Sunday, 26 February 2017

Putrajaya Part 2


Kami bersiap memakai baju formal berwarna pink. Tak janji dengan dia pun pakai baju kaler hampir sama. Selepas check out dri UKM tu kitaorang pergi Perbendaharaan. Sejarah. Dengar la ceramah dia. Tak ingat la ceramah dia tu.

After that, solat Jamak dan qasar kat Masjid Putera. Perempuan solat di tingkat atas ada lif gitu. Lelaki solat Jumaat kat bawah. Singgah sebentar di library Masjid Putera. Saja mengisi masa lapang. Sebelum tu bergambar sakan la aku. Sejarah Masjid Putera. Selepas tu bertolak ke Kuala Lumpur

Masjid Putera
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.
Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.
Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

perkarangan luar masjid. Berhadapan dengan Perdana Putra

Luar masjid putera



Jabatan Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia






Kuala Lumpur Part 2

  17/11/2016 - 18/11/2016
Rombongan lagi! Rajin betul sis berjalan sana sini. Ini kali sis pergi industrial visit bawah kelab Ekonomi USM. Aku dan Sham je budak ppik yang join yang lain aku seekor pun tak kenal. Pi rombongan dengan dua biji bas dan terpaksa duduk sebelah Sham sebelah kiri. Rombongan pun bertolak pukul 3 pagi pada hari Khamis. Time tu aku pakai baju tidur je. 

Sampai kat R n R Tapah macam biasalah mandi, dan solat subuh. Pakai pakaian formal. Nak pi company besar kena la smart. Aku tak Berjanji dengan Sham pun pakai baju colour hitam. Selepastu sampai Great Eastern. Wow! Apa yang aku tahu company ini menaja payung-payung yang digantung kat USM! 

Breakfast dulu kat situ. Dah la sedap. Bihun goreng dengan teh o panas. Semeja dengan dia. Lepas tu dengar ceramah mengenai Great Eastern. Full English 100%. Aku pun dengar tak dengar je. Aku bukan budak ekonomi pun. Duduk sebelah sham juga. Lepas tu makan tengah hari kat situ juga. Lagi sakan. Banyak sangat makanan dia tak ingat pula da. Lepas tu singgah kat Putrajaya. Bangunan apa lupa da. So tak dapat la aku nak story.

Keesokan program tu sebelah petang kami pergi Pejabat Nasional Berhad (PNB). Tu company terakhir yang kami pi sebelum kami buat aktiviti bebas kat KLCC. Dekat je. Ni lagi sakan. Makan pun aku bertambah. Macam biasalah dengar ceramah fully English. Aku nyaris-nyaris nak lena.

After that pi KLCC. Time tu hujan kebetulan aku bawa payung USM kaler hijau. Majoriti naik uber. Aku, Sham dan lainlain jalan kaki jauh sikit rupanya. Tak boleh blah tu aku ingat lagi aku terpaksa share payung dengan Sham sebab payung aku ada orang pinjam. Sham penunjuk jalan.

Sampai kat KLCC kami berpecah. Aku dengan Sham pi pusing satu KLCC. 

Aku ada satu memori di mana Sham beli kasut sarung untuk aku sempena hari jadi aku pakai kadkredit dia! Cam ni ceritanya, aku dan Sham bejalan sampai ke Bata. Sampai kat kasut perempuan, Sham tanya nak kasut mana? Aku kata aku nak kasut sarung. Kita tak minta k. Sham panggil pelayan untuk cari saiz kasut aku. Aku saiz kasut 7. Memang ngam dan sesuai dengan aku. Kasut sarung jenis macam na kami sama-sama pilih. Aku pun pakai la. Lepas tu makan KFC. Lapar. Lepas tu bergambar kat luar KLCC.

Selepas tu balik. Lalu depan bekas tapak Penjara Pudu. Aku heran roboh penjara (tinggalan sejarah) sematamata nak buat bangunan kat situ (). Dah la seram kat situ (ni pun sebab aku tengok dokumentari pasal Penjara Pudu. Contoh Kupi Kupi Go Seram.) lepas tu balik dalam jammed. Dalam perjalanan balik aku dengan dia sekejap tidur sekejap sembang. 

Great Eastern is syarikat insurans yang bertapak kukuh. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1908 di Singapura.  Kalau nak tahu lebih lanjut  https://www.greateasternlife.com/my/en/about-us.html

KLCC atau Kuala Lumpur City Centre.Boleh juga dipanggil Suria KLCC. Kat sini berlambak-lambak mall antaranya Sephora, Timberland, Bata, Gucci, dan banyak lagi la. Senang cerita banyak pilihan. Ongkos mahal tak sah. Bukan setakat tu terdapat aquarium di situ. Aquarium tu namanya Aquaria KLCC. Kat situ terdapat 150 lebih spesis ikan yang terdapat di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu, Syarikat gedung serbaneka dari Jepun, ISETAN mempunyai cawangan di Suria KLCC. Isetan merupakan salah satu penghuni utama Suria KLCC, mengambil ruang mengufuk setinggi lima aras setara dengan ketinggian Suria. Gedung ini kerap dikunjungi oleh pelancong dari Jepun, Korea dan Singapura serta pembeli tempatan yang mengejar pelbagai jenis barang dan jenama. Jenama barangan mewah dan pakaian rekaan khas seperti Dior, Celine, DKNY, Calvin Klein dan Polo Ralph Lauren mendirikan kedai kecil di dalam Isetan. Terdapat kedai buku Kinokuniya. 100% in english. So yg jenis ulat buku sila la pi situ.


Great Eastern, KL (Gambar)

Selfie sebelum makan

Kelab ekonomi dengan pegawai2  Great Eastern

Part 2.

Logo Great Eastern

KLCC

Kedai buku Kinokuniya terletak di tingkat 2

Dekat pintu masuk KLCC

Petrosains KLCC. 

KLCC bila senja




Dalam KLCC


Friday, 24 February 2017

Bedak Sejuk

Assalamulaikum dan hi!

Kali ini aku tulis pasal bedak sejuk. Kerana Mok Cun punya pasal la. Ala Mok Cun jual bedak sejuk. Aku start pakai tiap-tiap malam. Memang best. Ok kita cerita tentang khasiat bedak sejuk.

Cara-cara buat benda sejuk

1. Sediakan beras


2. Rendam beras dengan air pada bekas tertutup. Pastikan, kandungan air meliputi permukaan beras.. rendamkan sekurang kurangnya 3 bulan atau lebih.Air perlulah ditukar setiap minggu.



3. Selepas sudah cukup tempoh rendaman,beras tu dibasuh sekali lagi dan dikisar degan sedikit air.

4. Selepas sudah mengisar,boleh la mula titikkan di atas kain .Semasa proses ini,anda boleh mencampurkan air pegaga tau lidah buaya




5. Selepas dah dititik biarkan kering sikit... ambil.. asingkan.. kemudian jangan terus simpan dalam bekas tertutup.. jemurkan sehingga kering selama beberapa hari.. boleh masukkan daun pandan sekali yang di hiris kecil atau bunga cempaka untuk menghilangkan bau beras.





cara pakai bedak sejuk simple sangat

  • Ambil beberapa biji bedak sejuk. letak atas tapak tangan atau dalam bekas kecil.
  • Isikan sedikit air bersih. Godek-godek dan sapukan ke muka dan leher
  • Tunggu sampai kering dan kemudian cuci dengan air bersih
khasiat bedak sejuk

  • Melicinkan kulit muka
  • Memberi kesegaran pada kulit
  • Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Membantu menyejukkan kulit
  • Membersih dan menegangkan wajah
  • Membantu pengecutan jerawat
  • Mengurangkan bintik hitam

Rahsia aku ialah pakai bedak sejuk








lidah buaya

Assalamulaikum dan hi!

Lambakan produk berasaskan lidah buaya disebabkan ramai yang menyedari khasiat lidah buaya. Aku pun tiap-tiap malam aku akan pakai gel lidah buaya asli kat muka. Memang rasa gatal lama-lama ok la tu.

Sebelum tu aku nak beritahu info tentang lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera. Aloe Vera dengan lidah buaya sama ja tapi nama ja lain-lain. Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. 

Baru aku nak share tentang khasiat lidah buaya

1. Mengurangkan gatal pada kulit

- Gunakan lendir aloe vera dan sapukan kat tempat yang gatal. Amalkan 2 kal dalam sehari. 

2. Mempercepatkan proses penyembuhan luka

- Gunakan lendir aloe vera dan sapukan tempat luka. Meski korang akan rasa dingin. Rasa sakit tu akan hilang.

3. Hilangkan jerawat (muka jerawat like me hahaha)

- Sama juga caranya dengan Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan Mengurangkan gatal pada kulit. Amalkan tiap-tiap malam sampai jerawat beransur-ansur hilang.

4. Merawat kulit

- Melembabkan kulit
- Mencerahkan warna kulit yg kusam
- Mengatasi kulit kering
- Menghaluskan permukaan kulit

5. Sebagai vitamin tambahan

- Tubuh banyak keluarkan peluh. Otak sehari suntuk berfikir dan rasa letih seharian. Penyelesaiannya minum jus aloe vera. Lebih baik buat sendiri. Kalau tak de masa beli saja la jusnya. Hal ini demikian kerana aloe vera mengandungi vitamin  A, B1, B2, B6, B12, C, E, dan asam folat yang bagus untuk tubuh. Selain itu, lidah buaya mengandungi zat besi, natrium, seng, kalsium, tembaga, kromium, kalium, mangan, dan magnesium. 

Jus aloe vera
1. Asingkan gel dengan kulit. 
2. Blender gel tu dan minum. 

6. Rambut

i. Mencegah botak

ii. Mencegah kelemumur

iii. Merawat kulit kepala kering

iv. Menghaluskan rambut

Laki dan wanita pasti menglami kebotakan tetpi bergantung pada tahp keseriusan botak. So solution, Ambil lendir sapu tempat botak. Biarkan dalam setengah jam or satu jam dan kemudian bersihkan dengan air or syampu. 

7. Membantu menghilangkan plak pada gigi

i. Potong tangkai tanaman lidah buaya dan cuci kasi bersih

ii. Potong lagi sehingga jadi kecik kemudian masuk dalam mesin blender tambah sedikit air.

iii. Kumur la dengan jus lidah buaya selama 2-3 minit. kemudian kumur lagi dengan air bersih. Amalkan 2 x sehari selama 15-30 hari.










Melaka Part 1 (2008)

Aku berusia 13 tahun pada ketika itu. Aku ingat lagi aku pusing satu bandar raya Melaka tanpa ditemani oleh sesiapa. Macam mana boleh jadi cam tu. Begini ceritanya dua minggu aku, Kak Nurul dan nenek aku pi Kuala Lumpur bermalam di rumah Mak Su Ana. Then Pak Ngah mai umah mak su ana sebab nak offer kat aku dan nenek nak ikut tak pi Melaka. Aku dengan teruja nak ikut. Nenek aku dan Kak Nurul tak nak pi. Bermula pi rumah pak ngah kat Hulu Langat then baru bertolak pi Melaka. 

Sampai kat Melaka ambik masa 2 jam, lalu tol Ayer Keroh. Rumah sewa pak ngah kat Bukit Katil. Mak Ngah pun ada sekali. Mak Ngah ditukar ke sana juga. Seminggu juga la aku ikut pak ngah aku pi Arkib Negeri Cawangan Melaka. Arkib Negeri Cawangan Melaka atas sikit dari tol Ayer Keroh berkongsi bangunan dengan Kolej apa tah lupa. Arkib ini terletak di tingkat 3. Mak Ngah pula time tu bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Seminggu tu juga pak ngah ajak aku pi sana sini sekitar Ayer Keroh je. Kebetulan rumah pak su aku pun kat Ayer Keroh. 

Sampai hari Jumaat, pak ngah aku ada meeting kat Hotel lupa da nama kat Bandar raya Hilir. Kebetulan tinggal aku sorang ja kat umah so dia bawa aku pi Bandar raya Melaka. Pak Ngah aku tinggalkan aku kat Memorial Kemerdekaan. So berbekalkan duit yang ada aku pi la pusing satu bangunan kat mana-mana sekitar tu. Aku budak lagi time tu. Kota A Famosa, bukit ST Paul, Muzium UMNO, Muzium Setem, sampai la kat Bangunan Stadhuys. Bayangkan sorang budak 13 tahun tak bawa apa melainkan duit dengan IC je pi pusing satu bandar. Tak de gambar sebab time tu ku tak de kamera. 

Malam tu juga, pak ngah aku hantar aku kat umah mak su Ana.Sebelum tu round Putrajaya dulu. Pusing satu Putrajaya kiranya. Sebab esok (aku ingat lagi hari Sabtu pada tahun 2008) pak ngah dan mak ngah dijemput oleh kerajaan sebab UNESCO me Bandar raya Melaka dan Penang dijadikan sebagai tapak warisan dunia. Time tu mak su aku berleber kat aku kenapa pak ngah aku tinggalkan aku kat situ sorang-sorang. Hari Sabtu tu aku dan nenek balik kampung naik bas kat Jalan Duta. Kak Nurul bekerja dengan rumah mak su Ana. Sekarang Kak Nurul tak lagi bekerja kat situ.

Tempat yang menarik di Bandaraya Melaka (based on aku story ni)
1. Kota A Famosa
Dibina semasa penjajahan Portugis pada 1511. Umum mengetahui salah satu faktor Portugis datang ke Melaka kerana 3G iaitu Gospel, Glory dan Gold. Mereka ini bercita-cita menyebarkan agama Kristian. Dema ini kiranya nak balas dendam kat orang Islam sebab dema kalah dalam Perang Salib (The Crusade). Perang Salib ini kan banyak siri (siri 1-3 paling popular dan sering disebut). Bukan itu je, perdagangan rempah dikuasai oleh orang Islam. Portugis bercita-cita hendak memecah monopoli perdagangan rempah. bukan itu sajaja, pedagang Islam sendiri menjual rempah dengan harga mahal kepada bangsa Eropah. Rempah ni digunakan untuk memanaskan badan dan mengawet makanan. Negara Eropah tidak menggunakan rempah dalam masakan diorang sebalknya dema menggantikan dengan herba. 


Rempah ratus sehinggakan ada satu laluan yang dikenali sebagai Laluan Rempah. Barangan ini menjadi rebutan kerana mendapat permintaan tertinggi


Tidak lupakan juga, pengkhianatan menjadi faktor kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Selalu kita dengar cerita Si Kitol memberitahu Portugis tentang kekuatan kerajaan Melaka. Apabila Portugis tahu hal ini, Portugis menyerang Melaka dengan mudah. Tidak lupa juga, Si Keling melaga-lagakan Sultan Mahmud Shah dengan mengatakan bahawa Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan. Tanpa usul periksa Sultan Mahmud Syah membunuh seluruh keluarga Tun Mutahir kecuali Tun Fatimah. Ok, berbalik cerita A Famosa. A Famosa membawa maksud "Yang Termahsyur" dlm Bahasa Portugis. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau katelum (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka. Struktur bangunan yang ada sekarang ini adalah Belanda cuba merobohkan A Famosa tetapi British membaik pulih kota tu. Apa yang menarik, kota ni dibina menggunakan tenaga buruh Melayu yang tidak sempat melarikan diri dan dibayar upah sangat murah. Dan ada yg mati semasa pembinaan. (seperti Landasan Kereta Api Maut, Thailand-Burma). dalam buku teks tidak menceritakan secara detail.


2. Memorial Kemerdekaan

3. Bukit St. Paul
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu yang menghadap sungai, iaitu A'Famosa. Melaka adalah pusat perebutan antara kuasa-kuasa besar pada masa itu, dan mengalami ancaman serangan berterusan, sehingga kubu A'Famosa berada dalam keadaan kritikal ketika Portugal mengekalkan tapak penjajahannya di Timur.

Di sebalik dinding kubu terdapat terdapat rumah-rumah dan beberapa kedai makanan, istana, bilik mesyuarat bagi Ahli Majlis Portugis dan lima buah gereja. Serangan dari Belanda selama tujuh bulan telah memusnahkan hampir keseluruhan kubu, dan tinggalan yang masih kekal hingga hari ini ialah pintu masuk dan struktur sebuah gereja di atas bukit.

3. Muzium UMNO
Aku ingat lagi time tu tiket masuk RM 1. Bangunannya warna merah dan dua tingkat. Ia merupakan sebuah muzium yang menyimpan barangan bersejarah yang berkenaan dengan penubuhan dan perjuangan UMNO. Senang cerita pasal UMNO belaka dari sejarahnya.



4. Muzium Setem 
Bagi seiapa penggemar setem boleh la pergi sini. Terdapat banyak koleksi setem yang jarang jumpa, zaman kolonial dan kini. Setem merupakan aset sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada mereka yang menghargainya. Pengumpul setem akan membelanjakan sejumlah wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, berada dalam koleksi mereka. Berdasarkan hakikat tersebut, Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad telah menubuhkan Muzium Setem Melaka pada tahun 2007 di bangunan lama Muzium Melaka bagi mempamerkan setem-setem terawal di Malaysia dan luar negara sehingga yang terkini. Boleh juga dipanggil sebagai filateli.

Salah satu setem terdapat di Muzium Setem


5. Bangunan Stadhuys
Stadthuys dalam bahasa Belanda dikenali sebagai dewan perbandaran.  Bangunan Stadthuys yang serba merah warnanya merupakan sebuah binaan yang bersejarah yang dibina oleh kuasa Belanda semasa menguasai pentadbiran Melaka.  Bangunan ini dibina di antara tahun 1641 hingga 1660 dipercayai merupakan bangunan Belanda yang paling lama di Timur. Bangunun ini penuh dengan reka bentuk bercirikan Belanda. Stadthuys digunakan sebagai penempatan rasmi gabenor Belanda. Bangunan bersejarah ini terletak bersebelahan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan Stadhuys dikekalkan sehingga hari ini.  Kini, bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium sastera serta Muzium pemerintahan demokrasi.




OK. Tu baru part 1. Tunggu 2 part iaitu Part 2 dan Part 3. Yg pastinya storynya berbeza-beza. 


Sunday, 12 February 2017

Putrajaya Part 1

24/3/2016

Pada malam itu, SRNUSM berjalanjalan kat IOI Mall, Putrajaya. IOI Mall. Aku berjalan dengan Sham. Sebenarnya kami tak beli apa apa pun. Sepanjang aku berjalan dengan Sham, aku teliti perangai dia yang suka tengok betul betul barang dia nak beli. Sampaikan berjam-jam aku tunggu. Terbalikkan. Aku jenis merembat je. Tak reti nak berteliti bagai cam dia. Yang tu ada story dia kat Melaka. 

Lepas tu aku dan dia duduk di tepi tasik but kami cari tempat cerah ye. Sembang blabla. Dah tutup story keesokan harinya, SRNUSM pi Jabatan PNIN. Dengar la ceramah fasal tak ingat pula da. Lepas tu balik petang ke USM.

IOI Mall ialah sebuah mall yang terbesar di Malaysia. Nak tahu lebih lagi buka link

http://www.ioicitymall.com.my/




Universiti Kebangsaan Malaysia Part 2

17/11/2016
Sampai petang kat Kolej Keris Mas. Aku ada ketakutan melampau pasal longkang besar, dalam dan luas. Aku takut jauh ke bawah. Fobia sungguh. Nak story juga, time aku sekolah fardu ain selalu tumpang kereta kawan satu taman dengan aku. Malang tak berbau aku jatuh longkang depan masjid kat pekan. Dua kali. Sampai lutut aku berdarah dan ada kesan benjol kat kepala. Nasib baik Chinese girl pegang tangan aku, aku pun sambut tangan dia. 
Aku tidur dengan Chinese girl namanya Fang. Lupa nama penuhnya. School Sains Kemasyarakatan tahun 1 asalnya Ipoh, Perak. Dapat bilik tingkat 4 dan menghadap main road. Oh ya laki dan perempuan satu blok dan dipisahkan dengan tingkat. Macam ni lelaki tingkat 1 dan 2 lepas tu selang tingkat perempuan tingkat 4 dan 5. 
Merasa juga naik bas UKM. Bawa mak ai. Tak tahu nak describe macam mana. Malam tu ada interaksi dengan kelab ekonomi. Aku dan Sham satu group. Satu group untuk jawab kuiz. Aku tak dapat jawab deh. Lepas tu depa bincang jawapan, aku dan Sham pun berpakat pi ronda satu fakulti ekonomi. Lepas tu makan free lagi. Selepas tu tidur. 

Universiti Kebangsaan Malaysia Part 1

24/3/2016
Ingat lagi tak story aku ikut rombongan dengan SRNUSM. Lepas tu kami berehat kat Kolej Zaaba. Kafenya di bawah. Jenuh turun tangga. Lepas bangkit dari tidur dek kepenatan dalam kul 6 petang aku mandi. Lupa pula cerita lelaki dan perempuan dipisahkan dengan satu blok berdekatan. Aku dapat blok belakang tingkat 4 dan menghadap blok lelaki. Lelaki duk tingkat bawah dan dapat single room. Aku tidur dengan roommate aku Syahida. Malam tu aku, Syahida, Mastura Peni dan Fatimah naik kereta pak cik dia. Nak tahu pi mana? Kami pi kafe depan blok je naik kereta. Hahahaha. Lepas tu pergi ke IOI Mall, Putrajaya.

Sewa UKM lagi murah than kalau nak sewa kat hotel or hostel sekitar KL. 

Kuala Lumpur Part 1

Kuala Lumpur Part 1
24/3/2016
Aku mengikuti rombongan bawah Seketariat Rukun Negara USM atau singkatannya SRNUSM. Dalam rombongan ini aku ingat lagi kami dikehendaki membayar RM20. Pada masa yang sama aku kiranya skip dari membuat persiapan untuk penari Malam Citra Bayu (nasib bukan aku jadi penari). Bertolak da la malam hari Khamis jam 12 tengah malam. Ye la nak kena sampai awal pagi. Tak ramai pun tak silap aku tak sampai 30 orang. Budak PPIK termasuk aku baru 9 orang. 
Macam biasalah tidur dalam bas. Aku ni jenis susah nak lena kalau lena pun sekejap je. Aku dapat sebelah kiri dan duduk sorang sebelah aku tak ingat sapa dia. Sesampai kat R&R Sungai Buloh aku pun mandi, solat subuh dan breakfeast. Aku, Syahida, Fatimah dan Mastura Peni breakfast di KFC atas jejantas yang boleh nampak highway tu. Sesudah tu teruskan perjalanan lagi sampai ke KL. Da la pagi-pagi jalan jammed. 

Sampai di Istana Negara (Muzium Diraja) di Jalan Istana.Okay kita cerita sikit sejarahnya. Istana Negara di Jalan Istana pada asalnya tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sebelum ditukarkan ke Jalan Duta. Istana ni terletak bertentangan dengan Jalan Syed Putra, iaitu meliputi seluas 25 ekar atau 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang. Tu baru al Mukadimahnya. Semasa penjajahan British, jutawan dari Chna iaitu Chan Wing membina sebuah banglo dengan harga yang tertinggi pada ketika itu iaitu RM150,000 pada tahun 1928. Banglo ini mendapat sentuhan daripada kepakaran firma seni bina terkenal, Swan &McLaren. Pada Perang Dunia Kedua (1938-1945), menurut majalah Tell, keluarga jutawan itu melarikan diri . So bangunan ini digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama 3 tahun 1/2 (1942-1945). Selepas pengunduran Jepun, keluarga jutawan itu kembali pada tahun 1946. Walaupun begitu, mereka tidak menduduki banglo sebab British Malayan Administration (BMA) menggunakan banglo tu sebagai mes pegawai kanan mereka. Selepas itu, Sultan Selangor iaitu Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah membeli banglo itu dan mengubahsuai untuk dijadikan tempat bersemayam baginda. Sekali lagi bertukar milik apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM 1.4 juta pada tahun 1957. Banglo itu menjadi tempat bersemayam Yang DiPertuan Agong yang Pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Bagi mengangkat martabat bangunan itu sebagai sebuah kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM328,000 untuk menjadikannya istana yang sesuai sebagai tempat bersemayam raja bagi sebuah negara merdeka yang baru. Dengan menggunakan kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale dari sudut rekaan, sementara pengubahsuaian pula dilakukan oleh kontraktor tempatan, proses kerja-kerja menaiktaraf itu tidak mempengaruhi struktur utama bangunan itu.
Pengubahsuaian yang hanya mengambil masa selama empat bulan sahaja menyaksikan jumlah penambahan bilik yang sebelum ini 13 kepada 20 bilik, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan. Sebaik menjelang tahun 1980-an, Istana Negara telah mengalami pengubahsuaian besar-besaran dengan penambahan Balairong Seri Utama yang menempatkan singgahsana. Ini adalah kali pertama singgahsana diletakkan di Istana Negara dimana sebelum ini pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman terletak di Jalan Ampang. Proses penambahan singgahsana baru ini yang bertujuan mengangkat martabat Istana Negara telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya, Kapt David Wee dengan berasaskan kepada alat kebesaran diraja. Dibina tujuh tingkat dan bertiang tujuh, ia melambangkan alam semesta yang mempunyai tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi dan diperbuat daripada kayu cengal yang diukir indah dan halus. Sebaik sahaja Balairong Seri Utama ini siap, pertabalan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-tujuh telah diadakan di sini pada 1980.

Kitaorang kena buka kasut. Sebelum tu aku, Aida, Aiza, Syahida, Fatimah, Mastura Peni, Afkar, Aizat dan Sham bergambar di hadapan Istana Negara. Aku lupa sapa tah post kat dalam whatsap group Sastera IK. Aku pun post dlam wechat juga gambar tu. Aku lupa nak cerita aku akan post dalam wechat sebab wechat lagi private dan sikit ja yg tahu aku tulis status. Aku banyak berjiwang dalam tu selain twitter. Masuk pun diiringi dengan pekerja yang baju melayu dan bersamping hitam. Dia explain lagi dalam tu ada apa? Lupa nak cerita juga ada certain dilarang ambik gambar. Sotak de la gambar untuk bangunan mula-mula pergi ini. Pi bangunan sebelah boleh mensnap gambar. Kat situ ruangan untuk. Selepas tu bertolak pi bangunan Parlimen. Before that, semua peserta rombongan siap siaga memakai 
pakaian formal. 

Istana Negara, bukanlah sekadar tempat bersemayam pemerintah tertinggi negara.Malah, ia juga memainan peranan penting sebagai sebuah bangunan yang melambangkan kedaulatan negara.Untuk tujuan itu, Istana Negara diperuntukkan beberapa bilik penting khusus bagi upacara tertentu merangkumi bilik Singgahsana Kecil, Dewan Mengadap, Bilik Duta, Bilik Permaisuri dan Balairong Seri.Bagi bilik Singgahsana Kecil, ia digunakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri, Istiadat Mengadap dan Menerima Watikah Perlantikan TYT Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Luar Negara.Selain itu, ia digunakan semasa Istiadat Menerima Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia oleh Ketua Hakim Negara serta Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh menteri dan timbalan menteri.Untuk bilik yang telah dikhususkan sebagai 'Dewan Mengadap', ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu kehormat seperti ketua-ketua negara dan lain-lain tetamu kenamaan. Merupakan dewan yang kedua di tingkat bawah, Dewan Mengadap juga digunakan sebagai ruang rehat oleh Sultan-sultan, Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-yang di-Pertua Negeri semasa persidangan Majlis Raja-raja diadakan di Istana Negara. Istana Negara juga turut mempunyai Bilik Duta di mana ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Perdana Menteri negara serta Pesuruhjaya Tinggi dan duta dari negara asing yang ditauliahkan ke Malaysia. Sementara itu, Bilik Permaisuri merupakan tempat di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu-tetamu kehormat.Bagi bilik yang menempatkan Balairong Seri pula, ia digunakan bagi menjalankan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan, Hari Keputeraan dan acara berkaitan dengannya.Selain itu, ia juga digunakan sebagai Dewan Santapan semasa Majlis Santapan Negara meraikan Ketua Asing yang membuat lawatan negara, Majlis Santapan Memuliakan Mesyuarat Raja-Raja dan sebagainya. Sekaranya namanya Muzium Diraja. 

Pintu gebang Muzium Diraja


Luar kawasan Muzium Diraja





Luar kawasan juga
Bahagian pameran bangunan yang boleh snap gambar. 
Singgahsana Raja-Raja

Luar kawasan Istana Negara

Tak silap aku ini adalah tempat bermesyuarat raja-raja

Parlimen.Kami tak boleh snap gambar ketika persidangan berlangsung dan kena dengar 30 minit sahaja. Lepas tu dibawa pusing satu parlimen yang tu boleh la snap gambar. Apa yang aku tahu bila ADUN menanyakan kepada seorang menteri mengenai isu yang dibangkitkan diorang (menteri) kena jawab. Kalau menteri tak boleh jawab aku tak ingat apa nak gelaran orang yang duduk tepi parlimen pakai uniform tu kena prepare jawapan. Alasannya tak semua ADUN belajar tinggi.

Cerita sikit pasal parlimen

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran). Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing. Ada 3 komponen iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara dan SBP Yang di-Pertuan Agong. Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 Ahli bagi Dewan Negara dan 222 Ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

Simbolik kepada parti mana yang menduduki 2/3 kerusi parlimen. Apa nama dia erk?

Luar kawasan Parlimen


Galeri Parlimen Malaysia dibuka kepada pengunjung yag datang ke Parlimen. Bergambar dengan SRNUSM

Ini adalah tugu Tunku Abdul Rahman 
 Selepas tu pergi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berehat.