot. Kira boleh order panas-panas la. Ada roti canai yang nampak sedap juga sebab saya tengok ramai yang order. Semua nampak sedaplah!
Bila dah pukul 10 pagi, mereka mula buka order untuk cendol dan goreng pisang. Syok!
Sambal sedap cuma tak pedas.


8. Restoran Pak Putra

Ok, yang ni pun bukan di Pantai Klebang tapi kedudukannya adalah 6.5 kilometer dari Pantai Klebang. Dekatlah kan?
Keistimewaan kedai makan yang popular ini adalah Roti Nan dan Ayam Tandoorinya. Saya memang akui, sangat sedap!
Tempat ni buka dari 5.30 petang ke 1 pagi, menurut kawan kami Chan. Sila betulkan jika fakta tu tak tepat. Tapi serius tempat ni sangat ramai pelanggan. Memang berebut meja. Jenuh kami tunggu orang bangun. Orang Cina pun suka makan kat situ.
Sedap tu memang sedap tapi siapa yang nak pergi sini kena banyak bersabar sebab sangat lambat nak dapat pesanan kita tu. Bertabahlah demi sesuatu yang berbaloi untuk dirasa dan ditelan.



Hasil carian imej untuk BUSTEL
Bustel

pekena coconut shake


Hasil carian imej untuk pantai klebang


Hasil carian imej untuk pantai klebang


3. Malacca River Cruise

Cuba bayangkan anda menjadi pedagang rempah pada masa sekarang. Sudah pastinya laluan yang digunakan ialah laluan di Malacca River Cruise. Dah seperti kita berada di Venice, Itali. 


Sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.

Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini.
Sayangnya, sungai Melaka selalunya kelihatan kotor, dan terdapat kawasan di mana bau sungai agak kuat. Anda juga yang mungkin terserempak dengan biawak yang bersantai di bawah mural-mural bangunan.

Jika anda tidak kisah dengan sedikit gangguan itu, menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda yang berbulan madu.


Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pihak kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Perkhidmatan Melaka River Cruise pada 11 November 2005

Penubuhan Melaka River Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke-sembilan, Tan Sri  Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.

Sewaktu awal penubuhan Melaka River Cruise, terdapat 2 buah bot yang beroperasi iaitu Tun Teja dengan kapasiti 20 orang penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 orang penumpang.

Kini Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot. Iaitu sebanyak 6 buah bot dengan kapasiti 20 penumpang dan 34 buah bot dengan kapasiti 40 penumpang

Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan Negeri Melaka.

Perjalanan bagi perkhidmatan bot ini adalah sejauh 9 KM. Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau sebaliknya. Tempoh perjalanan mengambil masa selama 45 minit.


from whichever jetty you commence your Melaka River Cruise, the boat will pass near the following landmarks:

Kampung Morten. A traditional Malay village and living museum. Some of the houses, notably Villa Sentosa, are open to the public.

Pirate Park. A modest funfair with a ferris wheel, swinging pirate ship, flying fox, rock climbing wall and trampoline.

Ghost Bridge of Melaka. Where Japanese soldiers during WWII dangled the decapitated heads of local Chinese businessman.

Kampung Jawa. A small residential and commercial area where descendants of the original Javanese settlers still maintain some of their traditions.

Clock Tower. In the famous square of red painted Dutch buildings.
Jonker Walk. One of the best streets in Melaka to shop for souvenirs and enjoy local speciality dishes.

Tips

Waktu terbaik menaiki Melaka river cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan anda juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.
Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai.

Jeti

Anda boleh menaiki bot ini dari :-

1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 12 mlm


Hasil carian imej untuk melaka river cruise




Hasil carian imej untuk melaka river cruise


bezakan dengan waktu siang dan waktu malam


Hasil carian imej untuk ghost bridge malacca
dikatakan jambatan berhantu.

Hasil carian imej untuk kampung morten melaka
Kampung Morten


3. Perkampungan Hang Tuah, Duyung


Perkampungan Hang Tuah atau Hang Tuah Centre yang didirikan di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung, Melaka . Apa yang menariknya Hang Tuah Centre ni? Kampung Duyung dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.  Perkampungan ini diwujudkan dan dibangunkan semula bagi memelihara sejarah dan memasyurkan kembali nama laksamana terbilang ini di zaman kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka melalui pendekatan ”Muzium Hidup” yang turut melibatkan masyarakat setempat.

Di sini, anda boleh lihat Perigi Hang Tuah yang bersejarah serta menikmati pemandangan perkampungan Melayu Tradisional yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Perkampungan ni menempatkan enam buah bangunan dengan senibina Melayu Melaka iaitu Pusat Hang Tuah yang dilengkapi informasi dan maklumat interaktif dan sejarah pahlawan tersebut, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat selain daripada rumah tradisional melayu, auditorium yang boleh menempatkan seramai 200 orang dalam satu-satu masa dan pentas kebudayaan. 



Di sini juga turut dilengkapi gelanggang silat terbesar di dunia yang boleh menempatkan 3000 orang peserta pada satu-satu masa. Pemandangan di sini memang sangat cantik dan selalu jadi lokasi tumpuan para pelancong dan orang ramai untuk mengambil gambar. Selain itu, terdapat juga sebuah masjid dengan senibina lama untuk anda bersolat dan teroka. Sebelum masuk ke perkarangan Hang Tuah Centre, anda pasti akan terlihat sebuah bangunan kayu yang agar besar yang dikenali sebagai Balai Adat.



Balai Adat yang terletak di Perkampungan Hang Tuah, berhampiran Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong ni merupakan salah satu projek fasa pertama pembangunan pelancongan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Balai Adat ini siap pada tahun 2013 dan mempunyai dua buah dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai penganjuran acara. Balai Adat beserta dua buah Rumah Tradisional Melayu telah diserahkan kepada Institut Seni Malaysia Melaka sebagai pengelola bangunan. 



Antara acara yang pernah dianjurkan di dalam Balai Adat ni adalah Majlis Berbuka Puasa TYT Yang diPertua Negeri Melaka Bersama Penduduk Perkampungan Hang Tuah, Seminar dan Jamuan Kenduri Adat sempena Program Sireh Pulang ke Ganggang, Majlis Makan Malam Kembara Cuti-Cuti Malaysia Gaya Travel, Majlis Perasmian Bengkel Latihan (Gendang Warisan & Tarian) sempena cuti persekolahan penggal pertama, Bengkel Tarian bersama Belia ASEAN, Temasya Pantun Melayu Serumpun, Pertandingan Berbalas Pantun Rumpun Melayu dan Pertandingan Dondang Sayang serta banyak lagi.



Sama seperti bangunan-bangunan lain di Perkampungan Hang Tuah, Balai Adat yang kaya dengan kemegahan senibina tradisional ni berbentuk seperti sebuah balairong seri istana Melaka yang mewah dan dibina menggunakan kayu serta dihiasi motif ukiran melayu berkualiti tinggi.



Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di dalam suasana adat istiadat Melayu, Balai Adat juga boleh juga digunakan untuk acara majlis perkahwinan. Seorang artis Akademi Fantasia 9, Raqeeb juga pernah menggunakan Balai Adat ini didalam majlis pernikahan dan Majlis Malam Berinai yang penuh adat istiadat dan tradisi Negeri Melaka. Majlisnya pernah ditayangkan dalam rancangan berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang telah dihoskan oleh Irma Hasmie. Selain itu, Balai Adat ni juga sesuai digunakan bagi anda yang ingin anjurkan pameran-pameran atau showcase serta memperkenalkan produk terkini.



Kepada anda yang berminat untuk mengadakan pelbagai majlis, terdapat banyak pakej yang ditawarkan di sini bermula serendah RM65 seorang untuk keseluruhan majlis termasuk persembahan kebudayaan termasuklah Pakej Majlis Makan Malam Beradat, Majlis Perkahwinan, Majlis Cukur Jambul, Bengkel Muzik dan Tarian serta sewaan tempat bagi menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas lelaki, wanita dan tandas OKU, dua buah dewan, kedai cenderamata, kemudahan tempat letak kenderaan selain berdekatan dengan Perigi Hang Tuah dan surau serta masjid.



Selain itu, terdapat juga dua buah rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Hang Mahmud dan Rumah Dang Merdu. Nama bagi dua buah rumah ini diambil sempena nama ibu bapa Hang Tuah yang bakal beroperasi pada bulan September dengan acara pembukaan yang akan dijalankan pada 25 Ogos 2016 iaitu Bengkel Pelastarian Destar. Pelbagai pakej menarik yang akan diperkenalkan dan salah satunya adalah Sleeping Overnight in Hang Tuah Village yang mana pengunjung akan menginap di rumah berkenaan dan merasai suasana kampung asal Hang Tuah yang merupakan pahlawan lagenda Melaka pada zaman dahulu. Menarik kan?

Kedua-dua rumah ini juga boleh digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan sekiranya ada tetamu yang ingin  meraikan perkahwinan mereka dengan konsep ala kampung dan tradisional. Di sini juga akan diadakan pelbagai bengkel yang berkaitan adat isitiadat Melayu seperti bengkel busana, bengkel sanggul lintang dan sebagainya yang bertujuan untuk menarik masyarakat melayu sekarang untuk terus memelihara dan mencintai nilai-nilai seni serta warisan budaya tradisional Melayu yang telah semakin dilupakan generasi sekarang supaya tak hilang ditelan zaman yang bersesuaian dengan falsafah Hang Tuah iaitu ’takkan Melayu hilang di dunia’.

Maka, pengekalan serta penganjuran bengkel sebegini mampu menarik penggiat-penggiat budaya dari dalam dan luar negara, malah dapat menjadikan Hang Tuah Centre serta Balai Adat sebgai tempat atau tapak pengukuhan adat budaya masyarakat Melayu disamping sebagai produk pelancongan yang berasaskan warisan budaya.



Waktu Operasi Hang Tuah Centre:

9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari

Harga Tiket :

Dewasa – RM5.00
Kanak-kanak (bawak 12 tahun) – RM3.00

Pusat Hang Tuah, Kampung Duyong, Negeri Melaka.







Tekpi dan Keris


Alat Pandang Dengar


Hasil carian imej untuk perkampungan hang tuah duyung


Hasil carian imej untuk perkampungan hang tuah duyung

No comments:

Post a Comment