Saturday, 10 June 2017

Kaki part 1 (kaki berbau)

assalamulaikum dan hi!

Topik kali ini ialah kaki. Kali ini sis nak buat something lain dari yang lain. Asyik-asyik tajuk kecantikan wajah je kan. 

"Kaki kau berbau la," "Harap rupa je cantik tapi ada masalah kaki," "Kaki aku gatal" 

Mesti dengar rungutan macam ni daripada member2 kan. so aku nak kasi tip hiangkan bau kaki 

Sebelum tu aku cerita punca kaki berbau. Kaki berbau disebabkan peluh.Bila peluh maka terhasillah bakteria yg idup atas lapisan kulit. Seterusnya menghasilkan acid by product yg menghasilkan bau tak sedap.

Antara tip-tip cegah kaki berbau

1. Jaga kebersihan kaki
Ketika mandi, biasakan menggosok kaki sehingga bersih. Berusaha untuk menggunakan sabun antibakteria bagi membersihkan kaki. Sabun yang mengandungi sulfur sangat baik untuk menghilangkan bau. Paling penting, perlu mencuci kaki secara tetap dan teratur, kemudian mengeringkannya. Gosok dan sela jari untuk mengeluarkan sisa-sisa sel kulit mati.
2. Potong kuku
Potong dan bersihkan kuku kaki secara tetap dan teratur untuk menghindari penompokan kotoran. Kuman yang menempel di kuku menjadi salah satu faktor utama penyebab bau. Rajin-rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran menompok.
3. Jangan guna losen pelembap sebelum memakai kasut
Kaki yang lembap punca bakteria membiak. Jangan mengoleskan krim pelembap sebelum memakai kasut terutamanya di antara jari-jari kaki. Sebaliknya, gunakan bedak antijamur. Losen pelembap boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur.
4. Gunakan alas kaki ketika berjalan di luar rumah
Walaupun hanya di halaman rumah, pastikan pakai selipar/sandal. Hindari kebiasaan berkaki ayam kerana ia memudahkan kaki menjadi sarang bakteria. Sarang bakteria menimbulkan bau dan boleh mendatangkan penyakit.
5. Rajin ganti stokin
Jangan gunakan stokin sama selama berhari-hari. Jagalah kebersihan stokin kaki. Stokin kaki harus diganti sekurang-kurangnya dua hari sekali, bergantung kepada pemakaiannya.
6. Belilah stokin yang berkualiti
Pilih stokin yang betul dan jangan membeli stokin semata-mata kerana rupanya. Elakkan memakai stokin yang tidak menyerap peluh, kerana ia adalah punca kaki anda berbau.
7. Jangan pakai kasut dalam jangkamasa lama
Perbuatan memakai kasut tertutup dalam jangkamasa lama boleh menggalakkan perkembangan bakteria.
8. Tukar kasut
Kasut yang sudah dipakai selama 24 jam atau lebih perlu digantikan dengan kasut lain. Jangan lupa untuk membiarkan kasut ‘berehat’ sehari semalam sehingga bau hilang.
9. Kasut yang berbeza
Sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan kamu. Seelok-eloknya, kasut kerja tidak digunakan untuk berjalan-jalan atau aktiviti luar yang mengeluarkan banyak peluh.
10. Cuci bahagian dalam kasut
Rajinlah mencuci bahagian dalam kasut untuk mengurangkan bakteria pada kasut. Bersihkan kasut kamu sekurang-kurangnya satu bulan dua kali.
11. Pilihan kasut
Kasut yang dibuat daripada plastik/pvc akan membuatkan kaki menjadi cepat panas dan berpeluh. Jadi, hindari kasut jenis itu. Bahagian dalam kasut yang baik adalah yang berasaskan kain. Kain dapat menyerap peluh dengan baik dan juga nyaman.
12. Saiz kasut
Memakai kasut terlalu ketat akan membuatkan kulit kaki sukar bernafas. Kuman dan kotoran yang wujud menimbulkan bau yang tidak enak.
13. Gunakan pelapik dalam kasut
Pelapik dalam kasut sangat bagus untuk dipakai kerana senang dikeluarkan daripada kasut untuk dibersihkan.
14.Ruma kasut
Simpanlah kasut di tempat yang teduh dan aliran udaranya lancar. Dengan meletak gel silika di dalam kasut dapat menghindarkan bau-bau tidak enak. Gel silika menyerap bau dan kelembapan secara konsisten dan dapat ditempatkan di dalam kasut untuk jangka waktu cukup lama.
15. Jangan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum kering
Jangan memaksa menggunakan kasut dan stokin kaki lembab kerana ia juga menggalakkan kehadiran bakteria yang pastinya menyebabkan bau kaki tidak enak. Jika kasut basah, letakkan di tempat terbuka.

16. Rendam kaki dengan air garam
Caranya cara besen ke timba janji boleh muat dgn kaki kita. Then taruh 2 sudu garam bersama sengenggam air asam jawa. 

Cara-cara Putihkan Bawah Lengan (Pakai Barang Dapur)

Assalamulaikum and hi guys! Kali ini sis nak share tip Putihkan Ketiak Tanpa Kesan Sampingan. Mesti x selesa kan bila di bawah tu hitam so based on info sis ada sis share kat sini. Tajuk ni agak sensitif dan malu untuk dibicarakan. Antara penyebab berlakunya masalah ketika hitam antara ialah penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol. Apabila terlalu lama menggunakannya maka ketiak akan menjadi hitam. Selain itu mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi kehitaman. Sebenarnya ada cara alami yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketiak hitam. Bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja murah, senang di dapati tetapi yang paling penting tiada kesan sampingan. Cubalah! Entry akan datang rawatan secara moden pula. 

Timun

Potong timun nipis-nipis. Gosokkan di bahagian kulit ketiak. Biarkan hingga kering kemudian bilas bersih. Lakukan sehari sekali setiap hari secara konsisten. Dengan cara ini ia dapat membantu menghilangkan noda yang menghitam di bawah lengan anda.

Kunyit

Gosokkan hirisan kunyit di bahagian bawah lengan secara perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari cara ini untuk memutihkan bahagian bawah ketiak.

Baking Soda

Bancuh baking soda dengan air. Jadikan bancuhan baking soda dan air sebagai masker di bahagian ketiak. Sapukan dengan berus lembut. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gunakan air mawar.

Betik

Gunakan betik yang masih muda. Kupas betik dan potong nipis-nipis. Kisar betik tanpa air sehingga hancur. Jadikan masker dan oleskan di bahagian ketiak. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali atau dua kali seminggu.

Kentang

Kupas kentang dan kisar tanpa air. Oleskan pada bahagian ketiak dan biarkan hingga meresap. Bilas dengan air bersih untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan keinginan anda. Boleh diamalkan dua kali seminggu.

Limau Nipis

Potong limau nipis secara bulat dan nipis-nipis. Gosokkan secara merata pada bahagian ketiak untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dengan mengamalkannya secara rutin ia akan membantu mendapatkan kulit ketiak yang lebih putih dan bersih. Boleh diamalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kapur Sirih & Limau Nipis

Campurkan kapur sirih dengan jus limau nipis yang siap diperah. Sapukan pada bahagian ketiak. Biarkan kering. Setelah itu bolehlah dibilas dengan air suam. Keringkan dengan tuala bersih bahagian ketiak. Amalkan dua hari sekali untuk hasil yang lebih baik.

Tepung Beras & Cuka

Tepung beras juga dapat membantu untuk memutihkan bahagian ketiak yang hitam. Caranya sangat mudah hanya dengan menggunakan tepung beras dan cuka. Bancuh tepung beras bersama cuka. Sapukan pada bahagian bawah ketiak. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

Sengkuang

Dalam dunia kecantikan, peranan sengkuang sebagai pemutih kulit sudah tidak dinafikan lagi. Berbagai produk kecantikan yang dijual di pasaran hampir pasti mengandungi ekstrak sengkuang. Caranya mudah sahaja. Hanya kisar hingga halus sengkung. Sapukan pada bahagian ketika. Biarkan hingga kering kemudian bilas.

Madu & Lemon

Bancuh madu dengan jus lemon. Gaul hingga sebati kemudian sapukan pada bahagian ketiak. Biarkan kering. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Gosok secara perlahan-lahan seperti skrub. Bilas dengan air suam.

Susu Segar dan Kunyit

Gosok bahagian ketiak dengan susu segar lebih kurang setengah gelas. Biarkan selama 10 minit hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Keringkan bahagian ketiak dengan tuala bersih. Amalkan setiap hari untuk kesan yang maksium.

Kulit Lemon & Minyak Zaitun

Kulit lemon jangan dibuang. Ada manfaatnya untuk kecantikan diri anda. Caranya mudah sahaja. Kisar kulit lemon bersama minyak zaitun. Gosokkan pada bahagian ketiak secara merata. Biarkan selama 10 minit hingga 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Boleh diamalkan setiap hari untuk kesan yang lebih efektif.  

Minyak Kelapa

Selain dapat memutihkan ketiak, minyak kelapa juga dapat membantu melembapkan kulit ketiak untuk jangka masa panjang. Namun harus diingat yang digunakan di sini adalah minyak kelapa asli atau biasa disebut VCO.

SELAMAT MENCUBA!

pulau langkawi

Februari 2014
Pulau Lagenda atau dikenali sebagai Pulau Langkawi. Kitaorang naik jeti Kuala Perlis. Sebenarnya kitaorang bergerak Khamis pukul 3.30 pagi dan berhenti solat di Masjid Seberang Jaya. Sesudah tu meneruskan perjalanan sampai kat SMK Sheikh Ahmad (masuk USM pun ada antaranya Farah Eliani, Asiah, Shahirah Nasir) dan UiTM Arau. Aku lupa da story sebaliknya apa.
Mengambil masa kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Sampai pun dah maghrib, kami sewa di motel. Aku, Aziana, Along dan Izzati Jamaluddin kongsi satu bilik. Lupa nak cerita aku AJK Fotografi sepanjang perjalanan kitaorang kat Pulau Langkawi. Satu hari tu rehat dan makan malam. Letih dan tidur awal.

Hari Jumaat, kitaorang breakfast berjemaah di depan televisyen di bilik aku yang hujung sekali. Sedatnya.Turun dan tunggu la pemandu pelancong kitaorang namanya lupa da. But this story I’m used name Aunty. Aunty ni orang Langkawi so dia akan rekemen tempat-tempat best kat situ.
First kitaorang pergi Kilim Geoforest.  Aku ingat lagi aku naik bot dalam 9 orang iaitu Jannah, Tini, Linda, Tikah, Aziana, Izzati Jamaluddin, Along, Rodiah dan aku berserta cikgu Eza dan Cikgu Azlina. Tak ingatla pula da story. In the end sampai kat sempadan Pulau Andaman, aku macam biasalah mabuk laut. Mual.

Kami pi satu pantai terletak di utara Langkawi. Pantai ni tak famous namanya Pantai Pasir Hitam. Menurut Aunty bercerita tak tahu betul ke tak. Wallahuallam. Menurut story katanya ada nelayan miskin dan hidupnya kais hidup makan pagi kais hidup makan petang. One day dia merenung nasib kat tepi pantai tu dan jumpa seoang gadis jelita. Gadis jelita tu bagi kekayaan dengan syarat jangan lupa diri. Nelayan tu kaya raya but dia langgar syarat tu. Bila dia langgar syarat dia disumpah menjadi pasir hitam. Aunty ini kata sesiapa pijak pasir hitam kat pantai tu dia akan berkunjung ke Langkawi lagi. Bagi aku yang tu lagi karut.

Selepas tu kitaorang pergi satu tempat wajib dikunjungi iaitu Langkawi Cable Car. Mak aii aku ni dah la gayat boleh ke aku tahan. Aku naik juga sampai kat atas tiba-tiba kepala aku pening. Pada masa yang sama, ada dua orang Mat salleh nak bergambar dengan kitaorang. Ok maka sesi bergambar. Seterusnya turun ke bawah, aku mual.  Solat dan makan. Menurut Aunty, lelaki bujang yang pergi tasik Dayang Bunting pada waktu malam akan jumpa wanita cantik. Wallahuallam.

Seterusnya pergi ke kilang Gamat. Berlambak-lambak kilang gamat. So pilihla yang mana satu. Aku tengok dema kacau gamat. Menurut pengacau gamat ni kata kena masak gamat dalam seminggu sahaja. Kebetulan kami pi hari kedua gamat itu dimasak. Memang panaih litlit sampai berpeluh-peluh badan aku. Kebetulan dema duk offer produk-prdouk so aku pun pi beli la.

Perjalanan diteruskan lagi ke Makam Mahsuri.Menurut aunty tu kata sesiapa minum air dari telaga Mahsuri akan bermimpikan Mahsuri. Kubur Mahsuri di Kompleks itu bukan kubur asal dia. Yang tu wallahuallam. Don’t ask me what and why happen?

Selepas tu shopping. Aku beli coklat daim dua paket besar. Nak bawa balik untuk family je. Time tu offer beli 1 percuma 1. Aku apa lagi merembat tanpa fikir apa da. Selepas tu pergi ke Dataran Lang. Dekat je dengan jeti Pulau Langkawi. Sesi perkongsian pengalaman dan menjawab kuiz. Aku di antara jawab kuiz. Aku ingat lagi soalan yang dikemukakan kepada aku ialah apakah nama penuh Mahsuri? Aku katalah Mahsuri Pandak Maya. Depa cam tahu-tahu je aku akan jawab soalan tu so depa pun tak mahu angkat tangan hahahaha. Gurau je. Lupa nak cerita aunty tu pun ada mention ada satu hotel satu malam dekat beribu ringit (x silap aku kalau salah tolong betul ye) namanya Hotel Four Season. Kebanyakan pelancong luar negara duk bermalam di situ.

Selepas tu makan malam di Tok Senit Resort. Sakannya kami! Rupa-rupanya makan malam kami ditaja oleh Menteri Besar Kedah ketika itu, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Tak ingat pula apa yang kami makan. Best dan menyamankan sebab betul betul suasana atas bukit tu. Selepas tu balik dan tidur letih.

Hari terakhir iaitu Sabtu, kami berkemas dan nak balik ke seberang. Before that kitaorang singgah kat Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Shopping sakan na! Aku beli kain batik warna ungu dan putih. Cikgu-cikgu beli pinggang mangkuk yang murah kat Idaman Suri. Macam-macam jenama ada. Pulau Langkawi kan pulau bebas cukai. After that naik bot dan macam biasalah membuta je.

Sampai kat Kuala Perlis kami singgah Masjid Terapung dan solat. Selesai semua tu kami balik SMK Dato Kamaruddin.


Kilim Geoforest


Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, yang juga dikenali sebagai Taman Semula Jadi Kilim atau Kilim Langkawi, ditemui di hujung timur laut pulau itu. Anda akan mendapat penyebaran ini seluruh 100sq. Km daripada kawasan itu, yang mempunyai tebing sungai hingga muara sungai. Taman ini terdiri daripada lagun biru yang indah, hutan bakau dan pantai Langkawi putih.
Perkara yang terbaik yang dapat mengagumi dalam hidup anda adalah keindahan Sungai Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, yang seperti anugerah Allah kepada sifat. The Bogak Tree, Iguana, Macaques and Tree Ketam menambah nilai kepada keindahannya. Anda hendaklah menikmati ada pelbagai pemandangan yang menakjubkan formasi batu kapur batu yang keluar dari tanah dan kawasan paya bakau dan laut. Ini pemandangan indah telah dianggap sebagai Bait Borobodur, Batu Gajah dan Taman gantung.

Gua terkenal Legends iaitu Gua Cerita dan Bat iaitu Gua Kelawar boleh dicapai dengan mudah melalui taman ini. Jika anda suka burung maka anda boleh menikmati menonton mereka di sini di musim migrasi. Mereka datang ke Sungai Kilim pada bulan September dan Mac.

Mengambil lawatan lengkap Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, jika anda mahu untuk meneroka setiap dan segala-galanya di sini. Dapatkan ke rizab bakau dari sana anda boleh menaiki bot. Bakau di sini berperanan sebagai langkah untuk garis pantai daripada hakisan dan untuk membolehkan tapak semaian yang betul untuk kehidupan marin dalam muara Kilim
Anda boleh mengetahui dengan lebih dekat pada akar spesies bakau iaitu Rhizophora sp dan Soneratia sp. Juga, kamu melihat larva ikan dan udang masuk dan keluar dari labirin akar bakau. Mereka berbuat demikian untuk mencari makanan untuk diri mereka sendiri dan juga untuk memastikan mereka selamat dari pemangsa.


terdapat jurang yang sempit dalam laut, yang telah mewujudkan satu kawasan yang ideal berasingan untuk ternakan ikan dan kapal layar. Anda boleh mempunyai pandangan yang mendalam hidupan laut yang besar di Langkawi melalui ladang ikan. Anda rapat boleh melihat Moray belut, Ketam Kasut Kuda, Mantis Udang, Sting Rays, Trevallys, siakap dan ikan hiasan. Terdapat sebuah ladang ternakan ikan juga, di mana anda boleh memberi makan ikan, pakar-pakar akan mengajar anda bagaimana untuk memberi makan kepada ray sengat dengan tangan anda.

Di Kilim Langkawi, anda boleh memilih untuk makan tengah hari atau makan malam dari 50 sangkar ganjil dan mendapatkannya dimasak seperti yang anda mahu di restoran terapung di sana. Walau bagaimanapun, menu restoran memegang pelbagai hidangan dan masakan, untuk memenuhi keinginan dan kelaparan pelanggan. Chef di luar sana adalah pakar dalam makanan laut memasak, menggunakan pelbagai resipi.

Jika anda telah melawat Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, sila berasa bebas untuk menambah pandangan anda dengan menambah komen di bawah. Anda juga boleh belajar tentang perkara yang boleh dilakukan di Langkawi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di Langkawi.


Hasil carian imej untuk Kilim Geoforest



















Pantai Pasir Hitam


Hasil carian imej untuk Pantai Pasir Hitam




Imej yang berkaitan

# sesiapa yang pijak pasir hitam dia akan pergi ke Langkawi lagi. Tak tahu sahih ke tak wallahualam.

Cable Car Langkawi

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.

Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

Dari Jeti Kuah, pengunjung boleh menyewa kereta (RM100 untuk Proton Saga) terus pergi ke Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang. Jauhnya 30 minit dari pekan Kuah. Dari jauh lagi pengunjung berpeluang dapat melihat kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Tiket dijual pada harga RM30.00 seorang untuk dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia dengan MyKad biasanya akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi biasanya diantar pukul 9.30 am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta kabel disediakan pada waktu malam. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa naik ke atas kerana akan mencemarkan alam sekitar terutama jika dibuang dari kereta kabel.
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan.

Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda. Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian. Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland. Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini. Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

Titian gantung bengkok kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung setinggi 82m dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya juga merupakan tarikan senibina cerdik (intelligent architecture) yang mengagumkan.

Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.Kaedah pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambatan panjang yang melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya.


Hasil carian imej untuk cable car langkawi





Hasil carian imej untuk cable car langkawi



Hasil carian imej untuk cable car langkawi




Imej yang berkaitan


Makam Mahsuri



Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pasangan yang berpindah dari Phuket ibunda mereka ke Pulau Langkawi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Dia adalah yang paling cantik dalam semua Langkawi dan berkahwin pahlawan Wan Darus (atau Wan Derus). Namun begitu, suaminya terpaksa berperang dengan Siam menyerang, meninggalkan Mahsuri ketinggalan untuk menjaga dirinya sendiri. Ia adalah pada masa ini bahawa Mahsuri berkawan dengan seorang pengembara muda yang bernama Deraman. isteri ketua kampung Wan Mahura cemburu dengan kecantikan Mahsuri. Dia menyebarkan khabar angin bahawa Mahsuri tidak setia dan mempunyai hubungan sulit dengan Deraman dalam ketiadaan Wan Darus. Akhirnya, khabar angin berkembang cukup kuat bahawa penduduk kampung secara terbuka menuduh beliau berzina. Mahsuri mengaku dia tidak bersalah, tetapi tiada siapa yang percaya dia.Mahsuri adalah diikat dengan pokok (atau tiang) dan ditikam sampai mati tetapi ia tidak berjaya. Selepas setiap percubaan pelaksanaan gagal, Mahsuri memberitahu mereka untuk membunuh beliau dengan 'keris' keluarganya. Apabila dia ditikam, darah putih mengalir dari luka, menandakan dia tidak bersalah. Beberapa burung terbang di atas dia untuk menutup tubuhnya. Nafas mati , Mahsuri mengutuk Langkawi mempunyai tujuh generasi nasib malang. Kerajaan ini kemudian diambil alih oleh Siam. Penduduk kampung di Padang Mat Sirat dibakar sawah padi mereka sendiri dan untuk tidak membiarkan membiarkan mereka jatuh ke tangan Siam.



Hasil carian imej untuk makam mahsuri






Hasil carian imej untuk makam mahsuri


Dataran Lang


Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.

Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.


Hasil carian imej untuk dataran lang








Kuala Terengganu

Assalamulaikum dan hi!
Kali ini ikut rombongan Sektariat Rakan Muda USM atau SRMUSM. Asalnya aku tak boleh pergi sebab dah penuh. Lastly kawan ku, Mel undur diri sebab dia nak aku teman kawan dia bernama Jane. Ok aku faham. Bertolak malam dari Penang lalu kena highway Kulim sampai di Baling thensampai Lebuh raya Timur Barat. Normally orang akan lalu kat Pekan Gerik. Kami tak lalu situ. Macam besalah jalan bengkang bengkok. Pening kepala aku. Aku duduk sebelah kanan Jane di bahagian belah kiri. Aku suka duduk tepi tingkap.

Sampai pun dah pukul 6 lebih, maka solat kat surau tak ingat nama. Bukan Kuala Terengganu. Kami masih di daerah Setiu. Selepas tu bergerak sampai Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA. Kami bersiap kat situ sebab kami ada program kat situ. Breakfast dulu kat situ. Selepas tu baru event kat situ. Aku lupa la event apa kat situ but more to talk. Apa yang aku ingat aku tidur sebentar atau qailullah di surau asrama UniSZA. Mengantuk. After that, diorang solat Jumaat kami main game sikit. Selepas settle da tu, kami pergi ke Seberang Takir. Nak tahu kami buat apa kat situ? Nama pun baktisiswa so kena la buat gaya baktisiswa. Kami bergabung dengan UniSZA. Untuk bergotong royong di tiga kawasan. Kawasan surau, kawasan kubur sebelah surau dan kubur hadap Laut China Selatan. Aku, Jane, dan Sabrina di kawasan kubur hadap Laut China Selatan. Sham pula di kawasan kubur sebelah surau. Cabaran membersihkan kubur di situ ialah angin bertiup sampai tudung nak melayang dan pasir mahu masuk ke dalam mata. Bunyi ombak yang kuat memecahkan kesunyian. Tak banyak pun kubur di situ. Masa nak buang sampah dalam plastik hitam untuk dibakar tiba-tiba plastik hitam pun dibakar dek angin. Ada sorang pak cik Misteri Nusantara dalam lingkungan 70-an cam tu mai tegur aku. Aku pun sembang cam biasa walaupun aku tak faham sepatah apa pun. Pak cik tu tak pakai kasut. After that, pak cik berlalu pergi. Ada seorang mak cik kerja kat warung berdekatan bagi kami ketupat, lemang dan lupa dah cicah dengan kuah. Sedat ni. Makan tepi pantai bestnya. Selepas tu tanya mengenai pak cik tu, pak cik tu tak kahwin lagi dan memang cam tu. Pak cik tu seumur tak pernah pakai kasut! Ni first time aku dengar. Macam-macam la aku sembang dengan mak cik tu.

Malam pun menjelma, depa nak makan Pantai Pasir Buruk. Ramai gak tak turun sebab perut penuh dek makan bertambah-tambah kat tepi kubur dan pantai. Min la buka cerita fasal pak cik tu. Pak cik tu ada tegur da dan Min pun melarikan diri. Diorang gelak kuat kat aku sebab dia kata aku boleh sembang dengan pak cik tu dengan selamba. Selepas tu balik ke penginapan di Kompleks Rakan Muda Kuala Terengganu. Sewa berapa tak ingat. Tidur..

Hari Kedua, aku bangun cam biasa. Bersiap nak pergi banyak tempat. Tak sabarnya aku.  Before that, breakfast di Pantai Pasir Buruk. Pekena Nasi Dagang bersama ikan. Sedat oo. Destinasi pertama, kami pergi Taman Tamadun Islam di Pulau Man. Excited aku. Nak masuk mesti beli tiketkan. Tiket. Dia bagi juga pasport mini untuk bagitau informasi mengenai replika-replika terdapat di situ. Di sini juga menawarkan basikal, kereta api mini dan bot untuk pusing satu taman ini. Aku, Jane dan Sham memilih jalan kaki. Boleh tangkap gambar dan bebas meneroka tanpa ada sekatan. Masuk dalam replika Masjid Negara dan Taj Mahal belah dalamnya ada informasi. Replika-replika lain hanya sebuah replika dan tak de pintu masuk untuk pengunjung. Means tengok dari luar. Aku bagi tip, sekiranya anda ingin merasai pergi ke masjid serata dunia yang ada di taman ini aku syorkan korang jalan kaki. Sebab bagi aku, korang akan merasai aura berada di negara-negara tersebut walaupun hanya berkunjung di Taman Tamadun Islam. 

Selepas tu keluar lalu dalam souvenir. Beli aiskrim je sebab tekak nak makan aiskrim hehehe. After that, jalan kaki sikit dari taman tu anda akan menjumpai Masjid Kristal. Sejarah. Cantik lagi kalau waktu malam. Makan tengah hari di sekitar luar masjid. Kalau di dalam masjid mahu kena halau. Kalau non muslim atau sesiapa tak pakai tudung kena pakai selendang atau pakai jubah yang besar.

Selepas destinasi kedua iaitu Pasar Payang Kuala Terengganu. Bagi anda yang pergi ke KT ni tak sah kalau anda tak singgah di situ. Anda boleh tawar menawar nak harga murah. Series banyak pilihan makanan, pakaian, dan cendaramata. Sebelum sampai di situ kitaorang berjalan kaki secara berjemaah di Jalan.Sejarah. Sejarah Pasar Payang. Kebetulan aku ditemani oleh Jane dan Sham yang sememangnya shopalic, pandai tawar menawar harga dan sangat teliti. Ni pun tunggu diotang berjam-jam. Aku beli baju kelawar tu pun tanya Jane ok tak. Harga asalnya RM 15 selepas Jane minta diskaun dapat RM 10. Diorang lagi banyak shopping dari aku. Nak save bajet pi beli keropok lekor kat Losong hehehe.

Selepas tu rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Ketapang. Kami makan situ sebelum lepaking tepi pantai. Lepaking tepi pantai bersama-sama Jane dan Sham. Sembang blabla.
Selepas tu cari masjid solat mahgrib. Lepas tu pergi ke Kontena. Tempat ni baru dibuat. Aku bajet tarak so aku pun lepaking tepi pantai. Sembang blabla dengan Jane. Lepas tu balik dan tidur.

Hari terakhir destinasi pertama dituju ialah Kampung Losong. Why Kampung Losong? Sebenarnya sepanjang jalan kampung ni  terdapat gerai-gerai buka untuk menjual keropok sama ada goreng atau rebus. Aku beli dua jenis sebab nak rasa. For me, goreng lagi sedap than rebus. Resepinya ialah hanya 100% ikan.

Then bertolak balik. Sampai di Besut aku buat perangai degil tak mahu turun makan. Sampai kat Lebuh raya tu aku muntah dan bertambah teruk sebaik tiba di R n R Lebuh raya tu tak silap aku lagi 7 km ke Bandar Gerik. Aku lagi terharu, Sham bagi aku RM10 untuk beli something untuk hilang pening kepala aku. Aku tak minta ok. Moral of the story, jangan degil macam saya. Then balik USM. Kalau ada rezeki nak pergi lagi la. Bajet aku pergi RM 70.

SEJARAH TAMAN TAMADUN ISLAM

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal

Replika
Negara
Masjid Abu Nasr Parsa
Afghanistan
Masjid an-Nabawi
Arab Saudi
Masjidil Haram
Arab Saudi
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin
Brunei
Masjid Xian
China
Taj Mahal
India
Masjid Kudus Al-Minar
Indonesia
Masjid Sheikh Lutfallah
Iran
Masjid Besar Samarra
Iraq
Masjid Negara
Malaysia
Masjid Mohammad Ali
Mesir
Masjid Besar Agadez
Nigeria
Masjid Badshahi
Pakistan
Kubah As Sakhrah
Palestin
Masjid Kul Shariff
Rusia
Masjid Al-Hambra
Sepanyol
Masjid Aleppo Citadel
Syria
Masjid Pattani
Thailand
Masjid Qairawan
Tunisia
Masjid Suleyman
Turki
Menara Kalyan
Uzbekistan
Masjid Sultan
Singapore

Tambahan
1)Pembinaan Kincir Air dimana inovasi Islam pada zaman dahulu yang ingin diketengahkan semula. Pembinaan kincir air ini banyak merujuk kepada Kincir Air Umat Islam lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Kincir air ini juga digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI.

2)Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.

Working Hour

TTI Management Sdn Bhd Office:
8.30am - 4.30pm on everyday except on Friday.
Management office closed on Friday.

Monument Park:

9.00am - 7.00pm on weekends (Friday, Saturday, Sunday).
10.00am - 7.00pm on weekdays (Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday)
Last ticket sales and admission is at 6.15pm.

TTI River Cruise :

9.00am - 7.00pm on weekends (Friday, Saturday, Sunday).
10.00am - 7.00pm on weekdays (Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday)
Last ticket sales and admission is at 5.45pm.

Restaurant B’Beteng :

10.00am - 11.45pm Daily

TTI Public Park:

7.00am - 12.00pm on everyday(Except on special occasions).
NOTE: Operating hours may vary according to special occasions.

 FRIDAY daily operation break for Friday Prayer (11.30am -2.30pm)
Operation for Monument Park , TTI River Cruise and B’Beteng Restaurant is closed every TUESDAY except during
Malaysia School & Selected Public Holidays.




Berhadapan dengan Replika Masjid Sultan

Berhadapan dengan Taj Mahal. Aku, Jane dan Sham

Replika Masjid Mohamad Ali, Mesir





































Belakang kami Masjid Kristal













Hasil carian imej untuk masjid kristal waktu malam
View pada waktu malam. Cantik bukan!

Pantai Batu Burok
Pantai Batu Burok merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu, ini kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana bukan sahaja dapat bersantai di kawasan pantai. Nama je macam tu tapi series pantai dia cantik.

Batu Burok mula mendapat nama semenjak tahun 1940-an lagi, yang mana ketika itu terdapat sekumpulan pekerja buruh(tukang rumah) yang berasal dari luar negeri Terengganu datang mengembara dan singgah berehat di kawasan pantai di mana terletaknya segerompolan batu yang timbul di dalam laut bertentangan dengan tempat mereka berehat, dengan keadaan batu tersebut seperti pulau yang kecil dan amat buruk. Oleh kerana kawasan tersebut dirasakan selamat, mereka mengambil keputusan menetap di situ buat sementara dan mendirikan beberapa pondok untuk dijadikan teduhan tetapi memandangkan tempat tersebut mempunyai keistimewaan bukan sahaja terdapat banyak ikan tetapi mudah pula menangkapnya maka mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di situ dan sepakat menamakan kawasan tersebut sebagai Kampung Batu Burok sempena batu yang dilihat mereka.

Jadi dah tahu kan macam mana tempat ni mendapat nama yang unik tu. Batu memang ada la sikit yang timbul tengah laut tu tapi kecil je tu pun di kawasan perkampungan bukan di kawasan utama peranginan ini. Nama pantai ni sempena namanya yang terletak di Kampung Batu Burok bukan kawasan pantai yang mempunyai Batu Burok...

Hasil carian imej untuk pantai batu buruk

Pasar Payang Terengganu
Lokasi ini memang wajib bagi sesiapa datang ke pasar ini. Bagi penggemar shopping anda boleh menggunakan skill anda untuk tawar menawar nak dapat harga murah. Sis tak pandai bab ni hehehe... 

Pasaran Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Kuala Terengganu. Terletak di dalam sebuah bangunan moden, ia menawarkan pengunjung pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta produk segar. Pelawat yang datang ke pasaran ini akan mempunyai pengalaman yang seronok membeli barangan tempatan pada harga yang berpatutan. Ia juga merupakan tempat yang baik untuk pengalaman budaya sebagai penduduk tempatan membeli-belah setiap hari di sana juga

Hasil carian imej untuk pasar payang terengganu


Hasil carian imej untuk pasar payang terengganu

Pantai Ketapang
Pantai Teluk Ketapang merupakan destinasi popular untuk ICT (Ikan Celup Tepung) atau ikan goreng dalam tepung. ICT dijadikan sebagai snek ikan dimakan dengan sos cili pada waktu petang dan orang berduyun-duyun di sini untuk juga menikmati pemandangan indah di tepi pantai Selain daripada ikan, makanan ringan makanan laut yang lain goreng dalam adunan dan ruji Terengganu, keropok lekor dan keropok keping yang dijual pada rentetan warung-warung yang menjadikan pantai ini destinasi percutian untuk makanan. 

Kampung Teluk Ketapang cuma terletak 0.5 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang merupakan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Juga terdapat berhampiran kampung ini ialah sebuah stadium kebanggaan rakyat negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan, stadium tertutup dan beberapa gelanggang sukan terbuka. Di sini juga terletak sebuah kem tentera dan Institut Pengajian Tinggi(IPT).

Hasil carian imej untuk pantai ketapang terengganu


View pantai