1.0
PENDAHULUAN
Idea pembinaan jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan
Butterworth dicetuskan oleh Tun Dr Lim Chong Eu pada tahun 1950-an. Namun
ideanya itu dianggap tidak masuk akal. Hal ini demikian kerana mereka
menganggap mana ada jambatan dibina di wilayah berkenaan pada zaman tersebut.
Idea beliau juga dicadangkan oleh Tun Abdul Razak pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang
Perai dgn Pulau Pinang. Pada tahun 1982, idea beliau dapat direalisasikan
apabila kerja pembinaan mula dijalankan. Jambatan ini siap dibina pada 13 April
1985, hanya tiga tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini mula dibuka pada 14 September 1985. Pada 3 Ogos 1985, Tun Dr
Mahathir Mohamad telah merasmikan pembukaan jambatan ini dengan memandu kereta
pertama Malaysia iaitu Proton Saga sambal mengibarkan Jalur Gemilang dengan
penuh gaya.
Di samping menjadi simbol ikon bagi Pulau Pinang, jambatan ini juga
merupakan jambatan terpanjang di Asia serta kelima terpanjang di dunia jambatan ini
juga telah dilebarkan pada Ogos tahun lalu dan kini ianya dapat menampung
kapasiti kenderaan berjumlah 155,000 sehari berbanding 120,000 sebelum ini. Panjang
keseluruhan jambatan adalah 13.5km iaitu di mana 8.4 km daripadanya dibina di
atas air. Jambatan ini mengadaptasi konsep San Francisco Golden Gate Bridge.
Buktinya jambatan ini dilengkapi dengan empat buah menara ditengahnya, berdiri
setinggi 33 meter dari paras laut dan diteguhkan dengan kabel konkrit. Jambatan
ini direka oleh mendiang Tan Sri Prof Chin Fung Kee, seorang jurutera geoteknik
yang termahsyur.
1.0
PUNCA KESESAKAN DI JAMBATAN PULAU PINANG
Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang berulang alik antara Seberang
Perai dan bahagian pulau sering mengalami kesesakan lalu lintas sehingga
berjam-jam lamanya. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna
jambatan. Kepesatan ekonomi di Pulau Pinang terutamanya di bahagian pulau
menyebabkan lebih 120,000 buah kenderaan keluar masuk jambatan pada setiap
hari. Jumlah itu bertambah kepada 130,000 pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Kesesakan berlaku terutamanya pada waktu
puncak iaitu 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam. Ini disebabkan pengguna
tidak berminat menggunakan perkhidmatan awam seperti feri kerana kurang efesiensi serta tidak saling
berhubungan antara tempat kerja. Kebiasaannya, pengguna tidak menggunakan feri
kerana terpaksa menunggu giliran agak lama memandangkan ramai juga menggunakan
perkhidmatan itu pada waktu pagi dan petang. Ini menunjukkan pengguna lebih
rela menggunakan jambatan daripada feri walaupun jaraknya yang agak jauh.
Punca lain ialah berlaku kemalangan di atas jambatan menyebabkan
berlakunya kerumitan. Selain itu juga, kenderaan yang membawa muatan berat di
jambatan telah menyebabkan pergerakan bertambah lambat terutamnya pada waktu
puncak.
Berdasarkan punca-punca yang dinyatakan menyumbang kepada kesesakan
di Jambatan Pulau Pinang. Dengan menggunakan gaya berfikir iaitu pemikian
kreatif, pemikiran positif-negatif, pemikiran konstruktif dan pemikiran
proaktif dalam menyelesaikan masalah tersebut.
2.0
PENGGUNAAN GAYA-GAYA BERFIKIR SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH
2.1
PEMIKIRAN KREATIF
Kreatif
bermaksud pelbagai cara arau idea yang menghasilkan sesuatu konsep, idea, cara
menyelesaikan masalah dan cara meleraikan konflik. Kemahiran ini juga
memerlukan seseorang menghasilkan sesuatu yang baru. Pemikiran jenis ini juga
tidak mengehadkan kepada jawapan yang ada.
Jambatan
yang sedia ada tidak mampu menampung kepadatan kenderaan yang keluar masuk
jambatan. Menerusi kaedah pemkiran kreatif, jambatan yang sedia ada kepada
jambatan dua tingkat. Pembinaan jambatan dua tingkat sebagai alternatif
mengurangkan kesesakan di jambatan. Bahagian atas jambatan dua tingkat itu
sebagai tambahan sekiranya jambatan di bahagian bawah mengalami kesesakan.
Keadaan ini dapat melancarkan aliran trafik.
Idea
pembinaan tram di atas jambatan Pulau Pinang merupakan cara mengurangkan
kesesakan di jambatan. Tram ialah kenderaan aliran ringan yang dipandu mengikut
rel dan kabel. Rel dibina di atas jalan
raya dan ia dikawal secara elektronik. Laluan khas untuk tram perlu dibina di
atas jambatan yang menghubungkan pulau ke tanah seberang. Tram boleh dibina
tanpa sebarang proses mengambil alih tanah kerana landasan tram boleh dibina di
atas jalan raya dan boleh dikongsi bersama kenderaan lain. Ini juga dapat
mengurangkan kesesakan di jambatan. Penggunaan tram ini dapat menjimatkan masa,
kos dan mengurangkan pencemaran. Sistem tram ini telah dipraktikkan di luar
negara seperti Sepanyol dan Turki. Oleh yang demikian, sistem tram dilihat
sebagai nilai tambah mengurangkan kesesakan jambatan Pulau Pinang.
2.2
PEMIKIRAN POSTITIF DAN NEGATIF
Pemikiran positif ialah gaya berfikir yang melihat kebaikan,
manfaat dan keuntungan terhadap sesuatu idea. Pemikiran jenis ini telah
mencetuskan pemikiran secara logik. Manakala pemikiran negative ialah gaya
berfikir yang melihat masalah atau keburukan sesuatu idea. Kebiasaanya,
pemikiran jenis ini meramalkan sesuatu yang buruk sekiranya idea itu
dihasilkan. Walaupun ianya bersifat negative, pemikiran dapat membantu membuat
penilaian samaada berkesan atau tidak.
Pembinaan terowong dasar laut dilihat sebagai sesuatu yang positif
yang boleh dilaksanakan sebagai alternatif selain pembinaan jambatan. Pembinaan
terowong dasar laut ini boleh dibina di kawasan yang mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi di bahagian Pulau seperi kawasan persiaran Gurney sehingga
ke Tanjung Tokong. Ini kerana kawasan tersebut jauh daripada kedua-dua jambatan
Pulau Pinang. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa kerana tidak memerlukan
pengguna untuk memandu jauh.
Pembinaan terowong dasar laut juga memberikan kesan negatif kepada
pengguna dan kehidupan laut. Hal ini demikian kerana aspek keselamatan perlu
diambil kira sekiranya berlakunya sesuatu yang tidak dijangka seperti letupan
dan kemalangan di dalam terowong. Sesuatu yang tidak dijangka ini telah
memberikan kesan kepada keseluruhan pengguna yang menggunakan terowong dasar
laut ini. Selain itu, habitat laut diancam kerana habitat dan rantaian makanan
hidupan laut bakal terganggu sekiranya pembinaan ini dijalankan. Hal ini
demikian kerana hidupan laut saling bergantungan. Terumbu karang dirosakkan
sekaligus telah memberikan perubahan terhadap ekosistem laut di kawasan
tersebut.
Selain
itu, penggantian feri kepada kapal yang besar dilihat sebagai alternatif dalam
mengurangkan kesesakan jambatan. Hal ini demikian kerana pengurusan feri yang
sedia ada tidak efisien menyebabkan pengguna jarang menggunakan feri. Namun
dari sudut negatif,
penggunaan kapal besar memerlukan kos
yang tinggi. Kos pembinaan kapal besar ditanggung oleh pengusaha industri feri
dan pengguna. Pembelian kapal besar yang biasanya diimport dari luar negara
seperti Belanda telah menelan kos yang banyak. Kos penyelenggaran kapal juga
berganda jika dibandingkan dengan penyelenggaran feri kerana terdapat komponen
kapal tidak terdapat di Malaysia. Pengguna juga menanggung peningkatan harga
tambang kapal bersesuaian dengan peningkatan perkhidmatan yang disediakan jika
dibandingkan dengan tambang feri dikenakan RM1.20 bagi penjalan kaki dan RM7.50
bagi kenderaan. Peningkatan harga tambang bakal memberikan impak kepada kadar kekerapan
penggunaan kapal oleh pengguna.
2.3
PEMIKIRAN KONSTRUKTIF
Pemikiran jenis ini merujuk kepada memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang ada pada sesuatu idea untuk membolehkan sesuatu idea
untuk membolehkan sesuatu idea dijalankan dan berjaya dilaksanakan.
Penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi
mengurangkan kesesakan jambatan adalah penambahan dan perluasan lorong yang
sedia ada iaitu tiga lorong kepada lima lorong termasuk lorong khas untuk
pengangkutan awam seperti bas. Ini dapat dilihat bahawa lorong sedia ada tidak
mampu menampung kepadatan kenderaaan yang menggunakan jambatan pada setiap
hari. Lorong khas untuk kenderaan awam seperti bus perlu disediakan bagi
mengalakkan penggunaan untuk menjadi pelanggan pengangkutan awam. Adanya laluan
khas ini kadar ketersampaian dan ketepatan masa dapat dioptimumkan.
Seterusnya, sistem pengangkutan awam perlu
dipulihkan kepada lebih efisien. Sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang tidak
berhubungan antara bahagian Pulau dan tanah Seberang terutamnya pengangkutan
bas rapid. Pihak pengurusan bas rapid di Penang wajar untuk menyediakan bas
khas yang menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut melalui jambatan. Pengguna
tidak perlu menaiki feri di Seberang dan mengambil bas rapid untuk menuju ke
destinasi di bahagian pulau dan sebaliknya. Sekaligus dapat menjimatkan masa
dan kos pengguna. Cara ini menyebabkan
pihak pengendali bas rapid mengeluarkan kos untuk membayar tol dan jarak
perjalanan yang agak jauh.
2.4
PEMIKIRAN PROAKTIF
Pemikiran jenis ini memperlihatkan seseorang
itu melihat jauh ke hadapan. Selain itu, seseorang menggunakan gaya jenis ini
dapat menjangkakan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya seseorang itu terus
menerus menggunakan idea yang ada. Oleh itu, seseorang itu telah merancang
strategi untuk masa hadapan.
Langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi
kesesakan di jambatan ialah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan
efisien. Contohnya, pemasangan litar tertutup CCTV di setiap lima batang lampu
jalan raya di atas jambatan seperti dilaksanakan di Singapura di mana
keseluruhan jalan-jalan utama mereka dilengkapi sistem tersebut dalam mengawal
kadar kemalangan jalan raya. Sistem ini juga dapat mengesan hadlju kenderaan
yang berada di atas jambatan.
Kaedah ini juga membolehkan pihak berkuasa
seperti polis trafik membuat pemantauan seacar berkala dan sistematik bagi
mengelakkan kemalangan terutamnya ketika waktu puncak. Hanya kerana kemalangan
kecil di atas jambatan telah menyebabkan kesesakan berjam-jam. Oleh itu,
penguatkuasaan undang-undang menerusi kompaun dan denda yang lebih fleksibel
yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Cara ini bertujuan memberikan
didikan dan motivasi kepada pengguna.
Di samping itu juga, pihak berkuasa mengawal keluar
masuk kenderaan berat semasa waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan di
jambatan. Umum mengetahui bahawa kenderaan berat bergerak agak perlahan kerana
membawa muatan berlebihan dan uzur. Sekiranya berlaku kemalangan di atas
jambatan, penggunaan helikopter dilihat sebagai tindakan pantas untuk mengalih
dan mengangkat kenderaan tersebut ke tempat lain boleh dilakukan oleh
pengendali jambatan Pulau Pinang iaitu Penang Bridge Sdn. Bhd. Sekali gus
masalah ini diselesaikan dengan cepat.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulan berdasarkan gaya-gaya berfikir yang bersesuaian digunakan
berdasarkan situasi dapat memberikan satu penyelesaian masalah yang terbaik
bagi mengatasi masalah ini berlarutan. Setiap masalah sudah pasti ada jalan
penyelesaian. Penyelesaian masalah cepat atau lambat sahaja untuk dilaksanakan.
BIBLIOGRAFI
Astro Awani, (2016,
Julai), Sistem tram paling sesuai di George Town - Ahli Akademik,
daripada the world wide web: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sistem-tram-paling-sesuai-di-george-town-ahli-akademik-110518
BERNAMA, (2008,
Januari), Kesesakan Jambatan Pulau Pinang: Apa Punca Dan Kesudahannya? daripada
the world wide web: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=307115
Munir Shuib, Azlena
Zainal, Nursyida Sidit (2009). Teknik Meningkatkan Kemahiran Berfikir. Selangor:
Prentice Hall.
Matbagero, (2011
Ogos), Sejarah Jambatan Pulau Pinang daripada the world wide web: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=589936
No comments:
Post a Comment