2/12/2016 – 4/12/2016
Seperti biasalah aku pi mana-mana
pun dengan rombongan. Kali rombongan yang tersikit yang pernah aku join iaitu
20 orang dan banyak Chinese. Tak de masalah yang tu. Rombongan ini kena bayar
RM30 dan tak de MYSCD. Asalnya macam biasalah aku kenal Sham je. Balik-balik
jumpa nama dia kan. Kami bertolak pukul 3 petang lebih naik bas sekolah. Aku
dapat info sewa bas sekolah lagi murah than naik bas ekspres. Kami lalu
jambatan kedua penang. Nak buat macam mana duk di belah pulau kena lalu kot jambatan.
Aku duduk sebelah Sham. Dengar story dia blablabla.
Sampai kat jeti Lumut pukul 6
lebih. Naik kapal macam biasalah bila naik kapal ka aku akan tidur. Sleepy
beauty gitu hehehehe. Sampai kat jeti Pangkor dalam kul 7 lebih, kami pun naik
van pink. Van pink tu ikonik kat pulau pangkor. Nak round island kena RM 80
untuk 2 jam. Sampai kat Chalet sebenarnya rumah banglo dua tingkat. Tak ingat
taman apa pula. Apa yang aku ingat taman tu ada 7eleven, KFC dan Thai Projects.
Yang tak best duduk serumah dengan lelaki! Lelaki tinggal di tingkat bawah
perempuan tingkat atas! Macam biasalah rehat belah malam kami pi beramai-ramai
keluar makan kat depan tu je. Dekat. Aku dan Sham makan kat Thai Projects.
Macam biasalah dia order makanan tu. Aku dah boleh agak dia order apa? He
always order nasi putih dua pinggan dengan tomyam putih sotong. Sham suka
sangat sotong sebab sotong lembut. Selepas makan tu kami balik dan tidur. Aku
tidur di bawah. Sejuk gila sebab aircond kena betul-betul kaki aku.
Hari kedua, aku pi mana-mana
mesti bangun awal. Balik rumah sendiri aku tak boleh bangun awal. Kenapa?
Tiba-tiba Sham pun bangun dan ajak aku pi pantai. Yang lain semua terbongkang
tidur depan ruang tamu. Aku, Sham dan budak school math je jaga. Tanya dia
kenapa dia study tu? Dia cakap dia ada 5 test Math! Tu dia mak ai! Sebilik
dengan aku pun study gak subjek psiko ada sains pun ada. Kami pun pi la
jalan-jalan kat pantai pasir bogak. Sampai kat situ kami pun berjalan-jalan.
Macam kami buat. Kami tulis kat atas pasir, duduk atas batu dan kaki kami kena
air laut. Kami pun cari satu port sembang blabla.
Selepas tu balik kat rumah tu.
Tak ingat pukul berapa pusing satu island. Mula-mula kami pi Kota Belanda. Sampai je kat situ hujan lebat turun so kitaorang
berteduh kat kedai berbumbung. Lepas reda tu kami pun pi la Galeri Pangkor. Selepas tu pergi ke kuil orang
Cina. Bukan nak pi sembahyang cara cina tapi kami nak pi tembok besar cina yang
mini.
Selepas tu kami pi kilang ikan
bilis. Aku dan sham tak shopping banyak sangat pun. Bajet pun tarak. Selepas tu
kami di bawa ke Teluk Nipah. Time tu ada yang makan ada yang solat jamak. Aku
dan Sham makan tengah hari jauh sikit dari depa. Lepas tu snorkling kat pulau.
Naik bot. Cerita sikit. Sampai kat pulau tu kami pun ada swim dan macam macam
la. Sham ajar aku berenang yang basic. Aku tak reti berenang sebenarnya.
Lepas tu kami pun balik ke tempat
kami kena kumpul. Beli makan kat situ siap-siap. Selepas tu balik chalet dan
mandi bersih-bersih. Mujur ada yang rajin offer diri nak mesin baju dan seluar peserta. So aku pun
bagi dia mesin baju, tudung dan seluar aku dek kena air laut. Malam tu ada BBQ
kat chalet. Sham pula ajak aku pi keluar makan kat kedai favourite dia bila dia
pi pulau pangkor. Tapi kedai favourite (tepi hotel Coral Bay) ramai gila so
kami pun berjalan lebih sikit sampai kat kedai tak ramai orang. Kali ini dia
order sotong goreng tepung dan nasi putih dua pinggan. Nasi 2 pinggang hanya
untuk dia sahaja. Aku order air kosong sebab perut aku kenyang gak. Ni pun
sembang blablabla. Selepas makan pergi ke lobi hotel Coral Bay. Kami buka wifi
hotel dan layan whatsapp, wechat dan instagram. Selepas tu baru balik dan
tidur.
Hari terakhir ku di situ. Aku dan
Sham berjalan-jalan ke tepi pantai kali ini kitaorang breakfast dulu kat kedai
yang buka. Bila sampai di tepi pantai kami duduk di bawah pokok dan sembang
blablabla. Mujur juga aku da siap siaga kemas baju. Selepas tu balik chalet dan
bawa turun ke bawah. Kami tinggalkan chalet pukul 2 petang. Sementara menunggu
jeti pukul 4 petang cam tu kami ronda satu pekan. Jalan kaki je sebab dekat
sangat kat jeti. Kami tak beli apa-apa. Aku hanya makan tengah hari je. Tunggu
kat jeti punya lama. Aku tengok lorong kat Marina Bay tak ramai. Aku nak bagi
tip sikit kalau ramai sangat tu lagi-lagi hari minggu elok naik Marina Bay
sebab Marina Bay betul-betul depan jeti (jauh sikit) sekali gus menjimatkan
masa. Ongkosnya pun. Macam biasalah cek tiduq dalam kapal. Ceq jaga bila sampai
kat Jeti Lumut. Seterusnya balik USM.
SEJARAH KOTA BELANDA (DUTCH FORT)
Kota yang dikenali sebagai Kota
Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk
menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini terletak di
sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu
sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.
Pembinaan Kota ini oleh Belanda
mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah
Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan
baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah. Syarikat
Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih
timah di Negeri Perak. Kubu yang terdapat di Pulau Pangkor lebih dikenali
sebagai Kota Belanda (‘Dutch fort’) oleh penduduk Melayu dan ianya terletak di
kawasan yang dipanggil Teluk Gedung.
Sejarah Kota Belanda Di Pulau
Pangkor
Walaubagaimanapun, rekod Belanda
menyebut kubu tersebut sebagai Kubu Dinding (Dingdingh). Nama tersebut sempena
nama Sungai Dinding yang terdapat di tanah besar semenanjung bertentangan
dengan Pulau Pangkor. Negeri Perak merupakan kawasan pengeluaran bijih timah
yang utama di dunia ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
sememangnya mahu untuk mengawal serta memonopoli hasil dagangan tersebut.
Disebabkan itu, kapal-kapal
perang Belanda mengepung Perak dikebanyakan waktu dalam kurun ke 17 dan 18
masihi. Antara beberapa sebab utama pengepungan ini ialah, Perak pada waktu itu
merupakan negeri naungan Acheh dan pihak Belanda pada masa tersebut sedang
berperang dengan neger-negeri Sumatera termasuk Acheh. Diatas alasan ini pihak
Belanda membina sebuah pengkalan di Teluk Gedung pada 1670 untuk membantu
pengepungan ini serta untuk menghalang pihak Inggeris daripada menduduki pulau
tersebut.
Sejarah Kota Belanda Di Pulau
Pangkor
Pihak Inggeris merupakan pedagang
yang aktif dan pesaing terkuat Belanda diwilayah sekitar nusantara. Menurut
laporan dari Gabenor Belanda di Melaka iaitu Balthasar Bort pada 1678
menyatakan bahawa “pada masa kini, terdapat 59 orang Belanda di Perak yang terlibat
dengan pengepungan ini dan ditempatkan di Pulau Dinding yang telah berada
dibawah taklukan kompeni. Mereka menduduki kubu kayu bersegi empat dan telah
disediakan dengan sembilan meriam besi.” 59 orang Belanda tersebut terdiri
daripada penguasa pedagang, kapten, penulis rekod, 3 orang pembantu, 3 orang
second mates, 2 orang pegawai perubatan, 8 orang pegawai bersenjata dan 40
kelasi. Mereka berkawal di kubu tersebut bersama armada kecil yang terdiri
daripada kapal layar ‘Laren’, kapal sekoci ‘Cacap’ dan sebuah bot ‘Dingdingh’.
Kubu tersebut didapati telah
diperteguhkan lagi beberapa tahun selepas itu, ini berdasarkan rekod penjelajah
British, William Dampier yang menyatakan pada tahun 1689 “Hanya orang-orang
Belanda yang menghuni di dan mempunyai kubu dibahagian timur (pulau tersebut)
dan ianya berhampiran dengan laut. Di bahagian teluk pulau tersebut, dibina
sebuah jeti kecil untuk kapal-kapal berlabuh. Kubu tersebut dibina dengan
bentuk segi empat tanpa menara dan ianya lebih kepada sebuah rumah.
Setiap sisi berukuran kira-kira
10 atau 12 ela. Dindingnya mempunyai ketebalan yang baik, diperbuat dari batu
dan menyokong ketinggian kira-kira 30 kaki. Disana terdapat kira-kira dua belas
hingga empat belas meriam dan masing-masing mengawal disetiap sudut. Meriam ini
ditempatkan diatas asas yang kukuh yang dibuat di dinding dan berada kira-kira
enam belas kaki tinggi. Disini terdapat seorang gabenor dan kira-kids a dua
puluh hingga tiga puluh orang askar”.
Sejarah Kota Belanda Di Pulau
Pangkor
Semua bekalan untuk kubu ini
dibawa daripada Melaka, ini kerana menurut Dampier, kubu pertahanan ini
sentiasa diancam oleh orang Melayu. Walaupun orang Belanda berurus niaga dengan
orang Melayu, namun orang Belanda tidak mempercayai mereka. Orang Belanda hanya
akan pergi jauh dari kubu hanya apabila mereka rasa keadaan pada masa tersebut
selamat. Dampier menyebut terdapat satu insiden yang berlaku ketika Gabenor,
tetamu beliau dan pegawai-pegawainya sedang duduk untuk jamuan makan
malam.Namun ketika mereka baru sahaja hendak mulakan majlis tiba-tiba seorang
tentera Belanda menjerit “Melayu!!”.
Dengan serta merta Gabenor tanpa
berkata sepatah pun melompat keluar daripasa salah satu tingkap dan terus
berlari secepat mungkin ke kubu. Pegawai dan pengikutnya segera mengikut
Gabenor tersebut. Mereka melepaskan beberapa das tembakan untuk memberi amaran
kepada orang Melayu yang mereka bersedia untuk bertarung. Namun tiada seorang
pun orang Melayu muncul. Terdapat perahu yang penuh dengan orang Melayu
berlindung disebalik bukit dan dekat dengan pesisiran pantai.
Dan bila bot orang Belanda keluar
untuk menangkap ikan, orang Melayu dengan menggunakan keris dan tombak
menyerang hendap dan membunuh dua orang Belanda yang berada diatas bot
tersebut. Orang-orang Belanda yang lain melompat keluar dari bot dan berenang
ke pantai. Kedudukan mereka kira-kira sebatu daripada kubu. Setelah berjaya
berada di pantai, setiap seorang daripada mereka berlari selaju yang boleh
untuk segera sampai ke kubu. Mangsa yang pertama sampai ke kubu terus
memberitahu Gabenor apa yang sudah berlaku dalam keadaan menangis.
Dampier meneruskan ceritanya
“Kami semua berjaga sepanjang malam dengan semua senjata dan meriam telah
berisi peluru. Tetapi hujan lebat melanda pada malam tersebut, yang membuatkan
saya tidak begitu takut diserang oleh orang-orang Melayu kerana telah
dimaklumkan oleh salah seorang kelasi dari Melaka yang orang Melayu tidak akan
membuat sebarang serangan apabila berlaku hujan. Keesokan harinya kapal perang
Belanda mula meronda untuk mencari kedudukan orang-orang Melayu namun mendapati
bahawa mereka telah pun berundur”.
Sejarah Kota Belanda Di Pulau
Pangkor
Pada 1690, kubu Belanda telah
diserang sekali lagi oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulup dan
tentera-tentera Belanda di kubu tersebut telah dibunuh. Pada 24 Jun 1693 satu
arahan telah dikeluarkan disebabkan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku
sebelum ini di kubu tersebut. Arahan tersebut menyatakan bahawa tiada lagi
tentera yang akan ditempatkan di Pulau Dinding tetapi sebuah tugu batu
hendaklah didirikan dimana satu bahagian tugu tersebut mempunyai jata Syarikat
Hindia Timur Belanda dan satu bahagian lagi mempunyai jata kerajaan Belanda
sebagai tanda pulau tersebut masih berada dibawah pemilikan Belanda. Pada 1695,
1721 dan 1729, arahan telah dikeluarkan untuk memperbaiki tugu batu tersebut.
Pada 20 November 1745, Gabenor
Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan agar kubu di Pulau
Dinding dibina semula dan dikawal oleh 30 orang eropah dan 30 orang asia (dengan
syarat bukannya orang Bugis). Kemudian menurut data dari Melaka bertarikh 22
Oktober 1746, pedagang bernama Ary Verbrugge, telah dihantar ke Perak untuk
memujuk Sultan Perak agar kubu dibenarkan dibina di Sungai Perak dan bersetuju
untuk menjual semua bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur Belanda.
Pada 25 Jun 1747, Sultan Perak
Sultan Muzaffar Shah III menandatangani perjanjian untuk menghantar semua bijih
timah kepada kepada Belanda dan mengurniakan kebenaran untuk membina kubu
dimana-mana bahagian sungai. Menurut sejarah Melayu Perak, ‘Misa Melayu’
menyebut bahawa Belanda mengukuhkan gudang batu di Pangkalan Halban di Tanjung
Putus. Kubu baru ini didirikan pada 18 Oktober 1748 dan kemudian Van Imhoff
mengarahkan agat tentera yang berkawal di Kubu Pulau Dinding mengosongkan kubu
tersebut untuk mula berkawal di kubu baru di Pangkalan Halban. Anda boleh
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kota Belanda Pangkalan Halban tersebut
dengan klik link disini.
Berikutan itu pemerintah Belanda
di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu
ditinggalkan. Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan
sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali
gedung ini. Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta
ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi. Manakala tembok batunya setinggi
6 – 7 meter.
Sejarah Kota Belanda Di Pulau
Pangkor
Bagaimana pun bumbungnya tidak
dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara.
Kota Belanda ini telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah
bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan
Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970. Kemudian pada 1997, kerajaan negeri Perak
telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan negeri Perak.
Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai
gerai makanan pakaian dan cenderamata juga terdapat di sini. Beberapa bahagian
kota ini telah dibaki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan
nelayan Melayu.
Berhampiran dengan Kota Belanda
ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi
pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda. Tulisan pada Batu Bersurat ini
dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami
gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743. Ia juga dipercayai sebagai
tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang
bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.
Sejarah Kota Belanda Di Pulau
Pangkor
Orang-orang Belanda percaya
bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas. Sebagai mengingati
peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan
menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak.
Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf
ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C.
iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company – Syarikat Hindia Timur
Belanda.
Dutch Port |
Galeri Pangkor
Merupakan tempat yang memaparkan
sejarah Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor 1874 merupakan peristiwa
penting yang telah membuka jalan secara langsung kepada campur tangan politik
British ke atas negeri-negeri Melayu. Melalui perjanjian ini, British mula
menempatkan residen mereka di Perak dan memperkenalkan sistem pentadbiran
British dalam hampir semua aspek negeri kecuali yang menyentuh soal-soal adat
dan agama. Perjanjian ini diadakan pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal
British iaitu Pluto yang berlabuh di luar pantai Pulau Pangkor. Antara yang
terlibat dalam perjanjian ini adalah Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat),
Raja Muda Abdullah, Ngah Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Cina.
Bermula dari Perak, British
secara beransur-ansur berjaya meletakkan pengaruh politiknya di Selangor,
Sungai Ujong, dan Pahang. Ini membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Seterusnya British berjaya menguasai negeri-negeri Melayu di utara
Tanah Melayu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian
Bangkok 1909. Akhirnya pada tahun 1914, British berjaya memujuk Sultan Johor
supaya bernaung di bawah pengaruh British. Dengan ini British berjaya menguasai
seluruh Tanah Melayu. Semuanya bermula daripada PERJANJIAN PANGKOR 1874.
Taman Fu Lin Kung
Dalam rumah ini dan Tao, yang dibina di kaki Pangkor Hill di
Kampung Sungai Pinang Besar, sebuah penempatan Cina (Kampung Cina), tidak hanya
menarik pelancong iman yang sama tetapi sebuah perhentian yang baik bagi mereka
yang mencari yang indah Pangkor tirai latar. Selain gerbang indah untuk
menyambut pelawat dan sebuah kuil bahagian hadapan bangunan megah, terdapat
Great Wall mini China di belakang dewan kuil utama. Selain gerbang indah untuk
mengalu-alukan pengunjung dan bangunan Kuil majestic, terdapat tembok besar
China mini belakang Dewan Kuil utama. Walaupun Kuil menarik ramai pelancong, ia
juga adalah tempat yang popular bagi penduduk tempatan, yang akan datang ke
sini untuk bersenam oleh trekking dan Bukit di sepanjang tembok besar China
mini.
PANTAI-PANTAI MENARIK DI SEKITAR PULAU PANGKOR
1. Pantai Pasir Bogak
Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing. Anda juga boleh berkhemah di pantai ini kerana adanya tapak perkhemahan. Tempat parkir juga disediakan selain gerai makan dan cenderamata. Anda juga boleh menyewa chalet yang ada di Pantai Pasir Bogak.
2. Pantai Puteri Dewi
Pantai Puteri Dewi yang juga dikenali sebagai Pantai Emas terletak 2 km dari Jeti Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Ia dikenali sebagai Pantai Emas kerana keunikan pasir pantai yang kelihatan keemasan apabila matahari terbenam. Pangkor Island Beach Resort yang menguruskan kawasan pantai ini telah membina tempat-tempat penginapan di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti 'snorkeling', 'scuba diving', memancing, berkelah, mandi-manda dan aktiviti sukan air.
3. Pantai Pangkor Laut
Pangkor Laut memang cantik dan
eksklusif. Ia menjadi antara destinasi popular di kalangan pelancong asing dan
juga golongan rich and famous di Malaysia.
Pangkor Laut adalah umpama pulau
impian (Fantasy Island) Malaysia. Di pulau ini terdapat Pangkor Laut Resort
iaitu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.
Pangkor Laut Resort mempunyai
tiga pantai utama iaitu Emerald Bay yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan
berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach iaitu syurga untuk
aktiviti ‘scuba diving’ yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan
panorama terumbu karang dan hidupan air yang menarik dan Royal Bay iaitu pusat
aktiviti belayar dan meluncur angin.
Di samping itu, kemudahan
pengembaraan bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin ke pantai Emerald
Bay.
Pangkor Laut Resort juga
menyediakan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi kemudahan
aktiviti sukan air, gimnasium, spa, pusat hiburan dan lain-lain lagi.
Untuk ke Pangkor Laut, anda boleh
menaiki feri direct dari jeti Marina Island, atau mengambil bot sewaan khas
yang disediakan oleh pihak Pangkor Laut Resort untuk para tetamu yang menginap.
4. Pantai Teluk Nipah
Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di
Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah mempunyai
kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak
kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam.
Pantai Teluk Nipah terkenal dengan pantai yang landai, pasir
yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang
boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah.
5. Pantai Pulau Giam
Pulau Giam terletak kira-kira 5
km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pulau ini terkenal
dengan aktivit ‘snorkeling’. Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri
pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian spesis ikan yang
menarik.
No comments:
Post a Comment