Sunday, 18 June 2017

melaka part 3

4/5/2016 – 15/5/2016
 Assalamulaikum dan hi! Kali ni kita ke Melaka Bandar raya Bersejarah. Kenapa namanya Bandar raya Bersejarah? Cari sikit. Macam biasalah ikut rombongan. Kali ini Perkumpulan Anak Anak Melaka (PURNAMA) buat event baktisiswa dan round satu Melaka. Macam biasalah juga la aku kenal Sham sorang ja. Balik-balik nama dia juga. Sham pun kaki jalan cam aku juga. Kami bertolak pukul 12 tengah malam di Padang Kawad USM. Sampai di RnR Ayer Keroh jam 6 lebih. Kami tak lalu highway Jalan Duta. Aku nyaris-nyaris mahu muntah. Tak tahu kenapa. Sebut je fasal ni nanti aku post story Terengganu.


Sampai di Tol Ayer Keroh, Melaka. Kami menuju ke Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim kat. Apa yang aku ingat sebelum nak sampai ke situ kena lalu Sekolah Henry Gurney (sekolah khas untuk juvana yang disabitkan dengan kes-kes berat). Sampai je kat situ kami pun join game diorang. Aku join sekerat je selebihnya depa la yang handle. Sham tak join pun. Ada gotong-royong sikit kami dua orang bukan nak ponteng tapi kami nak round satu bangunan hehehe. Jangan marah ye sham! Selepas tu makan tengah hari dan solat. Lepas tu pergi ke Bandar raya Hilir Melaka. Kami bermalam di sekolah Tinggi . Dekat sangat dengan bandar raya hilir. Rehat dulu.


Selepas asar kami pergi Pantai Klebang a.k.a Pantai 1 Malaysia. Sejarah. Bila mai sini mesti tak sah kalau tak pekena coconut shake. Coconut shake resepi. Time tu panaih litlit lagi la hurm!! Pantai Klebang penuh dengan bustel. Apa dia bustel? Bus yang tak guna diorang kitar semula untuk jadikan sebuah hotel dalam bas. Bukan tu je tandas dan kedai makan pun dalam bas. Nak panggil apa pun aku tak tahu la. Bagi aku orang yang buat bustel ni kreatif dan lain dari yang lain.


Masa nak pergi ke bas aku la orang paling last masuk sebab aku nak langkah longkang besar, dalam dan luas punya takut. Kan aku pernah cakap aku tersangat la fobia. Last 2 aku lalu jalan jauh dan sampai ke bas. Aku nak menangis tahu tak bila mai fobia ni. Lepas tu makan malam di tepi pantai Bidara. Depan masjid. Best juga. Tak bestnya bila lauk aku ada orang kebas. Tak boleh blah dia cakap dia suh aku puasa. Mujur aku ada karipap lagi. Lepas tu solat dan bersiap.


Sebelum pergi ke Dataran Pahlawan. Kitaorang naik Malacca River Cruise. Sejarah. Best. Ni kali kedua aku naik bot. Nak view cantik tengok waktu malam. Waktu siang biasa je. So better pergi beramai-ramai dapat diskaun hehehe. Selepas tu pi Dataran Pahlawan.


Asalnya nak pi Jonker Walk. Disebabkan banyak sangat cabang dia kami pun tak jadi la nak pi situ. Bimbang keselamatan kitaorang. Sebagai ganti kami pi pasar malam kat Dataran Pahlawan. Aku dan Sham berpecah dengan depa. Banyak beca dihiasi dengan lampu. Cantik. Bagi aku yang paling cute bila beca dihiasi dengan Doraemon. Aku dan Doraemon tak dapat dipisahkan. Ini tak bermakna aku suka kaler biru. Aku tersangat la tak suka warna biru.


Aku beli 2 helai baju saiz L warna hitam dan hijau palapes. Sham pula teliti betul-betul fasal baju. Dia beli gak baju hitam lengan kelabu cap Melaka. Then selepas tu nak cari ATM kat shopping Mall tutup dan nak tak nak terpaksa kitaorang jalan kat situ. Lepas tu diminta berkumpul dengan Mc Donalds. Selepas tu balik dan tidur. Lupa cerita tempat penginapan kitaorang tak de suis so betul bergantung harap kepada power bank. Nasib nasib. Menyesal bawa plug lebih.


Hari  terakhir di Bandar raya Melaka. Kami berkemas siap da dan paling penting breakfast dulu. After that kitaorang pusing satu bandar raya. Bermula Bangunan Merah, Kota Stadhuys. Sejarah.
Naik tangga dari bangunan belakang tu terus nampak St Xavier. Sejarah. View dari atas sangat cantik kalau waktu malam memang daebak. Sebab boleh nampak Selat tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka. Memang letih oo. Turun memang akan lalui Kota A Famosa. 

Ok selepas tu pi Istana Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah. Aku dan Sham jalan-jalan kat luar dulu. Depa masuk dalam awal-awal. Malas nak join sekaki. Selepas tu baru kami masuk dalam. Biasalah nak masuk mana-mana tempat mesti ada sesi fotografi. Cerita blah dalam.


Selepas tu aku dan Sham minta izin kat pengarah projek untuk jalan kat mall. Asalnya tak bagi. Selepas tu kami sama-sama pujuk la in the end, pengarah projek bagi. Kami pun mula ekspedisi round tiga bangunan mall yang duduk sebelah. Nama. Sampai kat Branded Outlet ke Reject Shop, aku tunggu Sham dekat berjam-jam semata-mata pilih baju. Baju untuk ayah dia dan dia. Aku tak beli pun kat situ sebab sebelum tu aku dah beli seluar slack hitam. Fesyen aku pi mana-mana selesa dengan seluar kaler hitam sebab boleh cover yg mana patut. Aku tahu la aku bukan jenis cam dia. Aku nampak sorang dua budak yang join rombongan sekali kitaorang ada kat kedai tu. Diorang kata depa semua pakat mai situ.


After that, Sham nak beli capa kat ibu dia. Saiz kaki ibu dia sama dengan aku. Test capa pakai kaki aku. Selepas beli capa dengan harga RM 45 (paling murah selepas minta diskaun). Kami pun beli dodol perisa durian, pandan, dan asli. Aku tersuka tanpa sengaja dodol. Selepas tu beli kuih tradisi orang Melaka apa da lupa. Sebenarnya kami shopping kat tingkat paling bawah di satu kedai di Mall. Aku tahu ni pun dari Sham la. Dia kata dia pernah pi situ so dia penunjuk arah kat aku. Jalan keluar dia betul-betul menghadap A Famosa. Rehat sat dengan beli makan kat Mc Donalds. Aku seperti biasa oder air without ais. Aku pi KFC, MC Donalds ke makanan segera make sure aku order air without ais. Sebab air kat situ sedia sejuk kalau tambah lagi ais lagi double sejuk menyebabkan aku lambat habis air. 


Selepas tu jong pi semayang kat Masjid Selat. Sejarah. After that, makan asam pedas ikan apa tah dan nasi. Sedatnya walaupun aku tak tahan makan pedas. Aku cuba makan pedas tapi in end normally aku akan sakit perut. Selepas tu bertolak balik ke USM.


2. Sejarah Istana Kesultanan Melayu Melaka

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina Istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Atas kesedaran untuk memelihara kesan-kesan sejarah, sebuah replica Istana Kesultanan Melaka telah didirikan dengan tujuan untuk membangun semangat dan kegemilangan zaman kegemilangan Empayar Melaka.

Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini mengenengahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bungaan dan tumbuhan tempatan seperti yang terlihat pada ukiran dinding dan tiang istana. Selain sebagai replica istana, bangunan ini juga berfungsi sebagai muzium budaya yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurut Sejarah Melayu, istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang dan setiap satunya berukuran 87.5 meter serta mempunyai 40 pintu. Namun begitu replica istana ini dikecilkan saiznya menjadi 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

Ruang-ruang pameran termasuk balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melaka seperti istiadat menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana di tempatkan di tingkat satu. Di tingkat dua pula terletaknya pameran tempat peraduan raja dan bilik-biliknya manakala du tingkat tiga menempatkan simpanan segala khazah.

Objektif pembinaan Replika Istana Kesultanan Melaka.
Untuk mempamerkan kepada umum suasana di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan ruang-ruang tertentu seperti Balairong Seri, Balai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu disamping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dan pengajaran dari peristiwa tersebut.


Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. *Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.


Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.


Pembinaan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini telah menambahkan lagi binaan sejarah tanahair serta memperlihatkan kepada masyarakat umumsebuah Pusat Empayar yang terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-15 pernah muncul di Melaka.

Harga Tiket

Kanak-kanak (bawah 7 tahun)                    : PERCUMA
Kanak-kanak (7-12 tahun)                           : RM 2.00 / Seorang
Dewasa                                                        : RM 3.00/ Seorang
OKU                                                            : PERCUMA
Warganegara Asing                                     : RM5.00


Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota,
75000 Melaka.
Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
admin@perzim.gov.my



 buka setiap hari mulai 9.00 pagi - 5.30 ptg.




Hasil carian imej untuk istana kesultanan melaka
Kedudukan dalam sistem pemerintahan beraja

Hasil carian imej untuk istana kesultanan melaka
Bilik beradu



3. Pantai Klebang


Tips Pengunjung

1. Tempat ini dekat dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), muzium kapal selam dan Klebang Coconut Shake yang terkenal sehingga ke Singapura.

2. Jika jalan di sini sesak teruk, ada kemungkinan ianya kerana pelanggan yang mahu menuju ke Klebang Coconut Shake.

3. Cuaca di sini sangat panas. Datang pada waktu petang ke atas. Dan tak perlu bersolek tebal. Takut cair nanti.


Pantai Klebang, Melaka terletak 22 kilometer daripada Tol Ayer keroh (Lebuhraya Utara-Selatan). Kalau tak sesak boleh sampai dalam 30 minit saja dari tol tu. Selalu kalau ke Melaka, ramai yang ke Bandar Hilir.
Best ke?

1. Bustel

Tempat ni memang dah terkenal sebenarnya. Pernah dapat liputan daripada pelbagai media dan beberapa artikel pun ada sebut pasal Bustel ni.
Ia adalah penginapan bajet berkonsepkan bas-bas lama di Melaka. Tapi janganlah expect macam hotel lima bintang. Ini memang hotel bajet yang selesa yang ruangnya muat-muat katil queen dan sebuah meja solek. Ada bilik mandi dan toilet yang selesa tapi tak ada hot shower. Jadi kalau ada sesapa jenis yang tak tahan air sejuk tu, harap maklum. Tak ada cerek air atau mini fridge macam hotel. Diingatkan Bustel adalah hotel bajet berkonsepkan bas “tingtong”.
Kadar untuk hari biasa adalah RM90 semalam manakala di hari minggu dan cuti umum adalah RM130 semalam.
Tempat ni strategik. Berada di Dataran 1Malaysia, di tepi Pantai Klebang dan terdapat banyak gerai makan di situ. Tak payah sibuk keluar cari makan jauh-jauh. Makanannya bertaraf “boleh la…”.


2. Menunggang Kuda
Kalau kita lepak petang-petang di Pantai Klebang, ada beberapa ekor kuda padi yang parkir “cun-cun” di persisiran pantai. Bolehlah kalau nak merasa tunggang kuda. Walaupun kuda padi ni rendah, tak macam kuda biasa tu, oklah tu sebab kalau terjatuh pun taklah tinggi sangat jatuhnya. Hehehe.
Kadar yang dikenakan dalam RM10 & RM15 sekali naik, ikut jarak jauhnya.
Kami sempat tanya, apa nama kuda-kuda yang comel tu? Namanya Santi dan Puteri. Bulunya cantik dan bersih, kata tuannya kuda-kuda ni selalu kena shampoo. Jadi kalau ada yang tak suka bershampoo, malu sikit la dengan Santi dan Puteri ya…



Ada kereta kuda tau di Pantai Klebang. Kereta kuda tu dihias dengan lampu yang berwarna-warni, meriah!
Kereta kuda menggunakan kuda padi juga. Melihatkan saiz kuda yang agak kecil dan comel, rasa kesian juga nak naik kereta kuda tu. Macam biasa kami sibuk tanya nama kuda comel tu, nama kuda tu Manja. Ha, bukan main nama kuda dah macam panggilan seorang isteri gitu…
Kadar yang dikenakan adalah RM5 & RM10 seorang, ikut jarak jauhnya. Kami terjebak naik kereta kuda ni sebab kami dah banyak tanya sangat dengan tuan kereta kuda sampai rasa bersalah pula kalau tak naik. Harap Manja ok…


Teringat Krabi kalau tengok ATV ni. Rupanya di Pantai Klebang pun ada. ATV ni memang terletak di pesisir pantai. Dibuka hari-hari kecuali kalau mereka nak servis motor-motor beroda empat tu.
Kadarnya adalah RM25 untuk tujuh pusingan. Bawalah lambat-lambat kalau nak puas naik, hehehehe.

5. Cafe Bustel

Yang ni memang unik sebab selain penginapan bajet dalam bas yang diubahsuai jadi bilik hotel, cafe-cafe yang terletak sepanjang tepi jalan di Pantai Klebang pun berkonsepkan bas “tingtong”.
Ada banyak cafe Bustel yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan dan western food. Ada coconut shake yang dah jadi macam signature desert di Melaka. Oklah, nak kata sedap sangat tu, entahlah sebab kami hanya cuba otak-otak dan coconut shake with ice cream.

6. Tapak Pesta Klebang 2015 (28 Ogos – 27 Sept 2015)

Sekarang sedang berlangsung pesta di Pantai Klebang seperti tarikh yang tercatat di atas. Jadi, bolehlah anda habiskan duit di sini kalau ke Pantai Klebang. Seperti yang saya cakap, kami tak berapa nak ada duit masuk ke tempat-tempat berbayar macam ni.
Tapak pesta dikendalikan Asia Fun Park. Ada Top Gun, Flying Carpet dan benda-benda yang boleh menggegar adrenalin anda. Silalah ya.


7. Asam Pedas Jalan Tun Fatimah

Yang ni bukan di Pantai Klebang tapi saya masukkan juga dalam artikel ni sebab kedudukan kedai yang hanya 6-7 kilometer dari Pantai Klebang dan yang penting SEDAP!!!
Kami datang sarapan ke sini dan tak expect apa-apapun. Saya memang suka kedai yang nampak ‘sangat tempatan’ macam kedai-kedai kampung gitu.
Satu yang saya perasan di Melaka, mereka letak kangkung goreng dalam nasi lemak. Rupanya sedap juga makan nasi lemak bersayurkan kangkung. Kangkung bukan sekadar untuk dibawa lenggang sana sini saja rupanya!
Selain nasi lemak bersayur kangkung, ayam gorengnya memang sedap. Ada juga hidangan seperti lontong basah yang nampak sedap. Mee goreng disediakan secara masak on the spot. Kira boleh order panas-panas la. Ada roti canai yang nampak sedap juga sebab saya tengok ramai yang order. Semua nampak sedaplah!
Bila dah pukul 10 pagi, mereka mula buka order untuk cendol dan goreng pisang. Syok!
Sambal sedap cuma tak pedas.


8. Restoran Pak Putra

Ok, yang ni pun bukan di Pantai Klebang tapi kedudukannya adalah 6.5 kilometer dari Pantai Klebang. Dekatlah kan?
Keistimewaan kedai makan yang popular ini adalah Roti Nan dan Ayam Tandoorinya. Saya memang akui, sangat sedap!
Tempat ni buka dari 5.30 petang ke 1 pagi, menurut kawan kami Chan. Sila betulkan jika fakta tu tak tepat. Tapi serius tempat ni sangat ramai pelanggan. Memang berebut meja. Jenuh kami tunggu orang bangun. Orang Cina pun suka makan kat situ.
Sedap tu memang sedap tapi siapa yang nak pergi sini kena banyak bersabar sebab sangat lambat nak dapat pesanan kita tu. Bertabahlah demi sesuatu yang berbaloi untuk dirasa dan ditelan.



Hasil carian imej untuk BUSTEL
Bustel

pekena coconut shake


Hasil carian imej untuk pantai klebang


Hasil carian imej untuk pantai klebang


3. Malacca River Cruise

Cuba bayangkan anda menjadi pedagang rempah pada masa sekarang. Sudah pastinya laluan yang digunakan ialah laluan di Malacca River Cruise. Dah seperti kita berada di Venice, Itali. 


Sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.

Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini.
Sayangnya, sungai Melaka selalunya kelihatan kotor, dan terdapat kawasan di mana bau sungai agak kuat. Anda juga yang mungkin terserempak dengan biawak yang bersantai di bawah mural-mural bangunan.

Jika anda tidak kisah dengan sedikit gangguan itu, menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda yang berbulan madu.


Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pihak kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Perkhidmatan Melaka River Cruise pada 11 November 2005

Penubuhan Melaka River Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke-sembilan, Tan Sri  Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.

Sewaktu awal penubuhan Melaka River Cruise, terdapat 2 buah bot yang beroperasi iaitu Tun Teja dengan kapasiti 20 orang penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 orang penumpang.

Kini Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot. Iaitu sebanyak 6 buah bot dengan kapasiti 20 penumpang dan 34 buah bot dengan kapasiti 40 penumpang

Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan Negeri Melaka.

Perjalanan bagi perkhidmatan bot ini adalah sejauh 9 KM. Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau sebaliknya. Tempoh perjalanan mengambil masa selama 45 minit.


from whichever jetty you commence your Melaka River Cruise, the boat will pass near the following landmarks:

Kampung Morten. A traditional Malay village and living museum. Some of the houses, notably Villa Sentosa, are open to the public.

Pirate Park. A modest funfair with a ferris wheel, swinging pirate ship, flying fox, rock climbing wall and trampoline.

Ghost Bridge of Melaka. Where Japanese soldiers during WWII dangled the decapitated heads of local Chinese businessman.

Kampung Jawa. A small residential and commercial area where descendants of the original Javanese settlers still maintain some of their traditions.

Clock Tower. In the famous square of red painted Dutch buildings.
Jonker Walk. One of the best streets in Melaka to shop for souvenirs and enjoy local speciality dishes.

Tips

Waktu terbaik menaiki Melaka river cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan anda juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.
Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai.

Jeti

Anda boleh menaiki bot ini dari :-

1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 12 mlm


Hasil carian imej untuk melaka river cruise




Hasil carian imej untuk melaka river cruise


bezakan dengan waktu siang dan waktu malam


Hasil carian imej untuk ghost bridge malacca
dikatakan jambatan berhantu.

Hasil carian imej untuk kampung morten melaka
Kampung Morten


3. Perkampungan Hang Tuah, Duyung


Perkampungan Hang Tuah atau Hang Tuah Centre yang didirikan di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung, Melaka . Apa yang menariknya Hang Tuah Centre ni? Kampung Duyung dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.  Perkampungan ini diwujudkan dan dibangunkan semula bagi memelihara sejarah dan memasyurkan kembali nama laksamana terbilang ini di zaman kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka melalui pendekatan ”Muzium Hidup” yang turut melibatkan masyarakat setempat.

Di sini, anda boleh lihat Perigi Hang Tuah yang bersejarah serta menikmati pemandangan perkampungan Melayu Tradisional yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Perkampungan ni menempatkan enam buah bangunan dengan senibina Melayu Melaka iaitu Pusat Hang Tuah yang dilengkapi informasi dan maklumat interaktif dan sejarah pahlawan tersebut, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat selain daripada rumah tradisional melayu, auditorium yang boleh menempatkan seramai 200 orang dalam satu-satu masa dan pentas kebudayaan. 



Di sini juga turut dilengkapi gelanggang silat terbesar di dunia yang boleh menempatkan 3000 orang peserta pada satu-satu masa. Pemandangan di sini memang sangat cantik dan selalu jadi lokasi tumpuan para pelancong dan orang ramai untuk mengambil gambar. Selain itu, terdapat juga sebuah masjid dengan senibina lama untuk anda bersolat dan teroka. Sebelum masuk ke perkarangan Hang Tuah Centre, anda pasti akan terlihat sebuah bangunan kayu yang agar besar yang dikenali sebagai Balai Adat.



Balai Adat yang terletak di Perkampungan Hang Tuah, berhampiran Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong ni merupakan salah satu projek fasa pertama pembangunan pelancongan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Balai Adat ini siap pada tahun 2013 dan mempunyai dua buah dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai penganjuran acara. Balai Adat beserta dua buah Rumah Tradisional Melayu telah diserahkan kepada Institut Seni Malaysia Melaka sebagai pengelola bangunan. 



Antara acara yang pernah dianjurkan di dalam Balai Adat ni adalah Majlis Berbuka Puasa TYT Yang diPertua Negeri Melaka Bersama Penduduk Perkampungan Hang Tuah, Seminar dan Jamuan Kenduri Adat sempena Program Sireh Pulang ke Ganggang, Majlis Makan Malam Kembara Cuti-Cuti Malaysia Gaya Travel, Majlis Perasmian Bengkel Latihan (Gendang Warisan & Tarian) sempena cuti persekolahan penggal pertama, Bengkel Tarian bersama Belia ASEAN, Temasya Pantun Melayu Serumpun, Pertandingan Berbalas Pantun Rumpun Melayu dan Pertandingan Dondang Sayang serta banyak lagi.



Sama seperti bangunan-bangunan lain di Perkampungan Hang Tuah, Balai Adat yang kaya dengan kemegahan senibina tradisional ni berbentuk seperti sebuah balairong seri istana Melaka yang mewah dan dibina menggunakan kayu serta dihiasi motif ukiran melayu berkualiti tinggi.



Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di dalam suasana adat istiadat Melayu, Balai Adat juga boleh juga digunakan untuk acara majlis perkahwinan. Seorang artis Akademi Fantasia 9, Raqeeb juga pernah menggunakan Balai Adat ini didalam majlis pernikahan dan Majlis Malam Berinai yang penuh adat istiadat dan tradisi Negeri Melaka. Majlisnya pernah ditayangkan dalam rancangan berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang telah dihoskan oleh Irma Hasmie. Selain itu, Balai Adat ni juga sesuai digunakan bagi anda yang ingin anjurkan pameran-pameran atau showcase serta memperkenalkan produk terkini.



Kepada anda yang berminat untuk mengadakan pelbagai majlis, terdapat banyak pakej yang ditawarkan di sini bermula serendah RM65 seorang untuk keseluruhan majlis termasuk persembahan kebudayaan termasuklah Pakej Majlis Makan Malam Beradat, Majlis Perkahwinan, Majlis Cukur Jambul, Bengkel Muzik dan Tarian serta sewaan tempat bagi menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas lelaki, wanita dan tandas OKU, dua buah dewan, kedai cenderamata, kemudahan tempat letak kenderaan selain berdekatan dengan Perigi Hang Tuah dan surau serta masjid.



Selain itu, terdapat juga dua buah rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Hang Mahmud dan Rumah Dang Merdu. Nama bagi dua buah rumah ini diambil sempena nama ibu bapa Hang Tuah yang bakal beroperasi pada bulan September dengan acara pembukaan yang akan dijalankan pada 25 Ogos 2016 iaitu Bengkel Pelastarian Destar. Pelbagai pakej menarik yang akan diperkenalkan dan salah satunya adalah Sleeping Overnight in Hang Tuah Village yang mana pengunjung akan menginap di rumah berkenaan dan merasai suasana kampung asal Hang Tuah yang merupakan pahlawan lagenda Melaka pada zaman dahulu. Menarik kan?

Kedua-dua rumah ini juga boleh digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan sekiranya ada tetamu yang ingin  meraikan perkahwinan mereka dengan konsep ala kampung dan tradisional. Di sini juga akan diadakan pelbagai bengkel yang berkaitan adat isitiadat Melayu seperti bengkel busana, bengkel sanggul lintang dan sebagainya yang bertujuan untuk menarik masyarakat melayu sekarang untuk terus memelihara dan mencintai nilai-nilai seni serta warisan budaya tradisional Melayu yang telah semakin dilupakan generasi sekarang supaya tak hilang ditelan zaman yang bersesuaian dengan falsafah Hang Tuah iaitu ’takkan Melayu hilang di dunia’.

Maka, pengekalan serta penganjuran bengkel sebegini mampu menarik penggiat-penggiat budaya dari dalam dan luar negara, malah dapat menjadikan Hang Tuah Centre serta Balai Adat sebgai tempat atau tapak pengukuhan adat budaya masyarakat Melayu disamping sebagai produk pelancongan yang berasaskan warisan budaya.



Waktu Operasi Hang Tuah Centre:

9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari

Harga Tiket :

Dewasa – RM5.00
Kanak-kanak (bawak 12 tahun) – RM3.00

Pusat Hang Tuah, Kampung Duyong, Negeri Melaka.







Tekpi dan Keris


Alat Pandang Dengar


Hasil carian imej untuk perkampungan hang tuah duyung


Hasil carian imej untuk perkampungan hang tuah duyung

melaka part 2

Ogos 2013
Ni kali pi dengan satu family. Bertolak pada raya ke berapa lupa da. Time tu aku student Pra U Rendah. Kitaorang bertolak tengah hari sampai kat Melaka pun malam. Bermalam kat Ayer Keroh. Rehat. Satu family aku iaitu aku, akmar, amir, abah, nenek, mama, opah, tokki, pak su, aimin, aisyah dan mak su ikut. Aimin dan Aisyah ni sepupu aku dan still child time tu. Hari pertama kami di bawa menikmati udara segar di Pantai Bidara.Time tu pukul 12 tengah malam. Selepas tu pusing sampai Alor Gajah then sampai Ayer Keroh. Mujur mama aku tak drive. Kitaorang semua pakat tidur. Aku ja tidur di ruang tamu.

Hari kedua (Khamis), satu family pergi ke Taman Bunga Ayer Keroh Melaka. Time tu Cik Ayu (sekarang isteri pak su aku) ikut. Macam-macam style kitaorang buat. Then kitaorang makan malam tak ingat nama kedai. Dinner kitaorang asam pedas dan nasi putih. Aku lagi suka asam pedas style Perak kurang pedas. Then naik Melaka River Cruise. Menyelusuri sepanjang perjalanan ke situ aku sebegitu kagum dengan bangunan antik masih bertahan di situ. Bayangkan para pedagang dari mana-mana kawasan datang ke Melaka lalu jalan Melaka River Cruise untuk berdagang. Then pusing satu Melaka. Kami 3 beradik dan Aisyah ke Aimin naik kereta cik Ayu. Then balik dan tidur.

Hari ketiga kitaorang pergi taman burung di Ayer Keroh. Banyak betul spesis burung kat situ. Ada satu part aku nyaris nak lepaskan burung kakak tua warna putih sebab kuku dia mencengkam lengan aku sakit oo. Then pergi Malacca Waterpark. Masuk parking time tu RM 5. Tak masuk dalam betul kat situ. Dekat juga dengan pak su aku. Then kaum lelaki pi solat Jumaat. Selepas Asar kami pun pi la Mydin shopping sikit nak pi port Dickson hari Sabtu. Malam tu juga la, pak su hantar Tokki aku pi rumah Chu Nab kat Nilai.

Hari terakhir kitaorang di Melaka. Kami pun bersiap nak pi Port Dickson dulu. Lalu jalan lama. Tu je nak story fasal Melaka Part 2.

Taman Bunga Ayer Keroh Melaka

Taman Seribu Bunga dibangunkan dikawasan seluas 5.3 Hektar bersebelahan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Julai 2007.Masuk pun free je.





















Hasil carian imej untuk taman seribu bunga ayer keroh



Taman Burung Ayer Keroh

Sebenarnya, Taman Burung Melaka ini telah dibuka untuk para pengunjung pada bulan Mei 2013. Pengunjung-pengunjung akan dibekalkan dengan tiga bekas makanan iaitu jagung, kuaci dan air madu. Makanan-makanan ini perlu dibeli di kaunter pendaftaran dengan harga RM 10.00 sahaja. Selain memberi makan pada burung-burung disini, aktiviti lain yang menarik ialah sky walk. Berjalan merentasi sky walk ni memang menarik. Kita akan dapat melihat keseluruhan taman burung ini dari pandangan atas. Memang menarik. Di tambah pula sepanjang sky walk ni ada banyak burung yang menemani kita berjalan.

Bayaran Tiket Masuk
Isnin – Jumaat
Dewasa RM 15.00, Kanak-kanak RM 10.00

Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Khas
Dewasa RM 20.00, Kanak-kanak RM 15.00

Lokasi Dan Pertanyaan
Melaka Bird Park Taman Botanikal,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka
Tel: 062330333 or 017-2296986
Email: info@melakabirdpark.com
Facebook: www.fb.com/melakabirdpark


Hasil carian imej untuk taman burung melaka

Taman Burung Melaka



Hasil carian imej untuk taman burung melaka
antara burung yang terdapat di situ

Hasil carian imej untuk taman burung melaka
Tarikan utama di situ. bagi sapa yang suka melalui jambatan yang cm tu.






Monday, 12 June 2017

Pulau Pangkor

2/12/2016 – 4/12/2016
Seperti biasalah aku pi mana-mana pun dengan rombongan. Kali rombongan yang tersikit yang pernah aku join iaitu 20 orang dan banyak Chinese. Tak de masalah yang tu. Rombongan ini kena bayar RM30 dan tak de MYSCD. Asalnya macam biasalah aku kenal Sham je. Balik-balik jumpa nama dia kan. Kami bertolak pukul 3 petang lebih naik bas sekolah. Aku dapat info sewa bas sekolah lagi murah than naik bas ekspres. Kami lalu jambatan kedua penang. Nak buat macam mana duk di belah pulau kena lalu kot jambatan. Aku duduk sebelah Sham. Dengar story dia blablabla.

Sampai kat jeti Lumut pukul 6 lebih. Naik kapal macam biasalah bila naik kapal ka aku akan tidur. Sleepy beauty gitu hehehehe. Sampai kat jeti Pangkor dalam kul 7 lebih, kami pun naik van pink. Van pink tu ikonik kat pulau pangkor. Nak round island kena RM 80 untuk 2 jam. Sampai kat Chalet sebenarnya rumah banglo dua tingkat. Tak ingat taman apa pula. Apa yang aku ingat taman tu ada 7eleven, KFC dan Thai Projects. Yang tak best duduk serumah dengan lelaki! Lelaki tinggal di tingkat bawah perempuan tingkat atas! Macam biasalah rehat belah malam kami pi beramai-ramai keluar makan kat depan tu je. Dekat. Aku dan Sham makan kat Thai Projects. Macam biasalah dia order makanan tu. Aku dah boleh agak dia order apa? He always order nasi putih dua pinggan dengan tomyam putih sotong. Sham suka sangat sotong sebab sotong lembut. Selepas makan tu kami balik dan tidur. Aku tidur di bawah. Sejuk gila sebab aircond kena betul-betul kaki aku.

Hari kedua, aku pi mana-mana mesti bangun awal. Balik rumah sendiri aku tak boleh bangun awal. Kenapa? Tiba-tiba Sham pun bangun dan ajak aku pi pantai. Yang lain semua terbongkang tidur depan ruang tamu. Aku, Sham dan budak school math je jaga. Tanya dia kenapa dia study tu? Dia cakap dia ada 5 test Math! Tu dia mak ai! Sebilik dengan aku pun study gak subjek psiko ada sains pun ada. Kami pun pi la jalan-jalan kat pantai pasir bogak. Sampai kat situ kami pun berjalan-jalan. Macam kami buat. Kami tulis kat atas pasir, duduk atas batu dan kaki kami kena air laut. Kami pun cari satu port sembang blabla.

Selepas tu balik kat rumah tu. Tak ingat pukul berapa pusing satu island. Mula-mula kami pi Kota Belanda. Sampai je kat situ hujan lebat turun so kitaorang berteduh kat kedai berbumbung. Lepas reda tu kami pun pi la Galeri Pangkor. Selepas tu pergi ke kuil orang Cina. Bukan nak pi sembahyang cara cina tapi kami nak pi tembok besar cina yang mini. 

Selepas tu kami pi kilang ikan bilis. Aku dan sham tak shopping banyak sangat pun. Bajet pun tarak. Selepas tu kami di bawa ke Teluk Nipah. Time tu ada yang makan ada yang solat jamak. Aku dan Sham makan tengah hari jauh sikit dari depa. Lepas tu snorkling kat pulau. Naik bot. Cerita sikit. Sampai kat pulau tu kami pun ada swim dan macam macam la. Sham ajar aku berenang yang basic. Aku tak reti berenang sebenarnya.

Lepas tu kami pun balik ke tempat kami kena kumpul. Beli makan kat situ siap-siap. Selepas tu balik chalet dan mandi bersih-bersih. Mujur ada yang rajin offer diri nak  mesin baju dan seluar peserta. So aku pun bagi dia mesin baju, tudung dan seluar aku dek kena air laut. Malam tu ada BBQ kat chalet. Sham pula ajak aku pi keluar makan kat kedai favourite dia bila dia pi pulau pangkor. Tapi kedai favourite (tepi hotel Coral Bay) ramai gila so kami pun berjalan lebih sikit sampai kat kedai tak ramai orang. Kali ini dia order sotong goreng tepung dan nasi putih dua pinggan. Nasi 2 pinggang hanya untuk dia sahaja. Aku order air kosong sebab perut aku kenyang gak. Ni pun sembang blablabla. Selepas makan pergi ke lobi hotel Coral Bay. Kami buka wifi hotel dan layan whatsapp, wechat dan instagram. Selepas tu baru balik dan tidur.


Hari terakhir ku di situ. Aku dan Sham berjalan-jalan ke tepi pantai kali ini kitaorang breakfast dulu kat kedai yang buka. Bila sampai di tepi pantai kami duduk di bawah pokok dan sembang blablabla. Mujur juga aku da siap siaga kemas baju. Selepas tu balik chalet dan bawa turun ke bawah. Kami tinggalkan chalet pukul 2 petang. Sementara menunggu jeti pukul 4 petang cam tu kami ronda satu pekan. Jalan kaki je sebab dekat sangat kat jeti. Kami tak beli apa-apa. Aku hanya makan tengah hari je. Tunggu kat jeti punya lama. Aku tengok lorong kat Marina Bay tak ramai. Aku nak bagi tip sikit kalau ramai sangat tu lagi-lagi hari minggu elok naik Marina Bay sebab Marina Bay betul-betul depan jeti (jauh sikit) sekali gus menjimatkan masa. Ongkosnya pun. Macam biasalah cek tiduq dalam kapal. Ceq jaga bila sampai kat Jeti Lumut. Seterusnya balik USM.

SEJARAH KOTA BELANDA (DUTCH FORT)

Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.

Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah. Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Kubu yang terdapat di Pulau Pangkor lebih dikenali sebagai Kota Belanda (‘Dutch fort’) oleh penduduk Melayu dan ianya terletak di kawasan yang dipanggil Teluk Gedung.

Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor

Walaubagaimanapun, rekod Belanda menyebut kubu tersebut sebagai Kubu Dinding (Dingdingh). Nama tersebut sempena nama Sungai Dinding yang terdapat di tanah besar semenanjung bertentangan dengan Pulau Pangkor. Negeri Perak merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di dunia ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) sememangnya mahu untuk mengawal serta memonopoli hasil dagangan tersebut.

Disebabkan itu, kapal-kapal perang Belanda mengepung Perak dikebanyakan waktu dalam kurun ke 17 dan 18 masihi. Antara beberapa sebab utama pengepungan ini ialah, Perak pada waktu itu merupakan negeri naungan Acheh dan pihak Belanda pada masa tersebut sedang berperang dengan neger-negeri Sumatera termasuk Acheh. Diatas alasan ini pihak Belanda membina sebuah pengkalan di Teluk Gedung pada 1670 untuk membantu pengepungan ini serta untuk menghalang pihak Inggeris daripada menduduki pulau tersebut.

Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor

Pihak Inggeris merupakan pedagang yang aktif dan pesaing terkuat Belanda diwilayah sekitar nusantara. Menurut laporan dari Gabenor Belanda di Melaka iaitu Balthasar Bort pada 1678 menyatakan bahawa “pada masa kini, terdapat 59 orang Belanda di Perak yang terlibat dengan pengepungan ini dan ditempatkan di Pulau Dinding yang telah berada dibawah taklukan kompeni. Mereka menduduki kubu kayu bersegi empat dan telah disediakan dengan sembilan meriam besi.” 59 orang Belanda tersebut terdiri daripada penguasa pedagang, kapten, penulis rekod, 3 orang pembantu, 3 orang second mates, 2 orang pegawai perubatan, 8 orang pegawai bersenjata dan 40 kelasi. Mereka berkawal di kubu tersebut bersama armada kecil yang terdiri daripada kapal layar ‘Laren’, kapal sekoci ‘Cacap’ dan sebuah bot ‘Dingdingh’.

Kubu tersebut didapati telah diperteguhkan lagi beberapa tahun selepas itu, ini berdasarkan rekod penjelajah British, William Dampier yang menyatakan pada tahun 1689 “Hanya orang-orang Belanda yang menghuni di dan mempunyai kubu dibahagian timur (pulau tersebut) dan ianya berhampiran dengan laut. Di bahagian teluk pulau tersebut, dibina sebuah jeti kecil untuk kapal-kapal berlabuh. Kubu tersebut dibina dengan bentuk segi empat tanpa menara dan ianya lebih kepada sebuah rumah.

Setiap sisi berukuran kira-kira 10 atau 12 ela. Dindingnya mempunyai ketebalan yang baik, diperbuat dari batu dan menyokong ketinggian kira-kira 30 kaki. Disana terdapat kira-kira dua belas hingga empat belas meriam dan masing-masing mengawal disetiap sudut. Meriam ini ditempatkan diatas asas yang kukuh yang dibuat di dinding dan berada kira-kira enam belas kaki tinggi. Disini terdapat seorang gabenor dan kira-kids a dua puluh hingga tiga puluh orang askar”.

Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor

Semua bekalan untuk kubu ini dibawa daripada Melaka, ini kerana menurut Dampier, kubu pertahanan ini sentiasa diancam oleh orang Melayu. Walaupun orang Belanda berurus niaga dengan orang Melayu, namun orang Belanda tidak mempercayai mereka. Orang Belanda hanya akan pergi jauh dari kubu hanya apabila mereka rasa keadaan pada masa tersebut selamat. Dampier menyebut terdapat satu insiden yang berlaku ketika Gabenor, tetamu beliau dan pegawai-pegawainya sedang duduk untuk jamuan makan malam.Namun ketika mereka baru sahaja hendak mulakan majlis tiba-tiba seorang tentera Belanda menjerit “Melayu!!”.

Dengan serta merta Gabenor tanpa berkata sepatah pun melompat keluar daripasa salah satu tingkap dan terus berlari secepat mungkin ke kubu. Pegawai dan pengikutnya segera mengikut Gabenor tersebut. Mereka melepaskan beberapa das tembakan untuk memberi amaran kepada orang Melayu yang mereka bersedia untuk bertarung. Namun tiada seorang pun orang Melayu muncul. Terdapat perahu yang penuh dengan orang Melayu berlindung disebalik bukit dan dekat dengan pesisiran pantai.

Dan bila bot orang Belanda keluar untuk menangkap ikan, orang Melayu dengan menggunakan keris dan tombak menyerang hendap dan membunuh dua orang Belanda yang berada diatas bot tersebut. Orang-orang Belanda yang lain melompat keluar dari bot dan berenang ke pantai. Kedudukan mereka kira-kira sebatu daripada kubu. Setelah berjaya berada di pantai, setiap seorang daripada mereka berlari selaju yang boleh untuk segera sampai ke kubu. Mangsa yang pertama sampai ke kubu terus memberitahu Gabenor apa yang sudah berlaku dalam keadaan menangis.

Dampier meneruskan ceritanya “Kami semua berjaga sepanjang malam dengan semua senjata dan meriam telah berisi peluru. Tetapi hujan lebat melanda pada malam tersebut, yang membuatkan saya tidak begitu takut diserang oleh orang-orang Melayu kerana telah dimaklumkan oleh salah seorang kelasi dari Melaka yang orang Melayu tidak akan membuat sebarang serangan apabila berlaku hujan. Keesokan harinya kapal perang Belanda mula meronda untuk mencari kedudukan orang-orang Melayu namun mendapati bahawa mereka telah pun berundur”.

Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor

Pada 1690, kubu Belanda telah diserang sekali lagi oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulup dan tentera-tentera Belanda di kubu tersebut telah dibunuh. Pada 24 Jun 1693 satu arahan telah dikeluarkan disebabkan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku sebelum ini di kubu tersebut. Arahan tersebut menyatakan bahawa tiada lagi tentera yang akan ditempatkan di Pulau Dinding tetapi sebuah tugu batu hendaklah didirikan dimana satu bahagian tugu tersebut mempunyai jata Syarikat Hindia Timur Belanda dan satu bahagian lagi mempunyai jata kerajaan Belanda sebagai tanda pulau tersebut masih berada dibawah pemilikan Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729, arahan telah dikeluarkan untuk memperbaiki tugu batu tersebut.

Pada 20 November 1745, Gabenor Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan agar kubu di Pulau Dinding dibina semula dan dikawal oleh 30 orang eropah dan 30 orang asia (dengan syarat bukannya orang Bugis). Kemudian menurut data dari Melaka bertarikh 22 Oktober 1746, pedagang bernama Ary Verbrugge, telah dihantar ke Perak untuk memujuk Sultan Perak agar kubu dibenarkan dibina di Sungai Perak dan bersetuju untuk menjual semua bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur Belanda.

Pada 25 Jun 1747, Sultan Perak Sultan Muzaffar Shah III menandatangani perjanjian untuk menghantar semua bijih timah kepada kepada Belanda dan mengurniakan kebenaran untuk membina kubu dimana-mana bahagian sungai. Menurut sejarah Melayu Perak, ‘Misa Melayu’ menyebut bahawa Belanda mengukuhkan gudang batu di Pangkalan Halban di Tanjung Putus. Kubu baru ini didirikan pada 18 Oktober 1748 dan kemudian Van Imhoff mengarahkan agat tentera yang berkawal di Kubu Pulau Dinding mengosongkan kubu tersebut untuk mula berkawal di kubu baru di Pangkalan Halban. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kota Belanda Pangkalan Halban tersebut dengan klik link disini.

Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu ditinggalkan. Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini. Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi. Manakala tembok batunya setinggi 6 – 7 meter.

Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor

Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara. Kota Belanda ini telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970. Kemudian pada 1997, kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cenderamata juga terdapat di sini. Beberapa bahagian kota ini telah dibaki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu.

Berhampiran dengan Kota Belanda ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda. Tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743. Ia juga dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.

Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor


Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas. Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak. Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C. iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company – Syarikat Hindia Timur Belanda.

Dutch Port







Hasil carian imej untuk kota belanda pulau pangkor



Hasil carian imej untuk kota belanda pulau pangkor



Galeri Pangkor

Merupakan tempat yang memaparkan sejarah Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor 1874 merupakan peristiwa penting yang telah membuka jalan secara langsung kepada campur tangan politik British ke atas negeri-negeri Melayu. Melalui perjanjian ini, British mula menempatkan residen mereka di Perak dan memperkenalkan sistem pentadbiran British dalam hampir semua aspek negeri kecuali yang menyentuh soal-soal adat dan agama. Perjanjian ini diadakan pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal British iaitu Pluto yang berlabuh di luar pantai Pulau Pangkor. Antara yang terlibat dalam perjanjian ini adalah Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat), Raja Muda Abdullah, Ngah Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Cina.
Bermula dari Perak, British secara beransur-ansur berjaya meletakkan pengaruh politiknya di Selangor, Sungai Ujong, dan Pahang. Ini membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya British berjaya menguasai negeri-negeri Melayu di utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Akhirnya pada tahun 1914, British berjaya memujuk Sultan Johor supaya bernaung di bawah pengaruh British. Dengan ini British berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu. Semuanya bermula daripada PERJANJIAN PANGKOR 1874.









Hasil carian imej untuk galeri pangkor




Taman Fu Lin Kung

Dalam rumah ini dan Tao, yang dibina di kaki Pangkor Hill di Kampung Sungai Pinang Besar, sebuah penempatan Cina (Kampung Cina), tidak hanya menarik pelancong iman yang sama tetapi sebuah perhentian yang baik bagi mereka yang mencari yang indah Pangkor tirai latar. Selain gerbang indah untuk menyambut pelawat dan sebuah kuil bahagian hadapan bangunan megah, terdapat Great Wall mini China di belakang dewan kuil utama. Selain gerbang indah untuk mengalu-alukan pengunjung dan bangunan Kuil majestic, terdapat tembok besar China mini belakang Dewan Kuil utama. Walaupun Kuil menarik ramai pelancong, ia juga adalah tempat yang popular bagi penduduk tempatan, yang akan datang ke sini untuk bersenam oleh trekking dan Bukit di sepanjang tembok besar China mini.





PANTAI-PANTAI MENARIK DI SEKITAR PULAU PANGKOR

1. Pantai Pasir Bogak

Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing. Anda juga boleh berkhemah di pantai ini kerana adanya tapak perkhemahan. Tempat parkir juga disediakan selain gerai makan dan cenderamata. Anda juga boleh menyewa chalet yang ada di Pantai Pasir Bogak.

Hasil carian imej untuk pantai pasir bogak




2. Pantai Puteri Dewi

Pantai Puteri Dewi yang juga dikenali sebagai Pantai Emas terletak 2 km dari Jeti Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Ia dikenali sebagai Pantai Emas kerana keunikan pasir pantai yang kelihatan keemasan apabila matahari terbenam. Pangkor Island Beach Resort yang menguruskan kawasan pantai ini telah membina tempat-tempat penginapan di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti 'snorkeling', 'scuba diving', memancing, berkelah, mandi-manda dan aktiviti sukan air.


Hasil carian imej untuk pantai puteri dewi




3. Pantai Pangkor Laut

Pangkor Laut memang cantik dan eksklusif. Ia menjadi antara destinasi popular di kalangan pelancong asing dan juga golongan rich and famous di Malaysia.

Pangkor Laut adalah umpama pulau impian (Fantasy Island) Malaysia. Di pulau ini terdapat Pangkor Laut Resort iaitu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.

Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu Emerald Bay yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach iaitu syurga untuk aktiviti ‘scuba diving’ yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan panorama terumbu karang dan hidupan air yang menarik dan Royal Bay iaitu pusat aktiviti belayar dan meluncur angin.

Di samping itu, kemudahan pengembaraan bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin ke pantai Emerald Bay.
Pangkor Laut Resort juga menyediakan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi kemudahan aktiviti sukan air, gimnasium, spa, pusat hiburan dan lain-lain lagi.
Untuk ke Pangkor Laut, anda boleh menaiki feri direct dari jeti Marina Island, atau mengambil bot sewaan khas yang disediakan oleh pihak Pangkor Laut Resort untuk para tetamu yang menginap.



Hasil carian imej untuk pantai pangkor laut




4. Pantai Teluk Nipah

Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam.

Pantai Teluk Nipah terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah.


Hasil carian imej untuk pantai teluk nipah


5. Pantai Pulau Giam

Pulau Giam terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pulau ini terkenal dengan aktivit ‘snorkeling’. Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian spesis ikan yang menarik.

Hasil carian imej untuk pantai pulau giam