Wednesday, 11 January 2017

CBOX Part 1

Assalamulaikum dan hi!

CBOX ni tempat chatting antara owner blog dengan pengunjung blog dan pengunjung blog dengan pengunjung blog.

1. Kalau ada akaun CBOX, teruskan skip. Kalau tiada akaun CBOX KLIK SINI






Ni Page untuk Daftar CBOX

2.  Settle mendaftar pi klik (RUJUK KLIK SINI)



* Layout Option




Theme Editor 




Ni Korang adjust sendiri ikut citarasa korang. Selepas tu pergi butang Publish. At the same,  Sign in blogger > design/layout > page elements > add a gadget> and pilih HTML/Java Script .
Copy dan paste code di beri dalam link tu



Settle da. Kalau nak lagi advance pergi ke LINK SETERUSNYA.














Timbang Berat Blog

Assalamulaikum dan hi!

Ingat badan je ke ada berat, blog pun ada. o kalau dah berat sangat buang la widget2 yang tak diperlukan. Kalau Load time itu lama so lembab la blog anda.. 


Timbang berat blog seperti satu keperluan yang kita perlu jaga. Ini disebabkan beberapa perubahan atau penambahan yang kita buat pada blog terkadang akan menambahkan lagi berat blog kita. Seeloknya sekali dalam sebulan kita haruslah semak blog kita ini. Pastikan jangan sampai melebihi 150KB (setahu Mia untuk pengguna platform blogspot). Kalau dah terlebih, perlu buang mana sahaja widget atau coding luar yang tidak berkenaan.

Pentingnya blog yang ringan dan cepat loading, supaya memudahkan pengunjung yang mempunyai capaian internet yang lambat, masih boleh buka blog kita lagi. Kalau berat dan lambat loading, sudah tentu pengunjung tidak selesa dan mungkin malas menunggu semasa blog kita loading. Sayangnya..

Jadikan rutin menimbang blog ini ibarat kita menimbang berat badan. Kalau dah terlebih, tentu sibuk nak kuruskan bukan? Hah... macam itulah ceritanya.


Tab Menu Cara Basic

Assalamulaikum dan hi!

Korang mesti tertanya-tanya cara nak buat tab menu. Aku ajar yang basis dulu ya. Kalau nak lagi advance sila KLIK SINI. Tab menu berfungsi sebagai memudahkan cara untuk mencari entri dalam blog. Kalau tak de tab menu agak sukar mencari entri. Buang masa je kan kalau post banyak but tak de tab menu seterusnya menyusahkan orang.

1.



Pi kat layout then klik cross colomn (rujuk diatas)

2. 

Klik kat ada tanda tambah kat page





Then, hanya tick kalau nak page ni ada kalau tak tick menu tak de. Kemudian Save.




Cantik Ala Korea

Assalamulaikum dan hi!

Korang mesti nak tahu kan apa rahsia mereka kelihatan cantik. Sekarang ni kan demam Korea so ada yang sanggup nak cantik seperti artis korea seperti Song Hye Kyo, Song Ji Hyo, Yoona, Taeyon dan tak larat aku nak senarai. Tak guna aku cerita panjang. Ok jom kita check list apa rahsia mereka cantik.

1. Penjagaan kulit yg wajib ada
– pencuci muka 
– toner
– moisturizer
Ketiga-2 benda ini mesti ada bagi wanita Korea. Selain 3 benda ni diorang juga pakai seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.

Hasil carian imej untuk moisturizer
Moisturizer

2.  Peeling Gel
Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, at least 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. 

Hasil carian imej untuk aqua peeling gel
Aqua Peeling gel

3. Sunblock
- Khas untuk melindungi kulit kita dari terkena sinaran UV. Orang Korea pakai sublock hari-hari even diorang tak pakai mekap! Terkejut aku. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.

Hasil carian imej untuk sunblock


4. Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum

Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.


Hasil carian imej untuk makanan korea
Contoh hidangan makanan Korea


5. Banyak makan sayur

Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis.
6. Banyakkan bersukan
Perasan tak kebanyakan diorang mempunyai badan sado dan cantik. Diorang ni rajin betul bersenam. Tak caya tengok drama Korea tak sah kalau tak ada adegan bersenam atau pergi gim. Menurut sumber boleh aku percayai kata setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+.
7. Pakai Face Mask 2kali seminggu
Siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Diorang paka hati 2 menyebabkan kulit mereka glowing. Kalau tak mampu boleh je boleh face mask pakai telur.
8.  Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorang.

Hasil carian imej untuk seaweed korean
Seaweed

9. Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit.  Perasan tak bila tengok rancangan masakan Korea diorang mesti tak tinggal tauhu.
Hasil carian imej untuk tauhu korea

Sundubu Jjigae (Sup Tahu Pedas)

10. Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Banyak artis Korea buat surgery. Tak caya sudah! Tapi surgery ni diorang buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu.

Hasil carian imej untuk pembedahan kosmetik
Sebelum dan selepas pembedahan kosmetik di Korea

FAKTA
Kebanyakan negara maju seperti Korea, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat negara diorang sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital..


Tuesday, 10 January 2017

Cantik Cara Islam

Assalamulaikum dan hi!
Topik kita kali cantik cara Islam. Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam. Kita sebagai wanita sememangnya mempunyai fitrah nak cantik.
“Cantik la A tu. Dia pakai produk apa? Badan saiz 26-27-26.”
“Aku lagi cantic la daripada si A. Dia kan baru buang lemak kat pinggang.”
“Ala dia pakai susuk la tu. Patutlah dia tak makan tua.”
Ini antara dialog bila kita membicarakan kecantikan. For me, beautiful is subjective.
Wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya:


Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

  1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Paling penting jangan tinggal solat.
Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

  1. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.
Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  1. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.
Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.
Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:
Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
  • Baca ” Ya Nur ” (1x)
  • Baca ” Ya Hadi ” (1x)
  • Baca ” Ya Allah ” (3x)

  1. Baca surah Al-Waqiah

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.
Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.
Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

  1. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.
Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  1. Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:
kecantikan kulit

  1. Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah

Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.

Cantik Cara Aku

Assalamulaikum dan hi!

Aku nak share cara aku mengekalkan kecantikan walaupun muka aku berjerawat dan gigi jonggang. Tak salah kan aku nak story. Orang kata body aku cantik makan apa? So aku nak story sini

1. Minum air putih 8 gelas sehari. Klise bukan. Aku amalkan sejak aku bersekolah. Aku pi mana-mana mesti bawa botol buh air. Jimat dan mudah. Air sebagai agen pelembap dan penambah darah.

2. Makan selagi boleh but jangan banyakkan bergoreng. Dalam pinggang aku selalu 3-4 lauk ja. Kat rumah always sayur dan ikan.

3. Exercise cam jalan ka jogging ka dancing ka. Konfirm bakar kalori.

4. Lepas bangun tidur, aku amalkan minum air putih. Sebab air putih dapat mencuci bahagian dalaman kita.

5. Aku tak suka pakai make up sebab akan menyebabkan gatal if i choose wrong products. Dulu aku jerawat teruk slpas tu pakai macam2 tak berkesan juga. So malas aku. Terdesak pakai make up aku akan pastikan aku cuci muka sampai tak nampak kesan make up.

Tu je aku nak story pasal cantik cara aku di sini. Tak suka tak ngapa tak paksa pun


Petua Bibir Merah Semula Jadi

Semua wanita mempunyai impian untuk memiliki bibir merah bagaikan delima. Bagi mereka satu simbol keyakinan diri jika dibandingkan mereka mempunyai bibir hitam. Ye tak! That why wanita begitu menggilai lipstick merah kerana boleh cover bibir hitam or Nampak menyerlah. Di sini ada cara-cara memiliki bibir merah tanpa perlu memakai lipstick.

1.    Menggosok bibir dengan madu dan gula
Madu sebagai ejen terbaik dalam memerahkan bibir. Madu juga dapat membuang sel kulit mati yang ada di permukaan bibir.  Epidermis akan lebih terangsang dalam membentuk kolagen baru dengan tidak adanya sel kulit mati. Kolagen berfungsi melambatkan proses penuaan. Bukan setakat wajah kita sahaja malah di bibir mempunyai proses penuaan.
Cara memerahkan bibir dengan madu dan gula:
•      Campurkan gula pasir dan madu secukupnya saja
•      Setelah selesai mandi gosokan secara perlahan ke bagian permukaan bibir
•      Lakukan penggosokan selama kurang lebih 10-15 minit
•      Setelah selesai menggosok biarkan sampai kering
•      Gunakan lip balm pada bibir agar hasilnya semakin optimal. Lip balm ini optional.

Hasil carian imej untuk madu


Hasil carian imej untuk gula


2.    Mentega
Bukan setakat digunakan dalam masakan malah boleh digunakan untuk memerahkan bibir. Mentega diperkayakan dengan kandungan minyak yang berfungsi melembapkan bibir. Ini kajian telah dibuat mengaktakan bahawa mentega membantu memerahkan bibir 70 % lebih cepat sekiranya kita menyapu di bibir sebelum tidur!

Make sure bibir dalam keadaan bersih. Kalau ada sisa lipstick sila basuh dulu ya. Lepaskan oleskan mentega secara merata. Biarkan selama 15 minit atau semalaman. Lakukan secara konsisten selama sebulan dan lihat hasilnya.


Hasil carian imej untuk mentega


3.    Kunyit dan madu

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa digunakan dalam masakan. Kunyit juga boleh digunakan dalam mencerahkan wajah dan merahkan bibir! Ini first time aku tahu. Hal ini demikian kerana Kandungan curcuminoid-nya yang tinggi dipercayai mampu meningkatkan jumlah kolagen di permukaan bibir. Nak hasil lagi cantic disarankan korang campur dengan madu.

Cara memerahkan bibir dengan kunyit dan madu:

•      Campur kunyit dengan madu hingga membentuk adunan sama cam pasta
•      Oleskan adunan tadi ke bibir
Boleh diamalkan sebelum tidur atau setelah mandi.

Hasil carian imej untuk kunyit

4.    Minyak zaitun
Minyak zaitun ini digunakan untuk masakan dan kecantikan. Jangan tak tahu minyak ini juga untuk memerahkan bibir. Hal ini demikian kerana minyak ini mengandungi kandungan nutrisi yang cukup lengkap antioksidan, mineral dan Vitamin E yang sudah semestinya bagus untuk kulit.
Cara memerahkan bibir dengan minyak zaitun:
•      Sediakan 2-3 sudu minyak zaitun.
•      Oleskan secara merata di bibir. Sapu dengan lembut.
•      Biarkan selama 15-20 minit sehingga minyak itu meresap dalam bibir
•      Jika sudah meresap dalam bibir, bilaslah dengan menggunakan air suam sampai bersih.

Hasil carian imej untuk minyak zaitun


5.    Minum banyak air putih.
Tubuh kita mengandungi lebih 70% cairan agar metabolisme dalam badan dapat berjalan lancar. Maka air putih sangat penting. Saya amalkan cara ini untuk memiliki badan yang cantik. Sama juga untuk memiliki bibir merah iaitu minum 2.5 liter sampai 3 liter.


Hasil carian imej untuk air putih



6.    Paling penting kurangkan minum berkafein dan alkohol.
Sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan sekiranya kita minum minuman berkafein dan alcohol dengan kerap. Bibir akan menjadi hitam. Nak juga bibir merah, kurangkanlah.  Sebagai ganti, korang boleh minum jus segar daripada buah strawberi atau delima.

Hasil carian imej untuk say no alcohol

Hasil carian imej untuk jus strawberry
Jus Strawberi

Hasil carian imej untuk jus delima asli
Jus Delima

7.    Elakkan merokok.
Merokok bukan sahaja tak bagus untuk kesihatan malah menyebabkan bibir kita gelap. Nikotin dalam rokok tu menyebabkan bibir gelap.

Hasil carian imej untuk say no smoking

8.    Elakkan jilat bibir
Ada yang menjadi suka jilat bibir dengan air liur dengan bibir supaya nampak lembap dan merah. Sebenarnya, habit menjilat bibir telah menyebabkan setelah beberapa minit kemudian biasanya bibir menjadi kering dan terlihat kusam. Bila kusam sikit jilat lagi la. Sekiranya berterusan telah menyebabkan bibir menghitam.

Hasil carian imej untuk jilat bibir


9.    Elakkan mengelupas Bibir
Jika bibir kita kering kalau boleh elak daripada mengelupas bibir. Sekiranya kita mengelupas bibir maka luka akan terbentuk di bibir. Luka tu pula ambil masa untuk pulih sedia kala.

Hasil carian imej untuk bibir mengelupas


10.  Pakai lip balm
Bibir berubah warna sebab terlalu sering terkena sinaran matahari. So nak elakkan, gunakan lip balm yang berfungsi sebagai pelindung UV dengan kandungan SPF 15.

Hasil carian imej untuk lip balm spf 15


11.  Gunakan Limau Nipis
Limau nipis dapat mengurangkan bibir hitam kerana mengandungi vitamin C.

•      Perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil dan bancuhkan dengan air suam
•      Sapukan kat bibir dan biarkan 10-15 minit
•      Bilas dengan air suam
•      Amalkan 1-3 kali sehari

Hasil carian imej untuk limau nipis



12.  Air Mawar
•      Letakkan kelompok air mawar ke dalam air.
•      Sapukan air mawar ke seluruh bibir
•      Lakukan sebelum tidur dan jadikan ini amalan rutin. Amalan ini sesuai di waktu malam bukan tengah hari sayang oi. 



Hasil carian imej untuk air mawar untuk bibir