Ogos 2013
Ni kali pi dengan satu family.
Bertolak pada raya ke berapa lupa da. Time tu aku student Pra U Rendah.
Kitaorang bertolak tengah hari sampai kat Melaka pun malam. Bermalam kat Ayer
Keroh. Rehat. Satu family aku iaitu aku, akmar, amir, abah, nenek, mama, opah,
tokki, pak su, aimin, aisyah dan mak su ikut. Aimin dan Aisyah ni sepupu aku
dan still child time tu. Hari pertama kami di bawa menikmati udara segar di
Pantai Bidara.Time tu pukul 12 tengah malam. Selepas tu pusing sampai Alor
Gajah then sampai Ayer Keroh. Mujur mama aku tak drive. Kitaorang semua pakat
tidur. Aku ja tidur di ruang tamu.
Hari kedua (Khamis), satu family
pergi ke Taman Bunga Ayer Keroh Melaka. Time tu Cik Ayu (sekarang
isteri pak su aku) ikut. Macam-macam style kitaorang buat. Then kitaorang makan
malam tak ingat nama kedai. Dinner kitaorang asam pedas dan nasi putih. Aku
lagi suka asam pedas style Perak kurang pedas. Then naik Melaka River Cruise.
Menyelusuri sepanjang perjalanan ke situ aku sebegitu kagum dengan bangunan
antik masih bertahan di situ. Bayangkan para pedagang dari mana-mana kawasan
datang ke Melaka lalu jalan Melaka River Cruise untuk berdagang. Then pusing
satu Melaka. Kami 3 beradik dan Aisyah ke Aimin naik kereta cik Ayu. Then balik
dan tidur.
Hari ketiga kitaorang pergi taman
burung di Ayer Keroh. Banyak betul spesis burung kat situ. Ada satu
part aku nyaris nak lepaskan burung kakak tua warna putih sebab kuku dia
mencengkam lengan aku sakit oo. Then pergi Malacca Waterpark. Masuk parking
time tu RM 5. Tak masuk dalam betul kat situ. Dekat juga dengan pak su aku.
Then kaum lelaki pi solat Jumaat. Selepas Asar kami pun pi la Mydin shopping
sikit nak pi port Dickson hari Sabtu. Malam tu juga la, pak su hantar Tokki aku
pi rumah Chu Nab kat Nilai.
Hari terakhir kitaorang di
Melaka. Kami pun bersiap nak pi Port Dickson dulu. Lalu jalan lama. Tu je nak
story fasal Melaka Part 2.
Taman Bunga Ayer Keroh Melaka
Taman Seribu Bunga dibangunkan
dikawasan seluas 5.3 Hektar bersebelahan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh
telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1
Julai 2007.Masuk pun free je.
Taman Burung Ayer Keroh
Sebenarnya, Taman Burung Melaka
ini telah dibuka untuk para pengunjung pada bulan Mei 2013. Pengunjung-pengunjung
akan dibekalkan dengan tiga bekas makanan iaitu jagung, kuaci dan air madu.
Makanan-makanan ini perlu dibeli di kaunter pendaftaran dengan harga RM 10.00
sahaja. Selain memberi makan pada burung-burung disini, aktiviti lain yang
menarik ialah sky walk. Berjalan merentasi sky walk ni memang menarik. Kita
akan dapat melihat keseluruhan taman burung ini dari pandangan atas. Memang
menarik. Di tambah pula sepanjang sky walk ni ada banyak burung yang menemani
kita berjalan.
Bayaran Tiket Masuk
Isnin – Jumaat
Dewasa RM 15.00, Kanak-kanak RM
10.00
Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Khas
Dewasa RM 20.00, Kanak-kanak RM
15.00
Lokasi Dan Pertanyaan
Melaka Bird Park Taman Botanikal,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Hang Tuah
Jaya, Melaka
Tel: 062330333 or 017-2296986
Email: info@melakabirdpark.com
Facebook:
www.fb.com/melakabirdpark
Taman Burung Melaka
antara burung yang terdapat di situ |
Tarikan utama di situ. bagi sapa yang suka melalui jambatan yang cm tu. |
No comments:
Post a Comment