1.0
`PENDAHULUAN
Sebelum melakukan serangan di Tanah Melayu, tentera Jepun menyerang
Pearl Habour iaitu pengkalan tentera laut Amerika pada 8 Disember 1941.[1]
Empat jam kemudiannya, tentera Jepun mendarat di Singora, Patani, Thailand
serta Kota Bharu, Kelantan. Jepun melakukan serangan di Tanah Melayu iaitu tiga
penjuru. Tiga penjuru iaitu dari utara melalui Jitra, Jalan Keroh-Grik dan
melalui Pantai Timur. Pada 11 Januari 1942, Jepun mara ke Kuala Lumpur dan menakluki
Kajang dan Klang. Oleh sebab itulah, British terus berundur ke Singapura. Pada
15 Februari 1942, British menyerah kalah di Singapura. Hal ini demikian kerana
Jepun berjaya menawan Singapura pada ketika itu sebagai pertahanan British.
Maka dengan itulah, seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pentadbiran
tentera Jepun telah menyusun semula unit politik di Singapura sekaligus
menjadikannya sebagai pusat wilayah pentadbiran tentera dengan menggabungkan
Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Sumatera.[2]
Tujuan tentera Jepun untuk menjajah kawasan itu ialah memenuhi
keperluan Jepun. 1930-an, kejayaan ekonomi Jepun bergantung kepada
pengeksportan ke dunia luar. Namun begitu, negara ini menjalankan aktiviti
penjajahan di kawasan Asia iaitu bermula di Korea kemudiannya di Taiwan,
Manchuria dan utara China. Kemudiannya, tentera Jepun mara ke Asia Tenggara.
Ini bertujuan bagi memastikan pasaran terhadap sumber mencukupi dalam perlaksanaan sistem politik Jepun. Hal ini sekaligus menafikan
persaingan kuasa seperti British terhadap lokasi yang strategik di rantau ini.
Konsep Jepun iaitu Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya
(digunapakaikan pada tahun 1940an) dibcadangkan untuk manfaat untuk seluruh
rantau.
Jepun mendapati bahawa kawasan Tanah Melayu dan Singapura merupakan
kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat perdagangan dan pengkalan
tentera laut. Hal ini demikian kerana kawasan itu strategik untuk menghubungkan
pangkalan Jepun dengan kepulauan Indonesia. Dari segi ekonomi, Jepun ingin
menyatukan perindustrian di kawasan Timur Laut kerana kawasan ini mampu
membekalkan sumber untuk kepentingan barangan keluaran Jepun.[3]
Berdasarkan soalan iaitu dari aspek pembangunan
dan kemajuan sosio-ekonomi, nilaikan sumbangan pendudukan Jepun (1941-1945)
terhadap Tanah Melayu. Soalan ini akan membincangkan aspek pembangunan dan
kemajuan sosio-ekonomi yang dipilih iaitu pertanian.
2.0
SUMBANGAN PENDUDUKAN JEPUN DARI ASPEK PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN
SOSIO-EKONOMI DI TANAH MELAYU (PERTANIAN)
Semasa pendudukan Jepun, Jepun lebih menekankan pertanian dengan
tujuan menambahkan hasil pengeluaran bahan makanan dan bekalan makanan adalah
mencukupi. Setelah Jepun menduduki Tanah Melayu terdapat stok beras untuk
setahun namun ianya dihantar ke Jepun. Sejak awal lagi beras di Tanah Melayu
sangat berkurangan. Sedangkan ianya menjadi makanan ruji penduduk. Hal ini
disebabkan masih dalam keadaan berperang maka hubungan Tanah Melayu dengan negara-negara
pembekal beras seperti Burma dan Siam telah terputus. Hubungan ini terputus
kerana kapal-kapal yang membawa muatan beras dan bahan makanan yang lain telah
dirampas oleh Jepun demi menyelamatkan tenteranya.[4]
Apabila bekalan terutamanya beras berkurang maka tentera Jepun
meletakkannya sebagai barang kawalan. Tentera Jepun mengambil tindakan dengan mengumpul
beras. Apabila beras dikumpulkan,maka kerajaan ataun ejen yang dilantik
menguruskan dari segi simpanan beras. Bahagian Perdagangan dan Industri hanya
dibagi kebenaran untuk menjalankan import eksport beras. Hal ini bertujuan
mengelakkan bekalan beras habis. Bila beras menjadi barang kawalan maka tentera
Jepun menjalankan catuan beras. Ada sesetngah tempat tidak menjalankan sistem
catuan beras. Kesannya, tentera Jepun memaksa penduduk tempatan untuk menanam
padi untuk kegunaan seharian. Jualan beras tempatan pada asalnya diuruskan oleh
Persatuan Pengedar Beras kemudiannya bertukar tangan ke Pejabat Kawalan Makanan.[5]
Negeri pengeluar padi iaitu Kedah dijadikan oleh Japan Military
Administration (JMA) sebagai pembekal beras bagi kegunaan tenteranya.
Tentera Jepun telah melakukan usaha iaitu membenarkan ladang getah ditebang
untuk dijadikan sawah bagi menambahkan kawasan tanaman padi yang baru, Namun
usaha ini gagal kerana penanaman padi tidak berhasil. Sekaligus memberikan
kesan iaitu pengeluaran padi merosot.[6] Oleh
sebab itulah, tentera Jepun mengenakan kawalan ketat ke atas pengeluaran beras.
Selain itu, tentera Jepun kerap melakukan bancian terhadap petani.
Ini memastikan bekalan beras sentiasa ada dan tidak habis untuk kegunaan
mereka. Tentera Jepun melantik beberapa orang pegawai untuk memastikan kawalan
ketat terhadap bekalan beras dilaksanakan. Jabatan Pertanian mengarahkan
Pegawai Daerah untuk memastikan rakyat berusaha untuk menanam padi.[7] Kawasan
padi menjadi hak orang Melayu juga diberikan kepada kaum lain dalam
menggalakkan mereka menanam lebih banyak padi dan tanam yang lain seperti ubi
kayu.
Selepas Jepun Berjaya menduduki Singapura pada thaun 1942, ladang
getah dibersihkan. Hal ini bertujuan Jepun menggalakkan masyarakat menanam
sayur-sayuran terutamanya ubi kayu bagi menampung keperluan hidup mereka.
Tentera Jepun membahagikan lot-lot tanah untuk kegunaan menanam pelbagai jenis
tanaman. Kebanyakan para petani majoritinya adalah orang Melayu daripada
Geylang Serai.[8]
Dalam melaksanakan dasar mencukupkan makanan, JMA merancang untuk
menanam padi dua kali setahun[9].
JMA juga memperkenalkan benih padi dari Taiwan, Teknik baru menanam padi serta
menyediakan pakar dalam menghasilkan padi yang mencukupi. Namun rancangan
dibuat ini gagal disebabkan masalah penyakit, bencana alam dan serangan
seranggah perosak.[10]
Rancangan menanam
padi dua kali setahun tidak mendapat sambutan daripada petani. Hal ini demikian
kerana rancangan ini telah menggangu kebiasaan hidup tradisional petani. Kesan
daripada ini, beras terus dijadikan masalah utama. Seterusnya bila bekalan
beras makin berkurangan maka beras terpaksa dicatu dengan ketat. Masyarakat
pada ketika itu terpaksa menanam ubi kayu. Ubi kayu dijadikan sebagai makanan
utama menggantikan beras. Zaman ini dikenali sebagai zaman ubi kayu.[11]
Ubi kayu dan ubi kentang
dijadikan sebagai tanaman utama selain padi. Namun sebahagian tanaman ubi kayu
dan ubi kentang dieksport ke Singapura. Terdapat kilang menghasilkan produk
makanan berasaskan ubi kayu. Contohnya, kilang di Bahau mengeluarkan kerepek
ubi kayu. Kerepek ini menggunakan tepung ubi kayu sama seperti penghasilan mee
dan koey teow. Ubi kayu merupakan makanan ruji masyarakat pada ketika itu bagi
menggantikan beras. Ada masyarakat pada ketika itu menanam buah-buahan,
sayur-sayuran dan tebu. Sebelum berakhirnya kependudukan Jepun di Tanah Melayu,
tanaman ubi kayu, pisang, betik dan jagung mengalami kerosakan. Hal ini
disebabkan kemarau yang diselang seli cuaca hujan dan timbulnya penyakit
misteri.[12]
Selain daripada catuan, Jepun juga mengadakan sekatan lain ke atas
barangan jualan yang selalu digunakan oleh pengguna seperti beras, gula, garam,
tepung, dan sabun. Kesannya, wujudnya pasaran gelap (black market).
Black market ini merupakan seseorang boleh mendapatkan apa-apa barangan
terutamanya barangan terkawal pada harga yang lebih mahal dan berbaloi. Disebabkan
situasi itu, maka tidak hairanlah masyarakat Tanah Melayu telah bertindak
dengan menyorok bahan makanan terkawal ini untuk dijual di pasaran gelap dengan
harga yang lebih mahal dan berbaloi. Contohnya, di Kelantan. Pada tahun 1942,
para petani bertindak menyorok beras mereka. Mereka menyeludup keluar beras ke
negeri berjiran iaitu negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat
tinggi iaitu antara $10 hingga $13 bagi satu gantang. Harga ini berbeza dengan
harga yang ditetapkan oleh kerajaan tentera Jepun iaitu 50 sen bagi beras kelas
pertama.[13]
Selain itu, pada mulanya pentadbiran hendak disatukan. Namun
keadaan berubah apabila perang berlaku iaitu pejabat pentadbiran meningkat.
Contohnya, Singapura. Bahagian makanan menguruskan dari segi perikanan, ternakan,
pertanian, pengairan dan perhutanan. Namun pada tahun 1942, pertanian dan
perhutanan dipindahkan ke jabatan baharu iaitu Norin-ka manakala
perikanan dan ternakan dipindahkan ke jabatan baharu iaitu Syokuhin-ka
pada bulan April 1944.[14]
Selain itu, pada
tahun 1942, tentera Jepun melaksanakan Jabatan Penyelidikan. Tujuan diadakan
untuk membangunkan industri minyak sawit. Tujuannya ialah menggalakkan inovasi
dalam penciptaan barangan seperti sabun, gris, pengganti minyak diesel, dan
makanan tambahan yang dikenali sebagai Ubat Merah Minyak Sawit (Red Medical
Palm Oil). Pada bulan Oktober penanaman kelapa sawit telah diserahkan
kepada Syarikat Getah Syowa walaupun Jabatan Pertanian meneruskan operasi
pengeluaran sabun. Pada akhir tahun 1942, jabatan ini mengeluarkan 2,200 bar
sabun sehari.
Hal ini berbeza
pula dengan pengganti minyak diesel tidak mencapai keputusan tidak memuaskan.
Hal ini demikian kerana keputusan eksperimen mengatakan bahawa pengganti minyak
diesel hanya disesuaikan menggunakan enjin bersaiz besar sahaja. Selain itu,
sekiranya menggunakan mesin bersaiz kecil, maka berlaku penembahan kerja dalam
memanaskan minyak sawit sebelum melakukan pembakaran.[15]
Selain itu, Malaya
telah menghasilkan 75 ribu tan kopra atau dikenali sebagai daging kelapa
kering. Tanaman ini wujud sebelum zaman perang lagi. Contohnya, pekebun kecil
di Selangor meneruskan pemprosesan kopra pada Julai 1942. Namun pada November
tahun yang sama, harganya menjadi rendah. Hal ini demikian kerana kilang minyak
mula beroperasi. Daging kelapa kering digunakan dalam makanan seperti
penghasilan gula sawit. Ramai orang menggunakannya sebagai pengganti gula
import.[16]
3.0
NILAIKAN SUMBANGAN PENDUDUKAN JEPUN DARI ASPEK PEMBANGUNAN DAN
KEMAJUAN SOSIO-EKONOMI.
Sebenarnya kedatangan Jepun ke Tanah Melayu terdapat kesan positif dan
kesan negative terhadap sosio-ekonomi. Kesan positif ialah melahirkan
masyarakat pada ketika itu bertanam tanaman yang baharu. Buktinya, tentera
Jepun menggalakkan masyarakat menanam selain padi seperti ubi kayu, buah-buahan
dan sayur-sayuran sebagai alternatif untuk keperluan makanan seharian.
Sekaligus mewujudkan kepelbagaian tanaman yang dihasilkan. Tanaman yang ditanam
digunakan untuk menghasilkan barangan baharu. Contohnya, tebu digunakan untuk
menggantikan gula. Hal ini demikian kerana gula antara barangan terkawal oleh
tentera Jepun dan dikenakan sekatan. Contoh lain ialah ubi kayu diinovasi
sebagai kerepek ubi kayu yang menggunakan tepung ubi kayu. Ubi kayu dijadikan
makanan ruji bagi menggantikan beras yang dicatu oleh tentera Jepun.
Selain itu, tentera Jepun melakukan inovasi melalui hasil
penyelidikan mereka dijalankan. Contohnya, kelapa sawit. Tujuan Jepun melakukan
kajian ialah menggalakkan inovasi dalam penciptaan barangan seperti sabun,
gris, pengganti minyak diesel, dan makanan tambahan. Walaupun inovasi yang
dilakukan oleh Jepun tidak berjaya sepenuhnya jelaslah memperlihatkan usaha
tentera Jepun dalam melakukan sesutau inovasi produk berasaskan pertanian.
Kesan negatif ialah disebabkan sikap tentera Jepun iaitu mengadakan
sekatan ekonomi telah mengakibatkan ekonomi di Tanah Melayu berada dalam
keadaan teruk. Buktinya, tentera Jepun terpaksa melakukan catuan barangan
terkawal. Disebabkan wujudnya keadaan seperti itu maka wujudnya black
market. Black market membawa kesan negatif iaitu ekonomi terjejas. Hal ini
demikian kerana harganya yang jauh lebih mahal berbanding harga yang ditetapkan
oleh kerajaan tentera Jepun. Hal ini telah menyebabkan inflasi.
4.0
RUMUSAN
Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup
untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk kepada penduduk tempatan dan
ekonomi Tanah Melayu. JMA juga mengeksploit hasil pengeluaran petani sepanjang
pendudukannya. Ternyata propaganda “Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur
Raya” sebenarnya gagal. Hal ini demikian kerana eksploitasi ekonomi oleh Jepun
demi memenuhi kepentingan tentera Jepun dari aspek kapitalisme dan imperialisme.
Oleh sebab itu, agak sukar untuk menyatakan bahawa kegiatan ekonomi semasa
zaman pendudukan Jepun sebagai satu pelaburan kerana Semenanjung Tanah Melayu
tidak mendapat keuntungan hasil kegiatan tersebut. Kegiatan ekonomi Jepun di
Semenanjung Tanah Melayu semasa zaman pendudukannya lebih sesuai jika
dinyatakan sebagai “Dasar Pengeksploitasian” kepada sumber bahan mentah kerana kegiatan
yang dijalankan adalah untuk kepentingan Jepun bukan kepentingan masyarakat
tempatan.
BIBLIOGRAFI
Abdul Samad
Ismail.Memoir A. Samad Ismail di Singapura. Bangi: Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia,1993.
Andaya Barhara
Watson dan Leonard Y. Sejarah Malaysia. London: MacMillan Press Limited,
1982.
Khoo Kay Kim.
Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan
Universiti Malaya, 1985.
Kratoska,Paul H..The Japanese Occupation of Malaya: A Social and
Economic History. United States: University of
Hawaii Press, 1997.
Kratoska,Paul
H..The Post 1945 Ford Shortage in British Malaya dlm. JSAH XIX (1),
1988.
Mako Yoshimura.
Japan‟s Economic Policy for Occupied Malaya,ed.Yoji Akashi & Yoshimura
Mako. New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore,
1941-1945.Singapore: NUS Press, 2008.
Mohamad Isa Othman.Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1992.
Wan Noraini Wan
Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan: Kesan ke
Atas Masyarakat Melayu.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia,1986.
[1]Cheah Boon
Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After
the Japanese Occupation, 1941-1946 (Singapore: Singapore University Press,
1987), 18.
[6] Mohamad Isa
Othman,Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah) ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1992), 96
[8] Abdul Samad
Ismail, Memoir A. Samad Ismail di Singapura
(Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993),217.
[10] Mohamad Isa
Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah),88.
[11] Cheah Boon
Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After
the Japanese Occupation, 1941-1946, 38
[12] Paul H.
Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History,309
[13] Wan Noraini
Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan:
Kesan ke Atas Masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia,
1986), 52-53.
[14] Paul H.
Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History,
60
[15] Ibid.,281
No comments:
Post a Comment