1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka naratif
membawa maksud terpinggir iaitu sesuatu yang mempunyai had sempadan. Marginal
pula membawa maksud kumpulan sosial yang tertindas disebabkan oleh ciri etnik,
ras, biologikal dan sebagainya. Selain itu, minoriti juga dikelaskan sebagai
kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaan yang diasingkan
daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan
dilihat sebagai objek untuk didiskriminasi secara kolektif.
Tanah Melayu merdeka daripada
penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Sebelum negara merdeka, British telah
membawa masuk pendatang-pendatang seperti Cina dan India. India mempunyai
pelbagai suku iaitu Malayam, Telegu dan Tamil. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, Tamil membawa maksud kaum yang berasal daripada campuran bangsa
Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari Selatan India. Namun pada hari ini
perkataan India digunapakai merujuk kepada kaum tersebut. Walhal sebenarnya
India merujuk kepada sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Pada 16
September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu.
Kesannya, negara Malaysia telah dibentuk. Pada asalnya, Tunku Abdul Rahman
mencadangkan 31 Ogos 1963 sebagai peristiwa itu selari dengan sambutan
kemerdekaan tetapi ditunda. Faktor tarikh itu ditunda, penentangan kerajaan
Indonesia di bawah pimpinan Soekarno serta cubaan sabotaj Parti Bersatu Sarawak
yang cuba menangguhkan Pembentukan Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar
dari Malaysia dan membentuk negara sendiri. Rentetan peristiwa itu, Malaysia
hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Dalam penulisan kajian ini, penulis
membincangkan kedudukan peribumi Sabah dan Sarawak serta kaum Tamil mendapat
tempat marginal dalam pensejarahan akhbar tempatan. Perbincangan ini juga
diselitkan mengenai isu-isu dominan yang kerap berlaku serta rujukan yang
digunapakai dalam kajian tersebut. Sesungguhnya isu-isu yang dihadapi oleh
golongan peribumi Sabah dan Sarawak serta kaum Tamil agak terpinggir.
2.0 ISU-ISU DOMINAN
PERIBUMI SABAH, SARAWAK DAN KAUM TAMIL
Berdasarkan kajian penulis mendapati bahawa isu-isu dominan yang dialami
oleh peribumi Sabah, Sarawak dan kaum Tamil kurang mendapat liputan media
terutamanya akhbar persejarahan tempatan.
2.1 Isu Kewarganegaraan
Menurut Perlembagaan Persekutuan dalam
Bahagian III Perkara 14 hingga Perkara 22, kewarganegaraan diperoleh melalui
empat cara iaitu kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, penaturalisasian, dan
penggabungan wilayah. Misalnya, dalam
Perkara 14 menyatakan cara memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang
dan Perkara 16 A turut memperihalkan cara mendapat kewarganegaraan bagi
penduduk Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia.
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang
menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam
Bahagian I Jadual Kedua; dan
(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari
Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II
Jadual Kedua.[1]
“ bahawa dia telah
bermastautin sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam
Negeri-Negeri itu dan bermastautin selepas Hari Malaysia di Persekutuan selama
tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada tujuh tahun dalam
masa sepuluh tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, dan tempoh itu
termasuklah tempoh dua belas bulan sebaik sebelum tarikh itu;”[2]
Walaupun sudah terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan tetapi ada segelintir rakyat Malaysia terutamanya kaum Tamil dan
pribumi Sabah dan Sarawak tidak memperoleh kewarganegaraan walaupun mereka
tinggal di Persekutuan sebelum merdeka lagi. Isu yang berkaitan dengan
kewarganegaraan bagi kaum India, Sabah, dan Sarawak kurang mendapat perhatian
oleh akhbar-akhbar perdana dan para pengkaji sejarah.
Contohnya, buku Pua Identiti dan Budaya
Masyarakat Iban tulisan Noria Tugang (2008) menyentuh mengenai kain pua
dianggap sebagai pengenalan diri orang Iban. Kain pua bermaksud kain selimut.
Ia menjadi lambang status sosial tinggi bagi masyarakat Iban. [3]Dalam
konteks ini, buku ini juga menyentuh sejarah kaum Iban dan adat tradisi mereka.
Dalam buku ini juga tidak menyentuh mengenai kaum Iban yang tidak mempunyai kad
pengenalan sebagai lambang mereka merupakan rakyat Malaysia.[4]
Dalam buku Identiti India di Malaysia
tulisan Dr K Anbalakan lebih cenderung mengenai kupasan naratif kemasukan orang
India di Tanah Melayu, pembentukan identiti kaum Tamil dan kegiatan ekonomi
yang dijalankan oleh kaum Tamil. Selain itu, buku ini juga menyelitkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kedua iaitu Tun
Abdul Razak Dato Hussein pada tahun 1971 telah memberi kesan kepada kaum Tamil.
Hasil pembacaan terhadap buku ini, penulis mendapati bahawa buku ini tidak
mengupas sama sekali mengenai isu kesukaran Kaum Tamil memohon kad pengenalan
biru yang menjadi lambang kewarganegaraan mereka. [5]
Contoh lagi, akhbar Malaysia Nanban pada tahun
2015 mengatakan bahawa tiada bukti bahawa 30000 masyarakat India tidak
mempunyai kad pengenalan. Menurut Presiden
Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA), Saravanan
mengatakan bahawa bahawa hasil tinjauan mendapati, seramai 13,000 orang tidak
mempunyai kewarganegaraan. Beliau menafikan bahawa berita 30000 masyarakat
India tidak mempunyai kad pengenalan. [6] Pada
pendapat penulis, jumlah yang tidak mempunyai kad pengenalan mungkin lebih
ramai darpada jumlah yang dinyatakan dalam akhbar tersebut. Hal ini demikian
kerana isu ini memfokuskan kepada kawasan yang majoriti masyarakat India
sahaja. Penulis tertanya-tanya kenapa beliau tidak membuat kajian di kawasan
yang minoriti kaum India.
2.2
Isu Kemiskinan
Berdasarkan kepada statistik di atas
menunjukkan Sabah dan Sarawak berada dalam kelompok tiga teratas negeri yang
mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi.
Hal ini sangat menghairankan pengkaji. Hal ini demikian kerana negeri Sabah
dan Sarawak merupakan negeri kaya dengan sumber-sumber alam semulajadi seperti
minyak, gas, balak, hidupan laut serta hasil lautan dan perhutanan asli yang
lain yang menjana pendapatan ekonomi tertinggi negara Malaysia. Hal ini amat
memalukan bagi kedua-dua negeri ini mendapat jolokan negeri termiskin di
Malaysia.
www.freemalaysiatoday.com menerbitkan artikel ‘Sabah: Negeri antara
terkaya, rakyat paling miskin’. Artikel ini menceritakan kemiskinan yang
dihadapi oleh penduduk di Sabah terutamanya di kawasan luar bandar Sabah.
Buktinya, kadar isirumah di Sabah dalam
kategori 40% isirumah terbawah yang ditakrifkan sebagai mereka mempunyai
pendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan. Pendapatan kasar bulanan
purata pada 2009 bagi seluruh Malaysia adalah RM4,025 iaitu RM4,705 di bandar dan
RM2,545 di luar bandar berbanding bagi golongan 40% isirumah terbawah sebanyak
RM1,440. Jumlah pendapatan ini telah meningkat kepada 11% pada tahun 2009
berbanding berbanding 6% pada tahun 1989! [7]
Buku tulisan Zuraina Majid yang bertajuk Masyarakat
Malaysia Edisi II (Tinjauan dan Perbincangan terhadap Beberapa Isu dan Topik
Semasa) turut mengupas isu-isu semasa. Buku ini tidak mengupas langsung
mengenai kemiskinan yang dialami oleh peribumi Sabah dan Sarawak serta kaum
Tamil. Subtopik yang dihuraikan dalam buku ini adalah Peladang, Pertanian dan
pembangunan di Sarawak - Suatu Perbincangan Mengenai Pertanian Pindah dan
Masalah dalam Pembangunan. Dalam subtopik itu menerangkan kegiatan pertanian
pindah yang dilakukan oleh penduduk Sarawak. Oleh itu, buku itu tidak menyentuh
sama sekali isu-isu kemiskinan yang dialami oleh mereka. [8]
http://www.indianmalaysian.com/tuntutan.htm menerbitkan artikel yang bertajuk Tuntuan
untuk Masa Depan yang Lebih Cemerlang. Mereka menuntut dibuat penilaian
semula mengenai isu-isu sekian lama yang dihadapi oleh mereka antaranya sosio,
ekonomi, politik dan budaya dengan latarbelakang jajahan British. Contohnya,
Masyarakat India Malaysia (MIM) mohon kemiskinan mereka hadapi perlu dibasmi
selaras dengan hasrat kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi
kemiskinan. Bukan setakat itu sahaja MIM menuntut ditubuhkan satu suruhanjaya untuk
membasmikan kemiskinan yang terdiri dari pakar-pakar kerajaan, wakil dari
pertubuhan wanita, badan-badan bukan kerajaan dan masayarakat sivil. Tujuannya
ialah mengawasi dan rumuskan program-program membasmikan kemiskinan berdasar
kepada kritiria ekonomi sahaja yang menetapakan sasarannya ialah semua rakyat
yang miskin tidak kira kaum termasuk kaum India sendiri.[9]
2.3 Isu Pendidikan
Pada zaman kolonial British telah mewujudkan empat jenis sekolah Melayu,
Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih
mencerminkan unsur-unsur perkauman. Setiap kaum menghantar anak-anak mereka
untuk mendapatkan pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan tidak seragam.
Contohnya, sekolah Tamil diwujudkan di kawasan estet. Hal ini demikian kerana
kebanyakan masyarakat Tamil pada ketika itu bekerja di estet. Tujuan sekolah
itu diwujudkan ialah membasmi kadar buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.
Namun pada kini sekolah Tamil mula hilang pengaruh kerana masyarakat India kini
semakin moden. Isu ini juga jarang diambil perhatian oleh akhbar tempatan. [10]
http://www.utusan.com.my telah menerbitkan artikel bertajuk Sekolah
vernakular punca polarisasi kaum? Dalam artikel ini menyentuh cara
membentuk perpaduan kaum melalui sistem persekolahan. Artikel ini juga
memerihalkan pelaksanaan sekolah satu sistem yang tidak dapat dilaksanakan atas
faktor banyak tentangan. Walhal kerajaan sepatutnya membuat sekolah satu sistem
supaya dapat mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia[11].
Dalam artikel ini tidak menyentuh secara langsung sekolah vernakular Cina dan
India.
http://www.bharian.com.my telah menerbitkan artikel Isu pendidikan
Sabah, Sarawak patut diutama. Artikel menyentuh isu kekurangan guru di
Sabah dan Sarawak. Kebergantungan guru yang diimport dari Semenanjung telah
mengisi kekurangan guru di dua negeri tersebut. Buktinya, pada tahun 2015,
Sarawak memerlukan 2,432 guru sedangkan jumlah guru tempatan hanya 601 orang.
Kedua-dua negeri ini mahu lebih banyak peluang diberi kepada calon tempatan. Hal
ini demikian kerana mereka mengambil kira isu ini amat sensitif, aspek latar
belakang etnik, termasuk memberi keutamaan khas kepada calon guru daripada
etnik minoriti daripada kedua-dua negeri tersebut. Masalah ini tidak menyentuh
secara langsung oleh akhbar tersebut. Artikel ini turut menyentuh faktor-faktor
anak tempatan tidak berminat dalam bidang perguruan. Faktor mereka kurang berminat
dengan bidang itu kerana permohonan dan melalui sesi temu duga serta pemilihan
yang ketat berdasarkan merit. Mereka perlu bersaing bersama-sama calon lain
dari seluruh negara Malaysia. [12]Jelaslah
menunjukkan artikel ini memperlihatkan isu ini merupakan isu yang berat
sebelah.
http://www.freemalaysiatoday.com telah menerbitkan artikel bertajuk “Pernah terpanggil agar Sabah, Sarawak
keluar Malaysia – Bung Moktar” yang turut menyentuh ketidakadilan Kerajaan
Persekutuan terutamanya Kementerian Pelajaran dalam pemberian elaun kepada
guru-guru. Menurut Ahli Parlimen Barisan Nasional – Kinabatangan, Datuk Bung
Moktar Raden mengatakan bahawa guru-guru Semenanjung datang mengajar ke Sarawak
dan Sabah diberi elaun sebanyak RM 1500 sedangkan guru-guru yang berasal
daripada Sabah dan Sarawak yang datang mengajar di Semenanjung diberi elau
sebanyak RM 750.[13]
Isu ini telah menyebabkan guru-guru Sabah dan Sarawak berasa dianaktirikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran. Isu-isu ini jarang dikeluarkan oleh akhbar
tempatan dan buku kerana mereka menganggap kes ini merupakan kes terpencil.
2.4 Isu Bahan Mentah
Sabah
dan Sarawak merupakan negeri terkaya di Malaysia tetapi mempunyai rakyat
termiskin di Malaysia. Hal ini amat menghairankan penulis. Hal ini demikian
kerana kedua-dua negeri ini kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, arang
batu, balak, hidupan laut serta hasil lautan dan perhutanan asli yang lain yang
menjana pendapatan ekonomi tertinggi negara Malaysia. [14]Isu
yang timbul apabila kedua-dua negeri ini membuat tuntutan mengenai isu ini.
Misalnya, negeri Sabah menerima 5% royalti minyak berbanding keluasan yang ada
di negeri Sabah. Keluasan negeri Sabah adalah kira-kira 72,500 kilometer persegi. Kerajaan
negeri Sabah menyalurkan lebih 80% daripada hasil bahan mentah di negeri untuk
disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Perkara ini sudah pasti menjadi
ketidakpuasan hati rakyat Sabah sendiri.
Hal ini demikian kerana kerajaan Persekutuan sepatutnya memberikan pulangan
kepada kerajaan negeri Sabah berbanding kuantiti pulangan yang disalurkan
selama ini.[15]
Di samping itu, Kerajaan Negeri Sarawak juga turut menimbulkan pemasalahan ini
kepada Kerajaan Persekutuan dengan meminta sekurang-kurangnya 20% hasil minyak
untuk membangun Sarawak. Hal in demikian kerana negeri Sarawak yang amat luas
iaitu kira-kira 124,449.51 kilometer persegi yang semestinya memerlukan
kewangan yang lebih banyak untuk membangunkan negeri itu. Oleh hal yang
sedemikian, kerajaan negeri Sarawak melalui Ketua Menterinya Tan Sri Adenan
Satem meminta sekurang-kurangnya 20% royalti minyak untuk negeri Sarawak. Namun
permintaan Ketua Menteri Sarawak itu ditolak. Hal ini disebabkan kerajaan
Persekutuan mengatakan bukan sekarang untuk membicarakan hal ini kerana harga
minyak dunia pada ketika ini jatuh. [16]
Buku
bertajuk Malaysia: Isu-isu Sosial Semasa hasil penulisan oleh Roziah
Omar dan Sivamurugan Pandian menyentuh isu-isu sosial yang berlaku di Malaysia.
Hasil daripada pembacaan, penulis mendapati bahawa buku ini tidak mengupas
langsung isu bahan mentah yang berlaku di Sabah sehingga menimbulkan
ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat Sabah.
3.0 FAKTOR NARATIF
KAUM PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK SERTA KAUM TAMIL MENDAPAT TEMPAT YANG MARGINAL
DALAM PENSEJARAHAN KEBANGSAAN MALAYSIA.
3.1 Faktor Geografi
Antara sebab Sabah dan Sarawak mendapat tempat
marginal adalah disebabkan kedudukan geografinya yang jauh dan terpisah dengan
Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Umum kita mengetahui bahawa Sabah
dan Sarawak mempunyai kawasan yang luas serta besar. Buktinya, keluasan Sarawak
kira-kira 124,449.51 kilometer persegi [17]manakala
keluasan di Sabah ialah kira-kira 72,500 kilometer persegi.
Kebanyakan kawasan di Sarawak dan Sabah
terletak di kawasan pendalaman yang sudah pasti kekurangan infrastruktur yang
sempurna. Misalnya kawasan paling padat dengan penduduk di Sarawak ialah di
dataran pantai dan lembah sungai. Pengangkutan utama mereka pula ialah bot. Hal
ini demikian kerana masyarakat yang tinggal di pinggir lembah sungai terpaksa
menggunakan bot untuk berhubung dengan masyarakat luar daripada kawasan mereka.
Setiap kali mereka hendak keluar dari kawasan mereka, kos pengangkutan terpaksa
dikeluarkan. Bagi masyarakat yang miskin mereka tidak mampu membayar kos
pengangkutan.
3.2 Faktor Sejarah
Zaman penjajah kolonial British, orang Tamil yang berasal daripada Selatan
India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di estet. Kebanyakan orang
Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun
sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. [18] Walaupun
mereka bekerja di ladang namun pihak British telah menyekat kebebasan mereka.
Maka tidak hairanlah, masalah kemiskinan, amalan kasta dan kurang kemudahan
infrastruktur yang baik telah memberikan kesan kepada aspek-aspek seperti
kebudayaan, perayaan dan kesenian.
Selain itu, British memperkenalkan satu dasar iaitu laissez-faire
atau pecah perintah dengan tujuan memecahbelahkan dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum. [19]
Kesan daripada penjajahan kolonial, kaum Tamil sehingga ke hari ini terus
terpinggir daripada mendapat perhatian yang sewajarnya seperti isu kemiskinan
dan permohonan kewarganegaraan.
4.0 KESIMPULAN
Kaum Tamil, peribumi Sabah dan Sarawak sememangnya mendapat tempat marginal
dalam pensejarahan Malaysia. Isu-isu seperti kemiskinan, pendidikan, bahan
mentah dan kewarganegaraan telah menimbulkan masalah kepada rakyat Sabah,
Sarawak dan kaum Tamil. Masalah-masalah ini juga telah menyebabkan mereka
merasakan dianaktirikan oleh pihak tertentu. Hasil kajian yang dijalankan oleh
penulis mendapati bahawa hak-hak kaum minoriti ini sebagai warganegara tidak
dipenuhi. Seolah-olah pihak-pihak berkenaan tidak memikirkan jalan penyelesaian
kepada kemelut masalah-masalah itu. Isu-isu yang begitu kritikal tidak mendapat
liputan secara meluas di akhbar-akhbar perdana seperti Berita Harian dan Utusan
Malaysia. Sebaliknya, isu-isu ini banyak dilaporkan di akhbar atas talian sahaja.
Bukan itu sahaja, isu-isu ini tidak banyak dikaji oleh sejarawan tempatan.
BIBLIOGRAFI
AKHBAR
(2015, Disember 31). Tiada Bukti Seramai
30,000 ribu tiada mempunyai kad pengenalan. Malaysia Nanban : hlm. 10
BUKU
Anbalakan, K., 2009, Identiti India di
Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Penang.
,Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Noriah Tugang.,2008, Pua Identiti dan Budaya
Masyarakat Iban, Universiti Malaysia Sarawak : Sarawak
Roziah Omar dan Sivamurugan Pandian, 2005. Malaysia:
Isu-isu Sosial Semasa. Institut Sosial Malaysia : Kuala Lumpur
Zuraina Majid.1985, Masyarakat Malaysia Edisi
II (Tinjauan dan Perbincangan terhadap Beberapa Isu dan Topik Semasa),
Universiti Sains Malaysia : Penang
INTERNET
Anne Muhammad (2016, Mei 5). Adenan, Najib
senada isu royalti minyak dicapai pada 11 Mei 2016 daripada Malaysia Kini : https://www.malaysiakini.com/news/340445
Azrul Azwar (2012, Mac 14). Sabah: Negeri
antara terkaya, rakyat paling miskin, dicapai pada 7 May 2016 daripada Free
Malaysia Today : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/14/sabah-negeri-antara-terkaya-rakyat-paling-miskin-2/
Group of Concerned Citizens. Tuntutan Untuk
Masa Depan Yang Lebih Cemerlang dicapai pada 10 May 2016 daripada
Indian-Malaysian Online : http://www.indianmalaysian.com/tuntutan.htm
Jeniri Amir (2015, Februari 18). Isu
pendidikan Sabah, Sarawak patut diutamakan dicapai pada 10 May 2016 daripada
Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/node/35618
Khairil Ashraf (2015, March 12). Pernah
terpanggil agar Sabah, Sarawak keluar Malaysia – Bung Moktar, dicapai pada 10
May 2016 daripada Free Malaysia Today : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/03/12/pernah-terpanggil-agar-sabah-sarawak-keluar-malaysia-bung-moktar/
Master G. (2009, October 15). [HOT] Perjanjian 20 Perkara Sabah Perlu
Dilaksanakan Segera!! Dicapai pada 10 Mei 2016 daripada Berita Semasa : http://www.beritasemasa.com.my/hot-perkara-20-negeri-sabah-perlu-dilaksanakan-segera
Pena Biru (2014, September 14). Sistem
Pendidikan Vernakular (Sebelum Perang Dunia Kedua). Dicapai pada 10 Mei 2016
daripada Blog Cikgu Sejarah STPM : http://cikgustpm.blogspot.my/2014/09/sistem-pendidikan-vernakular-sebelum.html
Siti Norhawa Binti Mohd. Ali (2015, Oktober
1). Sekolah vernakular punca polarisasi kaum? Dicapai pada 10 May 2016 daripada
Utusan Malaysia Online : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sekolah-vernakular-punca-polarisasi-kaum-1.141641
Tiada Pengarang (2008, 14 November) Masyarakat
India di Malaysia Dicapai pada 11 Mei 2016 daripada Jabatan Penerangan Malaysia
: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3243-masyarakat-india-di-malaysia.html
[1]
Perlembagaan Malaysia. Pindaan terkini – Akta 1260 /2006. Perkara 14
[2]
Perlembagaan Malaysia. Pindaan terkini- Akta 1260 / 2006. Perkara 16 (A)
[3] Noria
Tungang. Pua Identiti dan Budaya Masyarakat Iban, Sarawak, Universiti Malaysia
Sarawak, 2014, hlm. Xi
[4] Noria
Tungang. Pua Identiti dan Budaya Masyarakat Iban, Sarawak, Universiti Malaysia
Sarawak, 2014, hlm.1
[5] K.
Anbalakan. Identiti India di Malaysia, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia,
2008, hlm. iii-v.
[6]
(2015, Disember 31). Tiada Bukti Seramai 30,000 ribu tiada mempunyai kad
pengenalan. Malaysia Nanban : hlm. 10
[7] http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/14/sabah-negeri-antara-terkaya-rakyat-paling-miskin-2/
Diakses pada 2016.
[8]
Zuraina Majid. Masyarakat Malaysia Edisi II (Tinjauan dan Perbincangan terhadap
Beberapa Isu dan Topik Semasa, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia hlm.182-198
[10] http://cikgustpm.blogspot.my/2014/09/sistem-pendidikan-vernakular-sebelum.html
diakses pada 10 Mei 2016
[11] http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sekolah-vernakular-punca-polarisasi-kaum-1.141641
diakses pada 10 Mei 2016
[15] http://www.beritasemasa.com.my/hot-perkara-20-negeri-sabah-perlu-dilaksanakan-segera
Diakses pada 10 Mei 2016.
[17] http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/9043-profil-negeri-sarawak.html.
Diakses pada 11 Mei 2016
[18] http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3243-masyarakat-india-di-malaysia.html
diakses pada 11 Mei 2016
No comments:
Post a Comment